Pages

Wednesday, 19 September 2018

[Video Najib Hadapi 21 Tuduhan Libatkan RM2.8 Bilion di mahkamah sebentar lagi] Ada orang masuk PENJARA baru jadi MENTERI & ada orang tu jadi PM dulu kemudian masuk penjara, kah3! Baru DITAHAN 16 JAM DI LOKAP semalaman, dituduh kerajaan zalim? Itulah logik pembangkang berotak kepala lutut...

Khamis, 20 September 2018

YB Mat Sabu Bahankan Rosmah Dan Najib


Foto Suara Rakyat.
Bila Najib berdepan dgn pelbagai tuduhan fitnah berkaitan derma Pak Arab RM2.6 bilion, pembangkang kata.. "BILA NAK TANGKAP, BILA NAK DIDAKWA". Sementara nak tunggu hari perbicaraan Najib dibebaskan dgn ikat jamin.. Najib masih bebas..

TETAPI BILA DITANGKAP DAN DITAHAN HANYA 16 JAM DI LOKAP semalaman, dituduh kerajaan zalim pula !!

Itulah logik pembangkang berotak kepala lutut...

21 tuduhan jenayah menanti Najib

Sebanyak 21 tuduhan akan dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak di mahkamah hari ini selepas polis mendapat persetujuan daripada Pejabat Peguam Negara.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pendakwaan berkenaan adalah berkaitan dengan penerimaan, penggunaan dan pemindahan wang haram bernilai RM2.6 bilion.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Noor Rashid berkata sebanyak sembilan pertuduhan yang akan dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu melibatkan penerimaan wang haram, lima tuduhan menggunakan wang haram dan tujuh memindahkan wang haram kepada entiti lain.
Menurut Bernama juga Najib ditahan polis pada hari ini di pekarangan pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Kuala Lumpur.
“Penahanan dan pertuduhan Najib oleh polis dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001," katanya.
Ketika kenyataan itu dikeluarkan, Najib masih berada bersama-sama pasukan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman di Menara KPJ.
“Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001,” katanya.
Kata Noor Rashid tangkapan dan pertuduhan ke atas Najib dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, Najib tiba di Menara KPJ kira-kira jam 9.20 pagi tadi menaiki Alphard hitam untuk diambil keterangan berhubung kes itu.
Semalam, Najib ditahan SPRM pada pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berhubung kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.
Najib dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tengah hari ini bagi pertuduhan di mahkamah berhubung semua pertuduhan itu.
Mk.

No comments:

Post a Comment