Showing posts with label Bajet 2016. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2016. Show all posts

Saturday, 30 January 2016

Ubahsuai BAJET 2016, Apa korang dapat? "Dapat rasa kena 'kincin' lagi ada"! Rakyat tahu baca politik kotor Najib.

Ahad, 31 Januari 2016

Apa korang dapat.. ???

Dapat TPPA ka atau dapat rasa kena kencing lagi dgn penipuan 'mereka' ???

28 January

Rakyat tahu baca politik kotor Najib – Anina

 | January 30, 2016
Perkiraan itu dibuat berdasarkan momokan rakyat terhadap sesuatu isu melibatkan Perdana Menteri.
anina-najib
PETALING JAYA: Rakyat negara tahu membaca strategi politik Datuk Seri Najib Razak yang didakwa kotor dan menjijikkan.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin membuat perkiraan itu berdasarkan momokan yang dibuat rakyat setiap kali sesuatu isu berlaku melibatkan Perdana Menteri.
“Tidak sukar untuk rakyat membaca permainan Perdana Menteri dalam mencatur politik peribadi beliau. Semuanya digerakkan dalam strategi tersusun, namun ianya kotor dan menjijikkan,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Katanya, strategi itu dapat dibaca apabila barisan kepemimpinan UMNO Kedah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyebabkan rakyat kecoh mengenainya.
Perkara berkenaan mengiakan tekaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mukhriz hanyalah mangsa percaturan politik oleh Perdana Menteri.
Jelasnya, tidak cukup dengan itu, kemarahan rakyat bertambah apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan keputusannya membersihkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion, sekali gus mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan.
Anina berkata, kemarahan rakyat kemudiannya menjadi tangisan terhadap Perdana Menteri apabila Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diluluskan dengan persetujuan seramai 127 ahli Parlimen.
“Rakyat menangis melihat ahli Parlimen tersenyum riang di lobi Parlimen (sebaik sahaja TPPA diluluskan),” katanya.

Read More

Friday, 8 January 2016

Bajet 2016 'Perlu Diubah Suai'? Poor planning! Kenapa tak lantik jer terus 20 Timbalan Menteri Kewangan...

Sabtu, 9 Januari 2016


KANTOI !!!.. Najib Razak hari ini umum semak semula#Bajet2016 wpun sblom ini kedua2 balaci timbalannya dah kata "TIADA SEMAKAN SEMULA BAJET 2016"..

Akhirnya bajet yg dibentangnya sendiri pd 23 Oktober tahun lps terbukti TAK BOLEH PAKAI !!... Poor planning !!!

Kalau dah ada dua timbalan pon bajet tak leh pakai, kenapa tak lantik jer terus 20 Timbalan Menteri Kewangan !!!


Kenapa mereka suka jual kelentong ??

Mereka jual kelentong pasal #1MDB.. TAPI MASIH ADA JUGA YANG SUKA dan PERCAYA pada kelentong..

Tahun 2016 Mencabar, Bajet 2016 Perlu Diubah Suai

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibentangkan tidak lama lagi dengan mengambi kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan pada tahun 2016 yang mencabar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.

Pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini, Najib berkata adalah lebih baik untuk berterus-terang bahawa 2016 adalah tahun yang mencabar.

"Saya tidak mahu menggula-gulakan rakyat dengan tidak berpaksikan pada realiti yang sebenar. Baiklah kita secara terus terang dan jujur beritahu bahawa tahun ini adalah mencabar," katanya.

Namun, katanya, kerajaan, dan Kementerian Kewangan akan terus berusaha gigih dengan penuh komitmen untuk membela nasib rakyat dan menjamin ekonomi negara dapat terus tumbuh dengan baik untuk membolehkan pelbagai program pembangunan dilaksanakan.

Najib berkata pengubahsuaian Bajet 2016 itu antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

"Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.

Pada perhimpunan itu, Najib menyentuh mengenai cabaran-cabaran pada 2016.

Cabaran itu ialah mengenai kelembapan ekonomi negara China, yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia dan rakan dagangan terbesar Malaysia dan permintaan global dan perdagangan dunia yang masih lemah.

Turut disentuh Najib ialah cabaran akibat penurunan harga minyak mentah dan komoditi yang berterusan, di mana harga purata minyak mentah Brent telah menjunam daripada US$98.94 setong pada 2014 kepada US$31.58 setong semalam (7 Jan).

Beliau berkata perkara tersebut amat membimbangkan termasuk kesan kepada negara ekoran unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 adalah berdasarkan harga purata Brent sebanyak US$48 setong.

Najib juga menyatakan cabaran pada 2016 adalah berkaitan keadaan pasaran kewangan terutamanya berikutan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (US Fed) yang akan dipulihkan seperti biasa bagi membawa kesan aliran modal serantau termasuk Malaysia serta pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat.

Beliau berkata cabaran-cabaran tersebut turut memberi impak kepada Ringgit.

Najib berkata bagi menangani cabaran pada 2016, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan tetapi juga oleh kerajaan, GLC dan juga rakyat keseluruhannya.

"Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar dan kita perlu menguruskan sumber-sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum.

"Kita perlu bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi kita mampan," katanya.

Malah, Najib berkata kerajaan menyasarkan ekonomi Malaysia kekal stabil pada tahun ini dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus.

"Inflasi dijangka kekal rendah diunjur berada dalam lingkungan dua hingga tiga peratus," katanya.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan juga kekal komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016, manakala tahap hutang Kerajaan Persekutuan dijangka kekal terkawal dalam had yang berhemat 55 peratus daripada KDNK.

"Mudah-mudahan komitmen yang ditunjukkan Kementerian Kewangan bukan sahaja kita dapat kekalkan malah kita dapat pertingkatkan lagi, kerana tanggungjawab kita amat berat dan pada tahun ini adalah amat mencabar untuk Malaysia dan dunia secara keseluruhannya," katanya.

-- BERNAMA
Read More

Tuesday, 10 November 2015

Bajet 2016, Pas mengambil pendekatan mendiamkan diri langsung tidak berbunyi? Pas tidak akan memusuhi UMNO...

Selasa, 10 November 2015

PAS - BUKAN ORANGNYA TAPI SISTEM

 "Pas hanya tolak sistem dalam UMNO sahaja, bukan memusuhi orang UMNO,".

 Itu pendirian Pas yang disuarakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( gambar ) apabia ramai yang melihat Pas akan bekerjsama dengan UMNO.

 Ketika pembangkang riuh rendah tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Bajet 2016, Pas mengambil pendekatan mendiamkan diri langsung tidak berbunyi. 

"Kita tidak kisah pun kalau pembangkang lain nak bising. Pas ada pendekatan sendiri yang pastinya berbeza dengan parti politik lain. 

"Saya melihat pendekatan yang dibawa oleh pemimpin PAS ini adalah lanjutan kepada misi kenabian yang dibawa oleh kebanyakan para rasul.

 "Pas tidak akan memusuhi UMNO kerana keutamaan dakwah Pas adalah mengubah dasar, bukan keutamaan menjadi pemerintah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial Faceook miliknya.

 Tanpa mempedulikan kekeliruan orang lain, Tuan Ibrahim berkata, mendekati UMNO dengan mengislahkannya adalah langkah yang begitu dekat dengan dasar PAS ganti UMNO.

 "Jika UMNO dijadikan musuh yang tidak boleh dibuat baik, maka ia akan menjauhkan terus orang UMNO dari Pas.

 "Kita tidak mahu begitu kerana apa yang kita tolak adalah sistem UMNO, bukan memusuhi orang UMNO,” ujarnya.

 Kata Tuan Ibrahim, hanya pemimpin yang berjiwa besar, berani dan ada misi saja yang sedia membuat pendekatan yang praktikal sekalipun ramai yang keliru.

 "Jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi bertemu Najib di mana saja, anggaplah pemergian itu seperti Nabi Ibrahim berjumpa Namrud atau Nabi Musa berjumpa Firaun.

 "Nabi bertemu mereka bukan sebab hendak jadi pembesar menggantikan Firaun dan Namrud, tetap demi menyelamatkan daripada tersesat selamanya," jelasnya.

 Tambahnya, jika orang UMNO tidak datang kepada Pas, maka pemimpin PAS kenalah pergi kepada UMNO. "Pergi kepada UMNO bukan bermaksud menyertai atau masuk UMNO tetapi ikut apa yang dibuat oleh para nabi," katanya.

- MalaysiaGazette
 gajahmenta

Tidak sokong usul tolsk Bajet 2016 bukti kerjasama PAS-BN' - Guan Eng

'Tidak sokong usul tolak Bajet 2016 bukti kerjasama PAS-BN' - Guan Eng
LIM: Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk tidak menyokong usul penolakan Bajet 2016, menzahirkan pendirian bahawa parti Islam itu mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), lapor The Malaysian Insider hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau kesal dengan tindakan PAS menolak usul terbabit yang sekaligus dilihat pembangkang sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, turut mengatakan parti Islam itu telah jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini telah menyatakan kesesiaan untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.

"Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya seperti yang dipetik portal berita itu.

Astro Awani 
Read More

Friday, 16 October 2015

Bajet 2016: Rakyat Malaysia mula merasa risau dan panik? "Fresh Graduate, jangan harap nak beli rumah!"

Jumaat, 16 Oktober 2015
Kat Malaysia je ada rumah mampu tengok.

Bajet 2016 Harga Rumah di Malaysia Yang Mampu Milik Semakin Sukar untuk Dimiliki? Apa Usaha Kerajaan?

Bajet 2016 Harga Rumah di Malaysia Yang Mampu Milik Semakin Sukar untuk Dimiliki? Apa Usaha Kerajaan?
bajet 2016 harga rumah

Berita Semasa dimaklumkan mellaui laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengatakan sekurang-kurangnya kos sara hidup di Malaysia telah pun melonjak sehingga 33 peratus.
Lonjakan kos sara hidup yang berlaku di Malaysia hari ini, merangkumi kos-kos berkiatan dengan :
  1. telekomunikasi
  2. makanan
  3. barangan
  4. perubatan
  5. perbankan

Bajet 2016 Harga Rumah di Malaysia : Harapan Rakyat malaysia?

Ia belum ditambah dengan kos beli rumah di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia pastinya tertunggu-tunggu apa lagi intipati istimewa yang boleh dihadiahkan kerajaan malaysia melalui pembentangan Bajet 2016 Malaysia kelak.
Sejarah kenaikan harga rumah di Malaysia telah menunjukkan yang mana kenaikan telah naik begitu mendadak antara tahun 2010 hingga 2013. Yang mana melihatkan di sini, rata-rata rakyat Malaysia mula merasa risau dan panik dengan situasi yang berlaku hari ini.
  • Masakan tidak melihatkan gaji bagi rakyat Malaysia antara RM2,500 – RM4,000 sebulan tetapi harga rumah kebanyakan RM250,000 dan ke atas.
  • Harga rumah yang mampu milik semakin sukar untuk dimiliki
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa melihatkan trend kenaikan harga rumah di Malaysia hari ini telah mula sedikit sebanyak menurun seperti yang boleh anda semak gambar-gambar di bawah ini….
 
P/S : Kepada fresh graduate, jangan harapkan selepas anda bekerja anda mahu terus beli rumah di Malaysia. Beli pula yang antara RM300,000 dan RM400,000 ke atas. Jikalau mahu beli rumah juga, beli yang sesuai dengan pendapatan anda. Kemudian sedikit demi seidkit “upgrade” rumah anda selepas itu.

Berita Semasa

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena