Showing posts with label GHB. Show all posts
Showing posts with label GHB. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Wahai Nik Abduh! GHB ini bukan JIN...Baiah Talak : Wajah Hodoh PAS Semakin Jelas

Khamis, 3 September 2015
WAHAI NIK ABDUH
Nik Abduh: GHB ini jin, manusia atau mamalia?12:43PM Sep 3
"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka," kata Nik Abduh




WAHAi ABDUH


ghb ini bukan jin
tak caya tanya
harun din
ianya juga bukan mamalia
tak caya tanya tantawi
sepupu mamalia
GHB ini ialah
kereta mini cooper

DAH FAHAM?

-------------
Read More

Nik Abduh tengok neh! 16 daripada 21 kawasan DHPP S'gor dibubarkan, sertai Amanah...Jangan dok kata GHB ini jin, manusia atau mamalia tau?

Khamis, 3 September 2015

Toyol pun main PS2 tau
Pemuda, Wanita DHPP Selangor umum keluar PAS, sertai Amanah

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor Rajkumar Batumalai, bersama Ketua Wanita DHPP Selangor Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) bersama anggota jawatankuasa mereka. 

Turut bersama-sama mereka adalah 24 ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita DHPP di Selangor termasuk ahli daripada beberapa kawasan seperti Kuala Selangor, Kuala Langat, Kota Raja, Subang, Shah Alam, dan Kapar. 

"Kami memilih untuk bersama parti baharu ini atas pilihan kami sendiri tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak. 

"Kami percaya parti baharu ini lebih sesuai dan mesra dengan jiwa kami kerana pendekatannya yang jauh lebih inklusif, progresif, dan adil, bersesuaian dengan konsep rahmat untuk semua," kata Rajkumar pada sidang medianya di Shah Alam hari ini. Antara yang turut bersama mereka adalah seramai 500 ahli dari kawasan Kuala Selangor, 425 daripada Kota Raja, Subang (300), Shah Alam (300), Kapar (100), Hulu Selangor (300), Kuala Langat (100), dan Klang seramai 30 ahli. 

Selain itu, 16 kawasan daripada 21 kawasan DHPP juga sudah dibubarkan. 

"Lebih ramai ahli-ahli DHPP dari kawasan-kawasan lain akan mengikut langkah kami ini secara berperingkat memandangkan parti baharu ini memberikan keahlian penuh kepada kami," kata Rajkumar. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 


Nik Abduh: GHB ini jin, manusia atau mamalia?




PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih belum jelas bentuk dan kedudukannya.

Ketua Pemuda PAS berkata Nik Abduh Nik Aziz, PAS masih belum berbuat demikian kerana tidak meniktiraf GHB yang menurutnya tidak jelas sama ada ia "jin atau manusia" dan "mamalia atau amfibia".

"GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia.

"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka.

"Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti.

"Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia," katanya sinis.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Wacana Merdeka "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam baru-baru ini. Petikan ucapan beliau itu disusun dan disiarkan dalam portal Harakahdaily semalam.

Bagaimanapun, Nik Abduh berkata PAS boleh menentukan sikap yang jelas termasuk selepas GHB dibentuk dengan jelas dan rasmi dan buat masa ini PAS cuma mengadakan perjumpaan secara individu, bukan atas nama parti.

"Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB bukan NGO mahupun parti politik," katanya.

Bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti itu Jun lalu, menubuhkan GHB dan hujung minggu lalu mengumumkan menubuhkan Parti Amanah Negara dengan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang hanya menyertai pilihan raya umum pada 1978.

Ekoran itu juga keanggotaan 22 bekas pemimpin PAS kemudiannya tergugur secara automatik antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan Hanipa Maidin.

Dalam ucapan Nik Abduh itu juga, beliau mengakui bahawa PAS "tidak gembira" dan "hati terluka" ekoran pengisytiharan mereka keluar PAS.

Katanya, ebelum ini mereka ada "pendidik Pemuda" dan "pembuka laluan untuk berjuang" dalam PAS.

"Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus," katanya.

'Tidur sini, tapi hentam rumah sendiri'

Dalam ucapannya yang sama, MP Pasir Mas berkata tidak salah anggota PAS menyertai GHB atau beliau sendiri menghadiri majlis dialog bersama dengan kumpulan itu, namun ia memberikan persepsi sebagai tidak elok kepada PAS buat masa ini.

"Kalau saya hadir dialog dengan rakan-rakan GHB, akan ada satu pandangan kata Ustaz Nik Abduh boleh terima GHB. Maka tidak salah kita masuk GHB.

"Maka belum elok dimulakan sehingga selesai hal-hal yang berkait dengan soal dalaman parti," katanya.

Dalam petikan ucapannya juga, Nik Abduh turut menyindir pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti yang enggan keluar parti kerana mahu menubuhkan parti politik baru.

Walaupun berdepan kesukaran untuk bertindak memandangkan ia melibatkan masalah dalaman parti, Nik Abduh optimis ia boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak memahami agama dan amalan demokrasi.

"Kalau sudah tidak suka bolehlah keluar parti, janganlah beralasan tidak mahu keluar selagi bahtera tidak siap. Ini memalukan dan tidak profesional walaupun ia lahir daripada golongan profesional.

"Hendak tidur sini, hendak makan sini, tapi asyik hentam rumah sendiri. Ini tidak jadi penyelesaianlah.

"Maka kita kata kena keluar sebab orang lain hendak masuk, kerusi dan jawatan kita orang lain menunggu. Jadi penyelesaian yang paling ideal adalah isytihar parti baru, mereka menunggu melompat beramai-ramai," katanya.

Bagaimanapun, Nik Abduh menempelak pemimpin PAS terbabit yang enggan keluar parti secara keseluruhan sebaliknya sebahagian mereka berada dalam PAS yang didakwa mahu "melumpuhkan" PAS dari dalam.

"Ini ijtihad dan tindakan yang salah dari sudut syarie, berdosa. Kita duduk di dalam dengan tujuan hendak pegang jawatan dan lumpuhkannya. Jadi ‘makan dalam’, ini salah dan berdosa," katanya.

Sehubungan itu, anak lelaki kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mencadangkan kepada ahli supaya membuat laporan kepada setiausaha agung PAS supaya tindakan boleh diambil kepada yang terlibat.

- mkini
BLM.

Read More

Friday, 28 August 2015

[Video] Mat Sabu: Ayuh, Rakyat Bangun! Ahli UMNO Saman Najib USD650 Juta...Bengang Kena 'Kencing'

Jumaat, 28 Ogos 2015



Bengang Kena 'Kencing' Isu 'Derma RM2.6 Billion', Ahli UMNO Saman Najib USD650 Juta..


Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti Umno atas nama parti tersebut yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan penipuan ke atas ahli-ahli parti politik tersebut berkenaan dengan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau pada Mac 2013 serta penggunaan dana itu tanpa pengetahuan parti.

Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013.

Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun AmBank Private Banking milik beliau di mana dana RM2.6 bilion itu diterima. Saman juga menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Saman yang difailkan bagi pihak Umno turut mendakwa bahawa kedudukan Najib Razak sebagai ‘pesalah memegang kuasa’ dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Najib Razak.

“Plaintif menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Najib Razak kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan yang merosakkan kepentingan ahli Umno,” begitu bunyi Pernyataan Tuntutan itu.

Plaintif juga memohon untuk mendapatkan relif injunksi untuk menghalang Ab Rauf Yusof, yang turut disaman di dalam kapasitinya sebagai pegawai am Umno, sama ada secara sendirinya dan/atau melalui Jawatankuasa Disiplin Umno, Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan daripada mengambil sebarang tindakan untuk membuang beliau sebagai ahli Umno sementara kes ini diadili, semata-mata demi mengelakkan liabiliti ke atas kes ini.

Sememangnya Pernyataan Tuntutan kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Wall Street Journal mendedahkannya pada 2 Julai 2015 lalu.

Wall Street Journal telah mendakwa bahawa dana USD681 juta telah dikirim ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Private Banking pada 21 dan 25 Mac 2013 dari Falcon Private Bank di Singapura.

Pernyataan Tuntutan itu turut mengatakan bahawa Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dan juga bahawa beliau bukan merupakan benefisiari peribadi kepada wang tersebut. Najib Razak juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan suatu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

Pernyataan Tuntutan itu juga mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib Razak telah dilantik sebagai pemegang amanah Umno, bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.

“Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah bagi kepentingan dan kegunaan Umno. Selanjutnya dan/atau sebagai alternative Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah konstruktif bagi kepentingan dan kegunaan Umno,” Pernyataan Tuntutan tersebut menyimpulkan.

Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:

1- Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;

2- Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;

3- Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;

4- Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;

5- Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;

6- Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;

7- Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno; dan

8- Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.

Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri lapor Free Malaysia Today



Read More

Wednesday, 26 August 2015

Kalaulah pemimpin Pas tidak terlalu sombong...dot, dot? Tidak timbullah GHB gantikan Pas & spekulasi Umno-Pas...

Rabu, 26 Ogos 2015

Islam memerintah, Pas bertelagah

oleh R Ismailon
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pas25.jpg
Perjuangan Pas pada zaman Presiden Fadzil Noor dan Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat adalah untuk meletakkan Islam sebagai pemerintah. Namun selepas kematian kedua-dua tokoh itu, Pas bertelagah sesama pemimpin dan ahlinya sehingga melemahkan pemerintahan dan kini kembali diperintah dan hilang kekuatan

Ciri hakiki dan sebenar bagi jemaah Islam mestilah punyai kuasa memerintah. Ketika itulah maka wajib setiap orang Islam menyertainya.

Namun apabila kelihatan kuasa semakin hilang dari kalangan jemaah Islam maka orang Islam kini berbondong-bondong masuk ke dalam parti yang kurang islamik seperti PKR atau DAP.

Harapan Baru dan PAS

Kala tersebar luas dan gegak gempita Gerakan Harapan Baru maka parti tua orang Islam – Pas – yang bertunjangkan ulama tua dan muda mulai mengemukakan komen dan berfatwa macam-macam versi.

Yang hakikinya ialah sebahagian ulama tua dan muda yang berjaya memperolehi kuasa sejak PRU 13 lalu merasakan bahawa Pas bakal ditinggalkan oleh sebahagian rakan-rakan seperjuangan yang berhasrat meneruskan dasar Islam melalui entiti baru kerana tidak yakin pimpinan baharu parti Islam boleh mengembalikan kepercayaan bukan Islam kepada parti itu.

Jadi, selepas ini, perjuangan Pas kembali semula kepada alim ulama yang hanya inginkan keredhaan akhirat dan tolak habuan duniawi dgn motto “kalah di dunia tidak gundah gulana namun menang di akhirat menanti para pejuang”

Inikah kesudahannya kepada Pas yang gemilang pada era 1998 – 2013 lalu?

GHB bawa mesej Pas

Maka dengan tertubuhnya sebuah parti politik yang membawa mesej Pas yang bersama Pakatan Rakyat maka penyokong tegar Pas yang mula beralih arah kepada GHB. Parti baru ini lebih bebas dan tidak perlu terikat dengan dosa dan pahala mengikut pemahaman ulama Pas sebagaimana yang diperjuangkan Pas.

Perjuangan Islam kini semakin disemarakkan oleh GHB yang disertai oleh aktivis yang selama ini menggerakkan jentera pas
Pelbagai parti tidak merugikan

Kononnya berbilang parti Islam akan merugikan jemaah. Tapi Pas sehingga kini tidak mampu menegakkan hujah tersebut. Malah berbilang parti tidak rugikan perjuangan Islam. Banyak negara Islam seperti Pakistan, Mesir, Tunisia, Turki dan sebagainya mempunyai pelbagai gerakan Islam dalam politik.

Sebaliknya bekas ahli dan penyokong Pas lebih tertarik dengan dakwaan Kekayaan dan gaya hidup pemimpin Pas yang menang Muktamar baru-baru ini agak keterlaluan sehingga menimbulkan persoalan punca dana. Apakah benar spekulasi bahawa mereka bersengkongkol dengan pimpinan Umno secara senyap?

GHB gantikan Pas

Bertiup kencang ura-ura kerajaan Selangor bakal disusun semula jika berlaku perubahan dalam penubuhan Pakatan 2.0 oleh PKR DAP dan parti baru GHB sedang diperkatakan dalam dan luar setiap parti.

Yang pasti jika Pas akan tersingkir daripada sebahagian kerajaan di Selangor maka banyak alim ulama Pas akan kehilangan jawatan sekaligus gaji dan elaun

Kalaulah pemimpin Pas tidak terlalu sombong memutuskan hubungan dengan DAP tempoh hari semua ini tidak akan terjadi. Wallahualam.

Kedah Lanie
Read More

Friday, 21 August 2015

LETAK JAWATAN - Akhirnya pimpinan parti lama MERASA PUAS? 'Pembersihan' supaya PAS kekal dengan pemikiran konservatif!

Jumaat, 21 Ogos 2015

GHB Lebih Terbuka Dan Lebih Mesra - Dr.Maszlee



GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Maszlee Malik

KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) bukan kumpulan serpihan sebaliknya ia membawa satu idea dan meneruskan gagasan PAS suatu ketika dahulu. 
Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik berkata, selepas muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, wadah parti Islam itu dilihat tidak dapat diteruskan lagi. 

"Ini merupakan pembersihan. Pembersihan daripada pemikiran konservatif supaya PAS boleh kekal dengan pemikiran konservatif

"Jadi mereka yang cuba membawa Islam yang lebih lunak, lebih terbuka boleh memilih wahana atau platform yang lebih sesuai dengan mereka," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani di baru-baru ini. 

Dr Maszlee berkata, ia membawa kerugian buat PAS kerana tiada pertukaran idea baru dalam parti itu dan menimbulkan persoalan sama ada ia sebuah badan dakwah atau parti politik.

Beliau berkata, GHB membawa satu gagasan bahawa islam yang lebih mesra


GHB katanya, menunjukkan keterbukaan Islam melalui ruang politik dan tidak mudah menjatuhkan hukum serta membawa penyelesaian yang diterima oleh semua kelompok rakyat. 

Pada rabu, 18 anggota jawatankuasa PAS kawasan Shah Alam meletakkan jawatan dan dijangka akan menyertai GHB. Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan. -astroawani 
Posted By 
Read More

Sunday, 16 August 2015

GHB menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi & Majlis Syura Ulama

Isnin, 17 Ogos 2015

Mat Sabu: GHB hantar wakil temui anak Nik Aziz


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu dalam masa terdekat.
    
Mohamad berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.  
    
"Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB Selangor di Shah Alam, malam tadi.
    
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.
    
Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.
    
Mohamad berkata GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis Syura Ulama PAS.

-Bernama
Mk.
Read More

Saturday, 15 August 2015

Insya'Allah GHB akan berjaya dengan sokongan 4.1 juta pengundi golongan muda...

Ahad, 16 Ogos 2015

GHB - APA PERANAN UNTUK NEGARA?

 A Shukur Harun ( gambar )
Dengan memuncaknya pelbagai krisis di dalam negara, terutamanya skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan serpihannya yang juga panas membara serta krisis lain maka rakyat semakin runsing, kecewa, malah lemas.


Bilakah krisis ini akan berakhir tidak ada siapa yang tahu, tetapi yang pasti nilai wang Malaysia semakin menurun, harga barangan terus naik dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sangat membebankan di samping pengangguran yang tentu meningkat dengan harga getah dan kelapa sawit terus juga menurun.

Lebih parah lagi apabila semakin ramai yang dibuang kerja akibat banyak syarikat ditutup di mana dunia perniagaan semakin muram. Ini menyebabkan rakyat merasakan kebimbangan yang amat sangat terhadap nasib anak cucu mereka disebabkan krisis ekonomi dan hutang negara terus meningkat.

Pemimpin politik bercakaran sesama sendiri. Saling mengampu dan menjatuhkan. Kegiatan ini sangat luar biasa.

Ada pula tokoh politik yang membisu kerana “kekenyangan”, tidak lagi pedulikan nasib rakyat yang terus tertekan.

Dalam masa yang sama kegiatan rasuah, penyelewengan semakin meluas yang melibatkan bukan saja golongan atasan, pertengahan bahkan sampai kepada golongan bawahan dan menjadi cara hidup yang sangat menakutkan.

Di sinilah dengan tiba-tiba rasuah menjadi “derma” dan pelbagai keanehan lagi berlaku, di mana krisis seberat ini tidak pernah berlaku selama ini.

Pengamal rasuah dan penyelewengan seperti serigala buas di hutan salji Siberia, membaham segala yang ada. Penguat kuasa terumbang ambing penuh dilema dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan.

Dalam masa yang sama orang-orang besar yang berkuasa kelihatan kaku dan membiarkan krisis ini tanpa berusaha untuk menyelesaikannya ataupun memang krisis ini sudah tidak boleh diselesaikan.

Demikianlah keadaan begitu serius sekali. Dalam masa yang sama, jarang terdengar suara para agamawan memberikan pandangan. Mereka “membisu” atau terlepas pandang masalah ini hingga tidak terdengar pandangan mereka baik melalui pelbagai kuliah yang mereka berikan, atau kenyataan terbuka. Kecuali beberapa orang, antaranya Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan beberapa orang lagi.

Di tengah suasana gawat inilah, bakal lahir parti politik baharu – Gerakan Harapan Baru (GHB) – di mana nama rasminya akan diketahui bulan depan. Ia hendaknya benar-benar menjadi harapan rakyat dan sangat dinantikan kehadirannya.

Parti baharu ini akan mewakili golongan Islam sederhana, progresif dan terbuka. Namun pendekatan sederhana dan progresifnya tidak bermakna mengkompromikan dasar Islamnya.

Ia melindungi dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia amat peduli rakyat dam ramah, berakar tunjang Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin, yang akan menaungi bukan saja umat Islam, tetapi juga bukan Muslim dan berusaha memperlihatkan keadilan Islam dalam bidang yang lebih luas.

Parti politik baharu ini dijangka akan mengambil peranan pentingnya bersama PKR dan DAP dalam gabungan baharu parti pembangkang di Malaysia.

Berdasarkan tinjauan dan laporan yang diterima oleh parti baharu ini ternyata ia mendapat sambutan hangat rakyat pelbagai golongan. Road-show di seluruh negara sejak lebih sebulan lalu menunjukkan parti baharu ini mendapat sokongan luar biasa dari pelbagai pihak, khususnya golongan muda.

Tanda jelas ia bukan saja dialu-alukan oleh masyarakat bandar tetapi juga masyarakat luar bandar.

Sementara itu, pelbagai NGO seperti Ikram, Pasma, Abim, pelbagai badan pelajar dan bekas pelajar, NGO profesional dan lain-lain memberikan sokongan kepada GHB ini.

Dalam masa yang sama semakin ramai golongan agamawan muda yang berfikiran terbuka dan tidak jumud, tampil memberikan pencerahan, terutama mengenai kedudukan politik Islam dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini.

Mereka berusaha menjelaskan tasauwur Islam dengan lebih luas, berdasarkan pelbagai hujah al-Quran dan sunnah serta pandangan ulama muktabar. Agamawan muda ini semakin ramai yang memberikan sokongan dalam bentuk kenyataan terbuka, tulisan dan pelbagai wacana.

Semua usaha agamawan muda yang progresif ini sangat menolong usaha Gerakan Harapan Rakyat untuk mengetengahkan Islam yang syumul kepada rakyat pelbagai kaum.

Sementara itu, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), GHB meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik – PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

Ia komited dengan politik baharu yang berpaksi kepada politik berasaskan ilmu dan akhlak, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.

Kini, pendukung GHB daripada pemimpin hingga aktivisnya bekerja keras untuk mempersiapkan GHB sebagai parti politik yang akan mengambil peranan penting dalam politik tanah air.

Jika segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan, maka ia akan menjadi rakan penting kepada PKR dan DAP dalam gabungan baharu parti politik pembangkang di negara ini.

Ramai berharap gabungan baharu parti pembangkang ini akan mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat seperti dalam PRU2008 dan 2013 dulu. Bahkan ramai yakin GHB ini akan berjaya dengan sokongan 4.1 juta pengundi golongan muda seperti statistik PRU 2013 itu serta juga sokongan masyarakat sivil di negara ini

Suasana masa kini sangat berbeza dari masa lalu, maka dengan sokongan media baharu serta pemikiran baharu rakyat ia memberikan peluang cerah kepada gabungan baharu parti pembangkang ini untuk menjadi saingan utama Umno/BN.

Lebih-lebih lagi dengan suasana negara yang gawat sekarang, tenggelam dalam pelbagai krisis, maka ini memungkinkan gabungan baharu pembangkang menjadi pilihan utama rakyat dalam PRU akan datang.

Inilah masanya rakyat perlu melakukan perubahan menerusi demokrasi.
Read More

Saturday, 8 August 2015

Apa itu NUNJI'15 yang dianjurkan oleh #GHB...'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang INKLUSIF'

Ahad, 9 Ogos 2015

Apa itu NUNJI'15 yang dianjurkan oleh #GHB

Dr Mujahid Yusof Rawa
KENYATAAN MEDIA

HARAPAN BARU ANJUR NADWAH ULAMAK NAHDHAH JADIDAH 2015 (NUNJI'15)


1. Bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti Islam baru dalam politik negara ini, Harapan Baru akan menganjurkan satu seminar yang dipanggil Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) pada 15 Ogos ini.

2. Dinamakan sebagai Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah, sebagi merujuk kepada 'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang Inklusif.

3. Kami memilih tema "Islam dan Kenegaraan" bagi merungkaikan masalah perlaksanaan Islam dalam kerangka sebuah negara serta perundangan yang ada.

4. Ia antara lain akan membincangkan tajuk penetapan kaedah fiqh dalam operasi setempat dan lokal. Ia juga akan melihat aspek cabaran menyediakan suasana perlaksanaan syariah serta bagaimana perpindahan konsep kewarganegaraan dari kerangka fiqh klasik kepada realiti konsep warganegara dapat dilakukan.

5. Slogan untuk NUNJI'15 ini ialah "Al- Islam Rahmatan Lil Alamin" (Islam Rahmat Untuk Semua), berpandukan kepada surah Al Anbiya ayat 107. Seminar ini akan berusaha untuk membumikannya dalam bentuk dasar-dasar negara.

6. Nadwah ini diharapkan dapat membentuk pemikiran ke arah Fiqh Malaysia dengan mengambil kira suasana kepelbagaian agama dan budaya.

7. Bagi memenuhi maksud itu, penganjur NUNJI'15 menampilkan barisan para ilmuan dan ulamak berwibawa dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman dengan masalah yang dihadapi bersama dalam isu politik Islam dan isu kenegaraan ini.

8. Di akhir program ini, satu resolusi akan dihasilkan yang akan menjadi panduan lembaran baru kepada perjalanan politik Islam dan isu yang memerlukan kepada pendirian sikap yang jelas.

DATO' DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah NUNJI'15

6 Ogos 2015
Read More

Monday, 3 August 2015

Siape yang dapat bertahan 2 tahun lagi...GHB ke Pas? "Izinkan saya berbeza pandangan dengan Hadi"

Isnin, 3 Ogos 2015
Mungkin PAS hanya dapat bertahan 2 tahun lagi?
Oleh Hasbie Muda


1. Ramai yang berminat nak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengemukakan persoalan ini. Mereka was-was apabila Presiden PAS meramalkan bahawa GHB hanya mampu bertahan 2 tahun sebelum melingkup.

2. Pertamanya, perkara yang akan berlaku pada masa depan adalah dalam ilmu Allah. Walau bagaimanapun sesiapa sahaja berhak membuat unjuran politik berasaskan sejarah serta kajian yang mungkin mereka lakukan. Ramalan atau unjuran untuk boleh jadi betul dan boleh jadi salah.

3. Izinkan saya berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam soal ini.

4. Survival sesebuah parti Islam di negara ini banyak bergantung (dengan izin Allah) kepada :

i) Dasar parti yang jelas dan teguh.

ii) Kepemimpinan parti yang diterima umum, cekap dan berkesan dalam mentadbir parti serta

iii) Keupayaan sesebuah parti untuk bersifat inklusif dengan tawaran yang memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak.

5. Memiliki semata-mata dasar parti yang jelas dan teguh belum tentu menjamin sesebuah parti itu mampu survive di arus perdana. BERJASA dan AKIM adalah contoh parti Islam yang gagal bertahan walaupun dasarnya jelas. Kelemahan parti-parti tersebut adalah mereka tidak dipimpin oleh kelompok kepemimpinan sebagaimana dalam perkara (ii) selain gagal dalam perkara (ii).

6. Ada juga yang memiliki percirian (i) dan (ii) tetapi tetap juga gagal kerana tidak berupaya menjadi sebuah parti yang inklusif. HAMIM yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato' Asri menggariskan dasar yang jelas serta dipimpin oleh barisan kepemimpinan yang hebat tetapi ia hanya dilihat eksklusif untuk rakyat Kelantan dan sedikit di Kedah semata-mata selain kelompok yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan baru PAS pada ketika itu. Lebih malang, ketokohan Almarhum Dato' Asri berjaya ditenggelamkan oleh Ketua Ulama' PAS Almarhum Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas panglima yang berada lama di belakang Asri.

7. PAS khususnya selepas 1982 sangat bergantung kepada kepada tokoh-tokoh utama yang memimpin PAS kerana mereka adalah idealogue atau institusi yang akan menghuraikan falsafah perjuangan PAS kepada masyarakat. Dulu,falsafah perjuangan PAS akan dihuraikan oleh 3 tokoh utama Kepemimpinan Ulama' iaitu Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum TGNA dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) . Apabila Almarhum Ustaz Fadzil meninggal pada tahun 2002, PAS masih ada dua institusi yang dominan iaitu Almarhum TGNA dan TGHH. Kedua-dua saling mengimbangi.

8. Apabila Almarhum TGNA meninggal beberapa bulan yang lepas, satu-satunya tokoh yang dianggap idealogue parti hanyalah TGHH. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh beliau akan dianggap sebagai falsafah perjuangan dan dasar parti. Sebab itu apabila adalah yang berbeza pandangan dengan Presiden dianggap sebagai berbeza dengan dasar parti.

9. Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah jika TGHH sudah tidak ada nanti, tokoh manakah yang akan diterima sebagai idealogue parti?

10. Saya tidak berniat memandang rendah tokoh-tokoh yang ada sekarang. Tetapi mereka ada kelompok ahli PAS yang tidak menerima mereka sepenuhnya. Timbalan Presiden dilihat terlalu lembut dan tidak keras dan sebab itu beliu 'dipaksa' menarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PAS 2013. Ustaz Nik Amar pula kurang popular dalam kalangan orang muda manakala Ustaz Idris Ahmad pula pernah hampir dilabel 'jebon play safe' kerana tidak keras menentang kelompok progresif dalam parti.

11. Cabaran PAS masa ini adalah mewujudkan tokoh idealogue parti yang mempu diterima oleh semua. Jika dahulu kelompok Pemuda PAS era 1980-an menukar gelaran TGNA daripada Ustaz Nik Aziz kepada 'Tuan Guru Nik Aziz' manakala gelaran TGHH diubah daripada 'Haji Hadi' kepada 'Tuan Guru Haji Hadi, maka sesebuatu perlu dilakukan agar maqam tokoh-tokoh pelapis dalam PAS juga boleh diangkat dengan pelbagai cara. Namun persoalannya adalah apabila gelaran 'Tuan Guru' diletakkan kepada Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nik Amar, Dr Mahfodz, maka ahli-ahli PAS dan masyarakat boleh menerima dengan mudah? Dulu orang menerima gelaran 'Tuan Guru' kepada TGNA dan TGHH kerana mereka benar-benar dilihat layak untuk digelar sedemikian.

12. Bagi GHB, tokoh-tokoh mereka tidak perlukan gelaran Tuan Guru kerana falsafah perjuangan parti terletak pada institusi penyelidikan parti yang akan ditubuhkan selain kolektiviti keputusan jawatankuasa eksekutif..

13. Jika PAS gagal dalam menginstitusikan tokoh-tokoh baru pada masa yang akan datang, saya bimbang bahawa yang akan bertahan (relevan) selama 2 tahun bukanlah GHB sebaliknya PAS itu sendiri.

14. Moga ada usaha dilakukan. 
-wadahbaru


Read More

Friday, 31 July 2015

YDP Pas Beruas bersama 3 AJK Kawasan letak jawatan menyertai GHB...

Sabtu, 1 Ogos 2015
Ini antara sebab kenapa Haji Hadi naik angin dengan #Harapan Baru.
YDP Pas letak jawatan
YDP Pas letak jawatan Status Facebook mendedahkan mengenai peletakan jawatan YDP Pas Beruas.

 IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Beruas, Zainol Haron mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan yang disandang dan menyertai Harapan Baru. 

Zainol berkata, peletakan jawatan tersebut telah diumumkan dalam mesyuarat Pas kawasan berkenaan, semalam.

 “Memang benar saya telah meletakkan jawatan YDP Pas Kawasan Beruas. 

“Saya meletak jawatan atas kerelaan diri tanpa ada sebarang pelawaan atau pujukan dari mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, tindakan beliau menyertai Harapan Baru adalah disebabkan selesa dengan idea dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan pertubuhan itu. 

“Idealisme dan perjuangan yang dibawa membuatkan saya cenderung memilih Harapan Baru sebagai wadah perjuangan,” katanya.

 Zainol berkata, beliau juga menafikan bahawa tindakannya keluar daripada parti itu disebabkan kecewa dengan kepimpinan Pas yang ada pada ketika ini. 

“Tidak kecewa kerana bagi saya bila kita berbeza pandangan adalah lebih baik kita keluar dan pada masa sama ia juga boleh melancarkan segala gerak kerja yang ingin dilakukan Pas di peringkat kawasan,” katanya. 

Selain itu, katanya, seramai tiga ahli jawatankuasa Pas di kawasan berkenaan juga telah mengisytiharkan keluar daripada Pas.

 “Siapa mereka saya rasa tak perlu didedahkan cuma ianya melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam jawatankuasa penuh parti di peringkat kawasan,” katanya. -sinarharian-
KERENGGA
Read More

Friday, 24 July 2015

Mat Sabu Enggan Jawab Isu Sumpah Bai'ah

Sabtu, 25 April 2015

Mat Sabu Enggan Jawab Isu Sumpah Bai'ah

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 10:15 AM
Mohamad Sabu
GEORGE TOWN: Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah baiah talak tiga sekiranya keluar PAS.

Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan dalam politik.

"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan GHB peringkat negeri di sini, Jumaat.

Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah baiah talak tiga oleh semua wakil rakyat PAS sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.

Isu sumpah baiah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) selePAS kalah dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.


Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz baiah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri tersebut sejak 2004.

Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli PAS, berkata isu keahliannya akan dipecat secara automatik selepas GHB berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak.

"Keahlian PAS saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain," katanya.

Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan 'Gerakan' dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.

"Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai. Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama parti," katanya.

Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata perkara berkenaan hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi.
MStar
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena