Pesakit Dr. Ganja mahu kerajaan kaji ganja dalam perubatan
Dr M: Patut kaji semula hukuman mati 'Dr Ganja'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan patut menyemak semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja untuk tujuan perubatan.
“Saya rasa kita patut semak semula,” katanya ketika diminta mengulas hukuman mati terhadap seorang lelaki 29 tahun, Muhammad Lukman Mohamad.
Pandangan Mahathir itu senada dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang mahu menulis rayuan terhadap Peguam Negara Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan berdasarkan merit kes itu.
Nurul berhujah, ganja semakin diterima di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya dalam rawatan pelbagai penyakit kronik.
Beliau juga berpendapat sudah tiba masanya untuk menyemak semula definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan.
Pada 30 Ogos lalu, Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditahan memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).
Kes itu menjadi tular kerana Lukman memberikan rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.
Malah, pihak yang pernah mendapatkan khidmatnya tampil membelanya di mahkamah.
Kebanyakan negara maju kini lebih terbuka dengan penggunaan ganja terutamanya untuk tujuan perubatan. - MK
RAMAI MAHU KELUAR UMNO, TAPI TAK SEMUA DIALU-ALUKAN
Siapa lagi akan keluar meninggalkan UMNO?
Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapha Mohamad membuat kejutan dengan mengumumkan keluar UMNO secara serta-merta.
Hari ini diikuti pula ia dengan bekas Menteri Luar Negeri, Anifah Aman yang mengambil langkah yang sama.
Bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein tiba-tiba dilapor mengadakan pertemuan empat mata hampir dua jam dengan Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam dan turut dijangka akan meninggalkan UMNO dalam waktu terdekat ini.
Jika Hishammuddin keluar UMNO, bermakna beliau akan menuruti jejak langkah datuknya, Allahyarham Onn Jaafar dan bapanya, Hussein Onn yang kedua-duanya pernah keluar UMNO dan akhirnya meninggal dunia di luar UMNO.
Di media sosial, tersebar satu senarai meliputi 17 nama Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan keluar parti. Bagaimanapun, beberapa orang daripadanya telah menafikan perkara itu.
Shahidan Kassim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Arau kemudiannya tidak menolak kemungkinan ada 18 Ahli Parlimen akan keluar meninggalkan UMNO.
Lokman Noor Aman yang kerjanya asyik dengan demontrasi sejak UMNO hilang kuasa juga menjangkakan ada beberapa Ahli MT UMNO akan meninggalkan parti itu.
Beberapa nama lain seperti bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut dispekulasikan akan meninggalkan UMNO.
Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin tidak terkecuali disenaraikan akan keluar UMNO, khabarnya cuma menunggu masa yang sesuai saja.
Nazri, malah telah memberi petunjuk yang jelas dengan mahu berkempen untuk Anwar Ibrahim di Port Dickson, manakala rakan-rakan di coffee house mengatakan jika Tun Abdullah Badawi tiada lagi ketika ini, pasti sudah lama KJ menyeberang meninggalkan UMNO.
Berapa ramai lagi nak keluar UMNO sebenarnya?
Apa nak jadi dengan UMNO kalau semakin ramai pemimpinnya keluar parti?
Sebetulnya memang ramai pemimpin UMNO, khususnya Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan Adun yang mahu keluar meninggalkan UMNO.
erbiasa hidup dengan kuasa, mewah dengan wang ringgit, lumayan dengan kontrak dan elaun sebagai pengerusi di sana sini, kehilangan kuasa UMNO adalah malapetaka bagi para pemimpinnya.
Sebulan dua memang mereka boleh bertahan, tetapi memasuki lebih empat bulan lamanya, rasa pening-pening sudah mula melanda.
Banyak bil dan tanggungan perlu dibereskan. Bagi yang berbini dua atau tiga, lagi parah jadinya.
Penyokong dan pengundi yang meminta itu dan ini tetap sama saja seperti dulu perangainya, yang tahu asyik meminta saja.
Dalam keadaan seperti itu, di ketika pening kepala tambah menjadi-jadi, tentu saja mendekati kerajaan atau cuba menjadi sebahagian daripada kerajaan adalah pilihan terbaik untuk dilakukan.
Dalam kes Mustapha misalnya, tindakan beliau keluar UMNO adalah setelah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan "seseorang yang berpengaruh" dalam kerajaan pada petang semalam.
Pertemuan itu berlangsung hampir dua jam di sebuah lokasi di ibu negara.
Sumber yang hampir dengan "orang berpengaruh" berkenaan mengakui bahawa terdapat beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO cuba berunding berhubung langkah politik mereka untuk keluar UMNO dan menyertai Bersatu.
Namun, tidak semua hasrat Ahli Parlimen UMNO itu diterima dengan baik. Ada di antara mereka dengan mudah diterima untuk bertemu dan berbincang, tetapi terdapat juga beberapa Ahli Parlimen UMNO yang tidak dilayan oleh "orang berpengaruh" berkenaan.
Mereka bukan saja enggan ditemui oleh "orang berpengaruh" itu, malah "orang berpengaruh" berkenaan juga tidak mahu bercakap melalui telefon dengan beberapa Ahli Parlimen tertentu UMNO, walapun telah cuba dihubungi beberapa kali.
Kesimpulannya, "orang berpengaruh" berkenaan tahu dan kenal siapa pemimpin UMNO yang boleh diterima serta bermanfaat untuk Pakatan Harapan dan siapa yang wajib ditolak begitu saja.
Bagi yang rekod bersih dan tiada apa-apa fail di SPRM, mereka mungkin tiada masalah untuk diterima, tetapi bagi yang bertimbun kes serta failnya, barangkali mereka perlu mengadap pihak berkuasa terlebih dahulu. (ShahbudinHusin 19/09/2018)
0 comments:
Post a Comment