Wednesday, 19 September 2018

[Video Keluar Umno ketika parti diuji] Najib berdepan 6 lagi tuduhan beberapa hari sebelum PAU pada 29 dan 30 Sept...Ayoh sekali lagi! 'Ayo goyang dumang, mang, mang, Biar hati senang...'

Rabu, 19 September 2018


Image result for Gambar najib

Najib dijangka berdepan 6 lagi tuduhan

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan dibawa ke mahkamah sekali lagi untuk berdepan dakwaan berhubung skandal 1MDB, kata sumber.
Tarikh Najib hadir ke mahkamah kemungkinan adalah beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dikatakan akan diadakan pada 29 dan 30 Sept.
Sumber polis yang rapat dengan perkembangan siasatan kes itu berkata Najib mungkin berdepan sehingga enam pertuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 (Amla) dalam tempoh kurang daripada dua minggu.
Sebelum ini, bekas presiden Umno itu sudah dihadapkan dengan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Difahamkan, rencana awal adalah untuk mendakwa Najib esok namun ditangguhkan sementara menunggu hasil mesyuarat antara polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Polis telah menyelesaikan siasatan mereka. Berdasarkan rencana itu, polis mahu mendakwa Najib esok tapi ada mesyuarat dengan SPRM. Beliau akan didakwa dalam masa terdekat," kata sumber.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan peguam yang mewakili Najib berkata, pihak berkuasa sudah memaklumkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan yang akan dikenakan ke atas anak guamnya.
"Paling lewat minggu depan. Dakwaan itu termasuk kesalahan 'transaksi kecil' yang didakwa menggunakan wang 1MDB," kata sumber kepada Malaysiakini.
Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dan Shafee untuk pengesahan.
Pada 27 dan 30 Ogos lalu, polis menyoal siasat Najib. Bekas perdana menteri itu dikatakan disoal siasat berhubung beberapa transaksi yang antaranya dibuat seawal 2011.
Semalam media melaporkan bahawa, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor mungkin berdepan 20 dakwaan jenayah yang berkaitan pengubahan wang haram dalam masa terdekat.
Jumaat lalu, Shafee juga dihadapkan dengan empat dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterimanya daripada Najib.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena