Showing posts with label PAS dan Umno. Show all posts
Showing posts with label PAS dan Umno. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

[Video Pendedahan Pembelian Aset Felda Mencurigakan] Mana 'suara pembangkang' Pas? PAS berevolusi menjadi ‘pembangkang olok-olok’!

Rabu, 3 Januari 2018

Image result for Gambar Pas dan najib

Image result for Gambar Pas dan najib
Gambar MP Pas berkecuali dalam Parlimen.

PAS berevolusi menjadi ‘pembangkang olok-olok’


Jalinan mesra antara PAS dan UMNO yang terserlah di media ketika ini jelas membuktikan bahawa kedua-dua parti yang dulunya seteru itu kini sudah mula berbaik-baik.
Apatah lagi, Utusan yang sejak sekian lama menjadi lidah rasmi UMNO memberi ruang kepada pemimpin PAS untuk mengisi muka hadapan akhbar mereka.
Malah, suara PAS sejak akhir-akhir ini juga cukup sebati dengan propaganda UMNO apabila kedua-duanya dilihat tidak henti-henti menyerang DAP dengan pelbagai tuduhan kitar semula.
Namun, skandal seperti FELDA yang hangat diperkatakan orang ramai sejak dua minggu lalu tidak pula disuarakan secara serius oleh pihak PAS.
Mengambil kira keadaan itu, maka benarlah kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawasanya PAS kini sudah berevolusi menjadi parti pembangkang ‘olok-olok’.
“Sebagai parti politik, sekiranya dikatakan baik oleh parti pemerintah, maka ia sudah lingkup kerana sekiranya anda (parti politik) dengar, setia, tidak buat kacau dan menggugat kedudukannya (parti pemerintah) maka anda dianggap baik.
“Ini bukanlah lagi parti pembangkang atau parti lawan yang sebenarnya, tetapi hanya parti pembangkang ‘olok-olok’. Tidak serius,” katanya dilapor media, semalam.
Untuk rekod, PAS kini bergabung dengan Parti Ikatan dan membentuk Gagasan Sejahtera yang kononnya bakal bertanding 130 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Jumlah kerusi yang ingin ditandingi PAS ini bukanlah sedikit, lebih separuh daripada 222 jumlah kerusi Parlimen yang dipertandingkan, soal dari mana parti Islam itu mendapatkan dana itu persoalan yang lain. – Roketkini.com

Read More

Thursday, 19 November 2015

Puji memuji antara PAS dan UMNO kini suatu yang amat tidak diduga sekali!

Khamis, 19 November 2015
Antaranya sebuah rumah orang kuat PAS di Kampung Tun Sardon di kawasan yang sama yang mana dihiasi dengan bendera BN dan PAS dengan bendera Jalur Gemilang - www.pru14.tv 

Umno itu tidak sejahat Firaun 

Perlukan 2 saksi untuk wang 2.6 b....Mana mungkin logik akal 2.6 b dalam akaun seseorang tanpa akaun sulit.....Kita tidak akan bersama UMNO...Kita akan bersama umno cuma masa dan keadaan tentukan...ITULAH ANTARA bait ungkapan antara Presiden PAs dan Mursyidul Am Pas. 

Kami tidak sokong.... sambil duduk dan niat....Umno itu tidak sejahat Firaun.......Semua kenyataan itu akhir2 ini didendangkan dengan cukup sumbang berdasarkan PAS sebagai parti pembangkang sebelum ini bertukar FUNGSI sebagai parti PENASIHAT! 

Sebuah parti politik tetapi hanya ingin bekerjasama dalam kebajikan rakyat yg tidak tidak melibatkan politik, Pelajar sains politik dari UNIVERSITI mana yg boleh tafsirkan dan ungkapakan yg kenyataan ini ada logiknya? 

Bukan sahaja kenyataan,tindakan susulan juga sungguh menjengkelkan. Puji memuji antara PAS dan UMNO kini suatu yg amat tidak diduga sekal!....Apakah PAS kini telah mencapai SATURATION POINTNYA dan bakal merundum? 

HARAKAH DAH JADI RUANG MEMPROMOSIKAN UMNO DAN UTUSAN/BERITA HARIAN/TV3 yg dulunya TOGHUT KINI MENJADI MEDAN BUAT PAS MENGHENTAM RAKAN PEMBANGKANG! 

PAS tidak lagi dilihat sebagai kepunyaan ahlinya. PAS lebih dilihat kepunyaan Presiden dan pembodek tegar! PAS seolah-olah parti yg ditubuhkan baru kelmarin dan terkial-kial mencari arah tujunya. Manna-mana pihak yg menegur/kritik kini dianggap MUSUH sekalipun secara LEGAL adalah ahlinya 

Tindakan dan kenyataan PEMBESAR PAS kini tidak lebih sebagai pengkhianat kepada rakyat jelata yg mengores kertas undi berdasarkan PAKATAN RAKYAT dan BUKU JINGGA yg dilemparkan kepada pengundi sebelum ini. Tindakan yg dibuat dan diambil PAS tidak lebih sebagai satu jalan meneruskan survival politik yg selama ini SUKAR dipercayai yg PAS telah berada disuasana setenat kini. 

Denyut nadi kesusahan rakyat kini tidak lagi menjadi AGENDA yg diperdebatkan dikalangan mereka. PAS kini lebih selesa bermajlis untuk GAMBARKAN SOKONGAN! 

Kerenah dan budaya membodek serta tidak mengakui kesalahan/budaya menafikan kesalahan serta menjadikan teguran itu sebagai satu DOSA telah menyamai UMNO. Sesuailah PAS GANTI UMNO!..... 

Dilihat tidak sama tetapi tindakan serupa! 

ISLAM dan akhlak yg sepatutnya diberi imej yg baik dikalangan mukmin dan non muslim diNODA dengan begitu rakus dengan mempamirkan kenyataan yg berbaur air LONGKANG!. Diforum atau di ccopong,rakan pembangkang diseranah dengan selamba! 

2015 telah menyaksikan PAS dibawah pimpinan Hj Hadi begitu TERUK kerosakkannya. 

Wajarlah tindakan segelintir cerdik pandai yg bersama PAS selama ini mencari wadah baru yg lebih efisien dan inclusive sifatnya. PAS kini tidak mampu lagi dibaiki dek kemusnahan yg dilakukan oleh mereka yg diberikan KUASA tetapi tidak mempunyai kepakaran mengendalikannya. 

HAJAT TUKANG MASAK UNTUK MENJADI KAPTEN BAHTERA TELAH TERCAPAI DAN BAHTERA INI KINI MENUJU REMPUHAN PULAU HASIL DARI JURUENGINE SEBAGAI PEGAWAI NAVIGASI! 

NYAMUK MENGGIGIT 

Posted by mountdweller 
Read More

Monday, 21 September 2015

[Video] PAS dapat kawan baharu...Kumpulan Jamal 'baju merah' ingin sertai H60K? PAS dan UMNO ke arah penyatuan.

Selasa, 22 September 2015


Himpunan 'baju merah' pada Hari Malaysia lalu bukan ada kaitan dengan maruah Melayu,

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah, diminta bertemu jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K), bagi membincangkan penyertaan mereka ke program PAS itu pada bulan depan.
"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dalam sebarang agenda nasional untuk menuntut ketelusan pentadbiran negara dan bukan dengan tujuan mendiamkan diri atas penyelewengan negara.
"(Penganjur himpunan) Baju merah boleh berhubung dengan jawatankuasa himpunan untuk perbincangan lanjut," kata anggota Jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K) Datuk Khairuddin Aman Razali.
Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan perkara itu kepada Malaysiakiniketika diminta mengulas hasrat baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.
Jamal dilapor bercadang menyertai H60K, yang termakan baju hijau, jika objektif himpunan itu ke arah menyatupadukan orang Melayu.
PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menerima sesiapa sahaja untuk hadir jika menyokong dasar dan perjuangan mereka.
Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.
PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.
Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.
Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.
Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.
Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malaysiakini.

ULASAN GB

Bravo!!! Nampaknya gayung bersambut... PAS akan mendapat kawan baharu untuk H60K nanti... iaitu si baju merah! PAS memang terdesak dan mengharapkan perhimpunan H60K itu akan berjaya, untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh membuat perhimpunan yang"puluhan ribu" akan menyertainya. Untuk lawan perhimpunan BERSIH 4.0 yang mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat. 

Pada minggu lalu si baju merah... rata-ratanya dari UMNO... berhimpun untuk memberi sokongan kepada Najib ... dengan menjadikan agenda "Melayu" sebagai tema himpunan mereka. Dihentamnya dan dimakinya kaum Cina habis-habisan. Difahamkan juga PM memberi penajaan sebanyak RM3 juta kepada ketua penganjur himpunan merah berkenaan. 

Citarasa PAS kini menyamai citarasa UMNO. Walaupun tidak mahu mengakui mereka bersifat rasisma sepertimana UMNO, namun PAS memang telah turut memaki kaum Cina terutama DAP dengan menggelar mereka sebagai DAPigs. Baju merah pula di dalam himpunan mereka memanggil Cina Babi.

Malah PAS enggan untuk bersama di dalam Pakatan 2.0 kerana tidak mahu bersama DAP. PAS menuduh bekas pemimpin mereka yang menyertai Parti Amanah Negara sebagai kuda Cina, kuda DAP. Kerana gagal berdakwah kepada DAP, dihentamnya DAP kerana telah menolak hudud.

Itulah persamaan UMNO dan PAS, dan kerana itulah juga si baju merah akan bersama-sama si baju hijau di dalam H60K nanti.
 

Kenyataan TITM bahawa "semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa" hanyalah omongan kosong dan kata-kata kosmetik kerana si baju merah tidak memperdulikan itu semua. Si baju merah mendokong kepimpinan Najib yang rasuah dan salahguna kuasa.

Presiden PAS pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan mereka yang dituduhnya sebagai "pengkhianat". Maksudnya bersedia bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak dengan AMANAH. Malah di dalam pemilihan muktamar yang lalu, Presiden PAS itu menuduh calon yang melawannya sebagai proksi DAP. 

Mungkin ramai menteri-menteri UMNO juga bakal hadir di dalam H60K nanti untuk bersama-sama dengan pemimpin PAS untuk merealisasikan apa yang disebut "perpaduan Melayu". Begitu assabiyah sekali bunyinya. 

. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... PAS dan UMNO ke arah penyatuan....TAHNIAH! 
Posted By 
Read More

Monday, 6 July 2015

Sudah sukar bezakan PAS dan UMNO... "Orang awam akan melihat PAS sekadar berhelah"

Isnin, 6 Julai 2015

Pas sudah jauh ke kanan, tidak banyak beda dengan Umno

Oleh Eekmal Ahmad

Baiklah Najib Razak harus berhenti. Jadi apa? Digantikan Muhyidin?

Ini yang membuatkan saya kecewa dengan PR. Mereka menari mengikut rentak Mahathir. Sedangkan dari awal, isu GST dan 1MDB boleh diangkat sebagai pemangkin mendesak pilihanraya umum yang baru. Sewajarnya suara yang lebih besar mendesak pilihanraya umum baru bukannya terperangkap dengan jaringan intrik "deal" demi "deal" antara Mahathir vs Najib Razak.

Ada yang berhujah dengan saya jika PRU belum tentu PR menang. Baiklah, apa jika Muhyidin menggantikan Najib, di waktu Mahathir diangkat sebagai wirawan, PR akan menang? Malahan PR akan kalah teruk sepertimana era Pak Lah pada PRU 2004 dahulu. Jadi kenapa teragak mendesak dengan suara yang lebih garang menuntut PRU segera diadakan, inilah waktunya menggugat UMNO-BN ketika mereka sedang tergugat.

Sementara itu saya ada membaca bahawa akan ada PR baharu yang lebih kuat selepas Aidilfitri. Jujurnya saya tidak tahu hala tuju PKR dengan PR baharu ini. Adakah ia merangkumi parti Islamis baharu? Atau ia bersama PAS?

Saya merasa lucu melihat prejudis yang dalam terhadap DAP kononnya mereka "menekan" PKR untuk menyingkirkan PAS. Adakah DAP menekan atau PKR yang tertekan perasaan? Sebelum muktamar sememangnya saya menaruh harapan agar PAS untuk terus kekal dalam PR, dan seterusnya mengimbangkan politiknya dengan cita-cita politik "tengah." Akan tetapi proses sepanjang kempen dan pasca muktamar mengubah fikiran saya. PKR dan DAP wajib singkirkan PAS dari pakatan baharu.

Sememangnya DAP ini parti agresif dan mendesak, akan tetapi kita hormati rakan yang agresif atau kita mahu menuruti rakan yang khianat!

Ada yang menyimpulkan seluruh insiden mendesak menyingkirkan PAS ini bermula dengan Langkah Kajang. Saya tidak bersetuju. Sebenarnya semua bermula dengan pra pilihanraya umum 2013 dan juga pilihanraya itu sendiri. Lagipun jika PAS menyebut Langkah Kajang sebagai asbab mereka marah, kenapa mereka selesa pula bila mengiktiraf pentadbiran sekarang? Bukankah pentadbiran Selangor sekarang hasil dari Langkah Kajang, jika tidak bersetuju, jangan iktirafnya dan letak jawatan!

Kembali kepada hujah saya bahawa PAS telah mula mengkhianati PR ketika pra dan PRU 2013. Tidakkah kita ahli PKR tertanya-tanya bolehkah kita mempercayai pimpinan PAS yang ada sekarang selepas mereka:

1) mengkhianati PR dengan menarik balik sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM.

2) Bagaimana mereka sabotaj PKR di Kota Damansara dan Sg. Aceh.

3) Perbincangan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO!

Telah sekian lama Tuan Guru Ustaz Hadi tidak ambil peduli akan Pakatan Rakyat. Akan tetapi baru baru ini beliau beria-ia mendokong PR.

 Baik jika benar beliau komited dengan PR, saya mahu beliau membuat pengakuan terbuka menyokong Anwar Ibrahim atau sebagai calon PM untuk PRU akan datang. Kita juga mahu beliau memberikan jaminan akan akur dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta menafikan segala kemungkinan bersama dengan UMNO. Jika beliau tidak memberi jaminan akan perkara di atas apa guna sekadar umumkan sokongan terhadap PR. Orang awam akan melihat PAS sekadar berhelah mahu kekalkan laba politik di Negeri Selangor semata-mata.

Ada juga yang kaitkan DAP ini oportunis dan cukup cepat menyambar kerusi rakan dari PKR. Saya tidak nafikan DAP begitu teruja dengan kerusi, tetapi parti mana yang tidak? Semenjak dulu lagi saya dengar kisah dari pimpinan kanan, bagaimana Lim Kit Siang begitu gigih mahukan kerusi Gelang Patah.

Malah, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberi saya watikah bertanding di Bakar Bata, pimpinan kanan DAP masih memujuk mahukan kerusi Bakar Bata! Pasti saya pun geram.

Akan tetapi itu lumrah negosiasi kerusi sewaktu pilihanraya. Kita berdepan dengan mereka yang mahukan kerusi untuk menang.

 Saya hanya mahu mengajak pembaca pertimbangkan ini:

"anda mahu satu rakan yang jujur membincangkan kemahuan kerusi atau satu rakan yang akan menikam anda ketika bertanding di pilihanraya umum nanti?"

Berkaitan parti baharu pula, saya amat berharap cita cita ini terlaksana. Harapan saya adalah, jika benar PAS dapat disingkirkan dari pakatan baharu ataupun PAS memilih bersama UMNO, parti baharu ini adalah suara baru dalam politik Islam/Muslim. Pastinya dengan syarat parti Islam baharu ini berasaskan idea politik Rachid Ghanoushi, Jasser Auda dan sebagainya. Ada yang bertanya apa nilai tambah parti baharu ini. Jawapan saya adalah:

1) parti baharu akan menangkal konservatisme PAS dengan mengemukakan "brand" Islamisme yang lebih inklusif, nasional serta merangka kebijakan-kebijakan yang terkait dengan kebajikan rakyat.

2) parti baharu akan lebih ampuh sebagai wadah Islamis yang lebih muda. Pastinya dengan kerja keras.

3) DAP dan PKR sudah tidak perlu berdepan head on dengan PAS ataupun yang sejenis dengannya kerana kewujudan parti baharu sebagai suara yang lebih segar.

Walaubagaimanapun satu kenyataan yang kita tidak boleh nafikan adalah jika PKR masih mahu bersama PAS, ada kemungkinan pretasi PKR juga merudum. PKR mesti ambil iktibar PRU 2004. Selain faktor feel good Pak Lah, jenama politik PAS tidak pun memukau orang Melayu. Ada yang mengatakan PKR perlukan PAS untuk undi Melayu. Saya tidak bersetuju. Jika benar jenama PAS penting meraih undi Melayu kenapa selama ini PAS tidak pernah berjaya menyaingi UMNO? Hanya PRU 99 Melayu bersama pembangkang, itupun kerana desakan-desakan politik serta isu bersifat nasional dan kes fitnah terhadap DSAI serta keluarga. Ianya tidak ada kena mengena dengan politik PAS.

Saya harap benar kawan kawan saya dalam PAS tidak tersinggung dengan kritikan saya.

Namun saya melihat PAS sudah jauh ke kanan. Sudah sukar bezakan PAS dan UMNO.

 Selain itu menyelinapnya agenda ISIS-isme dalam AJK PAS Pusat amat membimbangkan saya.

 Saya tertanya tanya bagaimana teman-teman PAS boleh membenarkan sosok seperti Mahfuz, Mat Sabu, Salahudin Ayob, Husam, Mujahid, Khalid Samad, Dr Dzul dan ramai lagi diketepikan demi sosok yang membawa retorika ala ISIS-isme.
Read More

Thursday, 30 April 2015

PAS dan UMNO kini lalui situasi getir? PRESIDEN kedua-dua parti sedang hadapi krisis kepercayaan?

Khamis, 30 April 2015

PAS dan Umno kini lalui situasi getir dimana Presiden sedang hadapi krisis kepercayaan

Konsep ‘taat pemimpin’ bakal selamatkan Hadi, kata penganalisis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4eLtEl96YXBUzguKeODQUm8FvBDBZKWEZ9wkJy8gnSN1OK7k7ibFmQ3zsL3-sesleoFIEJ4HAAiWsLRtB-kxNYhAEdn6K9Ampifuvsx5Oc179aTT4JJMKwaU1KWb5theK-n7A1NiVGJc/s1600/Hadi_Awang_Najib_Razak.jpg

Dua parti politik utama Melayu di negara ini, PAS dan Umno kini menghadapi situasi getir apabila pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu berdepan ‘dugaan’ besar.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang bertubi-tubi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditekan dari dalam dan luar susulan beberapa isu membabitkan keputusannya yang tidak disenangi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dr Mahathir yang tidak putus-putus mengkritik pentadbiran Najib pernah dengan lantang berkata, Umno yang pernah diterajuinya selama 22 tahun itu kini dilihat lebih mengutamakan duit untuk "kesetiaan" berbanding semangat tinggi dalam perjuangan.

Berbeza dengan PAS, konsep ‘walak’ atau taat setia kepada pemimpin, menurut penganalisis, dijangka mampu menyelamatkan Hadi, meskipun bibit penolakan mula timbul.
Read More

Saturday, 14 February 2015

Suara Nik Aziz begitu kuat! Telah membantutkan penyatuan PAS dan Umno..."Jasa Umno pulak tangkap tok guru pondok masuk ISA!"

Ahad, 15 Februari 2015

Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan

Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.

Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.

Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.

Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai “media milik negara” apabila memberikan liputan meluas kematian seorang tokoh politik penting walaupun bukan daripada parti pemerintah.
Pemimpin parti lawan yang sebelum ini pernah mencaci dan memaki Nik Aziz juga berubah nadanya.

Pada ketika rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan takziah, membacakan Al-Fatihah dan bersedih dengan permergiaan Mursyidul Am PAS itu, sesetengah pihak bergembira kerana projek yang tertangguh sekian lama dapat dijalankan semula kerana Nik Aziz sudah meninggal dunia.

Projek yang tertangguh sekian lama itu adalah projek kerajaan Perpaduan di antara Umno dan PAS kerana sebelum ini Nik Aziz merupakan batu penghalangnya.

Dalam wawancara bersama Astro Awani, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengatakan besar kemungkinan parti Islam itu akan menimbang semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) jika dilihat daripada kemelut dalaman sedia ada.

“Kebarangkalian itu berlaku sebab saya lihat di peringkat bawah di kalangan ahli-ahli PAS dan perbincangan di kalangan masyarakat umum juga banyak menyebut tentang keperluan PAS melihat semula masa depannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kerana banyak sangat isu-isu yang dibangkitkan, khasnya DAP yang bersalahan atau bercanggah dengan asas perjuangan PAS, khasnya untuk mendaulatkan Islam,” kata Nasharuddin seperti dilaporkan Astro Awani Online.

Semasa hayatnya, Nik Aziz dianggap ulama yang memayungi kumpulan dalam PAS yang mahu terus kekal dengan PR.

Suara Nik Aziz begitu kuat dan berpengaruh sehingga usaha menyatukan PAS dan Umno terbantut beberapa kali.

Dalam satu wawancara bersama media beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang kerajaan perpaduan bersama Umno, Nik Aziz berkata:

“Berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.

“Sejak dari dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967), ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA,” kata Nik Aziz merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan semalam, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas kematian penyandangnya, Nik Aziz.

"Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus, termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, Kota Baru semalam.

Jika BN benar-benar tidak meletakkan calon untuk melawan calon PAS di kerusi DUN Chempaka, ini bermakna tidak lama lagi, projek kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan.

Apatah lagi jika BN pada masa sama bermati-matian melawan calon PR di kerusi Permatang Pauh yang akan dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lagi kerana hilang kelayakan selepas dihukum penjara 5 tahun.

Jika kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno berjaya dilaksanakan, berakhirlah legasi Nik Aziz yang dikenali sebelum ini sebagai penyatu PR selain daripada Anwar.

Maka puaslah hati sesetengah pihak yang sudah lama menanti waktu ini tiba. – 15 Februari, 2015.

COPY PASTE DARI TMI
BLM.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena