Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts

Wednesday, 29 June 2016

[Video] Mufti Pahang disiasat di bawah Akta Hasutan, kata Khalid

Rabu, 29 Jun 2016


IGP sahkan mufti Pahang disiasat bawah Akta Hasutan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman akan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataan 'kafir harbi' yang dikeluarkan beliau terhadap DAP dan orang bukan Islam yang kononnya menentang Islam.
"Polis telah menerima dua laporan pada 26 Jun, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Dang Wangi.
"Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan supaya membolehkan kita menyiasat," kata Khalid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Abdul Rahman dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Jumaat lepas menyamakan DAP dengan 'kafir harbi' atau bukan Islam yang menentang Islam dibenarkan untuk dibunuh.
Beliau kemudian mempertahankan kenyataannya tetapi menjelaskan ia tidak hanya ditujukan kepada DAP tetapi semua yang menentang Islam.
Bagaimanapun, hari ini, pejabat perdana menteri menyatakan jemaah menteri telah memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.
Kata pejabat itu lagi, kenyataan Abdul Rahman menimbulkan kontroversi kerana ia telah diselewengkan.
Malaysiakini.
Read More

Monday, 21 December 2015

Ali Tinju ditahan dibawah Akta Hasutan.

Selasa, 22 Disember 2015
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom (Ali Tinju)

Ali Tinju ditahan dibawah Akta Hasutan pada jam 9 malam tadi

ali-tinju_sedition-act_polis_600_1

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenal Ali Tinju di tahan dibawah Akta Hasutan pada Isnin malam.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kepada FMT kira-kira jam 9 malam.

Penahanan Ali Tinju dipercayai susulan tindakan dia bersama kumpulannya turun ke Kompleks Kota Raya pada Jumaat sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.

Pada Ahad, Kota Raya sekali lagi gempar dengan pergaduhan antara segerombolan lelaki dan para peniaga di kompleks itu. Ali Tinju menafikan pembabitannya dengan kejadian itu.

KDL.
Read More

Monday, 5 October 2015

[Video] Akta Hasutan, malang buat kebebasan sivil, kata Azmi

Selasa, 6 Oktober 2015

Kekal dakwaan Akta Hasutan, malang buat kebebasan sivil, kata Azmi 
OLEH KC NAZARI
Penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung keabsahan Akta Hasutan 1948 di bawah Perlembagaan Persekutuan hari ini amat menyedihkan, kata pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Oktober, 2015.
Penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung keabsahan Akta Hasutan 1948 di bawah Perlembagaan Persekutuan hari ini amat menyedihkan, kata pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Oktober, 2015. 

Beliau berkata demikian dalam reaksinya selepas mahkamah menolak kesnya yang mencabar undang-undang pra merdeka itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen pada 2 September, 2014.
"Hari ini hari yang sangat-sangat menyedihkan buat kebebasan sivil. Saya sedih bukan untuk diri saya secara peribadi, tetapi buat kita semua dalam negara ini," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan mahkamah, pagi ini.
Azmi kini akan menghadapi perbicaraan atas tuduhan menghasut selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau mencabar akta itu.
Mahkamah tertinggi hari ini mengisytiharkan undang-undang yang digubal di bawah pemerintahan British itu mengikut Perlembagaan.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang membacakan keputusan sebulat suara panel 5 hakim itu berkata, akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.
Beliau berkata, kuasa mahkamah adalah terbatas untuk mengkaji akta yang diluluskan Parlimen.
Menurut Azmi, beliau berharap keputusan mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia itu tidak akan membantutkan orang ramai daripada menyampaikan pandangan mereka berhubung isu politik semasa.
"Saya harap merit kes ini akan menunjukkan yang saya tidak berbuat apa-apa.
"Saya harap ia tidak memberi kesan kepada komen-komen dalam negara ini dan saya harap, orang ramai teruskan menyampaikan sudut pandangan mereka kerana kita mesti jangan biarkan undang-undang yang teruk menakutkan kita," katanya.
Peguam Azmi, Gobind Singh Deo berasa sedih, namun pasrah dengan keputusan mahkamah hari ini.
"Malang sekali mereka tidak bersetuju dengan hujah kita, tetapi itu adalah penghakiman mereka.
"Kita akan dapatkan teks penuh penghakiman dan menelitinya. Kita akan tentukan apa yang akan dibuat kemudian," katanya. – 6 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekal-dakwaan-akta-hasutan-malang-buat-kebebasan-sivil-kata-azmi#sthash.m4AbsLut.dpuf
Read More

Monday, 30 March 2015

Tindakan Tegas Polis, Arahan Siapa Sebenarnya? Pemimpin PR ditahan di bawah Akta Hasutan dan perhimpunan haram.

Isnin, 30 Mac 2015
6 hrs · 
 ·

Benar ka.. Polis, masyarakat berpisah tiada ???

Komen murni-murni jer tau...

Tindakan Tegas Polis, Arahan Siapa Sebenarnya?

Shahbudin Husin,
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/03/khalid-kitalawan2.jpg
Sejak dua tiga hari lalu berita penahanan beberapa pemimpin pembangkang telah menjadi tajuk perbualan ramai di merata tempat. Ini berikutan kali ini mereka yang ditahan agak ramai berbanding sebelumnya, di samping cara penahanan dan layanan yang diterima turut menjadi perdebatan.

Selain Rafizi, Tian Chua, Hishammudin Rais dan Fariz Musa daripada PKR yang ditahan. Mohamad Sabu dan Khalid Samad daripada Pas juga turut ditangkap.

Mohamad Sabu ditahan di Pulau Pinang menjelang demonstasi Kita Lawan Sabtu lalu dan dilepaskan kira-kira 23 jam kemudian dan dilaporkan tiada soal siasat atau keterangan diambil daripadanya. Beliau barangkali cuma mahu "direhatkan" di balai polis daripada menyertai demontasi itu.

Khalid Samad ditahan setelah pihak polis berkunjung ke rumahnya pada jam 3.20 pagi selepas demonstrasi Kita Lawan berakhir. Tetapi perintah reman yang dipohon pihak polis terhadapnya telah ditolak oleh mahkamah.


Rafizi yang ditahan kerana menghasut berkaitan demontrasi dan seruan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang ditafsirkan pihak polis sebagai ancaman, selain digari tangannya bahkan juga dibawa ke pejabat PKR untuk diambil beberapa fail dan komputer untuk membantu siasatan. Begitu juga dengan yang lain-lain daripada PKR.

Dalam kes penangkapan paling ramai melibatkan pemimpin pembangkang sejak Anwar dipenjarakan, mereka ditahan sama ada di bawah Akta Hasutan atau pun perhimpunan haram.

Tetapi penahanan dan penangkapan yang agak ramai dan sedikit luar biasa kaedahnya ini menimbulkan banyak persoalan kepada rakyat. Dalam kes Khalid Samad misalnya, agak janggal pihak polis datang dengan jumlah yang ramai di awal pagi ke rumahnya sedangkan atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, lebih mudah dan molek jika pihak sekadar menghubungi dan memintanya datang ke balai polis saja.

Ramai yang bertanya, apakah semua ini hanya merupakan pendirian tegas pihak polis yang kini diketuai oleh KPN, Khalid Abu Bakar saja? Jika itu benar, mereka turut bertanya, kenapa hanya sekarang tiba-tiba mahu bertegas sedangkan sebelum ini tidak demikian?

Ada juga yang mengaitkan tindakan pihak polis ini adalah atas arahan Perdana Menteri yang dikatakan mahu menunjukkan ketegasannya serta tidak mahu berlembut lagi sepertimana yang dilakukannya sebelum ini?

Dikatakan bahawa bermula dengan pemenjaraan Anwar dan kini penahanan sekian ramai pemimpin pembangkang, ia adalah isyarat Najib tidak mahu bertolak ansur lagi terhadap pembangkang selepas ini.

Sebahagian yang lain pula mengatakan tindakan pihak polis ini adalah atas arahan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi untuk menunjukkan ketegasan dan tiada simpatinya terhadap Anwar Ibrahim dan para penyokongnya.

Beliau dipercayai oleh banyak pihak terpaksa berbuat demikian untuk mematikan segala sesok-sosek dalam UMNO yang masih berterusan mengaitkannya mempunyai perasaan yang sukar dilupakan terhadap Ketua Pembangkang itu.

Zahid didakwa melakukannya semata-mata kerana survival dan untuk memastikan laluan kerjaya politiknya lebih cerah di masa depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga dilaporkan bersungut kepada seorang bekas Ahli Parlimen yang mengunjunginya di Sungai Buloh baru-baru ini bahawa Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri turut bersikap lebih tegas mengenai layanan dan kemudahan yang diterimanya di penjara itu.

Anwar menyebut bahawa berbanding ketika beliau di penjara sebelum ini iaitu ketika Tun Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri dan beliau lebih dianggap "musuh utama" kepada bekas Perdana Menteri itu, apa yang dilaluinya di penjara sekarang jauh lebih sukar lagi.

Tetapi ramai juga yang beranggapan pemimpin pembangkang sengaja membuat provokasi atau tindakan yang membolehkan mereka ditahan bagi menimbulkan kemarahan rakyat dan seterusnya melimpahkan simpati kepada perjuangan PR.

Dalam hal ini selain dikatakan pihak polis termakan dengan strategi mereka, ia juga selari dengan apa yang Anwar pernah ucapkan sebelum ini bahawa pemenjaraannya akan menyebabkan sokongan rakyat kepada PR meningkat daripada 52 kepada 60 peratus.

Namun yang agak nakal lantas berkata, ini tandanya pihak polis turut menyokong PR. (SH 30/03/2015)
Posted by Kedah Lanie 
Read More

Friday, 27 February 2015

Jangan cabar ilmu agama mereka! Kalau tidak anda akan dikenakan Akta Hasooootan...

Sabtu, 28 Februari 2015


Inilah wajah-wajah pemimpin UMNO berpaksikan Islam Wasatiyyah-Najib..

PERINGATAN... Jangan cabar ilmu agama mereka, klu tidak anda akan dikenakan Akta Hasooootan...
Read More

Wednesday, 31 December 2014

Pe'el & wajah sebenar pemimpin UmnoBN yang tak sedar diri...Respect TUANKU!

Rabu, 31 Disember 2014
8 hrs · Edited · 
 

ANDA LIHATLAH SENDIRI pe'el & wajah sebenar pemimpin tertinggi negara kesayangan anda Najib Razak & Muhyiddin Yassin..

Pemimpin UMNO kena paham dgn titah Tengku Abdullah dan ambil iktibar kejadian yg dialami oleh Dr. Afiq Rahim di klinik kerajaan Kota Bharu baru2 ini..

Tuanku dah murka kpd muka2 pemimpin UMNO yg tak sedar diri.. ADAKAH KERAjaan UMNO/BN berani nak kenakan AKTA HASUTAN terhadap beliau ???.. Kalau pemimpin PR atau rakyat biasa sudah pasti kena cekup..

#SHAMEonYouKERAjaan #RespectTUANKU


HEBAT ILMU OSTAJAH UMNO...
Soalan buat penyokong & pendokong UMNO/BN...
SOKONG atau BANTAH ???

Dalam fekah, ada dua istilah 'terpaksa' yang digunakan iaitu 'ikrah' dan 'idztirar' yang kedua-duanya bermaksud terpaksa.

Kedua-duanya akan diberikan kelonggaran sementara iaitu rukhsah.

Dalam Al Quran pula, katanya, ada tiga tempat sahaja dibincangkan perkara ini, iaitu Aurah Al Bakarah 173, Al An Am (145) dan Al Nahli (135).

Ketiga-tiganya membincangkan soal TERPAKSA makan makanan haram UNTUK HIDUP dan menuturkan perkataan kufur untuk SELAMATKAN NYAWA.

"Ketiga-tiganya tidak langsung membincangkan soal menghalalkan penzinaan (melacurkan diri)," kata Haron Din

Dalam kitab Ahkaam al-Qur'an, Abu Bakar al-Jash-shash disebutkan, bahawa MAKNA DARURAT adalah rasa takut seseorang kepada bahaya yang dapat melenyapkan nyawa, atau boleh mencelakai salah satu anggota tubuhnya, kerana ia tidak mahu makan atau meminum sesuatu yang diharamkan. (Abu Bakar al-Jash-shash, Ahkaam al-Quran, jld. I, hal. 159).
Read More

Thursday, 27 November 2014

'Meneran Suara Najib' pertahan Akta Hasutan...Bani Melayu bertempik sorak menyokong akta zalim.

Jumaat, 28 November 2014

MB: Kekal Akta Hasutan, Najib takut buat perubahan

MB SEL
Oleh: LIZAWATI MADFA 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menjelmakan watak sebenar beliau dalam isu pemansuhan Akta Hasutan 1948. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menyifatkan janji Najib sebelum ini tidak ikhlas dan sekadar mahu meraih undi...

Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas, Najib sendiri beberapa kali berjanji mahu memansuhkan akta yang tidak adil itu.
“Maknanya dia tidak tunaikan janji yang dinyatakan sendiri, ternyata dia berjanji untuk meraih sokongan.
“Dia membuktikan dirinya tidak ada keberanian untuk melakukan transformasi dalam bidang yang dinyatakan beliau,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.
Najib dalam ucapannya berkata keputusan untuk mengekalkan akta itu adalah penting bagi menjamin kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.
“Adakah dengan mempertahankan Islam melalui peruntukan zalim dan tiada kebebasan dan moral.
“Sedangkan Islam agama yang suci murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan dengan kezaliman,” kata Mohamed Azmin.
EZY
NAJIB TEGAS PERTAHAN AKTA HASUTAN, PR JUGA BERSUBAHAT MENJAYAKAN AKTA INI? 
TV3 SUKU di dalam siaran Buletin Utamanya menyiarkan ucapan Najib di hadapan perwakilan Umno di PWTC.  Meneran suara Najib dengan muka merahnya memberi jaminan Akta Hasutan akan tetap dipertahankan.  

Maka, bagai dapat durian runtuh semua burung kakak tua bangun dan bertempik sorak sambil menepuk tangan.  Itu dia....Bani Melayu begitu seronok menyokong akta zalim.   

Apabila terang-terang Najib dan Umno ingin terus mempertahankan Akta Hasutan yang suatu ketika Najib berjanji akan memansuhkan akta ini demi "transformasi' kononnya. 

 Tapi, semenjak bila pemimpin Umno tidak menipu?  Apabila Najib terang-terangan ingin mempertahankan akta zalim ini, sewajarnya yang mengaku pejuang Islam lupakan saja hajat dan cita-cita ingin 'menjentik' gereja bersama Umno. 

Sepatutnya apabila Umno tegas untuk mempertahankan Akta hasutan ini, maka pimpinan PR harus lebih tegas lagi menentangnya.  Bagaimana untuk kita menentang kezaliman jika sesama kita pun masih tidak mengenali musuh sebenar?  

Senjata dihalakan sesama kita dan semakin hebat sejak kebelakangan ini.  Tuding menuding sesama kita, pimpinan kita ego tidak mahu mengaku silap dan bertaut kembali. Akibatnya, Umno semakin berani.  

Dulu mereka berjanji untuk hapuskan Akta Hasutan itu adalah kerana melihat kekuatan kita yang semakin menekan mereka.  Kini, mereka kembali semula untuk mempertahankan akta tersebut.  

Mengapa?  Sebab mereka sudah melihat kita tidak lagi sekuat dulu.   Ertinya, jika kezaliman terus berleluasa angkara akta ini nanti, sikit sebanyak kita juga sebagai penyumbangnya kerana kita terus berpecah. 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 
Read More

AKTA HASUTAN dikekalkan! Nescayalah Tiada Undang-Undang Boleh Selamatkan UMNO lagi...

Jumaat, 28 November 2014
Photo
Buletin Pakatan Rakyat

Tiada Undang-Undang Boleh Selamatkan UMNO



Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah yang akan menyelamatkan UMNO

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa Akta Hasutan 1948 bukanlah alat yang digunakan bagi mengekalkan kekuasaan UMNO.

“Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah yang akan menyelamatkan UMNO dari kehilangan kuasa,” tulisnya di dalamwww.paklah.net.

Sebelum itu, Abdullah yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Pak Lah menyatakan bahawa beliau sendiri tertarik dengan ucapan dasar Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

“Selain memperingatkan ahli-ahli UMNO akan sejarah perjuangan UMNO dan juga betapa pentingnya semangat solidariti, beliau juga sangat prihatin dengan keresahan, kerisauan dan juga keinginan orang Melayu secara amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya,” katanya lagi.

Tambah Pak Lah lagi, keprihatinan ini terserlah apabila beliau mengumumkan pengekalan Akta Hasutan yang disambut dengan ghairah oleh ahli-ahli UMNO yang berada di dalam dan di luar dewan Pusat Dagangan Dunia Putra.

“Saya menyokong keputusan ini. Saya menyokong pengekalan ataupun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong,” katanya.
BLM

Read More

Wednesday, 17 September 2014

[Video] Peningkatan Penindasan: PBB gesa Malaysia henti tindakan bawah Akta Hasutan


Khamis, 18 September 2014

Published on Sep 17, 2014
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia. Menurut Rupert Collvile, Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria yang jelas untuk hasutan.

Beliau menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa.Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan.

Profesor Madya Dr Azmi Sharom berucap di hadapan pelajar dan kakitangan Universiti Malaya membantah Akta Hasutan dan pelanggaran kebebasan akademik,...

PBB gesa henti tindakan Akta Hasutan

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia.

"Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria
yang jelas untuk hasutan," kata jurucakap itu Rupert Collvile (kiri) dalam satu kenyataan.

"Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa."

Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan.

Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama.

Beliau berkata antara kes-kes yang membimbangkan termasuk  penangkapan wartawan Malaysiakini,Susan Loone (kanan) atas dakwaan menghasut.

Colville juga menimbulkan kebimbangan mengenai siasatan terhadap peguam Edmund Bon dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk menggantikan atau meminda akta tersebut.

Beliau sebelum ini berjanji untuk memansuhkan akta era penjajah itu pada 2012.

Berikutan protes yang meningkat, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail berkata pejabatnya sedang mengkaji tuduhan hasutan terhadap Azmi dan kes-kes lain.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 11 September 2014

[Video] Akta Hasutan: Pemuda PR Jumpa Zahid...Sudah-sudah lah buat LAWAK!

Khamis, 11 September 2014



Sudah-sudah lah buat LAWAK tu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi oiii... apa ada Kena Mengena 5 Bekas Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikatakan MILITAN dan sedang berjuang di Negara di Iraq serta Syria (Isis) di Syria dengan Cerita lu, apa lu Perasan yang lu tu pun ada Keberanian macam dia orang ke Zahid... kah kah kah !.

Lu lupa ke yang lu tu ditahan dibawah ISA kerana apa... dan lu lupa ke berapa lama lu ditahan dibawa ISA tu Zahid, ada ke sama sebab dan lamanya antara lu dengan dia orang bila ditahan dibawah ISA tu. Kalau sama sebab dan lama nya lu ditahan dibawah ISA seperti sama sebab dan lamanya dengan Rakyat Malaysia yang dikatakan Militan tu ok lah... kah kah kah !.

Tetapi kalau tak sama sebab dan lamanya sewaktu lu di tahan dibawah ISA rasa gua ada baik nya lu diam aje le Zahid, kerana yang gua dengar sewaktu lu ditahan dibawah ISA cerita nya cukup sedih beb. Betul tak betul itu gua tak pasti lah tetapi yang gua dengar cerita nya cukup sedih iaitu dikatakan lu Menangis Merayu-rayu kepada Mahathir Muhammad Iskandar Kutty... kah kah kah !.

Kalau tak cerita tersebut bermakna ianya adalah Fitnah terhadap lu dan gua pun mohon maaf lah kerana turut sama percaya dengan Fitnah tersebut, namun rasanya sebab dia orang ditahan dibawah gua pasti tak sama dengan sebab lu ditahan dibawah ISA. Ini kerana ada di antara dia orang ditahan atas sebab membuat Senjata Api, apa lu pun di tahan kerana membuat Senjata Api ke Zahid... kah kah kah !.

Ok lah Zahid, gua harap lepas ni jangan lah lu Gatal Mulut lagi dengan mengeluarkan kenyataan yang berupa dan seumpama dengan membuat Lawak. Malu lah sikit Zahid oiiii, jangan di ikutkan sangat tak punya rasa Malu dan Segan, cukup lah Pra-Syarat untuk menjadi Ahli dan Penyokong Umno punya DNA Bebal Melantun-Lantun Macam Getah Skrub... kah kah kah !. sumber MI

hemmmmm..... ada hati jugak nak rasa diri tu macam rakyat malaysia yang sedang berjuang kat iraq dan syria tu beb... kah kah kah !.
Read More

Monday, 8 September 2014

[Video] Akta Hasutan: Kecoh di mahkamah...Aktivis Mahasiswa ditangkap selepas dibebaskan...

Isnin, 8 September 2014

Video Kekecohan Di Mahkamah Bila Mahasiswa Ditangkap Polis Setelah Dibebaskan Mahkamah

Kekecohan berlaku di Mahkamah Sesyen Selayang apabila seorang aktivis pelajar, Ali Abd Jalil yang baru dilepaskan selepas dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina sultan ditangkap semula. Ali ditahan berikutan tulisan di laman Facebook yang didakwa menghina sultan sebagai berhala.
Read More

Monday, 1 September 2014

Akta Hasutan: Pensyarah UM Prof Madya Dr Azmi Sharom pula akan didakwa...

Selasa, 2 September 2014


Selepas beberapa pemimpin politik Pakatan Rakyat (PR) didakwa di bawah Akta Hasutan, ahli akademik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom bakal menerima nasib sama esok.

Azmi mengesahkan perkara tersebut kepada The Malaysian Insider, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Betul saya kena dakwa. Tapi tunggu esok mana tahu mungkin tidak jadi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Azmi, yang merupakan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (Pekaum), berkata beliau menerima panggilan telefon memintanya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

"Saya terima panggilan minta saya hadir. Tidak ada surat tentang itu," katanya.

Beliau dipercayai akan didakwa di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya melalui sebuah portal mengenai krisis Perak 2009 dan kaitannya dengan krisis menteri besar Selangor.  

Pensyarah undang-undang itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok berhubung artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu, dilaporkan The Malay Mail Online pada 14 Ogos).

Mengikut portal itu, polis Dang Wangi menyatakan pensyarah itu akan dihadapkan dibawah Seksyen 4(1)(b), di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.  

Berita pendakwaan itu dikritik hebat Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang berkata tiada sesiapa selamat daripada akta itu kecuali mereka yang berdiam diri atau menyokong kerajaan.

Dia juga mendakwa tindakan itu menggambarkan Malaysia negara diktator yang tidak toleran dengan sebarang pendapat bercanggah.

Tindakan polis itu turut dikecam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), yang mengajak mahasiswa dan orang ramai hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok pagi bagi menunjukkan solidariti bersama Azmi.

"Hujah-hujah dan pandangan yang dikemukan oleh Dr Azmi tidak pernah sedikit sebanyak mengugat Hak Sultan terutamanya harta dan kuasa mereka," kata PMUM dalam reaksinya.

Azmi akan menjadi ahli akademik pertama didakwa di bawah Akta Hasutan, yang menurut Putrajaya akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional, kini dalam peringkat penggubalan.  

Dalam masa dua minggu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa di bawah akta sama termasuk Rafizi Ramli dan N. Surendran dari PKR, Khalid Samad dari PAS dan RSN Rayer dari DAP.

Juga dalam perbicaraan kerana tuduhan menghasut ialah Teresa Kok (DAP) dan Tian Chua (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) didakwa kerana atas tuduhan membuat fitnah dua tahun lepas lapor The Malaysian Insider
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More

Thursday, 23 May 2013

Video JINJANG:1 Keluar 3 Masuk - Mereka Akan Disiasat Bawah Akta Hasutan & Tian Chua minta tafsir Al Quran di dalam lokap

Jumaat, 24 Mei 2013
SuaraRakyat505 : Dua Pemimpin Ditahan - BULETIN 13

Mereka Akan Disiasat Bawah Akta Hasutan
Photo: TERKINI : Setakat Ini 3 Orang Sudah Ditangkap.. Tian Chua Ahli Parlimen Batu, Haris Ibrahim Aktivis Yang Mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno Dan Datuk Tamrin Ghafar Baba Anak Kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba... Mereka Akan Disiasat Bawah Akta Hasutan Dan Kini Dibawa Ke Lokap Jinjang...
TERKINI : Setakat Ini 3 Orang Sudah Ditangkap.. Tian Chua Ahli Parlimen Batu, Haris Ibrahim Aktivis Yang Mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno Dan Datuk Tamrin Ghafar Baba Anak Kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba... Mereka Akan Disiasat Bawah Akta Hasutan Dan Kini Dibawa Ke Lokap Jinjang...



Tian Chua minta tafsir Al Quran di dalam lokap



Tian Chua dikhabarkan meminta senaskah tafsir Al Quran untuk dibaca di dalam lokap. Berita itu sesungguhnya sesuatu yang baru dan mengujakan.

DIharap pihak polis dapat memberikan tafsir tersebut kepada beliau untuk dibaca semasa berada di dalam lokap yang pastinya membosankan.

Semoga Allah membuka pintu hati Tian Chua untuk menerima Islam. 

Ramai manusia ternama di dunia memeluk Islam setelah mempelajari agama Islam semasa di dalam tahanan di negara masing-masing. Antaranya ialah Mike Tyson dan Muhammad Ali.

Berikut adalah sebahagian dari gambar situasi di perkarangan Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur.





Posted by GeloraHatiMuda at 6:57 AM
Photo
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena