Showing posts with label PRK Tk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Tk Intan. Show all posts

Friday, 6 June 2014

Lagi PRK Tk Intan - KITA LIHAT SIAPA YANG KENA? Pengundi tuntut duit dan beras...

Sabtu, 7 jun 2014

ITU DIA.. KITA LIHAT SIAPA YANG KENA ?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sila ambil perhatian.. buat2 ambil perhatian pun jadi laa.. tindakan confirm xder punya..

Tahniah kepada pengundi BN Teluk Intan.. universiti, hiway dan internet laju gila khirbury dah dapat ke? kih kih kih kih



Senang ditipu...



Read More

Thursday, 5 June 2014

DAP Desak SPR: Terlebih Undi sebanyak 377 undi di PRK Tk Intan...Kenapa Tak Sama?

Jumaat, 6 Jun 2014
Photo

Kenapa jumlah undi tak sama?

Photo: PRK P76 Teluk Intan - Keputusan Terkini, DAP mungkin akan memohon kiraan semula

DAP desak SPR perjelas percanggahan jumlah keluar mengundi dan keputusan rasmi PRK Teluk Intan

 KUALA LUMPUR, 6 JUN: DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan percanggahan antara jumlah keluar mengundi yang dimumkan SPR dan keputusan rasmi pengundian PRK Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.
 Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming berkata, jumlah pengundi jeluar mengundi yang diumumkan SPR adalah sebanyak 40,242 termasuk pengundi awal, tetapi keputusan rasmi kiraan undi ialah 40,619 dalam PRK itu.
“Angka ini melibatkan perbezaan 377 undi antara apa yang diumumkan SPR (40,242) pada awalnya dan keputusan akhir (40,619), ia juga lebih daripada majoriti kemenangan calon BN, 238 undi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Kian Ming, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun menulis surat kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk menjelaskan perkara itu.
“Kami sedang menunggu jawapan sebelum mengadakan perbincangan lanjut dengan peguam parti. Peguam kami telah menasihatkan supaya tidak mengulas lanjut sehingga mendapat jawapan rasmi daripada SPR,” ujarnya.
Berkenaan pengiraan semula, beliau menjelaskan bahawa perkara itu hanya boleh dibuat di tempat mengundi jika perbezaan bilangan undi untuk kedua-dua calon adalah kurang daripada 4 peratus.
“Memandangkan ejen pengiraan kami di setiap tempat mengundi adalah individu berpengalaman, arahan tidak diberikan kepada mereka untuk meminta pengiraan semula jika perbezaan adalah kurang dari 4 peratus.
“Kami yakin dan percaya bahawa setiap ejen telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memastikan ketelusan dan ketepatan undian di setiap pusat pengundian masing-masing,” ujarnya.
Menurut Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang, berdasarkan Perkara 25, Seksyen 13, pengiraan semula undi di 7 tempat mengundi yang mencatatkan beza undi 4 peratus atau kurang tidak akan membawa perbezaan pada keputusan kerana ia tidak melibatkan undi rosak atau ditolak.
“Ini bermakna, peluang untuk mengubah keputusan akhir adalah sangat tipis dan mungkin tidak cukup untuk mengubah majoriti sebanyak 238. Pengiraan semula juga berisiko dan boleh menyebabkan lebih banyak undi diperoleh calon BN,” katanya. -Roketkini.com
Read More

Saturday, 31 May 2014

Sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali...

Sabtu, 31 Mei 2014

TERKINI:"KIT SIANG BODOH" CETUS SEDIKIT KEKECOHAN.#PRKTelukIntan.

Satu kekecohan telah berlaku sebentar tadi disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

Salah satu kejadian itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan satu lagi di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal oleh pihak Polis.

Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira beberapa minit saja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan “Abang polis baik”, “DAP komunis”, dan “Lim Kit Siang bodoh” berulang kali.
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/05/terkinikit-siang-bodoh-cetus-sedikit.html#sthash.Fvv66SRq.dpuf
Read More

BN Menang Tipis Majoriti 238...RAKYAT KENA 'GAME' DGN SPR LAA...

Sabtu, 31 Mei 2014

JOM TENGOK JUMLAH UNDI DAN PENGUNDI YANG PELIK DI TELUK INTAN



Photo: SPR Harus Jawab...Bagaimana Magic boleh berlaku?

59,927 Total Pengundi
410 Pengundi Awal
59,517 Pengundi Hadir

392 Pengundi Awal Mengundi
39,850 Pengundi Hadir Mengundi
40,242 Jumlah Kertas Undi Diterima

19,919 DAP
20,157 BN
550 Rosak
40,626 Jumlah Pengundi (Awal & Biasa) Keluar Mengundi

PERSOALAN TIMBUL???

>>> Bagaimana sejumlah 40,626 undi dikira secara keseluruhan (DAP+BN+Rosak+Awal) sedangkan jumlah Pengundi Awal + Pengundi Hadir yang diisytiharkan adalah 40,242?

>>> Maka, macammana boleh TERRR......LEBIH UNDI sebanyak 384 Undi/Pengundi? 

NOTA : BN menang dengan majoriti 238 undi..!

SPR Harus Jawab...Bagaimana Magic boleh berlaku?

59,927 Total Pengundi
410 Pengundi Awal
59,517 Pengundi Hadir

392 Pengundi Awal Mengundi
39,850 Pengundi Hadir Mengundi
40,242 Jumlah Kertas Undi Diterima

19,919 DAP
20,157 BN
550 Rosak
40,626 Jumlah Pengundi (Awal & Biasa) Keluar Mengundi

PERSOALAN TIMBUL???

>>> Bagaimana sejumlah 40,626 undi dikira secara keseluruhan (DAP+BN+Rosak+Awal) sedangkan jumlah Pengundi Awal + Pengundi Hadir yang diisytiharkan adalah 40,242?

>>> Maka, macammana boleh TERRR......LEBIH UNDI sebanyak 384 Undi/Pengundi?

NOTA : BN menang dengan majoriti 238 undi..!

Photo: PRK P76 Teluk Intan - Keputusan Terkini, DAP mungkin akan memohon kiraan semula
PRK P76 Teluk Intan - Keputusan Terkini, DAP mungkin akan memohon kiraan semula

Rasmi: BN Menang Tipis Majoriti 238

 
Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi.

Ini lebih rendah daripada sasaran DAP sebanyak 70 peratus, yang diharapkan parti itu akan memberi kemenangan kepada calon muka barunya, Dyana Sofya Mohd Daud yang berdepan dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Pada 2013, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan ialah 80.4 peratus.

DAP menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka memulakan proses penjumlahan rasmi pada jam 6.30 petang di Dewan SM Abdul Rahman Talib.

8.20pm: Pusat operasi GERAKAN - Mah Siew Keong berucap secara ringkas kepada penyokong di hadapan pintu masuk bangunan ibu pejabat Gerakan.

Mereka menunggu beliau sejak beliau tiba pada jam 7.55 malam tadi dan terus bermesyuarat secara ringkas dengan petugas parti di dalam bangunan tersebut.

Beliau berharap agar penyokongnya bersabar jika pengiraan semula dilakukan.

"Sebab keputusan tidak rasmi sudah keluar tapi pihak lawan sudah cabar keputusan itu," katanya.

"Jika SPR akan membuat kiraan semula dalam beberapa jam lagi dan kita sabar, tak macam satu parti, dia tak sabar dia tulis di Internet semua dia menang.

"Kita hormati undang-undang, kita sabar sikit," kata Mah lagi yang disambut tepukan oleh para penyokongnya.
Posted by 

SEKALI LAGI RAKYAT KENA 'GAME' DGN SPR LAA..!!!

Read More

[Video] PRK Tk Intan: KERETA YANG DINAIKI DYANA DISERANG PENYOKONG BN

Sabtu, 31 Mei 2014


PRK TELUK INTAN - KERETA YANG DINAIKI DYANA DISERANG PENYOKONG BN



3.45pm: SK Kg Bahagia - Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali.

3.40pm Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.

2.57pm: Kg Bahagia – MP Batu Kawan, Kasthuri Patto mendakwa kereta yang dinaiki Dyana menjadi sasaran serangan oleh para penyokong BN yang menggunakan bendera parti untuk mengetuk kenderaan tersebut.

"Kereta calon dipukul dengan bendera BN di Kampung Bahagia. Jerita 'barua DAP' dan 'pengkhianat' kedengara,” tulisnya di Twitter.

Parti DAP melalui akaun rasmi Twitter turut melaporkan insiden sama, dengan menyertakan gambar penyokong BN cuba menyentuh satu kenderaan menggunakan bendera BN yang dipasang pada galah panjang.

Pusat pengundian Kampung Bahagia, yang menjadi tumpuan para penyokong hari ini, mempunyai tujuh saluran dengan lebih 3,000 pengundi.

Ia merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu (90 peratus). Selebihnya, 5 peratus pengundi Cina dan 4 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di kesemua tujuh saluran, namun dengna majoriti yang kecil.

Secara keseluruhannya, ia meraih lebih 1,900 undi daripada tujuh saluran berbanding 1,100 undi yang diraih DAP.
BLM.
Read More

Tuesday, 27 May 2014

Tk Intan: Serakah UMNO menjadi-jadi...Tapi nafsunya lemah untuk melayan orang muda...

Selasa, 27 Mei 2014
23 hrs 
MOHON #SHARE - SEBARKAN JANJI CAPATI BN!!!

Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.


Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.


Like✔---> www.facebook.com/suararakyatpage

Yesterday 
EDISI KANTOI CALON BN !!! Janji nak bina Sekolah tahun 2012 TAPI BN tak tunai.. HARI NI PLOK BERJANJI LAGI NAK BINA UNIVERSITI !!! BN JANJI DICAPATI...

MOHON #SHARE - SEBARKAN KEGAGALAN BN!!!

Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.


Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.


Like✔---> www.facebook.com/suararakyatpage


Photo: EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI !!!.. Rupa2nya Projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yg diumumkan oleh Muhyiddin baru2 ini TELAH PUN DISEBUT LEBIH 10 TAHUN YG LALU & diluluskan pula pd tahun 2007 yg hanya bernilai RM3 bilion shj. Slps diluluskan terus senyap...

Nampak tak mainan 'wayang' BN utk mengaburi & KELENTONG rakyat... Rakyat yg buta IT & hanya bergantung maklumat pada media massa UMNO jgn harap dapat maklumat KANTOI sebegini..

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA!!! terutama pengundi2 PRK TELUK INTAN
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI !!!.. Rupa2nya Projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yg diumumkan oleh Muhyiddin baru2 ini TELAH PUN DISEBUT LEBIH 10 TAHUN YG LALU & diluluskan pula pd tahun 2007 yg hanya bernilai RM3 bilion shj. Slps diluluskan terus senyap...

Nampak tak mainan 'wayang' BN utk mengaburi & KELENTONG rakyat... Rakyat yg buta IT & hanya bergantung maklumat pada media massa UMNO jgn harap dapat maklumat KANTOI sebegini...

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA!!! terutama pengundi2 PRK TELUK INTAN
1 hr 
BILA MACAI di'PANDA'kan INILAH HASILNYA...

Kalau benar PANDA menguntungkan negara, kenapa tak suruh NAJIB BELI & TERNAK PANDA DI MALAYSIA... Tak guna sewa merugikan...

Syorkan kpd Unit Perancang Ekonomi (EPU) agar Projek Penternakan Panda boleh melangsaikan hutang negara & menaikkan taraf hidup rakyat... tak gitu
Okbai..

5 hrs 
ONLY IN MALAYSIA.. Kehidupan binatang lebih terjamin dari rakyat M'sia yg lebih memerlukan perhatian... Terbaek KERAjaan UMNO/BN.|

TANPA 'TANGAN2 BODOH' PENGUNDI BN Tiadalah Pemerintah spt ini...

5 hrs 
TERBAEK  & terima kasih kerajaan PR Selangor !!!

Inilah yg rakyat mahukan...

5 hrs 
Sama2 renungkan...

Agak2 la siapa yg selalu amalkan kesemua ini..



Photo: Inilah wajah2 sebenar puok2 rasis kuncu2 BANI UMNO !!!

"DAH LUDAH JILAT BALIK"
Inilah wajah2 sebenar puok2 rasis kuncu2 BANI UMNO !!!

"DAH LUDAH JILAT BALIK"

Read More

Saturday, 24 May 2014

Mangsa Kempen!: Gambar Bikini Dyana disebarkan ke Masjid dan Kg Melayu...

Ahad, 25 Mei 2014

PANAS - Gambar Bikini Dyana Disebarkan Di Masjid Dan Kampung Melayu


Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. 


Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.

“PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.

"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.

Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.

Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.

"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.

Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.

Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat - TMI
Read More

Dyana Sofya: Kesombongan BN - Guru bersalam dengan Dyana bakal dikenakan tindakan...Pelajar Tinju Guru?

Sabtu, 24 Mei 2014

Dyana @ Pasar Malam Menara Condong

Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan gambar beliau bersama calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya ...

Pelajar Tinju Guru!



Guru kena pukul kat muka ngan pelajar tingkatan 2 gara-gara menegurnya yang tak ke surau(laporan lain mengatakan pelajar bising dalam surau...)


Gambar2 Guru Ditumbuk Pelajar Tingkatan 2 Tersebar Di Alam Maya.

Kepala hotak Nurul Asyikin on Friday, May 23, 2014
Dari apa yang dihebahkan menerusi laman sosial dan wassap ;

1. Seorang guru lelaki telah menegur tingkah laku seorang pelajar berusia 14 tahun, tingkatan 2 agar tidak berbuat bising di dalam surau sekolah. Namun ada juga versi cerita yang tersebar bahawa guru tersebut telah ditumbuk kerana memarahi pelajar tersebut yang tidak masuk ke surau. Yang mana satu betul tah. 

2. Namun teguran itu tidak dapat diterima dengan baik oleh pelajar tersebut.

3. Entah macam mana dia bertindak memukul gurunya sehingga berdarah.

4. Gurunya ketika ditumbuk kat muka tidak menyedari yang pelajar tersebut ada niat nak menyerangnya.

5. Itu yang tak pasal2 berdarah.

6. Kalau tak dapat juga dielakkan.

7. Nama sekolah tak pula dihebahkan sekali. 

Lihat gambar2 jap ;



Sejujurnya.

Aku taknak bela sapa2 sehingga mendapatkan penjelasan dari pihak2 yang terlibat. Gambar pelajar yang tersebar neh sebenarnya tak cover muka dia pun. Tapi kan dia neh bawah 18 tahun. Juvana. So tak boleh la aku suka2 dedahkan wajah dia. Sebab tak terbukti dia salah pun. Hanya dengar cerita dari sebelah pihak je. Itupun tatau betul ke tak betul.

Cuma bila aku perhatikan baju sekolah budak tue. Aku dapati baju dia dan tangan dia ada kesan darah. Banyak juga kesan darah tue. Dia tumbuk cikgu dia macam mana agaknya ek sampai boleh berdarah2 cikgu dia?

Huhu..

Kalau betul la pelajar tersebut seorang pelajar yang samseng memang la tak patut.

Apa2 pun kita tunggu dan dengar la penjelasan dari kesemua pihak yang terlibat. Jika mana2 pihak didapati melanggar apa2 peraturan sekolah sekalipun, moga jalankan siasatan dengan telus dan hukumla seadilnya.
Kbai.
Photo: Kepincangan KPM ▪ Anda kenal murid ini? Beliau adalah murid Tingkatan 2 hasil daripada kepincangan sistem pendidikan KPM, PBS.

Murid ini berdendam dan telah menumbuk seorang cikgu gara-gara ditegur ketika membuat bising di surau.

KPM masih mahu mempertahankan KEMENJADIAN MURID???

BUANG MASA!!!
MANSUH TETAP #MANSUHPBS!!!

Kepincangan KPM  Anda kenal murid ini? Beliau adalah murid Tingkatan 2 hasil daripada kepincangan sistem pendidikan KPM, PBS.

Murid ini berdendam dan telah menumbuk seorang cikgu gara-gara ditegur ketika membuat bising di surau.

KPM masih mahu mempertahankan KEMENJADIAN MURID???

BUANG MASA!!!

MANSUH TETAP #MANSUHPBS!!!

Guru-Guru Yang Bersalam Dengan Dyana Sofya Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib



Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini.

Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka di sebaliknya.

Ini berikutan kehadirannya yang sekaligus mendatangkan resah dan gelisah kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini telah membuatkan ada ketua jabatan yang hilang pertimbangan dan tidak rasional dalam menjalankan tugas mereka.

Berikutan hari penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Intan pada 19 Mei lalu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak dan ramai guru-guru yang sedang bertugas ketika itu, maka ramailah di kalangan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat calon DAP itu dari dekat serta bersalam dengannya.

Terlanjur nama Dyana sudah menjadi fenomena dan wajah serta penampilannya pula menarik, sama seperti penduduk Teluk Intan yang lain, bahkan di kalangan ahli Puteri UMNO sekali pun, sebenarnya bukanlah luar biasa jika ada keinginan untuk menatap wajahnya dari dekat, bergambar atau bersalam dengannya.

Namun demikian, tanpa disedari guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana itu rupa-rupanya sentiasa diperhatikan dan dicatat namanya. Dengan hasrat untuk memgampu, membodek serta ingin menyumbang kepada kemenangan calon BN, Mah Siew Keong kononnya 100 peratus atau pun majoriti guru-guru di Teluk Intan mengundi BN, guru-guru terbabit kini dalam proses di panggil mengadap ketua jabatan untuk dikenakan tindakan.

Kesalahannya hanya kerana didapati bersalam dengan Dyana dan dicop ssbagai pro pembangkang.

Mungkin mereka akan dipanggil untuk mengetahui sama ada undi mereka diberikan kepada BN atau DAP atau barangkali juga akan disusuli dengan tindakan pertukaran sekolah jika didapati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap pembangkang.

Sekurang-kurangnya hampir 10 guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana ketika hari penamaan calon 19 Mei lalu akan dipanggil mengadap ketua jabatan dalam masa terdekat ini. Guru-guru yang dipercayai ada kecondongan terhadap PR sama ada melalui perbualan seharian dan sebagainya juga turut akan dipanggil sama.

Sehingga ini ramai guru-guru meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini dan mempersoalkan sejak bila bersalam dengan calon parti pembangkang merupakan suatu kesalahan? Mereka juga mempersoalkan, jika tidak mahu guru-guru berdepan kemungkinan bertemu dan bersalam dengan calon DAP, Dyana Sofya itu, seharusnya buatlah penamaan calon di tempat lain dan bukannya di dewan sekolah.

Tindakan ugutan yang dilakukan terhadap guru-guru ini tidak lebih menyerlahkan jiwa resah dan gelisah UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kecil Teluk Intan ini. Arus penolakan rakyat yang semakin kuat terhadap BN, ditambah dengan kehadiran calon muda yang ditonjolkan oleh DAP, membuatkan ada ketua jabatan yang menjadi pembodek BN atau memang ianya merupakan arahan daripada pihak atasan telah menjadi hilang pertimbangan serta tidak rasional.

Ugutan terhadap guru-guru yang hanya didapati bersalam dengan Dyana ini menambahkan lagi sejumlah salah laku dan kesombomgan BN serta para pemimpinnya dalam pilihanraya kecil ini. Di ketika undi adalah rahsia dan menjadi kebebasan mutlak setiap rakyat berdasarkan pertimbangan dan penilaian mereka sendiri, taktik jahat dan kotor nampaknya terus berleluasa.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek melontarkan ugutan kepada pengundi muda Teluk Intan dengan mengatakan akses internet yang lebih pantas akan didatangkan ke bandar Teluk Intan ini sekiranya pengundi muda memberikan sokongan dan memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong.

Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pembangunan hanya akan diberikan kepada penduduk Teluk Intan sekiranya BN memenangi pilihanraya kecil ini.

Jika ugutan mahu memberi akses internet dan mendatangkan pembangunan mungkin sudah agak biasa didengar sebelum ini tetapi ugutan hanya kerana bersalam dengan calon bukan daripada parti kerajaan, mungkin agak pelik dan hanya berlaku di negara ini saja.

Agaknya inilah lambang kejayaan kempen "Malaysia Boleh" dan seruan agar "berfikir di luar kotak" yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini? (SH)

BLM
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena