Showing posts with label BN Kalah. Show all posts
Showing posts with label BN Kalah. Show all posts

Friday, 11 March 2016

[Video] Najib kekal, BN kalah - Sanusi Junid

Jumaat, 11 Mac 2016

Najib kekal, BN kalah -Sanusi Junid

 | March 11, 2016
Bekas Menteri Besar itu menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan kepada UMNO adalah supaya parti Melayu dan negara dihormati masyarakat dan bukan untuk bersama parti tetapi mengkhianati UMNO.
VIDEO INSIDE
Sanusi-Junid_najib_bn_600
PETALING JAYA: Tan Sri Sanusi Junid tidak mahu melihat parti yang telah memerintah negara lebih setengah abad kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang semata-mata disebabkan oleh kegagalan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Kami tidak mahu Perdana Menteri turun jawatan kerana kalah pilihan raya. Kami tidak mahu Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya.
“Malangnya, kami merasakan UMNO dan BN akan kalah jika Najib tidak turun terlebih dahulu daripada jawatan. Itu sebabnya kami minta beliau turun, semuanya kerana sayang UMNO. Kalau pecat, pecatlah… hati kita tetap ada dalam UMNO,” ujarnya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh Din Turtle.
Bekas Menteri Besar itu menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan kepada UMNO adalah supaya parti Melayu dan negara dihormati masyarakat dan bukan untuk bersama parti tetapi mengkhianati UMNO.
“Bukan itu kita kata sayang pada UMNO. Kita buat supaya UMNO dan negara yang diperintah oleh BN ini dihormati oleh orang.
“Rasa sayang pada UMNO ini bukan bermakna kita boleh memaki pemimpin yang pernah berjasa kepada negara semata-mata kerana menegur kesalahan kita,” katanya.
Bekas Menteri Kabinet itu turut menyelar kealpaan Najib yang terlena dengan pujian-pujian yang diberikan terhadapnya.
“Apakah orang yang baik adalah mereka yang memuji kita? Walhal, yang memuji itu pula diupah.
“Sedangkan orang lain tidak diupah pun boleh puji orang kalau dia nampak jasa.
“Pujian pun harus diselidik latar belakangnya. Kadang-kadang yang bercakap tu kerana gaji, jawatan atau ekotan dapat untung daripada bercakap macam tu,” katanya.
Read More

Friday, 14 November 2014

'BN Kalah, orang melayu tak dapat memerintah'...HANYA MELAYU 'BEBAL' aje yang percaya!

Sabtu, 15 November 2014

Photo: KENAPA TAKUT SANGAT BN KALAH ???
Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah...

Dalam PR tiada pemimpin Melayu kah ???

Ramai org melayu yg melatah bila statement kalau BN kalah, org melayu tak dapat memerintah.. KAH! KAH! KAH!.. HANYA MELAYU 'BEBAL' aje yg percaya.. 

Sebenarnya, amat malang jika BN masih kekal lps PRU14 nanti...
KENAPA TAKUT SANGAT BN KALAH ???
Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah...

Dalam PR tiada pemimpin Melayu kah ???

Ramai org melayu yg melatah bila statement kalau BN kalah, org melayu tak dapat memerintah.. KAH! KAH! KAH!.. HANYA MELAYU 'BEBAL' aje yg percaya..

Sebenarnya, amat malang jika BN masih kekal lps PRU14 nanti...

Mari tengok Umno punya ANGKARA!



Read More

Wednesday, 10 April 2013

BAU KEKALAHAN: Umno-MCA Berpecah Kerana Rampasan Kerusi & Tingkat 2 - B4 Kuburkan UMNO..

Rabu, 10 April 2013
PAS umum Nizar di Changkat Jering, Idris Ahmad kembali ke Bukit Gantang

 photo Header_zps1184082a.gif



Bau kekalahan, Umno-MCA berpecah kerana rampasan kerusi 

KUALA LUMPUR: Dengan bau kekalahan semakin kuat, Umno kini merancang untuk merampas semua kerusi MCA di Johor untuk berdepan dengan DAP sendiri.

Perkara ini pula menyebabkan keseluruhan pemimpin MCA kini duduk tidak tenang kerana semakin disisihkan.
Pada sebelah pagi hari ini, The Malaysian Insider melaporkan war room BN mempercayai bahawa calon Umno lebih berpotensi menang terhadap calon DAP daripada MCA.

Sebelah petangnya pula, Malaysiakini melaporkan para pemimpin MCA melenting kerusi-kerusi mereka dirampas oleh Johor.
Johor kini menjadi tumpuan pertahanan Umno selepas penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon parlimen Gelang Patah.

Menghangatkan perlawanan ini lagi ialah apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebagai calon di Pulai.

Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera juga bertandang ke Johor dan akan bertanding ke Kluang.
PKR pula mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.
“Umno panik sejurus Pakatan Rakyat mengumumkan jeneral-jeneral perang besar mereka bertanding di Johor. Johor ini maruah Umno dan BN. Dan masalahnya sayap kedua BN, iaitu MCA dan MIC kini cacat,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

“Apakah ini strategi terbaik Umno  untuk menang?” tanya Harakahdaily.

“Entahlah. Strategis BN untuk PRU13 ini saya dah hilang keyakinan. Tengok cara Rais Yatim dan SPR main isu 10 minit tawaran kepada manifesto kepada pembangkang. Ingat boleh dapat mileage politik, tetiba BN guna 2 jam untuk bentang manifesto.
"Manifesto pula cedok apa yang mereka serang Pakatan Rakyat selama ini yang akan bangkrapkan negara. Sekarang TV pula ulang-ulang BN tak tiru manifesto PR, lagilah rakyat tahu kamu meniru. Sekarang Tingkat 2 B4 pula mencadangkan idea rampas kerusi MCA di Johor. Awak nilailah sendiri, ini nak bantu ke nak hancurkan BN dengan lebih cepat?” kata sumber itu lagi.

Tingkat 2, B4 dipercayai ialah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang mengaturkan strategi pilihanraya kali ini.
jpm b4
“Tak tahu siapa masukkan idea untuk rampas kerusi kawan kononnya demi kemenangan ke otak-otak di Tingkat 2, B4. Ada yang sengaja kuburkan BN. Umno tak pernah bentuk kerajaan dengan diri sendiri tanpa kawan-kawannya. 

"Jika benar ini berlaku, Umno akan tumbang kerana langkah ini menyakinkan rakyat bahawa Umno panik. 
"Ditambah pula dengan keberanian PAS menghantar Husam Musa ke Putrajaya yang dilihat ramai sebagai tanda keyakinan bahawa BN bakal tumbang tak lama lagi,” tegasnya.
Harakahdaily.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena