Pas+Umno bila nak kawin? Tanye jer!
TAHNIAH DSAI.. kerana bertegas sesiapa pon termasuk bekas pemimpin Umno yang mahu sertai PKR latar belakang dan rekod perkhidmatan mereka ditapis.
DSAI berkata beliau sanggup memaafkan segala penghinaan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya pada masa lalu oleh para pemimpin itu.

Kami di SR menyokong penuh tindakan & ketegasan DSAI utk menghalang segala anasir2 busuk mahupun pemimpin2 Umno yg terpalit dgn skandal-skandal rasuahnya masuk ke dalam PKR khususnya & Pakatan Harapan amnya..
Kami juga bersetuju menyokong lebih dari 100 peratus agar PAS & UMNO bersatu bergabung utk perkuatkan pakatan pembangkang mereka.. Nak kawen tu biarlah terang2 bgtau seluruh rakyat agar tidak berlaku 'sumbang mahram' nanti..

Husam sifatkan tindakan Mustapa langkah waras
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Keantan Husam Musamenyifatkan tindakan ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas Mustapa Mohamed meninggalkan Umno sebagai langkah semula jadi yang tepat bagi pemimpin yang waras.
Sambil mengalu-alukan langkah itu, menurut Husam, PH perlu membuka laluan kepada ahli parlimen bukan PH lain yang boleh dikategorikan positif serentak dengan membanteras MP yang telah terbukti merosakkan negara.
Dalam kenyataan sebagai mengulas tindakan Mustapa itu, Husam juga menyifatkan tindakan itu sebagai pembersihan ke atas salah laku pentadbiran lalu yang perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa PH menuju laluan betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Dalam erti kata lain tindakan Mustapa itu menurut Husam sebagai mengiyakan tindakan kerajaan hari ini dan ia disambut dengan positif.
Husam yang kini seorang Senator berharap Mustapa akan bersama PH selepas bekas menteri MITI dan ahli Umno selama 40 tahun itu habis tempoh bertenang.
"Selaku pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato' Mustapa dapat bersama selepas 'cuti iddah' beliau," kata Husam.
Mustapa malam tadi telah mengumumkan keluar daripada parti yang disertainya selama 40 tahun antara lain memberi alasan kerana parti itu sudah hilang defisit keyakinan rakyat.
Sehubungan langkah mengejutkan Mustapa itu yang mengejutkan Umno Kelantan khasnya dan Umno Malaysia amnya tetapi disambut gembira oleh rakyat Kelantan.
Bagi rakyat Kelantan yang kecewa dengan kepimpinan kerajaan Kelantan kini melihat tindakan Mustapa itu membuka peluang untuk berkombinasi dengan Husam melakukan perubahan di Kelantan. [wm.kl.6:03 am 19/09/18]

MSO.
0 comments:
Post a Comment