Showing posts with label Iskandar Kutty. Show all posts
Showing posts with label Iskandar Kutty. Show all posts

Monday, 31 July 2017

[Video IKHLAS dakwa Zahid mahu jatuhkan Najib] Dasyat Ameno Perak! Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?

Isnin, 31 Julai 2017
Foto Otai BERSIH.

Ingat TPM Indonesia... rupa2nya TPM Malaysia.

Baca kalau tak percaya http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm

gaya hidup

ARKIB : 14/05/1998

Perhimpunan keluarga keturunan Abdul Fattah

Jadi bagi pasangan suami isteri yang dikurniakan anak yang banyak seperti keluarga Haji Radin Abdul Fattah Radin Sasteerodullah Hassan tentulah dikira bertuah.
Berasal dari Sirang Wates Jogjakarta, Indonesia, Jawa Tengah, Radin telah dikurniakan 18 orang anak iaitu 12 lelaki, 6 perempuan.
Kesemua 18 orang anak-anaknya itu diperolehi hasil perkahwinannya dengan dua wanita. Bersama isteri yang pertama Hajah Aishah, Ihsan mempunyai 10 orang anak iaitu 8 lelaki 2 perempuan.
Sementara dengan isteri keduanya, Hajah Maimunah Haji Salleh, mereka dikurniakan 7 orang anak iaitu empat lelaki 3 perempuan.
Tetapi dari 18 orang anak-anak Radin Abdul Fattah, yang masih hidup hingga sekarang hanya dua orang anak lelaki saja iaitu anak-anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertamanya Aishah.
Dua orang anak-anak Abdul Fattah yang masih hidup itu ialah Radin Mahfudz berusia 80 tahun dan Radin Termizi @ Hamidi berusia 75 tahun iaitu bapa kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Sementara anak-anak dengan isteri kedua Maimunah kesemuanya telah meninggal dunia sesudah mereka berumah tangga dan melahirkan ramai cucu, cicit dan piut.
Menyedari hakikat tidak mahu susur galur keturunan Radin Abdul Fattah hilang atau tidak dikenali antara satu sama lain, usaha-usaha mengumpul dan mengenal pasti susur galur keturunan Abdul Fattah telah dijalankan oleh cucu-cicitnya.
Usaha murni yang dilaksanakan dengan penuh ketekunan dan tabah, akhirnya berjaya mempertemukan seluruh cucu-cicit dan piut dari keturunan Abdul Fattah yang telah diadakan di Madrasah Manbail Al-Ulum, Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, kampung yang diteroka dan dibuka oleh Abdul Fattah kira-kira 100 tahun yang silam.
Pertemuan bersejarah penuh erti itu berlangsung selama dua hari baru-baru ini di atas inisiatif Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama dengan saudara sepupunya yang turut membantu menjayakan pertemuan keluarga itu.

Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?

Pemuda Amanah Negeri Perak mahu Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyatakan pendirian berhubung kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Dr Zahid Hamidi yang disifatkan menghina dan mengaibkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain berkata, dalam konteks negeri Perak, Zambry sudah pasti sangat terguris dengan kenyataan rakan sejawatnya itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memandangkan Zambry juga berketurunan India Muslim.
"Pemuda Amanah Negeri Perak memandang kenyataan tersebut dengan konteks yang lebih luas lagi dan ia mempunyai agenda politik dalaman Umno-BN. Kemungkinan kenyataan tersebut adalah kaedah percaturan politik dalaman menjelang PRU14 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.
Beliau juga tidak menafikan ada kemungkinan kenyataan Zahid itu menggambarkan Zambry tidak lagi mempunyai tempat dalam PRU14 selepas kemunculan semula Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga bekas Menteri Kewangan 2.
"Umum mengetahui nama Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedang disebut-sebut selepas bekas Menteri Kewangan Kedua itu 'come back' setelah sekian lama menyepi.
"Adakah kenyataan Zahid memberi isyarat Umno tidak lagi mahu lagi Zambry dalam perancangan BN di Perak? Mungkinkah benar khabar angin Husni akan menjadi tokoh utama BN di Perak dalam PRU14 nanti?" soalnya.
Sementara itu, Hasnul berkata, Pemuda Amanah Negeri Perak turut mengutuk tindakan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yang disifatkan sebagai keterlaluan.
"Sebagai pimpinan nombor dua negara, Zahid tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman melampau seperti itu," katanya.
Read More

[Video Siapa Iskandar Kutty?] Zahid serang peribadi Tun M kerana kecewa tidak direstu jadi PM, dakwa ahli MPT Bersatu.

Isnin, 31 Julai 2017


Image result for Iskandar Kutty
Iskandar ialah datuk Dr Mahathir, bukan bapanya, kata Marina

Serang peribadi Tun M kerana kecewa tidak direstu jadi PM, dakwa ahli MPT Bersatu

Zahid Mat Arip
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat restu melantiknya sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Zahid  menerusi rakaaman video mendedahkan pertemuan itu berlaku setelah Ahmad Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri, beliau ujarnya,  pernah  berjanji kepada Dr Mahathir akan menjatuhkan Najib dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya.
"Tidak sampai sebulan jadi TPM dia mengadakan pertemuan sulit berjumpa Dr Mahathir di rumah Dr Mahathir. Dia minta restu nak tumbangkan Najib sebagai PM dalam masa 3 bulan dan minta restui untuk jadi PM mengantikan Najib.
"Dr Mahathir walaupun marah kepada Najib tetapi beliau tidak setuju dengan cara Zahid. Dr Mahathir minta supaya parti tentukan kedudukan siapa perdana menteri selepas Najib berjaya ditumbangkan," ujar Zahid dalam video yang berdurasi 4 minit itu yang dirakam.
Oleh kerana kekecewaan dakwanya lagi, Ahmad Zahid memilih untuk mengampu Najib yang juga Presiden Umno.
"Dia balik dengan perasaan kecewa tidak dapat restui daripada Dr Mahathir.
"Dia memilih untuk mengampu Najib habis-habisaan tetapi tak reti cara nak mengampu..inilah 'standard' timbalan perdana menteri yang kita ada...," ujarnya dalam nada yang kesat.
Beliau turut berkata pernah diberitahu oleh Tan Sri Aziz Shamsuddin supaya berhati-hati dengan Ahmad Zahid dengan berkata:"Dia letak keris dibelakng bila tunduk keris keluar, " bagaimanapun Zahid menjelaskan beliau tidak terkejut dengan pesanan oleh Aziz itu.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya semalam yang mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Menurut Zahid lagi, beliau tidak terkejut dengan ucapan yang dibuat oleh Ahmad Zahid.
"Dia cuba wujudkan rasa benci ahli Umno kepada Dr Mahathir yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Perdana Menteri selama 22 tahun dengan mengaitkan Dr Mahathir bukan Melayu tulen tetapi berdarah mamak.
"Apa salah punyai darah mamak dalam tubuh badan kita, darah india dalam tubuh badan dia..macam dia berdarah jawa, salah? tak salah.
"Saya ingat arwah bapanya pada  masa kelahirannya,  nak namakannya 'Ahmad Darogi bin Ahmad Tarmizi' tetapi ada ustaz bagi tahu nama itu tak sedap bunyi berdengung jadi tukarkanlah namanya kepada Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya nak bagi tahu... orang tidak benci Dr Mahathir orang sayang Dr Mahathir yang benci Dr Mahathir adalah dikalangan penyangak dan penyamun," tegasnya.
Zahid juga berkata, dalam barisan kepimpinan Umno sesiapa pemimpin yang mempunyai darah 'mamak' tidak akan mendapat tempat di dalam Umno.
"Dalam masa sama pimpinan Umno yang berdarah mamak seperti Tan Sri Irwan Serigar, Aziz Rahim, Aziz Sheikh Fadzir, Reezal Merican tidaklah berkecil hati dengan Zahid Hamidi. Kalau orang yang berdarah mamak ini tidak ada tempat dalam Umno," dakwanya.
Read More

Sunday, 30 July 2017

[Video Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty] Awass, Mamak dan India Muslim semua, Zahid Hamidi mula berbahaya kepada anda! "Dah start main perkauman?"

Ahad, 30 Julai 2017


Image result for Zahid Hamidi jawa ponorogo

AWAS!!!...GOLONGAN MAMAK DAN INDIA MUSLIM BAKAL KENA 'PANCUNG' OLEH ZAHID HAMIDI?


Semua orang tahu Zahid Hamidi berketurunan Jawa dan dalam satu temubual dengan stesen televisyen Indonesia tidak lama dahulu,  nampaknya beliau berbangga dengan keturunannya yang berasal dari negara jiran itu.

Namun, Zahid Hamidi rupa-rupanya tidak sekadar berketurunan Jawa, tetapi juga sepertinya anti dengan golongan mamak dan keturunan India Muslim di negara ini.

Tidak seperti Najib yang mahu memberi taraf Bumiputera kepada keturunan India Muslim dan meletakkan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan kepada sekian ramai mereka yang berketurunan mamak dan India Muslim, Zahid Hamidi sebaliknya seolah-olah bersikap anti terhadap kelompok tersebut.

Dengan beliau mengungkit darah keturunan Tun Mahathir Mohamad, ramai yang jadi tidak faham apa kaitan dan tujuannya Timbalan Perdana Menteri itu berbuat demikian?
Lebih sukar difahami kerana Zahid Hamidi kononnya sudah 30 tahun mengunjungi Kaabah pada setiap akhir Ramadan tanpa pernah tertinggal melakukannya walau sekali pun.

Apakah begitu sekali cara berpolitik orang yang selalu berbangga dan bercerita dengan kawan-kawan mengenai kemampuannya mengunjungi Kaabah setiap tahun?

Kenapa Zahid Hamidi menampakkan sikap antinya itu dan apa kaitannya keturunan Tun Mahathir dengan persoalan politik, khususnya skandal 1MDB dan kecurian wang yang berlaku dalam negara?

Apakah tindakannya itu dapat menambahkan undi untuk UMNO dan BN?

Atau ia sebaliknya hanya menjadikan UMNO dan BN makin dibenci serta ditolak?

Jika demikian, apakah tujuan Zahid Hamidi berbuat begitu?

Apa salahnya Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim dan menjadi Perdana Menteri selama ini sedangkan darah itulah yang membina banyak pembangunan seperti KLCC, KLIA, LRT, Lebuhraya Utara-Selatan dan pelbagai lagi sepanjang pemerintahannya?

Apakah dengan mengungkit darah keturunan Tun Mahathir, Zahid Hamidi cuba menyanggah hasrat Najib mahu memberi taraf Bumiputera kepada golongan India Muslim?

Apakah juga Zahid Hamidi tidak senang dengan kedudukan Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Zambery Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, Reezal Merican sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Aziz Sheikh Fadzir dan Musa Sheikh Fadzir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Ketua UMNO Bukit Mertajam dan lain-lain lagi yang berketurunan mamak dan India Muslim?

Kalau Zahid Hamidi begitu curiga dan lantang mendakwa Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim telah mempergunakan orang Melayu, apakah ia uga bermaksud semua yang berketurunan India Muslim berperangai begitu?

Apakah nasib mereka yang berketurunan India Muslim, baik dalam UMNO atau kerajaan selepas ini - dikekalkan dan diberi peluang bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang atau Zahid Hamidi akan memainkan peranan berbisik kepada Najib agar menggugurkan satu persatu mereka itu? 

Bagaimana jika ditakdirkan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

Apakah hanya Jawa saja yang mendapat tempat dan semua India Muslim akan diketepikan?

Awass....mamak dan India Muslim semua, Zahid Hamidi mula merbahaya kepada anda!! (ShahbudinHusin 30/07/2017)
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena