Showing posts with label Bank Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Bank Rakyat. Show all posts

Wednesday, 31 August 2016

Terpalit Rasuah RM15 juta Bank Rakyat 'Tan Sri' direman! Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?

Rabu, 31 Ogos 2016
"Tanamkan semangat patriotik kpd negara. Selamat Hari Kebangsaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka! #SehatiSejiwa" -Najib Razak, 31/8/2016.

31 Ogos sambutan kemerdekaan... rakyat dikerah kibar bendera.. tanda semangat patriotik terhadap negara..... Marilah bersama Jeneral Bersara dan kepimpinan AMENO untuk kibarkan bendera...

Krikk.. Krikk.. Krikk.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/31/terpalit-rasuah-ini-bukan-skandal-pertama-landa-bank-rakyat/

Satu Tan Sri pengerusi bank ditahan SPRM. Akaun peribadi hampir RM1 juta.

Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?

SPRM, AWAK KAT MANA !!!

Terpalit rasuah: Ini bukan skandal pertama landa Bank Rakyat

 | August 31, 2016
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, bersama dua lagi pegawainya.
Abdul-Aziz-Zainal1
PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan RM15 juta baru-baru ini, bukan skandal pertama melanda bank itu.
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, menurut laporan di The Star.
Aziz, 65, ialah salah seorang daripada 3 kakitangan bank itu yang disoal siasat berhubung siasatan kes kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem bank berkenaan.
Hampir RM1 juta wang dalam akaun bank Aziz turut dibekukan sementara kes itu masih disiasat.
Harun, bekas menteri besar Selangor ditahan dan didakwa bersama pengarah urusan bank itu, Abu Mansor Basir dan pengurus besar Ismail Din.
Mereka dituduh memalsukan minit mesyuarat dengan tujuan menipu bank dengan mencagarkan sahamnya kepada First National City Bank (kini Citibank) bagi mendapatkan surat pinjaman untuk Tinju Dunia Sdn Bhd menganjurkan pertarungan Muhammad Ali vs Joe Bugner, menyebabkan Bank Rakyat kerugian RM7.9 juta.
Pada 1977, Mahkamah Tinggi memerintahkan Harun dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM15,000 kerana bersubahat dalam kesalahan pecah amanah, lapor The Star.
Abu Mansor dijatuhi hukuman 2 tahun penjara sementara Ismail dipenjarakan setahun.
Pada tahun sama, Mahkamah Persekutuan memperkukuhkan sabitan dan meningkatkan hukuman penjara Harun kepada 4 tahun, Abu Mansor kepada 3 tahun penjara tetapi mengurangkan hukuman penjara Ismail kepada sehari dan denda RM10,000.
Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara 3 tahun, Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengampunkan Harun pada 1981, menurut laporan itu.
Kertas Putih dibentangkan di Parlimen pada Jun 1979 mendedahkan pada Disember 1975, berlaku kerugian terkumpul sebanyak RM65 juta.
Kertas Putih itu, berdasarkan kepada laporan syarikat akaun Price Waterhouse & Co memetik wujudnya penyelewengan seperti kekurangan pelan dan kajian operasi yang sempurna dan pengembangan aktiviti, kelemahan sistem dan kurang kawalan dalam aktiviti memberi pinjaman dan juga ketidakjujuran, lapor The Star.
Read More

Wednesday, 11 June 2014

Pinjaman RM40 juta: Pemecatan Sabaruddin ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

Rabu, 11 Jun 2014
Adakah pemecatan pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?  
Oleh Badrul Hisham Shaharin
Adakah pemecatan pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

Baru - baru ini Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Tan Sri Sabaruddin Chik yang 'dipecat' dari kerusi Pengerusi Bank Rakyat. Pemecatan Sabaruddin dikatakan berkait rapat dengan kegagalan beliau menyakinkan semua lembaga pengarah untuk meluluskan pinjaman sekitar RM40 juta (ada sumber menyebut RM32juta) tanpa faedah selama 30 tahun.
Apa yang menariknya ialah pinjaman tersebut adalah untuk seorang ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishnan. Tentu Malaysia tidak lupa bagaimana beliau muncul mendedahkan bagaimana beliau terlibat dalam operasi pembunuhan Altantuya seorang gadis yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang mana ketika pembelian tersebut Najib Tun Razak (suami Rosmah) merupakan Menteri Pertahanan.

Deepak cukup rapat dengan Rosmah sehinggakan wujud sebuah 'novel pendek' bertajuk Ros Hitam yang dikatakan ditulis oleh Deepak menceritakan detik pembunuhan Altantuya dengan mendedahkan sekali dokumen (resit) pembelian barang kemas yang berkaitan watak Ros Hitam (watak yang difahami umum merujuk kepada Rosmah).

Pendedahan Deepak diketahui kerana janji laluan atau bantuan perniagaan kepadanya yang tidak ditunaikan. Ia jelas dengan bagaimana serentak dengan itu ia membuat pendedahan berkenaan rundingan tanah dan seumpamanya.

Namun selepas itu Deepak diam semula. Maka persoalan muncul adakah dia sudah mendapat habuan tertentu?

Kemudian, apabila muncul kenyataan Pengerusi sebuah bank dipecat ekoran kegagalan menyakinkan lembaga pengarah untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah selama 30 tahun berkaitan Deepak sudah tentu semua akan tertanya - tanya, adakah ini sebahagian dari pakej tutup mulut terhadap apa yang berlaku ?
Najib harus tampil menjelaskan sekali lagi perkara ini. Sampai bila keselamatan negara termasuk wang rakyat menjadi taruhan terhadap misteri pembunuhan yang tidak selesai.

Tahukah kita juga kes pembunuhan Altantuya di mahkamah juga tergantung apabila rayuan di Mahkamah tertangguh kerana suspek pembunuhan telah gagal dikesan. Persoalan yang lebih penting ialah dua suspek itu tidak punya motif untuk membunuh Altantuya. Maka siapa arahkan pembunuhan itu berlaku masih menjadi tanda tanya.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengajak rakyat memandang serius perkara ini. Ia melibatkan aspek keselamatan, kedaulatan undang - undang dan juga memberikan kesan ekonomi pada negara.
Sekian.
BADRUL HISHAM SHAHARIN ialah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=158862%3Aadakah-pemecatan-pengerusi-bank-rakyat-ada-kaitan-dengan-pembunuhan-altantuya%3F&Itemid=2#ixzz34LY7UnNi
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Read More

Friday, 9 May 2014

Hassan Malek pecat Shabaruddin Chik enggan lulus pinjaman kepada Deepak RM40 juta...tanpa faedah!

Jumaat, 9 Mei 2014

Gara-gara enggan lulus pinjaman kepada Deepak, Hassan Malek pecat Pengerusi Bank Rakyat?


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Menurut Setiausaha Kerja BN parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah ‘over rule’ keputusan Perdana Menteri itu.
“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat akan kisah seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya yang berhutang dengan Bank Rakyat diluluskan oleh menteri untuk dibayar hutang hampir RM40juta selama 30 tahun tanpa faedah.,” kata beliau dalam posting Facebooknya.

Katanya, beliau konsisten, setiap penyalahgunakan kuasa harus dilawan dan ditentang. “Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.
Deepak Jaikishan dikatakan adalah kawan rapat Rosmah dan Hassan Malek dikatakan mengarahkan BanK Rakyat meluluskan permohonan Deepak tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.

“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak Jaikishan yang telah diluluskan oleh menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.

Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?

Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.

“Belajar dari pengalaman Sabarauddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.

“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji di Perbadanan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.

Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.

“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya lapor Free Malaysia Today
Posted by Anak Sungai Derhaka
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena