Showing posts with label Bye Bye Najib. Show all posts
Showing posts with label Bye Bye Najib. Show all posts

Friday, 25 April 2014

Najib : MH370 Apa yang kami ada...hanya bunyi 'ping'! Kerajaan akan keluarkan laporan awal minggu depan...

Sabtu, 26 April 2014

MH370: Kerajaan akan keluarkan laporan awal minggu depan, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac mengumumkan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac mengumumkan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.

Dapatan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya, hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara laut China selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya, hari ini.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara laut China selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia didapati melencong daripada laluan asalnya, di sepanjang dua koridor - koridor selatan yang merentas dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Apabila analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Awal bulan ini, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjanji sebarang data yang akan dijumpai selepas ini daripada kotak hitam pesawat itu akan dimaklumkan kepada orang ramai.
Pada Rabu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata mereka menghantar laporan awal berhubung insiden itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah badan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi penerbangan global.

Sementara itu, dalam temubual eksklusif dengan pakar penerbangan stesen penyiaran CNN Richard Quest, Najib berkata tiada apa yang memalukan Malaysia dalam laporan itu.
"Saya hanya mahu pasukan ini melaluinya namun atas nama ketelusan kami akan mengeluarkan laporan itu minggu depan, kami akan mengeluarkannya," katanya.

Ketika ditanya berhubung apa yang membuatkan beliau begitu yakin dengan data Inmarsat, Najib berkata: "Apabila saya bertemu pasukan (mencari dan menyelamat) hendak tahu, mereka merupakan pakar terpenting dalam industri penerbangan, seperti yang anda tahu, mereka memang pakar.
"Saya tanya mereka, kamu yakin. Saya tanya mereka berulang kali, kamu yakin dan jawapannya ‘kami pasti seperti apa yang kami yakin’," katanya.

Najib berkata, insiden MH370 adalah berbeza daripada insiden Air France dan Silk Air.
"Ini benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini. Apa yang kami ada untuk kami? Apakah buktinya? Buktinya semata-mata bersandarkan kepada (bunyi) ping, yang kami analisis. Itu sahaja yang kami ada," katanya.
Read More

Tuesday, 30 April 2013

Sebaran SMS PROVOK Terbaik 4 Hari Menjelang Hari-Hari Terakhir BN!

Rabu, 1 Mei 2013
PROVOK
Greenboc

"Psss Nak Habak Mai Neh! sms yang tersebar : 


Bubar Parlimen Hari RABU

Rakyat Akan Buang UMNO...

Hari Penamaan Calon SABTU
Semua Akan Bersatu Tolak UMNO...                


                     Hari Mengundi Hari AHAD              


Adalah Hari Akhir Datuk Najib...  


Tarikh Mengundi 5.5.2013
Maka 55 Tahun Rejim Zalim Memerintah
2013 Rejim UMNOBN akan Tersungkur...



Keh! Keh! Keh!


Kapal Dah Terbakar Tuukkk!

                          




































































































Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena