Showing posts with label Merudum. Show all posts
Showing posts with label Merudum. Show all posts

Thursday, 12 March 2015

Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu bersama PR...'Bagaimana pula kerjasama Pas dengan Umno?'

Jumaat, 13 Mac 2015

Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?



Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap “cabaran besar” buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB

Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat.


Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno?

SUSUPAN PETANG                                                                        
Mursyudul Am Pas yang baru.
Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dari rakan saya itu, perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am yang diumum semalam boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk meyegerakan agenda mempersatukan Pas dengan Umno yang sudah lama dirancagkan itu. Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Hasan Ali yang masih dalam Pas pada masa itu.

Walaupun perlantikan Dr Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.

Apabila perlantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Perlantikan itu yang diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno, Najib Razak tampak senang dan suka dengan perlantikan Haron Din itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.

Dengan mengingati pesanan arwah Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan Pas tentulah ianya ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Apakah pujian Najib itu membawa petaka itu?

Bagaimana pun sekiranya benar Dr Haron Din beriya mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas.   [wm.kl.7:50 pm 12/03/15]
Read More

Thursday, 10 April 2014

Pelajar Protes UM: AMBIGA tak boleh.. MAHATHIR boleh pulak... Patutlah Rangking MERUDUM!

Khamis, 10 April 2014

PANAS! PELAJAR PROTES UNIVERSITI MALAYA TIDAK BERLAKU ADIL, AMBIGA TAK BOLEH TUN MAHATIR BOLEH....PATUTLAH RANGKING MERUDUM !!!

Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan



Selepas dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar.

Institusi pengajian tinggi Malaysia sepatutnya berkelakuan sebagai universiti bertaraf dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, selepas keengganan Universiti Malaya (UM) membenarkan peguam terkemuka itu bercakap di konvensyen undang-undangnya minggu lepas.

Bekas pengerusi Bersih itu mendakwa tindakan tersebut tidak masuk akal bagi universiti tersebut yang hanya menunjukkan contoh tidak baik dengan menyekat hak pelajar dan menghalang kebebasan akademik.

"Ini perlu berhenti. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang sempit fikiran memberitahu kita semua ini. Institusi pengajian awam patut mula berkelakuan seperti universiti bertaraf dunia," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ambiga dijadualkan untuk bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac.

Seorang wakil pelajar mengatakan sepucuk surat rasmi sudah pun dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk mendapat kebenaran bagi Ambiga untuk menyampaikan ceramahnya pada 25 Mac.

Pada mulanya universiti itu bersetuju dengan syarat adanya penceramah pro-kerajaan di konvensyen tersebut untuk memastikan adanya keseimbangan.

Bagaimanapun, persetujuan itu ditarik balik dengan alasan ceramah Ambiga bukan sebahagian daripada program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang UM.

Sekumpulan pelajar UM menghantar memorandum kepada MP Pakatan Rakyat (PR) semalam untuk membantah keputusan universiti tersebut yang cuba menghalang hak mereka.

Presiden persatuan pelajar Progressive University Malaya, Richtyne Yusuf mengatakan universiti tersebut seperti mengamalkan 'double standard' dengan penceramah yang dibenarkan menyampaikan ceramah.

"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk memberikan ceramah, tiada sebarang isu yang timbul. Tetapi apabila Ambiga yang dijemput, seminar itu dibatalkan. Ini tidak adil," katanya.


Ambiga memuji pelajar yang menentang tindakan universiti itu dengan mengatakan ia menunjukkan masih ada lagi harapan untuk negara.

"Saya cukup kagum dengan para pelajar yang tidak mahu lepas tangan dengan isu ini. Saya berasa bersemangat dengan tingkah laku mereka yang tidak membenarkan kebebasan akademik mereka dirampas.

Tambahnya, beliau gembira para pelajar sedar mereka boleh melakukan pelbagai perkara dalam hak mereka.

Ambiga berkata dia belum pernah lagi berdepan dengan situasi sebegini sebelum ini, tetapi diberitahu bahawa para pelajar takut untuk menjemputnya kerana mungkin mengalami kesulitan dengan pihak berkuasa universiti.

"Saya dapat tahu sebelum ini, para pelajar mahu menjemput saya untuk berceramah tetapi tidak menjadi kerana mereka tahu mungkin akan bermasalah dengan universiti.

"Ini menunjukkan mereka mengamalkan 'self-censorship' dan ianya salah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Promosi Hak Asasi (Proham), Datuk Kuthubul Zaman juga menyelar UM dengan mengatakan universiti tersebut sepatutnya mempertimbangkan pengalaman Ambiga sebagai peguam terkemuka berbanding daripada 'kecenderungan politik beliau'.

"Proham menyeru Universiti Malaya untuk memikirkan semula keputusan mereka untuk membenarkan Datuk Ambiga Sreenevasan untuk bercakap kepada pelajar undang-undang tentang Litigasi Awam. Ia jelas merupakan pelanggaran hak pelajar dan halangan kepada hak asasi manusia sejagat untuk bebas bersuara.

"Ambiga sendiri sudah pun tampil sebagai peguam di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam isu berkaitan dengan kepentingan rakyat. Pengalamannya yang berharga adalah sebuah aset untuk dikongsi bersama pelajar undang-undang. Dalam situasi ini, di mana universiti enggan memberikannya peluang untuk bercakap kepada pelajar adalah tidak masuk akal," tambahnya dalam satu kenyataan.

The Malaysian Insider menghantar beberapa emel dan membuat panggilan telefon kepada Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakuti Undang-Undang, Profesor Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, tetapi mereka belum lagi memberikan respons.
Kedah.kini
Read More

Saturday, 13 April 2013

JIWA MERACAU: Cakap-Cakap Mahathir Sudah Tak Ada VALUE & Harga Pemikiran Jatuh Merudum!

Ahad, 14 April 2013

ASPAN ALIAS
Sebuah Catatan Perjalanan Politik Bangsa

 photo Header_zps1184082a.gif

Dr Mahathir tidak akan beruntung selama-lamanya...percayalah
Kita sedang berhadapan dengan politik yang terkotor dalam sejarah pilihanraya negara. Pergaduhan begitu sengit dan ada pihak yang tidak merasa malu dan segan untuk melakukan kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang bertamadun. Penyiaran video lucah kini sudah menjadi amalan biasa sejak hampir 15 tahun dahulu dan tentunya mereka yang terdesak sahaja yang sanggup dan berkesampaian untuk melakukan kerja ini.
Punca kenapa sampai begini hinanya permainan politik ini semata-mata kerana di sini setengah pemimpin dan rakyat masih tidak menghormati semangat demokrasi. Jika tidak kerana kuasa perkara seperti ini tidak akan berlaku. Tentulah ia berlaku kerana ada pihak yang tidak sanggup menerima akibat demokrasi itu sendiri.
Jika kita sudah matang, kita tidak akan merasa gusar menerima kekalahan kerana itulah demokrasi. Budaya samseng dan tindakan politik yang di luar tabii demokrasi ini menunjukkan kepada kita yang masih ada pihak yang menerima demokrasi ini jika mereka berada dalam kemenangan. Jika memang itulah demokrasi.

Sebaliknya jika kalah itu bukan demokrasi. Itu adalah politik perkauman yang akan memecah penyatuan kaum yang terbina selama ini. Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Mahathir Mohammad yang tidak dapat mengimbangkan kedudukan sebagai pemimpin yang besar dengan tindakan yang sejajar dengan taraf yang sepatutnya ada kepada beliau.
Serangan kepada Lim Kit Siang (LKS) oleh Dr Mahathir sudah melewati batas etika kepimpinan dan ini merupakan igauan bagi mereka yang mahu demokrasi itu diterima dengan semangatnya sekali. Kemarahan Mahathir kepada LKS begitu ‘personal’ semata-mata kerana LKS bertanding di negeri kelahirannya di Johor. Apakah kesalahan LKS bertanding di Johor? Bukankah LKS boleh bertanding di mana-mana?

Jika Mahathir sendiri merasakan mahu bertanding saya boleh pastikan yang LKS dan DAP tidak akan menegahnya dan sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja untuk bertanding di mana-mana. Asalkan sahaja seseorang itu rakyat Malaysia yang sah, tidak berstatus bankrap dan tidak gila dan bercakap seorang diri, ia sudah cukup untuk melayakkan seseorang itu untuk turun sebagai calon menawarkan diri dalam pilihanraya negara.
Dr Mahathir tahu yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu bukan satu perkara yang mustahil dan ramai berpendapat LKS akan menang. Tentulah Dr Mahathir sendiri tahu yang LKS akan berjaya menembusi kubu UMNO di Johor itu. Persoalan, apa kesalahan LKS di sini? Kenapa Dr Mahathir begitu tersentuh dengan tindakan LKS yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Dalam isu ini LKS telah melakukan tindakan ke Johor itu adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan. Kenapa Dr Mahathir pula yang mesti menentukan di mana LKS bertanding?

Hakikatnya Dr Mahathir terlalu takut dengan kemenangan LKS di Gelang Patah ini. Sebabnya beliau sahaja yang tahu walaupun orang ramai boleh mengagak kenapa Mahathir tidak lelap mata dalam tidurnya. Mahathir sentiasa menggunakan isu perkauman untuk politik beliau. Semasa beliau terpecat dari UMNO asal dahulu, beliau menggunakan isu perkauman untuk menguatkan sokongan di kalangan orang Melayu untuk kembali dalam politik negara.
Apabila berkuasa Mahathir menggunakan isu perpaduan kaum untuk mendapatkan sokongan bulat rakyat berbilang kaum pula. Semasa itu Mahathir belasah orang Melayu kononnya Melayu ini bodoh dan sentiasa bersandar kepada politik untuk kehidupan. Pada beliau, Melayu tidak pandai dan Melayu wajar membuang tongkat supaya belajar berdiri di atas kaki sendiri.

Akhirnya beliau sendiri menggunakan pengaruhnya di dalam UMNO untuk mengeluarkan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbengkalai dengan hutang berbillion ringgit. Saudara dan saudari sendiri serta kita semua ini terpaksa melepaskan bala perniagaan anaknya dengan menggunakan wang ringgit kita yang hampir RM2billion.
Apabila beliau bersara dan penggantinya tidak mahu tunduk terhadap kemahuan beliau, beliau bertindak keluar dari UMNO untuk menjatuhkan pengganti yang beliau pilih sendiri. Pada beliau tindakannya keluar UMNO itu adalah untuk kepentingan negara. Mensabotaj partinya sendiri adalah untuk kepentingan negara kononnya. Apabila beliau berjaya menjatuhkan penggantinya itu beliau kembali ke pangkuan UMNO itu dan sekarang sedang memainkan watak sebagai seorang pejuang Melayu pula.

Apa kenanya dengan Dr Mahathir ini kita tidak dapat memahaminya. Mahathir ini seperti 'berjalan dengan seladang'. Jika berjalan di depannya kita akan ditanduknya dan jika kita berjalan di belakangnya kita akan ditendangnya. Seorang sahabat saya berkata, “Mahathir is a pest to the nation”. Saya tidak tahu makna kata-kata kawan saya itu. Tetapi yang saya tahu Mahathir mahukan semua orang mengikut telunjuknya sahaja.
Beliau sudah menjadi tidak keruan kerana kehadiran LKS di Gelang Patah dalam PRU ini. Beliau hanya menunjukkan kekurangan pada diri beliau sendiri. “I feel sorry for this man. I think he needs some therapy urgently,” kata seorang bekas pemimpin  UMNO sendiri apabila beliau membuat komen tentang bekas PM ini kepada saya semalam.

Mahathir telah menewaskan semua musuh beliau dalam politik samada dalam UMNO dan luar UMNO. Sekarang beliau berhadapan dengan kehendak alam (nature). Kalau semua orang datang membantu Dr Mahathir pun, beliau sudah tidak dapat dibantu lagi. Semua rakyat akhirnya akan mengenali siapa Dr Mahathir sebenarnya.
Mahathir tidak akan beruntung selamanya. Biarkan sahaja beliau bercakap seorang diri.
Posted by Aspan Alias
PRU 13
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena