Showing posts with label Daun Ketum. Show all posts
Showing posts with label Daun Ketum. Show all posts

Thursday, 28 July 2016

[Video] Tanam daun ketum tidak menjadi kesalahan...Terdesak sungguh! Gambar ‘orang meninggal’ pertahan Najib di media sosial

Khamis, 28 Julai 2016



Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna specios kebanyakkannya tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu.


SAMPAI GITU SEKALI NAK AMPU-JILAT NAJIB !!!

Tergamak curi gambar orang yg dah meninggal dunia semata2 nak ampu-jilat #RespectMyPM#BelieveinPM ...

KENAPA semua ini berlaku setelah Ahmad Maslan dilantik MT memegang Biro Teknologi Maklumat a.k.a. Jeneral Perang siber UMNO yg baru..??

Memang benarlah.. #CELAKAumno

Terdesak sungguh barua macai-macai Najib. Buka akaun FB palsu untuk puji dan sokong Najib.
Hingga takde akhlak curi guna gambar orang dah meninggal.

Gambar ‘orang meninggal’ pertahan Najib di media sosial


Gambar seorang wanita, yang dakwa rakannya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, muncul dalam akaun Facebook yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akaun media sosial 'Zunaidah Zain', yang menggunakan potret itu sebagai gambar profil, tidak lagi boleh didapati di Facebook.
Menurut screenshot daripada posting yang sudah tersebar luas itu, 'Zunaidah Zain' berkata rakyat harus menyokong pemimpin, dengan menggunakan hashtag#RespectMyPM #BelieveinPM itu.
Namun, seorang lagi pengguna media sosial menjawab bahawa gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sebagai gambar profilnya sebenarnya adalah rakannya yang telah meninggal dunia.
"Gambar profile yang Cik Puan gunakan adalah gambar sahabat saya, Syuhada Baharudin. Beliau sudah kembali kepada penciptanya 3 tahun yang lepas," tulis Rita Abdul Rahim.
Semakan di media sosial menunjukkan gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sepadan dengan gambar yang dimuat naik oleh Syuhada di laman Facebooknya.
Posting terakhir Syuhada di Facebook ialah pada bulan Jun 2014.
Malaysiakini telah menghubungi Rita untuk mendapatkan komennya.
Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kumpulan belia, Challenger Syed Saddiq Abdul Rahman berkata ini bukan kali pertama akaun palsu diwujudkan bagi memuji Najib secara melambung.
Katanya, gambar pendebat negara, Mifzal Mohammed juga digunakan tanpa kebenaran.
"Gambarnya digunakan oleh pelbagai akaun (media sosial) untuk menyerang saya," kata Syed Saddiq di Facebook.
"Betapa bodohnya mereka? Adakah mereka benar-benar fikir saya tidak mengenai rakan-rakan debat saya?" kata Syed Saddiq yang dinamakan sebagai pendebat terbaik Asia.
Beliau juga memuat-naikkan screenshot 'Nazreev Najeeb' yang membidasnya di Facebook dengan berkata "minda kosong paling banyak membuat bising".
Gambar profil ‘Nazreev’ sepadan dengan gambar profile akaun Google+ pendebat UiTM, Mifzal.
Hashtag pro-Najib, termasuk #BeStrongPM, muncul di media sosial berikutan pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB.
DOJ mendakwa aset berkenaan dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Antara yang dinamakan dalam saman sivil itu adalah anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarganya, Jho Low.
Malaysiakini.

Read More

Sunday, 3 November 2013

HOT! KEDAH & PERLIS KINI MENJADI PENGEKSPOT KETUM TERKENAL

Ahad, 3 November 2013
UPP Padang Besar Rampas 319 Kg Daun Ketum

* Pokok ketum yang ditanam secara meluas di Kedah & Perlis
* Pokok Ubat kini disalah guna sebagai ayak gian kini apabila daun ketum      direbus dicampurkan  dengan ubat batuk, ubat nyamuk dan cola.
* Ketagihan ayak ketum kini kritikal kepada belia-belia juga menjadi punca    pertambahan kes jenayah.


ALOR SETAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar merampas 319 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan dua buah kereta dalam kejadian berasingan di Padang Besar, Perlis.

Komander UPP Padang Besar ASP Bahari Ahmad berkata daun ketum itu ditemui di dalam sebuah kereta Mitsubishi Isuzu dengan nombor pendaftaran Thailand yang ditahan pada pukul 12.15 tengah malam di Simpang Jalan Kampung Sena, Mukim Titi Tinggi.

"Selepas melakukan pemeriksaan, kami menjumpai empat bungkus plastik hitam berisi daun ketum seberat 45 kilogram bernilai RM3,600 di tempat duduk penumpang belakang," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya, UPP turut menjumpai kad pengenalan Thailand di dalam kenderaan terbabit.

Dalam kes kedua pula, 24 bungkus plastik hitam berisi daun ketum ditemui di bahagian depan dan belakang tempat duduk penumpang sebuah Proton Pesona yang ditahan di Jalan Menerong, Mukim Titi Tinggi pada pukul 2 pagi Jumaat.

"Selain itu kami juga menjumpai beberapa bungkusan di dalam bonet kereta terbabit. Kesemua bungkusan yang ditemui seberat 274 kilogram yang harga pasarannya di Thailand dianggarkan berjumlah RM21,920," kata Bahari.

Beliau berkata kedua-dua pemandu kereta berkenaan melarikan diri ke dalam kawasan semak berdekatan.

Katanya kes dirujuk ke Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

Tokan Johor 'import' ketum dari Kedah tumpas.

NUSAJAYA - Taktik sindiket pengedaran daun ketum menggunakan khidmat kurier untuk membawa bekalan bahan larangan dari Kedah ke negeri ini, tidak berhasil apabila berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam serbuan sekitar jam 2.50 petang pada Rabu lalu, pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 30-an dan 44 tahun.

Menurutnya, Kedua-dua suspek ditahan di hadapan sebuah premis perniagaan di Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini, ketika sedang membawa sebuah kotak untuk diletakkan di dalam
but sebuah kereta.

"Hasil Pemeriksaan di dalam kotak yang dibawa suspek menjumpai beberapa ikatan daun ketum dengan jumlah berat 10 kilogram (kg).

"Berdasarkan hasil soal siasat turut mendedahkan kedua-dua lelaki itu mendapatkan bekalan daripada rakan mereka di Kedah dan dihantar menggunakan satu pesanan pos berdaftar dan dialamatkan ke sebuah premis perniagaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, pasaran daun ketum di Johor hampir tiada dan merupakan kes terpencil, namun kegiatan pengedarannya dipantau dari masa ke semasa.

“Harga pasaran daun ketum dijual dengan harga RM25 bagi 1kg, manakala harga air ketum proses turut dijual sebanyak RM2 hingga RM3 bagi 500 mililiter. Setiap sekilogram daun ketum mampu
menghasilkan sehingga 50 hingga 60 liter air ketum.

“Campuran air ketum turut menggunakan beberapa bahan lain seperti ubat nyamuk, minuman bergas, minuman isotonik dan ubat batuk. Kegunaannya adalah bertujuan untuk menambahkan
tenaga selain mengkhayalkan pengambilnya,” katanya.

Katanya, suspek berusia 30-an itu bekerja sebagai juruwang, manakala seorang lagi berumur 44 tahun berasal dari Kedah dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat swasta di Singapura.

“Mereka direman selama empat hari bermula kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.
Kedahkini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena