Showing posts with label Esscom. Show all posts
Showing posts with label Esscom. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

Ahh! BOLOS Lagi Zahid... ESSCOM perlu perjelaskan... Kes terbaru culik bersenjata di Sabah!

Selasa, 6 Mei 2014
Photo: BOLOS LAGI - Kes terbaru culik bersenjata di Sabah, pengurus syarikat diculik di Lahad Datu

 Satu lagi kes penculikan bersenjata berlaku di Sabah pagi ini apabila seorang pengurus syarikat diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dekat ladang ternakan ikan berhampiran Pulau Babi, di Lahad Datu.

Penyiasatan awal mendapati, mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dengan pasport bernombor G35101668. Mangsa adalah pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd.

 Kejadian dilaporkan berlaku antara 2.45 hingga 2.55 pagi ini.

Ketua Pengarah Pusat Arahan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Muhammad Mentek tidak mahu memberikan apa-apa komen kerana beliau kini berada di luar negara.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media pada jam 1 petang ini untuk menjelaskan kes ini.

Ini adalah kejadian penculikan kedua tahun ini selepas kejadian Mac lalu yang melibatkan warganegara China dan Filipina.

Dalam kejadian pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna.

Ia berlaku beberapa bulan selepas warganegara Taiwan Chang An Wei, 57, diculik oleh kumpulan bersenjata di pulau Pom Pom.

Dakam kejadian pada November tahun lalu itu, teman Chang, Li Min Hsu, 57, mati selepas ditembak beberapa kali oleh kumpulan bersenjata itu.

Chang dibebaskan Disember lalu selepas sejumlah wang tebusan dibayar untuk membebaskannya.

Apa berlaku kepada Gao dan Marcy sehingga kini tidak diketahui selepas penculiknya membuat tuntutan untuk membebaskan mereka.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔
☛| www.facebook.com/mediapakatan |☚
☛| www.twitter.com/PRInfoMedia |☚
BOLOS LAGI - Kes terbaru culik bersenjata di Sabah, pengurus syarikat diculik di Lahad Datu

Satu lagi kes penculikan bersenjata berlaku di Sabah pagi ini apabila seorang pengurus syarikat diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dekat ladang ternakan ikan berhampiran Pulau Babi, di Lahad Datu.

Penyiasatan awal mendapati, mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dengan pasport bernombor G35101668. Mangsa adalah pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd.

Kejadian dilaporkan berlaku antara 2.45 hingga 2.55 pagi ini.

Ketua Pengarah Pusat Arahan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Muhammad Mentek tidak mahu memberikan apa-apa komen kerana beliau kini berada di luar negara.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media pada jam 1 petang ini untuk menjelaskan kes ini.

Ini adalah kejadian penculikan kedua tahun ini selepas kejadian Mac lalu yang melibatkan warganegara China dan Filipina.

Dalam kejadian pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna.

Ia berlaku beberapa bulan selepas warganegara Taiwan Chang An Wei, 57, diculik oleh kumpulan bersenjata di pulau Pom Pom.

Dakam kejadian pada November tahun lalu itu, teman Chang, Li Min Hsu, 57, mati selepas ditembak beberapa kali oleh kumpulan bersenjata itu.

Chang dibebaskan Disember lalu selepas sejumlah wang tebusan dibayar untuk membebaskannya.

Apa berlaku kepada Gao dan Marcy sehingga kini tidak diketahui selepas penculiknya membuat tuntutan untuk membebaskan mereka.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔

Kumpulan bersenjata culik warga China di Sabah

Satu lagi kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang dilaporkan melarikan seorang lelaki dipercayai warga China.

Kiriman SMS oleh Utusan Malaysia menyebut, kejadian berkenaan berlaku di perairan Silam, Lahad Datu pada kira-kira jam 2.55 pagi.

Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku tahun ini di Sabah, sebulan selepas kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna.

Dalam kejadian di Semporna itu, kumpulan berkenaan menculik dua orang wanita, salah seorangnya berusia berusia 40 tahun warganegara Filipina yang bekerja di pusat peranginan tersebut dan seorang lagi adalah adalah pelancong warga yang berusia lingkungan 20-an.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.
BLM
Read More

Thursday, 3 April 2014

Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) masih gagal?

Khamis, 3 April 2014

PENCULIKAN DI PULAU SINGGAH MATA SEMPORNA

Difahamkan 1 pelancung Cina dan 1 pekerja telah diculik di Pulau Singgah Mata, Semporna dalam kejadian jam 10:30 malam semalam.

P/S: ESCOM - Apakah ini berkaitan kepimpinan apa fungsinya???
Dicatat oleh 
Gambar: Tak selesai lagi kes MH370 dengan pihak China, hari ini dikejutkan lagi dengan kes penculikan warga China di Hotel Singahsana, Sabah. Makin marah lah rakyat China dengan Malaysia. Semoga tahap keselamatan negara dipertingkatkan lagi.
Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah

Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.


Fakta kes jenayah penculikan di Sabah sejak 2000 lg..

Peruntukan dah dapat.
Terima kasih pun Najib dah dapat.
Jadi kenapa tahap keselamatan masih di takuk lama? Jika sudah dipertingkatkan kenapa kes penculikkan ini berulangan di lokasi yang sama membabitkan warga negara asing lagi?

Jangan2 lepas neh nak cakap, alamak aiiiii tue kan untuk kawal keselamatan rakyat Sabah aje, warga asing memang ah tak termasuk. Jangan bagi alasan macam neh sudah la ek.

Ingatlah ek, satu kecuaian boleh membuahkan masalah. Bukan semua jenis kecuaian boleh mendatangkan masalah tetapi selalunya masalah timbul bila kecuaian wujud. Lue fikirlah sendiri. 
Read more: http://amenoworld.blogspot.com



Gambar Detik Cemas Pelancong Diculik 7 Lelaki Sulu




Read More

PELANCONG CHINA DICOLEK: Kreadibiliti Esscom dipertikai keberkesanannya!

Khamis, 3 April 2014

TERKINI ! PELANCONG CHINA DICOLEK LELAKI BERSENJATA DI SEMPORNA


Pelancong China, pekerja resort dilarikan di Semporna

KOTA KINABALU: Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort
 berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, Rabu 
malam.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) 
Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada 
kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut 
dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan 
ringkas di sini, Khamis. - Bernama

Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah 
diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.



Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai 
Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat 
peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot 
sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an
dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, 
dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.~MK

Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

culikKUALA LUMPUR 3 APRIL: Kreadibiliti operasi Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) dipertikaikan keberkesanannya dalam mengangani isu keselamatan sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian penculikan dua individu di Singamata Reef Resort, Sabah semalam.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt dalam sidang satu sidang media berkata kejadian mengejutkan ini menunjukkan kegagalan fungsi Esscom yang sepatutnya menjamin keselamatan Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.
“Kami terkejut dengan penubuhan Esscom yang menelan belanja jutaan ringgit namun masih gagal mempertahankan keselamatan Sabah khususnya Pantai Timur Sabah.
“Adalah satu perkara yang memalukan buat negara dan rakyat Sabah bila keselamatan pertahanan kita disifatkan rapuh.
“Kami percaya insiden ini memberikan implikasi besar kepada negara dan pelancongan Sabah,” katanya di Lobi Parlimen.
Dalam kejadian semalam seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

penculikAkhbar West China Metropolis Daily, memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.
Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.
Katanya, ini merupakan persoalan penting yang perlu dijawab kerana jika pertahanan Sabah mudah ditembusi ia merupakan satu kegagalan kepada Esscom.
“Kami percaya penjenayah itu merupakan pendatang haram yang lama menetap di Sabah dan kehadiran mereka tidak dapat dikesan.
“Kami mendesak laporan Suruhajaya Siasatan Diraja pendatang tanpa izin di Sabah dikemukakan segera dan mengambil tindakan segera untuk diselesaikan,” kata beliau lagi.
Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan peruntukan awal berjumlah RM200 juta selepas kejadian pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu.
Dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan memberikan peruntukan tambahan berjumlah RM75 juta dan RM11 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf infrastruktur di 62 checkpoint.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena