Showing posts with label Keluar UMNO. Show all posts
Showing posts with label Keluar UMNO. Show all posts

Monday, 16 October 2017

[Video Saya Keluar Umno Sebab Dunia Kini Gelar Najib Umno Parti Penyamun] "Terima kasih lah.. Tak tau la berapa tahun lagi.. Cuma nak bagi habiskan kereja ni saja..." Moh kite ke Alor Setar pule!

Selasa 17 Oktober 2017


Foto Ibrahim Mat Isa.

Parti Amanah Negara 
Ibrahim Mat Isa

Malam tadi terdapat satu ungkapan Tun Mahathir yang sangat terkesan.. Bila ramai suara menjerit "Hidup Tun" beliau menyebut..
"Terima kasih lah.. Tak tau la berapa tahun lagi.. Cuma nak bagi habiskan kereja ni saja..."

Foto Azura Zura.

Foto Parti Amanah Negara.

Terima Kasih Peserta Dan Petugas Himpunan Bantu Bersihkan Tapak Program.

#HimpunanRakyat #SayangiMalaysia#HapuskanKleptokrasi

Foto Parti Amanah Negara.
Moh kite ke Alor Setar pule!

Read More

Saturday, 10 September 2016

[Video] Panas! Berita Melayu keluar Umno di Johor, Perak, Kedah dan Sabah...banyak cawangan tutup.

Ahad, 11 September 2016









1,500 ahli Umno Sabah keluar parti, banyak cawangan ditutup.
shafie apdal sabah
Seramai kira-kira 1,500 anggota Umno cawangan dari bahagian Tenom, Sabah mengisytiharkan keluar parti semalam.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti pada majlis Irau Rakyat di Tenom sambil disaksikan oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mereka yang keluar daripada parti itu terdiri daripada pelbagai cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabung.
Sementara itu, Shafie ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi anggota Umno yang akan keluar parti tersebut.
Katanya, tindakan keluar beramai-ramai itu menunjukkan bahawa akar umbi parti di Sabah bukan hanya tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Umno Pusat tetapi termasuk di peringkat negeri.
“Ini menampakkan bahawa hati mereka (anggota yang keluar parti) bukan hanya kerana keadaan pentadbiran Umno pusat tetapi juga di peringkat negeri.
“Saya yakin ini petanda bahawa kita boleh ubah (kepimpinan) negeri Sabah. Dan kesanggupan mereka untuk keluar parti itu menunjukkan bahawa mereka tahu, tanpa Umno mereka tak mati,” katanya.  – Malaysiakini
Read More

Monday, 4 July 2016

Shafei Apdal isytihar keluar Umno.

Isnin, 4 Julai 2016
Malaysiakini.

Shafei Apdal isytihar keluar Umno

 | MALAYSIA DATELINE
Naib Presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.
Beliau yang juga  Ahli Parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.
"Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.
"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.
Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di sebuah dewan perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini seperti dilaporkan Malaysiakini.
Dua hari selepas keputusan MT mengantung jawatan Shafie, Umno Bahagian Samporna dibubarkan dengan peletakan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai memprotes keputusan.
Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media beramai-ramai di Samporna yang diketuai Pengerusi Tetap Umno Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya.
Julai tahun lalu, beliau dilucutkan sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Read More

Monday, 29 February 2016

Tun Dr Mahathir..."Jgn plok lps ni masuk balik UMNO".

Isnin, 29 Februari 2016
Like This Page · 3 hrs 
 
TERKINI !!!.. Tun Dr Mahathir isytihar keluar UMNO hari ini...
Kami di SR berharap Tun M kekal dgn keputusan tersebut sampai bila2... Jgn plok lps ni masuk balik UMNO sptmana beliau telah lakukan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 & masuk Umno balik pada 2009 selepas Abdullah berundur...

LAWAN TETAP LAWAN.. kebobrokan UMNO..!!!

MAHATHIR UMUM KELUAR UMNO

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan penarikan diri dari parti UMNO berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pengumuman itu dibuat di satu sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ahli politik veteran itu mengumumkan penarikan dirinya disebabkan  rasa kecewa beliau terhadap parti itu.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan tiada hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu.


"Tidak. Dalam hati, saya tetap ahli UMNO," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah menyerahkan surat rasmi kepada setiausaha agung parti berhubung keputusannya itu, Dr Mahathir berkata beliau belum berbuat demikian dan hanya membuat kenyataan pada sidang media hari ini.

Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan penarikan diri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dari parti tertua di negara ini.

Wartawan yang menghadiri sidang media berkenaan menerima dua keping kenyataan media yang beberapa mengandungi dakwaan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, sumber dari mana kenyataan media itu diperolehi tidak dapat dikenal pasti.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis akan memulakan siasatan ke atas Dr Mahathir berkenaan kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah. 

Polis Diraja Malaysia minggu lalu telah merakam keterangan Dr Mahahir berhubung laporan terhadap kandungan laman blognya yang didakwa memiliki unsur fitnah terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Ini adalah kali kedua beliau keluar dari parti yang diketuainya dari 1981 to 2003.

Dr Mahathir keluar dari UMNO buat pertama kalinya pada tahun 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Menurut Dr Mahathir tindakan beliau keluar parti pada ketika itu kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Semasa membuat pengumuman itu beliau berkata hanya akan kembali menjadi anggota UMNO selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

Beliau menyertai UMNO kembali sehari selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam pada 4 April, 2009.

Dr Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam UMNO pada 26 Sept 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan UMNO pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.
BLM.
Read More

Wednesday, 14 October 2015

Saifuddin Abdullah keluar Umno...Anwar gembira, walaupun sakit!

Khamis, 15 Oktober 2015

Saifuddin Abdullah keluar Umno, sertai PKR

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai PKR.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.
Saifuddin yang hadir pada sidang media itu merakamkan penghargaannya kepada rakan-rakan PKR kerana mernerimnya sebagai anggota parti.
"Terima kasih. Ini adalah keputusan besar bagi orang kecil seperti saya,” katanya.
Ditanya mengapa beliau memilih PKR dan bukan parti politik lain, Saifuddin mengakui beliau juga tidak pasti sebabnya.
"Dalam isu ini, saya tidak pasti mengapa hati saya condong kepada PKR meskipun saya tahu ada parti-parti lain yang juga melakukan tugas mereka dengan baik,” katanya.
Tambahnya beliau menyertai politik bagi menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik untuk rakyat dan atas sebab itu beliau mendapati dirinya tidak lagi sesuai bersama Umno.
Saifuddin juga memaklumkan beliau akan berundur sebagai pengarah eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Anwar gembira Saifuddin sertai PKR, kata isteri

Walaupun sakit, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti itu.
Berita itu dikongsikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ketika Anwar memberi kenyataan berhubung permohonan dalam rayuan kes qazafnya.
"Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui (Datuk) Saifuddin Abdullah menyertai PKR hari ini.
"Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR," katanya.
[Berita penuh menyusul]
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 13 May 2014

Krisis Terengganu....3 ADUN diarah segera jumpa Najib di Putrajaya!

Rabu, 14 Mei 2014

Tiga Adun Terengganu Diarah Segera Jumpa Najib Di Putrajaya...

Posted by Jeebond BLM

Jika Kena Dengan 'Harganya' Tiga Adun Umno Akan Tarik Balik Keputusan Keluar Umno

Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST), Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.
Posted by Jeebond BLM
Read More

Wednesday, 5 March 2014

Wanita UMNO Keluar UMNO - Impian Umno melihat PAS boikot PRK Kajang berkecai... Sudah terbalik!

Rabu, 5 Mac 2014
Timb Ketua Wanita UMNO Keluar UMNO..
Gambar: ‎Walaupun Hasan JATI sudah mula meroyan balik namum wanita umno masuk PKR pulak.....ertinya Hasan JATI kena kerja lebih kuat lagi utk cipta fitnah ... betul tak?

Satu hal lagi berita ini tidak bakal keluar TV3 suku serta Utusan Penjilat Umno...

ṪןḰєlคtє‎
Walaupun Hasan JATI sudah mula meroyan balik namum wanita umno masuk PKR pulak.....ertinya Hasan JATI kena kerja lebih kuat lagi utk cipta fitnah ... betul tak?

Satu hal lagi berita ini tidak bakal keluar TV3 suku serta Utusan Penjilat Umno...

ṪןḰєlคtє

Timb Ketua Wanita UMNO Keluar UMNO..


Timbalan Ketua Wanita UMNO serta AJK Batu 10,Jln Cheras, Kajang istihar keluar dari UMNO sejak Hasan Ali keluarkan 20 dalil.. dan menyertai PKR...

Majlis penyerahan borang disertai oleh DSAI sendiri..

Kalau PKR atau PAS masuk UMNO ..Seminggu dalam TV di siarkan..
Posted by 



Rupa dan wajah seorang Ustaz Umno yang "Talam Dua Muka..!!!" Dulu Fatwa Haram Undi PAS Wajib Undi Umno...Sekarang puji PAS ada roh dan ciri² kepimpinan Islam "

DUA WAJAH SATU JASAD... SEBELUM PRU13 & SEBELUM PRK KAJANG...USTAZ DUNIA KATA.......Ustaz yang bercakap ikut nafsu

Satu masa sahulu sebelum PRU13 punyalah dia menghina pemimpin PAS ,bukan main lagi dia dan sekutunya mengutuk dan mencaci PAS... PAS jual agama, bersekongkol dengan kafir harbi, PAS perosak akidah...

Malah dia berani untuk membuat hukum sendiri atas hujah putar belit "WAJIB UNDI UMNO DAN HARAM UNDI PAS".. kitab mana yang dia kutip yg mewajibkan rakyat Malaysia mengundi Umno/BN sebaliknya haram pihak lain?

Kini pula,bukan main lagi dia memuji kepimpinan PAS..tinggi melanggit ..macam² ayat pujian yg disebut,seolah tiada langsung kesalahan PAS yang sebelum ini berjela² dia tuduh dan fitnah PAS...MUNAFIK!

Inilah perangai pencacai umno yg kononnya bertaraf ustaz ...cakap suka berbelit.²...tengok kepada wajah dan serban yg melilit memang tidak disangka dia ini kaki pembelit dan jenis cakap putar alam..

Kalau niat puji PAS serta menyarankan PAS patut jadi MB Selangor hanya untuk PR bertelagah di Selangor baik tak payah. Kenal sangat manusia² yang dibayar oleh Umno, kalau tidak memecah belahkan pihak yang tidak sekata dengan parti anutan dia memang tidak sah... Ustaz yang suka PR berpecah belah demi keuntungan parti anutan dia...

Opss!!a lupa...guru dan ikon dia adalah Abdullah Saamah... ulama ilmu 2 juta.. http://www.youtube.com/watch?v=wItqk_jZ920

ṪןḰєlคtє
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena