Showing posts with label Bantuan Banjir. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Banjir. Show all posts

Thursday, 8 January 2015

[Video Kelantan Menangis] Bantuan Banjir: Ada Penduduk Manek Urai Terabai ? Barangan diagihkan tidak sampai ke rumah saya...

Jumaat, 9 Januari 2015

Ada Penduduk Manek Urai Terabai Tanpa Bantuan.. Ini Buktinya

Ada Penduduk Manek Urai Terabai Tanpa Bantuan
Ada Penduduk Manek Urai Terabai Tanpa Bantuan. Di jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai, Kelantan, tiga wanita pertengahan umur mencangkung di bawah sekeping zink koyak cuba menahan trak yang lalu lalang membawa bekalan makanan ke kampung dipenuhi lumpur.

Kadang-kala ada lori berhenti dan memberikan wanita itu beberapa barangan yang dibawa tetapi sebahagian besarnya terus menuju ke Kampung Manek Urai Lama, yang menjadi terkenal selepas imej kemusnahan seperti tsunami akibat lumpur banjir menjadi “viral” di Internet.

Bagaimanapun, semua wanita di jambatan berkenaan bukanlah dari Kampung Manek Urai Lama, tetapi terpaksa berpusu-pusu di situ kerana tiada bantuan yang didermakan ke kampung mereka, walaupun turut menjadi mangsa banjir.

"Barangan diagihkan tidak sampai ke rumah saya, jadi saya perlu datang ke sini. Saya menunggu selama sejam untuk mendapatkan sedikit makanan yang boleh saya bawa pulang untuk keluarga di rumah," kata Aminah Che Se, 47, kepada The Malaysian Insider.

"Kami seperti burung mencari makanan dan jambatan ini adalah pokok yang penuh dengan buah-buahan."

Aminah dan dua rakannya itu berasal dari Kampung Peria, dan mereka terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km dengan menaiki motosikal untuk sampai ke jambatan dengan harapan dapat menerima sebahagian daripada bekalan bantuan yang dalam perjalanan itu.
Bantuan pakaian yang diderma kelihatan bertaburan di sekitar Kampung Manik Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan, memperlihatkan lambakkan bantuan tidak terancang sedangkan terdapat kampung berhampiran yang tidak menerima sebarang bantuan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Januari, 2015. 

Ada Penduduk Manek Urai Terabai Tanpa Bantuan

Beliau kagum dengan aliran kenderaan yang tidak berhenti memasuki Kampung Manek Urai Lama untuk membawa bantuan, dan tertanya-tanya mengapa tiada yang baik hati mengambil peduli memeriksa kampungnya juga.

"Sejak banjir, ketua kampung saya mengagihkan bekalan makanan hanya dua kali. Tiada bekalan yang mencukupi untuk melakukannya! Tetapi di sini, saya tidak dapat mengira berapa banyak kereta yang datang dengan begitu banyak makanan dan minuman serta pakaian,"katanya.

Tetapi di situlah terletak masalah agihan yang tidak sistematik. Menurut pihakPengurusan Bencana Kebangsaan bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kumpulan yang "melambakkan" barangan bantuan banjir yang melanda kampung-kampung adalah usaha bantuan bencana pihak berkuasa.

Ketuanya, Datuk Dr Bahari Datuk Abu Mansor, memberitahu akhbar berbahasa Inggeris The Star, beberapa buah kampung mendapat lebih daripada bahagian sepatutnya, manakala mereka di lokasi yang jauh ditinggalkan tanpa sebarang bantuan.

Sebagai bukti bekalan yang diterima Kampung Manek Urai Lama, pakaian yang baru didermakan bersepah begitu sahaja di atas tanah berlumpur di setiap beberapa meter, manakala jalan menuju ke kampung ini sesak dengan kenderaan pacuan empat roda yang penuh dengan bekalan.

Sukarelawan yang memberhentikan trak mereka untuk mengagihkan bantuan kepada Aminah dan "burung" lain yang menunggu di jambatan mengakui mereka tidak tahu ke mana hendak dituju dan apa bekalan yang diperlukan, tetapi datang ke sini kerana mendengar ia adalah kawasan paling teruk terjejas.

"Lihatlah, terdapat begitu ramai orang menderma barang di sini. Tetapi tiada satu pun di kampung saya. Sila datang ke kampung saya juga," satu suatu kedengaran merayu kepada sukarelawan.

Seorang penduduk tempatan, Wan Sulaiman Wan Zainal memberitahu The Malaysian Insider kampungnya, Kampung Manek Urai Baru terletak sebelum jambatan itu, namun tiada sukarelawan yang masuk.

"Jadi, kami hanya berdiri di jambatan ini, seperti pengemis dan berharap mendapat sebarang lebihan daripada apa yang jiran kami dapat."

Wan Sulaiman berkata dia kehilangan restorannya dalam banjir – perniagaan yang dibina sejak 1987 – dan disebabkan keperluan mendesak dan kelaparan, datang ke sini beberapa hari lepas dengan dua anak-anaknya.

Di sebelahnya berdiri Mohd Shahri Saga, 54, seorang pegawai tentera bersara yang berkongsi kesusahan yang sama. Dia memberitahu, jika tidak ke Kampung Manek UraiLama, keluarganya akan kelaparan.

"Saya tidak mempunyai pilihan tetapi datang ke sini. Saya tidak boleh memaksa semua sukarelawan datang ke kampung saya juga. Jadi saya hanya datang ke sini dan menunggu," katanya. ~malaysian insider
Addin.


Read More

Wednesday, 31 December 2014

Waittt ! Saya tak kira siapa, PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke... ramai yang 'kebulur' disana

Khamis, 1 Januari 2014

BANTUAN BANJIR ORANG PARTI BUAL HAL....JAGALAH AMANAH ORANG BUKAN AMBIL KESEMPATAN


Utk yg telah menyumbang... Ini laporan kami... Bantuan telah disalurkan...

Raja Shamri wrote:- 

hari ni ada orang kuat PAS kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati ... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dgn cara yg sama ...

Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini ... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka ... Waittt !! at least pikirlah sikit ... tanyalah sikit ... siapa yg incharge ... merendah diri ... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yg teruk ...

at first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu ... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan ...saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yg dapat ... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham ...

Saya tak kira siapa ... PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke ... kalau tak betul saya tegur ... supaya perbaiki dan jadi lebih baik ... macam tu baru parti boleh jadi hebat ... negara akan jadi maju ...baru boleh kekal berkuasa ... tengok jepun dan korea ... bila orang tegur terus mintak maaf ... bukan macam orang kita ... bila orang tegur dia kata kita fitnah ...

Letak tepi soal politik ... kita tolong ramai yg kebulur disana ... ada nyawa yg perlu di selamatkan ...


Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita ... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal. Mak bapak yg hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu ... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat ... mak bapak ini akan jadi parents yg sangat hebat !

Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu ... bukan backup ... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.

Saya bukan penentang kerajaan ... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator ... saya juga bukan ahli parti pembangkang sbb tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni ...

Kami rakyat malaysia yg sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini ...

Accept critics ... appologize ... then change ... we will be better and stronger !




Read More

Sunday, 28 December 2014

Patut La...Bantuan lambat sampai! Print muka rupanya...Apa 'barang' Umno neh!

Ahad, 28 Disember 2014

Bantuan 'ikhlas' KERAjaan..
Agaknya kalau xletak muka.. tak ikhlas kot

Patutla kos semakin bertambah..

Mmg benarlah wasiat UMNO.. "SETIAP BUTIR BERAS YANG KITA MAKAN ITU ADALAH KERANA UMNO.."


Kumpulan mereka yang ikhlas, kumpul duit dan beli barangan dan terus hantar....tak ada apa cop pun....


REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???

Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

BILA DAH MAKAN 'BERAS UMNO' inilah hasilnya...

p/s: Orang mkn nasi, BUKANNYA BERAS...

PACKAGING BERAS PALING BIJAK DAN MENARIK 

Bijak Belaka
Bijak dan juga menunjukkan gadis melayu menawan mampu menjual beras
Sumber Zactacular
Read More

Wednesday, 4 December 2013

Bantuan Banjir: Segala Bermacam-Macam Bantuan Dihantar Ke Negara Luar, Rakyat Di Negara Sendiri?

Khamis, 5 Disember 2013
Photo: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya

Photo: MB Pahang, Adnan Yaakob, Jamaludis Jarjis, Ismail Sabri , Najib Razak... Mana kamu, bermain banjir atau dok bergegas tolong anak anak yang kesejukan di air banjir? 
Atau masih bergelak ketawa di PAU...?
IdaMan

Photo: PM kita tersayang... Hj Najib dan Hajah Rosmah melancarkan Tabung Amal Banjir Kuantan sempena PAU di PWTC .. 

tengok la betapa prihatinya PM dan pemimpin kita .. rakyat dilanda musibah mereka sibuk duk meyalak dalam Perhimpunan Agung Umno ... setengah tuh dalam dewan parlimen menyalak sakan...

siap lancarkan Tabung Amal lagi... ini yang di laungkan Rakyat Didahulukan... huhuhu...

#InfoBanjir

Azeez Rahim Kena Hempap Besi Khemah Di FIlipina



Presiden KP1M cedera dihempap besi khemah

Abdul Azeez Abdul Azeez (tengah) dipapah setelah mengalami kecederaan di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez di Tacloban hari ini. - Foto Bernama

FILIPINA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. - Bernama

ULASAN GB

Jika dulu, Azeez didakwa berbohong dan berlakon masuk hospital kerana mendakwa dirinya dipukul oleh penyokong PAS di PRK Bagan Pinang, kali ini betul-betul "kena pukul" dengan besi khemah sehingga betul-betul berdarah dan betul-betul kena bawa ke klinik dan kena empat jahitan.

Berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apa-apa pun semuga lekas sembuh dan diucpakan Inalillahiwainna ilahi rajiun.



p/s Lafaz Tarji (Innalillah..) ini pun ada kesnya. Semasa GB melaporkan musibah menimpa Sdra Azeez dulu, maka GB tulislah Inalillah... maka ketika itu bangunlah beberapa orang pro-UMNO marah kat GB menyatakan GB mendoakan Sdra Azeez supaya mati. Maka GB menjawab inilah padahnya bila orang UMNO tak baca Al-Quran. Di dalam Surah Al-Baqarah:156 dah jelas

الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون 

"(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Susah betul bila nak berdebat/bercakap dengan golongan UMNO ni... botingkek-botingkek bodohnya akibat tak baca AL-Quran. Itu pun kita kena sebut Innalillah jugak..kena kebodohan itu adalah satu musibah yang menimpa bangsa Melayu kerana tinggalkan Al-Quran.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena