Showing posts with label Exco Selangor. Show all posts
Showing posts with label Exco Selangor. Show all posts

Monday, 27 May 2013

MB: Persetujuan Sultan Selangor melantik 10 ahli MMKN - Nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu

Selasa. 28 Mei 2013
PAS mempunyai empat wakil dalam Exco Selangor , tiga PKR dan tiga DAP.
Dr Rani Dan Azmin Tiada Dalam Senarai Exco Selangor ???
SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis,  jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.

"Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas segala pandangan dan nasihat baginda demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," kata Khalid.

Harakahdaily difahamkan, PAS akan mempunyai empat wakil dalam MMKN itu, tiga PKR dan tiga DAP.

Sehingga kini, menurut maklumatnya,  ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.

Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula tidak layak kerana bukan Adun. Beliau hanya bertanding Parlimen Seputeh dalam PRU 13.

Dua anggota Exco lama dari PAS dijangka akan dikekalkan manakala dua exco baru akan mengangkat sumpah Khamis ini.

DAP sebagaimana sessi lepas akan mendapat kerusi Speaker manakala PKR mendapat kerusi MB.

PAS dikatakan akan mendapat empat kerusi Exco untuk membolehkan nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu dilaksanakan dalam barisan Exco kali ini.
Harakahdaily/TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Read More

Sunday, 19 May 2013

Agihan Kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Ahad, 19 Mei 2013
Khalid sahkan kouta Exco 4:3:3 di Selangor

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.
"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri,” ujarnya.

Sehingga semalam, hanya DAP sahaja yang mengesahkan Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah mewakili parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

DAP dijangka akan mengekalkan kerusi Speaker kerana parti itu juga menang jumlah bilangan kerusi DUN yang sama dengan PAS.

Jika ini berlaku bermakna ketiga-tiga parti Pakatan mendapat ekuiti yang sama dalam kerajaan negeri Selangor dengan PKR mendapat kerusi MB manakala DAP mendapat kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14.
Harakahdaily.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena