Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Sunday, 21 April 2019

Kos bina tangki tambahan kat rumah Najib RM56,500 guna duit SRC (1MDB)?Wulamak, ada bela panda ka atau badak air kat rumah dia? Sendili mau ingat walaun, dah terbukti UMNO merugikan Felda! DAP, PKR, AMANAH, BERSATU & WARISAN Setialah selagi PM tidak korup [Video SIAPA ADA DALAM LEMBAGA LTAT? MELAYU KE CINA!]

Ahad, 21 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
KANTOI! Guna duit skandal SRC International RM56,500 shj sebab nak tambah tangki tambahan kat rumah dia?
Siapa yg nak guna byk sgt air tu. Ada bela panda ka atau badak air kat rumah?

Suara Rakyat

APA KEMAHUAN MAHKAMAH RAKYAT KE ATAS NAJIB, ROSMAH DAN KONCO NYA..

Rakyat majoriti telah menghukum Najib dan umno dengan singkirkan mereka sebagai kerajaan..

Puncanya atas persepsi salahguna kuasa dari segi akhlak Dan AMANAH..

Jika mana² kerajaan termasuk PH selepas ini mempunyai ciri² tersebut, tidak ADA sebab untuk mereka juga tidak menerima nasib yang sama.

DAP, PKR, AMANAH  juga akan senasib seperti MCA dan MIC jika menyokong dan tunduk kepada seorang PM yang korup.

Setia selagi PM tidak korup.

Lanjutan dari disingkirkan sebagai kerajaan, persepsi kini bertukar kepada realiti Najib, Rosmah Dan KONCO diheret kepada puluhan tuduhan yang melibatkan banyak penyata, angka dan dokumentasi bertulis sebagai bukti yang akan dibentangkan...

Banyak lagi yang di luar jangkaan dan pengetahuan kita akan terdedah KE pengetahuan awam..

Sedikit sebanyak rakyat juga akan bersidang sesama mereka untuk menjatuhkan HUKUMAN awal..
Mahkamah rakyat adalah juri awam..yang tidak mempunyai kepentingan tentunya mempunyai pertimbangan yang lebih adil..

Apakah aktiiviti mesra alam yang sedang dilakukan KINI oleh  Najib adalah  mengambil hati rakyat  untuk MENANG di mahkamah rakyat?

https://msomelayu.blogspot.com/2019/04/sanga-bangsawan-dan-lelalat.html

Dan tindak tanduk sebahagian kabinet MAHATHIR lebih kepada menjerumus kepada bodoh sombong hingga rakyat meluat?

Apakah Tun sempat untuk melihat keputusan mahkamah rakyat??
Dalam sistem berparlimen, berpilihanraya, adalah wajar ia jadi sangat penting lebih dari keputusan mahkamah perlembagaan itu sendiri..

PH tidak wajar kes Najib hanya bergantung kepada undang²..jika dulu mereka mampu menjadikan persepsi hampir benar seharusnya diteruskan kepada yang lebih realiti, nyata, fakta dan benar..

Pendedahan bukan semestinya di mahkamah sahaja tetapi dalam bentuk lain..akuan bersumpah dan lain penjelasan..

Mereka yang ADA di era tersebut sedikit sebanyak relevan dan terlibat wajar DIBERI pilihan membuat pengakuan membetulkan keadaan..
Nama² seperti Ali hamsa, mantan kpn, mantan SPRM, mantan AG adalah ANTARA nama yang tidak patut mati tanpa penceritaan sebenar...

Apakah pembongkaran itu turut terhenti jika MAHATHIR bukan lagi seorang PM ?
Apabila MAHATHIR bukan lagi PM, apakah akan muncul semula lanun baru?

Jika mahkamah rakyat mahukan Najib, Rosmah Dan KONCO²nya di penjara, apakah PH tidak boleh tunaikan?
PH yang mulakan, perlu selesaikan...
Mungkin itu antaranya yang rakyat boleh maafkan PH atas beberapa janji MANIFESTO yang belum tertunai?

Menganalisa sikap rakyat Thailand Dan Filipina, mereka lebih advance Dari Kita dalam menghukum pemimpin yang korup?
Posted by 
Read More

Friday, 18 May 2018

[Video AMANAH, PAS turun demo bantah kekejaman Zionis] Nik Omar dilarang jadi imam di Masjid Tok Guru.

Jumaat, 18 Mei 2018

Nik Omar dilarang jadi imam di Masjid Tok Guru

Nik Omar dilarang jadi imam di Masjid Tok Guru

Anak bekas Musyhidul Am Pas, Nik Omar Nik Aziz mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, di Kota Bharu, berikutan keputusannya menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Beliau yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka berkata, begitulah `harga’ yang perlu ditanggung apabila pihak keluarganya sudah membuat keputusan terbabit.
Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?
“Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.
“(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang,” katanya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru hari ini.
Beliau hanya berucap selama 10 minit pada kuliah yang dihadiri lebih 100 penduduk kerana kepenatan dan sukar untuk memberi tumpuan sebelum diserahkan kepada penceramah lain.
Ia dirakamkan secara langsung di laman Facebook Husam Musa.
Sementara itu, bapa lima anak itu dan juga pengetua Madrasah Darul Anuar itu berkata, faktor beliau menyertai PH apabila melihat negara ini dipimpin pemimpin yang zalim dan memerah harta rakyat melalui duit negara.
“Sebab itu kita nak tukar (kerajaan Persekutuan), kita kesian kepada rakyat, terutama di kampung kerana sudah puluhan tahun berada dalam menderita,” katanya seperti dipetik BH online hari ini.
MD.
Read More

Sunday, 28 May 2017

[Video PAS jangan lupa, di Selangor ada Amanah, PPBM] Pemuda Amanah gesa akhbar The Star (BN) mohon maaf! "Cubalah klu ini berlaku pada DAP...."

Ahad, 28 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
Akhbar biadap milik MCA cetuskan kemarahan Umat Islam di hari pertama Bulan Ramadan.

Banyak gambar boleh letak, tapi sengaja dia cari pasal letak gambar jemaah sedang sujud tunaikan solat di bawah tajuk muka hadapan.. "Malaysian Terrorist Leader"

Jika rakan sebantal Umno buat, senyap sunyi berita..
Cubalah klu ini berlaku pada DAP....

Pemuda Amanah gesa akhbar The Star mohon maaf

Akhbar The Star perlu mengakui kesilapan dan menjernihkan keadaan agar tidak timbul salah faham terhadap Islam kata Mohd Sany Hamzan
Pemuda Amanah Nasional menggesa akhbar The Star memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana menimbulkan persepsi negatif berhubung ibadat orang Islam.
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 27 Mei memaparkan berita berkenaan pengganas bersama-sama gambar umat Islam sedang menunaikan solat sunat terawih boleh menimbulkan salah faham.
"Tindakan ini sangat melampau. Penyiaran di paparan muka depan akhbar itu seolah-olah cuba mengaitkan umat Islam di negara ini dengan aktiviti pengganas. Ini boleh menimbulkan salah faham seolah-olah umat Islam yang sedang menunaikan solat sunat terawih itu terlibat dengan aktiviti pengganas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebagai media yang bertanggungjawab terhadap sebarang laporan yang disediakan, The Star perlu mengakui kekhilafan mereka terhadap perkara ini dan ia wajar dijernihkan segera.
"Tindakan The Star ini sangat berbahaya dan akan mewujudkan gambaran yang tidak baik kepada imej Islam khususnya di negara ini. Penyiaran gambar tersebut bersama berita yang sangat negatif dan sensitif ini akan menimbulkan salah anggap serta prasangka sesama rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Tambah beliau, semua pihak sewajarnya menjaga sensitiviti agama terutama melibatkan ibadat orang Islam mahupun agama-agama lain serta sikap menghormati antara satu sama lain wajar diamalkan dengan mengetepikan dan berhati-hati terhadap isu-isu yang sangat sensitif.
"Secara prinsipnya, Islam menolak sekeras-kerasnya aktiviti serta tindakan ekstrem dan keganasan.
"Islam sifatnya sangat bencikan keganasan dan mementingkan keamanan dalam segenap tindakan serta pendekatan. Oleh yang demikian, gambaran yang cuba dibuat oleh The Starsangat menyimpang daripada sifat Islam yang sebenar," tegasnya.
Read More

Wednesday, 26 April 2017

[Video Wajah SEBENAR Pas, Bermusuh Dengan AMANAH Atau UMNO?] Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

Khamis, 27 April 2017

Siapa berselfie dengan siapa, Hadi ke Azmin.

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

Dalam catatan ini saya tidak mahu menyorot mengenai apa yang berlaku dalam Pas, melebih daripada apa yang telah saya sebutkan di atas tadi kerana tidak ada apa-apa penantian mendebarkan dan dramatik lagi. Apa yang ditunggu akan berlaku perubahan kepimpinan bagi meletakkan Pas diatas landasan yang real sudah tidak akan berlaku lagi.

Pas kini sedang mengalami musim luruh dan bertukar musim. Musim ini akan kekal setidak-tidak sehingga Piraum akan datang. Kalau kepimpinan dan suasana Pas akan berubah pun selepas parti itu mengalami kekalahan teruk nanti. 
Pas akan tetap kekal seperti sekarang selagi Hadi Awang masih jadi presiden dan Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi timbalan presiden. Tidak banyak beza antara kopiah Hadi dengan kopiah Tuan Ibrahim, sama-sama bulat kalaupun berbeza dari segi warna -- colour sahaja. Perbezaan warna tidak memberi apa-apa nilai dan kesan kepada orang kabur penglihatan atau pun kalau ia dilihat diwaktu malam, tanpa nur.

Kedudukan PKR Selangor
Sebaliknya apa yang hendak dianalisa di sini ialah mengenai muktamar itu ialah menegnai kedudukan PKR khususnya di Selangor dan juga nasib menteri besarnya Azmin Ali. Muktamar Pas kali ini saya percaya bukan sahaja sedang diperhati oleh pemerhati tetapi ia sedang ditunggu hasilnya oleh PKR khasnya oleh timbalan presidennya, Azmin. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor dan juga MB Selangor.

Situasi ini berlaku ekoran adanya suara-suara dalam Pas yang mahu memutuskan hubungan politik parti itu dengan PKR. Beberapa kawasan Pas dan begitu juga dengan Dewan Pemuda Pas telah pun membuat usul agar muktamar memutuskan hubungan dengan PKR. Usul inilah juga yang saya rasakan ditungu-tunggu oleh pemerhati muktamar Pas dan ia menjadi perhatian khas Azmin Ali.

Seandianya muktamar Pas menerima usul berkenaan ia memberi implikasi besar dari berbagai-bagai sudut khasnya kerjasama politik PKR - Pas. Terutamanya ia akan merubah senario politik di Selangor. Penerimaan usul itu nanti akan merubah status atau persefahaman politik kedua-dua parti itu yang terjalin hari ini. Penerimaan usul itu akan meretakkan hubungan di antaranya keduanya yang kini sudah pun ada retak-retak kecil.

Ia boleh menjejaskan kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor itu sendiri dan ia juga menyebabkan Azmin Ali mengarap pelan politik lain kalau usul itu diterima sebulat suara nanti. Inilah yang saya rasakan sesuatu yang menarik dalam muktamar yang akan berlangsung di Kedah itu.

Bagi Azmin tentu beliau tidak seronok dengan cadangan usul berkenaan, dan pasti dia tidak setuju Pas memutuskan hubungan dengan PKR. Kenapa, sebab baginya kewujudan Pas di Selangor sangat penting dalam membantu dan memberi semangat kepadanya. Umum tahu bahawa keberadaan Azmin di kerusi MB itu adalah hasil daripada projek Langkah Kajang yang gagal. Tanpa ada projek LK itu Azmin tidak akan berada di situ.

Azmin pula mendapat bantuan padu daripada Pas untuk membolehkan dia duduk di kerusi MB. Cerita ini tidak perlu saya selak dan buka lagi kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum,. Secara peribadi juga saya tahu bagaimana persepakatan Azmin dengan Pas (baca Hadi Awang) yang diuruskan oleh Mustapa Ali. Saya tahu bila dan bagaimana ia bermula.

Sebab itu Azmin dilihat selesa dan serasi dengan Hadi walaupun presiden Pas itu bukan sedikit menyakiti hati presidennya sendiri dan juga Penasihat Mmum partinya, Anwar Ibrahim. Perkara ini mungkin boleh disahkan oleh Saifuddin Nasution Ismail.

Berbalik kepada situasi yang berlaku dalam Pas kini dan juga pengusulan oleh Pas itu, wajar untuk Azmin berasa berdebar menanti keputusan muktamar berkenaan. Muktamar itu memberi signifikan tersendiri kepadanya. Sekiranya muktamar mengambil keputusan tahalul syiasi dengan PKR terputus, secara automatik hubungan Azmin dengan Pas Selangor juga terpenggal. Mala petaka itu berat bagi Azmin.

 Bukan itu sahaja ia juga turut menimbulkan mala petaka kepada Pas. Ketiga-tiga orang Exco dan timbalan Speaker Dun Selangor daripada Pas juga boleh didesak untuk berundur. Demikian juga dengan ratusan penjawat lantik politik. Jika kedudukan penjawat itu kekal maka orang akan lihat aneh dan ganjillah kerajaan pimpinan Azmin.

Secara logiknya Pas tidak akan mengambil keputusan demikian. Mungkin akan ada muslihat kalau pun usul itu diterima dengan mengecualikan kedudukan Pas di Selangor. Ia boleh diubah atau dipindah sedikit, hubungan Pas dengan PKR di Selangor akan putus dari sudut parti tetapi bukan dari sudut kerajaan. Mungkin ini akan berlaku. 

Boleh jadi juga ketetapan dicapai dalam muktamar itu nanti akan dilaksanakan selepas Piraum bukannya sebelum Piraum ke-14? Keistimewaan dan keenakan apabila ada kedudukan dan pangkat tidak siapa berani mengorbankannya dan ia juga perlu dipertimbangkan Pas akan untung dan ruginya. Saya juga yakin untuk meredakan keadaan itu kalau Pas menjemput Azmin hadir pada perasmian mukatamr Pas itu beliau akan hadir degan seselambanya.

Kenapa saya kata Azmin yang berdebar menanti keputusan muktamar Pas itu? Ada beberapa perkara kenapa Azmin berkeadaan demikian. Dia sangat sayang dengan kedudukannya sebagai MB. Jawatan MB bukan sembarangan dan senang untuk diperolehi. Untuk menjadi timbalan presiden PKR lebih mudah daripada menjadi MB Selangor, yang diperolehi melalui pelan Langkah Kajang. Jawatan disandang Azmin itu bolehlah dianggap sebagai bernasib baik sahaja, tersangkut kepadanya.

Apabila pelan Langkah Kajang gagal untuk menggantikan Dr Wan Azizah dengan Khalid Ibrahim, mengikut adat dan pendirian berpolitik, Azmin sepatutnya tidak menerima "tawaran" jawatan MB itu setelah Sultan dikatakan tidak mahu menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti mana dakwa Abdul Hadi Awang. Apa hendak jadi pun, dan betapa dia mahukan jawatan itu Azmin harus menolak demi menjaga maruah dan integriti partinya. Tetapi kenapa apabila namanya dicalonkan beliau "berlari" untuk mengangkat sumpah?

Justeru hari ini Azmin sangat menyayangi jawatan MB dan jawatan itu seakan titik awal dan akhirnya dalam politik. Mengapa tidak dengan jawatan itu beliau bukan saja boleh merancang pembangunan untuk rakyat tetapi ikut sama merancang masa depannya dalam PKR. Tiada puncak yang sedang direnung dan ditinjau sekarang ini melainkan presiden PKR. Beliau boleh dan sedang menggunakan jawatan itu untuk merukas ke atas. Perkara ini lumrah dalam politik.

Lantaran itu melihat cara dia berpolitik, mengguna dan mengeksplotasikan jawatan itu seakan dia lebih mementingkan jawatan itu daripada maruah dan semangat hubungan partinya dengan pembangkang terutamanya DAP di Selangor. Azmin boleh memperlekehkan parti AMANAH tetapi tidak DAP, kerana DAP adalah asas kepada kewujudan kerajaan yang dipanggunginya sekarang.

Apa yang Azmin balas budi kepada dua wakil Amanah dalam DUN Selangor yang bertindak berani tanpa peduli kecaman untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat, yakni Saari Sungip (Adun Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Adun Morid)? Mungkin saya tidak nampak apa yang Azmin laku atau hargai tindakan berani mereka berdua itu?

Seandai muktamar Pas mengambil keputusan sebulat suara memutuskan hubungan dengan PKR apa yang akan Azmin lakukan? Juga apakah akan berlaku kepada nasib kerajaan Selangor kini yang didokong oleh DAP, PAS dan Amanah bersama PKR?

Untuk ini saya tidak mahu membuat spekulasi di sini. Tunggu sehingga muktamar Pas itu lengsai.

Mengenai usul berkenaan ada dua kemungkinan akan berlaku; usul itu diterima tetapi tidak akan dibahaskan, ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat Pas. Jika ini berlaku bermakna debaran Azmin akan meredakan sedikit. Kemungkinan akan berlaku kesimpulan-kesimpulan di atas tadi. Bahawa dalam pilihan raya nanti Pas tetap bersama PKR. Kalau formula ini diambil belum tentu lagi kalau Selangor berjaya dikuasai PKR bersama Pas, MBnya adalah Azmin Ali.

Begitu juga kalau wujud kerjasama anih di Selangor di mana Pas masih bersama Pakatan Harapan, melawan BN satu lawan satu, MBnya belum tentu juga Azmin lagi. Sikap playsafe Amin mungkin menyebabkan dia tidak disenangi. Semua kemungkinan mendebarkan Azmin dan jika ia berlaku dan terjadi adalah kerana komplikasinya yang terlahir dari cara playsafe Azmin berpolitik. [wm.kl.1:09 t/hari 25/04/17]
Read More

Wednesday, 1 February 2017

[Video] Penyokong Trump tendang, maki wanita berhijab...Amanah, PPBM ganti peranan Pas di Selangor..."Pas dilihat semakin jauh dari magnet kuasa di Selangor".

Rabu, 1 Februari 2017

Amanah, PPBM ganti peranan Pas di Selangor

Md Shukri Shuib
Md Shukri Shuib
Penganalisis politik menjangkakan peranan Pas di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terancam ekoran perkembangan pengaruh Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib  berkata, Pas mustahil untuk menguasai Kedah dan Terengganu manakala di Kelantan barangkali mampu bertahan.
“Untuk PRU 14, Pas mungkin boleh kekal kuasa di Kelantan, tetapi ingin berkuasa di Kedah dan Terengganu tidak realistik. Pas juga semakin jauh dari magnet kuasa di Selangor. Kini Amanah dan PPBM  dilihat akan ganti peranan Pas di Selangor,” ujarnya dipetik Sinaronline semalam.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat Pakatan Harapan akan kalah banyak kerusi pada PRU14 akibat pergolakan politik yang melanda gabungan tersebut mutakhir ini tetapi masih berupaya memperoleh sokongan pengundi Cina di kawasan bandar.
Berbanding Pas, ujarnya, maruah parti tersebut akan terjejas jika memilih pendekatan untuk kekal bersama Pakatan Harapan dalam blok pembangkang pada PRU14 nanti.
“Secara aplikasi dan logik politik, kerusi Pas jika bersama Pakatan Harapan akan menyusut kerana perlu berkongsi dengan Amanah dan juga PPBM,” jelasnya.
Sehubungan itu, Pas katanya, lebih baik bersendirian daripada membuat pusingan U menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah, PKR dan DAP dengan kesemuanya masih bersefahaman dengan PPBM untuk menjatuhkan Umno-BN pada PRU14.
“Adalah lebih baik Pas mengambil pendirian berdikari berbanding membuat ‘U-turn’ dengan menyertai Pakatan Harapan, apatah lagi jika Pas berhajat mahu menggantikan Umno, ia lebih mustahil," ujarnya.
Beliau menyarankan Pas pada masa ini memberi tumpuan untuk bertindak tegas menolak kerjasama bersama golongan pemberontak dalam Pas yang dilihat pro-DAP termasuk melalui wadah Amanah.
Mengulas sasaran Pas untuk memenangi 40 kerusi Parlimen pada PRU14 pula, Md Shukri menasihatkan parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu harus realistik dalam merangka pelan tindakan politik parti mengikut situasi semasa.
Hal ini, katanya, termasuk mengambil kira isu protes senyap dalam kalangan ahli Pas tidak terkecuali dalam kalangan kepimpinan parti berkenaan.
"Jadinya usah buai perasaan ahli parti dengan impian kosong. Sejarah kemenangan Pas pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) pun tercalar akibat dilema tukar parti," ujar Md Shukri.
Abdul Hadi pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar dilapor pada 29 Januari lalu berkata, partinya meletakkan target untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada PRU14.
Ahli Parlimen Marang itu juga bertegas untuk mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah atas tanggungjawab parti tersebut mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah.
 Pas bersendirian lebih baik?
Untuk rekod, Pas hanya memerintah Terengganu sepenggal iaitu pada 1999 hingga 2004 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999 ketika era Reformasi dan hasil berada dalam Barisan Alternatif bersama PKR, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Rekod pemerintahan Pas di Kedah juga sepenggal selepas PRU ke-12 (2008) ketika parti itu berada kesepakatan gabungan parti pembangkang sebelum dirampas kembali BN pada PRU ke-13 (2013) walaupun sokongan kepada BN dilihat banyak pihak merudum.
Bahkan, Pas di Kedah pada PRU13 hanya menang sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika BN menang majoriti mudah dengan menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing menang empat dan dua kerusi.
Prestasi Pas secara keseluruhan juga menyaksikan parti itu gagal memenangi banyak kerusi Parlimen apabila bersendirian seperti dibuktikan pada keputusan PRU 1978 dan 1982 dengan hanya menguasai lima kerusi manakala hanya meraih kerusi tunggal pada PRU 1986.
Berbeza apabila berada dalam kesepakatan parti pembangkang lain, Pas mencatat prestasi paling baik pada PRU 1999 dengan memenangi 27 kerusi diikuti PRU 2008 (23) dan 21 kerusi pada PRU 2013.
Pas gagal menang lebih banyak kerusi apabila bersendirian. Sumber: InternetPas gagal menang lebih banyak kerusi apabila bersendirian. Sumber: InternetMalaysia Dateline
Read More

Wednesday, 30 November 2016

Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia.

Khamis, 1 Disember 2016

Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia

Saya maklum dengan satu tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan generasi kedua parti islam, dan satu satunya hujah balas beliau adalah mengkritik dari sudut kelahiran Amanah sendiri yang dakwanya Amanah hanyalah parti yang muncul berbekalkan alasan tewas di muktamar Pas ke-61 tahun lalu.
Beliau membandingkan sejarah parti generasi kedua Islam diluar seperti AKP di Turki, PKS di Indonesia adalah jauh sekali dengan sejarah penubuhan Amanah, mungkin penulis tidak tahu, selain punyai persamaan dalam asas pemikiran, kekalahan kelompok progresif dalam Muktamar "parti Islam" di Turki juga pernah mengambil tempat.
Apabila parti Refah dibubarkan pada 1998, kalangan Islamis telah menubuhkan Parti Kebajikan (Fezilet Partisi) namun pasca pembubaran Refah, telah timbul pergeseran dalam kalangan Islamis terutama antara kelompok konservatif dan pembaharu (reformis).
Kelompok reformis yang dipimpin Erdogan mahukan pendemokrasian yang lebih meluas dalam parti manakala kelompok konservatif mahu mengekalkan model kepimpinan Sang Hoca (Erbakan). Cadangan Erdogan ditolak keras Erbakan.
Oleh kerana Erbakan dilarang berpolitik, kepimpinan parti diserahkan kepada Kutan, orang setia Erbakan. Walaupun kepimpinan Kutan mendakwa cuba meluaskan agenda demokrasi dalaman parti namun kelompok reformis mendakwa kepimpinan Kutan lebih menfokuskan untuk cuba membawa masuk kembali Erbakan dalam pentas politik Turki yang menurut kelompok reformis akan menjadi halangan proses reformasi dalaman parti yang diperlukan menjelang PRU yang bakal tiba.
Ketika inilah perseteruan dalaman Fezilet mula kelihatan jelas, dan apabila tiba PRU, Fezilet mengalami kegagalan apabila perolehan undinya jatuh kepada 16% berbanding 21% sebelumnya.
Pasca PRU, perpecahan semakin meruncing apabila Abdullah Gul yang merupakan sekutu Erdogan ketika itu berundur dari kepimpinan parti bersama lima tokoh reformis dan secara terbuka menentang kepimpinan Kutan. Erbakan membuat dakwaan bahawa kelompok ini bekerjasama dengan kumpulan sekular untuk menyingkirkan dirinya namun Erdogan berhujah bahawa yang melemahkan parti adalah kerana model lama kepimpinan Erbakan.
Cubaan mengambilalih kepimpinan parti dan menjatuhkan Kutan oleh kumpulan reformis mengambil tempat dalam muktamar parti namun kelompok reformis gagal dengan peroleh undi yang lebih kecil berbanding kelompok pro konservatif yang dipimpin Kutan, pemimpin pilihan Erbakan.
Pasca muktamar, pergeseran dalaman Fezilet masih tiada kesudahan, namun sebelum perpecahan semakin melebar, mahkamah perlembagaan dibawah kuasa tentera membubarkan Fezilet, dan tregedi ini telah menjadi rahmat kepada kelompok islam apabila pembubaran ini membebaskan kedua kelompok bertelagah dan masing masing bebas memilih jalan politik sendiri.
Maka selepas peristiwa inilah tertubuh dua parti baru dari dua aliran pemikiran parti lama iaitu Parti Saadet pimpinan Kutan (mengekalkan idealogi parti lama) manakala Abdullah Gul menubuhkan Parti Keadilan Dan Kesejahteraan (AKP).
AKP terdiri dari tokoh reformis parti lama, mereka adalah kelompok yang tidak menjunjung pemikiran generasi pertama (Gen 1) sebaliknya mereka adalah Gen 2 parti Islam. AKP masih mengekalkan model asas Refah namun AKP mengerakkan model kepimpinan karismatik, meluaskan demokrasi dalam parti, telus dalam mengambil keputusan dan membuka ruang terbuka bagi mendebatkan dasar dasar parti.
Nah, tidak wujudkah persamaan dalam penubuhan Amanah dan AkP, ya benar tidaklah 100% sama kerana Pas tidak pernah dibubarkan namun pertembungan dua pemikiran, reformis dan konservatif itu berlaku pada keduanya. Asas pemecahan itu adalah sama!
Dan lebih menarik, Parti Saadet pimpinan Kutan, dalam berdepan AkP mereka melakukan serangan tidak bermoral seperti mengelarkan Erdogan dan Abdullah Gul sebagai pengkhianat gerakan Islam, pernah dengar yang seumpama ini di Malaysia? tepuk dada!
AkP juga dituduh meninggalkan perjuangan islam demi cita cita kekuasaan, ini juga skrip sama diciplak musuh Amanah di Malaysia.
Pada 3 November 2003, berlangsungnya PRu Turki, perolehan undi parti Saadet hanya berjaya meraih sekitar 2.5% undi yang bermaksud menamatkan karier politik mereka di parlimen sebaliknya AkP berjaya meraih 34% dari undi dan percaya atau tidak, kawasan "tegar" Rafah, iaitu parti yang lama sebelum ini telah memberikan undi yang sangat besar kepada AkP.
Ini kalau mahu dibuat perbandingan "sejarah" , namun ada hujah yang lebih benar tentang kewujudan Amanah sebagai parti Islam generasi kedua.
Mungkin sebagai AJK Kesenian dan Kebudayaan Pas Pusat, sememangnya imiginasi dan daya kreatif beliau dalam membentuk "public Opinion" masyarakat bahawa Amanah merupakan parti yang tertubuh kerana kalah di muktamar boleh dipuji.
Walau bagaimanapun adalah tidak wajar untuk masyarakat mendengar dakwaan tersebut tanpa "tabbayyun" dengan pihak Amanah terlebih dahulu, apakah benar Amanah ditubuh kerana faktor kecewa dengan keputusan muktamar lepas?
Amanah lahir dalam suasana pertembungan dua dimensi besar iaitu melibatkan krisis dalaman parti dan kedua wujud juga Amanah adalah kerana negara kita berterusan dilanda krisis yang serius. Amanah lahir setelah Pas gagal mewujudkan solusi untuk dua permasalahan ini.
Setelah lebih 50 tahun wujud, Pas sentiasa gagal mendominasi politik negara, lihat pada Pru pada tahun 2004 Pas hanya peroleh sejumlah 0 kerusi di DUN Selangor dan itulah tapak tegar Pas, kekalahan ini berlaku tidak lama selepas Pas melancarkan Dokumen Negara Islamnya, namun pada 2008, agenda Negara Islam diganti dengan Negara Berkebajikan dan Pas melancarkan slogan keramat "Pas For All" telah berjaya membunuh prejudis rakyat Malaysia yang bukan beragama islam terhadap Pas, disini Pas mula membina kekuatan dan mampu menjadi kuasa yang bakal meruntuhkan Umno Bn di peringkat pusat.
Namun begitu pasca PRU 13, pengaruh idea "Negara Islam" kembali bertapak dan telah mewujudkan kembali pertelingkahan besar antara kelompok konservatif dan Reformis di dalam Pas. Maka usaha untuk saling mendominasi berlaku namun malangnya, ada pihak menggunakan sentimen dan kempen buruk untuk menjatuhkan pihak lawan mereka, diberi perbagai gelaran seperti munafik haraki, liberal dan kafir sehinggalah mengeluarkan 1001 fitnah yang akhirnya menyebabkan kelompok reformis tersingkir dari kepimpinan utama Pas pada muktamar lepas.
Disinilah bermulanya langkah kedua kumpulan reformis, atau turut dijoloki sebagai "Pro- Erdogan" oleh kumpulan konservatif iaitu menubuhkan sebuah parti baru yang bakal membawa idea perjuangan mereka sendiri. Kekalahan pada muktamar itu hanyalah alat percepatkan penubuhan Amanah, kerana sebelum itupun, perpecahan dalaman Pas telah parah dan kritikal.
Untuk menyambung perjuangan Islam yang lebih besar, kelompok reformis di dalam Pas terpaksa melakukan anjakan sebagai penganti kepada Pas yang telah kembali ke kotak pemikiran lama.
Pas meletakkan islam sebagai agama yang menghukum sehinggakan tindakan tindakan tidak bermoral seperti takfiri, mengkafir harbi kembali dalam pentas politik Malaysia, hal ini sekaligus menjauhkan masyarakat kepada Pas bahkan ramai ahli Pas telah lari dari parti, dan mereka inilah yang menjadi aktivis parti Amanah hari ini.
Amanah berpandangan, kewujudan perbagai pandangan, keperbagaian kaum dan agama adalah untuk kita saling kenal dan saling hargai, bukan sebaliknya untuk berbalah dan saling memusuhi. Amanah yakin bahawa yang paling hampir dengan Allah adalah mereka yang berkeupayaan untuk mengurus keperbagaian.
Kita berharap yang mendakwa Amanah ditubuh oleh mereka yang tewas di muktamar juga tidak lupa bahawa sebelum muktamar, tuduhan melulu tanpa usul periksa seperti "baruah" telah dihamburkan oleh pucuk pimpinan kepada pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan presiden parti.
Para reformis juga menerima musibah diserang dan harta dimusnah dan lebih malang apabila pihak pimpinan bagai tidak mempeduli, bahkan dilihat meredhai tindakan tersebut, saya tertanya tanya dimana suara Ustaz Riduan ketika ini untuk menegur sikap penyokong yang begitu agresif ini, budaya kekasaran ini terus dibawa penyokong Pas sehingga hari ini.
Amanah adalah jalan keluar atau rumah baru kepada golongan reformis sudah tiada masa depan dan menghadapi jalan buntu dalam parti yang sudah tiada lagi belas kasihan terhadap mereka.
Maka, jika ada yang bertanyakan adakah Amanah merupakan generasi kedua parti Islam di Malaysia, maka jawabnya: Ya, Amanah merupakan generasi kedua parti Islam di Malaysia, Amanah membawa nilai tambah baru dalam arena politik negara, membawa tafsiran baharu kepada makna "perjuangan islam" yang tidak terhad hanya kepada untuk meminda akta mahkamah syariah dan slogan slogan retorik bersendikan agama, namun gagal dalam memperjuangkan maqasid syariah kepada rakyat dan negara, Amanah juga merupakan alternatif kepada Pas, generasi pertama parti Islam, dan saingan baru kepada Umno Barisan Nasional.


 MALAYSIA DATELINE

Read More

Sunday, 20 November 2016

[Video 'Uncle Soh' muncul lagi] Sekalung Tahniah Penganjur & Peserta BERSIH 5...Tahniah buat sahabat Pakatan Harapan (Amanah, PKR, DAP), PSM & PPBM! Tak mustahil Umno dan Pas bekerjasama?

Ahad, 20 November 2016


BERSIH 5 dianggap berjaya.
Antara sebab nya :
1. Walau pun dibuat tangkapan, diasak, diugut, disekat dan bermacam cara dibuat kerajaan termasuk propaganda oleh tv3, namum rakyat tetap hadir.
2. Kumpulan baju merah penyokong kerajaan telah gagal dapat sambutan. Hanya capai 1% dari target 300 ribu orang.
3. Kumpulan baju merah yang mempunyai wang yang banyak dan cukup berkuasa juga gagal menyaingi peserta BERSIH.
4. Tidak boleh dinafikan kegagalan kumpulan baju merah dianggap sebagai kegagalan kerajaan, kerana dunia melihat bahawa baju merah ditubuh dan disokong oleh kerajaan.
5. Imej kerajaan telah tercemar teruk dengan gelagat samseng kumpulan baju merah ini yang bertindak sebagai penguatkuasa, mengatasi undang-undang seperti kerajaan yang tidak bertamadun.
6. Polis juga rakyat. Mereka faham perasaan rakyat dan mereka cukup bertolak ansur. Tidak berlaku perkara buruk.
7. Kemuncak nya Tun M berucap di depan KLCC tempat tarikan pelacung dunia.
8. Mesej telah berjaya sampai ke seluruh dunia betapa rakyat sanggup hadapi bahaya rintangan untuk tunjuk perasaan. Kalau tiada tekanan dan rintangan, pasti berjuta juta rakyat akan turun.
9. Rakyat bersatu hati menentang musuh yang satu.
10. Buat sesuatu lebih baik dari tidak buat apa-apa langsung untuk cegah kemungkaran.
SEBARKAN...!!

Kami bukan ke jalanan untuk buat rusuhan ala keganasan . Tapi kami Barisan Rakyat nak beritahu secara aman bahwa kerajaan sarkas sekarang tidak relevan, kami Rakyat Marhaen kini bangkit melawan kezaliman yang dilakukan oleh kepimpinan parti UMNO/BN.

Tahniah buat sahabat Pakatan Harapan....



JOM BIOKOT TV3..
Melayu paling senang kena bodoh melalui Buletin Utama TV3 - Media Rasmi UMNO Barisan Nasional Celaka sepanjang zaman.

SEBARKAN..

BERSIH minta peniaga tuntut kerugian dari DBKL


Bendahari BERSIH, Thomas Fann berkata ini kerana peniaga diarah oleh DBKL menutup kedai semasa perhimpunan tersebut, maka pihak berkuasa itu harus disalahkan kerana kerugian berkenaan berbanding peserta BERSIH.

Tak mustahil Umno dan Pas bekerjasama - Annuar Musa

"Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima Pas dan Pas menerima Umno untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.
"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
"Saya percaya antara parti politik (Umno dan Pas) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
"PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya.
Malaysia Dateline
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena