Showing posts with label Perlaksanaan hudud. Show all posts
Showing posts with label Perlaksanaan hudud. Show all posts

Tuesday, 31 March 2015

Apabila SINAR HARIAN buat tajuk mengelirukan? "PERLAKSANAAN HUDUD - BENTANG SEBELUM 9 APRIL"

Selasa, 31 Mac 2015

Apabila SINAR HARIAN buat tajuk mengelirukan kata PAS BENTANG HUDUD

TAJUK MUKA DEPAN SINAR HARIAN AMAT MENGELIRUKAN MASYARAKAT DAN BOLEH MENIMBULKAN KEGELISAHAN.

Muka Depan Sinar Harian hari ini 31/03/2015 menyiarkan tajuk "PERLAKSANAAN HUDUD - BENTANG SEBELUM 9 APRIL" manakala kenyataan kecil bertulis "Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelaskan beliau akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di Parlimen".

Tajuk dan kenyataan tersebut amatlah tidak tepat malah mengelirukan masyarakat. Untuk makluman semua, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.

Perlu difahami bahawa yang hendak dibawa dan dibahaskan di Parlimen bukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2015 Kelantan tetapi usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Sekarang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 hanya memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia untuk menghukum tidak lebih 3 tahun penjara, tidak lebih RM5,000 denda dan tidak lebih 6 kali sebatang.

Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS membawa usul untuk meminda peruntukkan tersebut dengan memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah bukan sahaja di Kelantan, malah di seluruh negara dengan hukuman mengikut syariat Islam.

Jika usul tersebut diterima dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dipinda seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, maka seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa menghukum yang sama mengikut syarak.

Dengan pindaan perluasan kuasa Mahkamah Syariah tersebut, Mahkamah Syariah seluruh Malaysia boleh mengamalkan undang-undang jenayah Islam secara menyeluruh tetapi tertakluk kepada peruntukkan enakmen-enakmen negeri-negeri masing-masing.

Dalam pada itu masih ada sekatan atau halangan lain yang perlu diselesaikan secara berhemah. Tajuk muka depan Sinar Harian tidak membantu mententeramkan hati masyarakat, malah boleh menimbulkan lebih banyak polemik dan persepsi negatif.

ZULHAZMI SHARIFF
31/03/2015
Batu Caves.


Posted by Kedah Lanie
Read More

Saturday, 3 May 2014

Di sini MCA & Gerakan menentang hudud, Di sana UMNO terima hudud...[Muslim wajib sokong hudud]

Sabtu, 3 Mei 2014
Puak UMNO spin menyalahkan pihak lain...




Guano cerita terbalik nih ? ... kebanyakkan pemimpin melayu UMNO senyap dikkk... pemimpin bukan Islam yg bersuara... Nah nilai la sendiri... walaupun sekutu sendiri lantang menghina ISLAM tapi kebanyakkan puak UMNO spin menyalahkan pihak lain...
 — dengan Dynn Chalice.

Photo: Zahid Hamidi  kata "UMNO TIDAK PERNAH TOLAK HUDUD'' namum HAKIKATNYA Hukum Hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin² UMNO, media² propaganda UMNO agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini dan dalam masyarakatnya yang majmuk.

Mahathir antara tokoh UMNO paling keras tolak PERUDANGAN ISLAM dijalankan dalam negara 1Malaysia. Kini penolakan itu diteruskan oleh Najib Tun Razak kerana katanya, undang-undang ini tidak berpaksi dengan realiti politik masyarakat majmuk di Malaysia...

SKRG ZAHID HAMIDI CUBA MEMUTAR BELIT KEADAAN...
Zahid Hamidi kata "UMNO TIDAK PERNAH TOLAK HUDUD'' namum HAKIKATNYA Hukum Hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin² UMNO, media² propaganda UMNO agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini dan dalam masyarakatnya yang majmuk.

Mahathir antara tokoh UMNO paling keras tolak PERUDANGAN ISLAM dijalankan dalam negara 1Malaysia. Kini penolakan itu diteruskan oleh Najib Tun Razak kerana katanya, undang-undang ini tidak berpaksi dengan realiti politik masyarakat majmuk di Malaysia...

SKRG ZAHID HAMIDI CUBA MEMUTAR BELIT KEADAAN...
Gambar: Ketua Majlis Ulama Pemuda Umno @ustazfathulbari merangkap CEO Ulama Muda UMNO (ILMU) boleh tolong bagi sikit pencerahan.... apakah pemimpin² MCA ini juga hanya menolak Hudud versi Pas seperti mana yang dikata oleh Ustaz sebelum ini...?



Hukum Hudud hukum dalam agama kami ... kenapa kamu dan puak kamu tidak menerima dan berasa tidak selesa?






Shawn Khoo saya cina, agama saya christian saya sokong hudud sebab saya respect agama islam. kenapa tak suka ka? MCA bodoh kuat penipu

WeiCent Tan Disini MCA menentang hukum Hudud, disana UMNO berpura-pura akan menerima hudud. hebat betul lakonan BN!


Gambar: Dulu MCA skrg GERAKAN... MCA dan Gerakan bergilir² menyerang perundangan Islam...tapi puak UMNO baik yang otak berkarat biru ... baik yang bergelar ustaz hanya berani menyalak menyalahkan pihak lain ....
Dulu MCA skrg GERAKAN... MCA dan Gerakan bergilir² menyerang perundangan Islam...tapi puak UMNO baik yang otak berkarat biru ... baik yang bergelar ustaz hanya berani menyalak menyalahkan pihak lain ....
MB KELANTAN MENGADAP SULTAN BRUNEI
 Sultan Hj Hassanal Bolkiah , Sultan yang mendaulatkan hukum Allah !

Gambar: Di Malaysia hukum hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin² negara itu sendiri , media² dalam negara itu sendiri dan sekutu mereka yang bukan Islam mahu Islam agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini dan dalam masyarakatnya yang majmuk.

Perundangan Islam termasuk hukum HUDUD amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat tapi kenapa pekara sebaliknya di sebarkan oleh sesetengah pemimpin negara?

Hudud diberi gambaran bahawa ianya suatu sistem undang² yang tidak adil? (memberi imej negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam dll)
Di Malaysia hukum hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin² negara itu sendiri , media² dalam negara itu sendiri dan sekutu mereka yang bukan Islam mahu Islam agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini dan dalam masyarakatnya yang majmuk.

Perundangan Islam termasuk hukum HUDUD amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat tapi kenapa pekara sebaliknya di sebarkan oleh sesetengah pemimpin negara?

Hudud diberi gambaran bahawa ianya suatu sistem undang² yang tidak adil? (memberi imej negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam dll)



Muslim tanpa mengira parti wajib sokong hudud – Ustaz Azhar


KOTA BHARU: Anda Muslim biar pun mendokong parti mana sekali pun adalah wajib menyokong pelaksanaan perundangan Islam yang merangkumi  hudud, kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata, umat Islam wajib menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud.

"Di akhirat kelak Allah SWT akan tanya sama ada kamu telah berusaha atau tidak melaksanakan syariat-Nya. Kita hanya akan bernasib baik kalau telah berusaha tetapi masih ada halangannya.

"Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk melaksanakan dengan membawa usul hudud ke parlimen. Ketika itu kita akan tahu siapa dalam kalangan orang Islam yang bersifat munafik," katanya pada program Haflah Ilmu anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Padang Perdana, malam 1 Mei.

Turut bertindak sebagai panelis pendakwah muda, Syed Nor Hisyam Tuan Padang, manakala Amin Idris dari TVHijrah bertindak sebagai moderator.

Program bermula solat Maghrib  diimamkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Murabi ITPG, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengarah IPTG, Dr Che Shamsuddin Mohd Noor.

Ruang padang begitu sendat dengan kehadiran orang ramai sejak petang lagi. Program Haflah Ilmu tersebut merupakan siri ketiga anjuran kerajaan negeri.

Pada 2 April lepas kerajaan negeri mengumumkan akan membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen bagi membolehkan ia dapat dilaksanakan di Kelantan.

Semalam kerajaan Brunei mulai melaksanakan perundangan syariah bagi fasa pertama.

Ustaz Azhar berkata, orang Islam jangan memencilkan diri daripada terbabit untuk menyokong perundangan syariah kerana ia adalah perintah Allah SWT bagi kesejahteraan umat  manusia.

"Kita sangat suka kerajaan Brunei sebuah pemerintah yang kaya mampu melaksanakan tuntutan agama biar pun berdepan kritikan di peringkat antarabangsa.

"Janganlah pula apabila ada halangan dan kritikan menjadikan kita takut untuk melaksanakan syariat Allah," ujarnya.

Dr Fadzli sebelum itu berkata, sejarah baru bakal tercipta lagi tahun hadapan apabila Kelantan diberi keizinan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang telah diluluskan sejak 1993.  - HARAKAHDAILY
Read More

Saturday, 16 November 2013

(Video) Agenda pemilihan pimpinan PAS: Mengapa media sibuk bermain dengan isu Hudud di Kelantan saja? Agus taji Anwar Musa!

Ahad, 17 November 2013
Hukum Hudud Tidak Akan Dilaksana Di Malaysia - Najib
Uploaded on Sep 24, 2011
24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
-Malaysiakini.Com
Perlaksanaan hudud perlu kelulusan pusat - Agus taji Anwar Musa ke ni?
Pandangan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan yg hangat diperkatakan dan dimainkan oleh media... baik media arus pedana mahupun media media sosial pro-UMNO-BN

Puok juok UMNO yg cuba mempermainkan isu perlaksanaan hudud di Kelantan yg berlagak pandai TETAPI sebanarnya mereka 'BUTA' undang2 negara.

Hudud ini untuk dilaksanakan bukan untuk dipolitikkan. Tetapi bolehkah hudud ini dilaksanakan di Kelantan tanpa kelulusan kerajaan pusat? 

Pun begitu, jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c). Hal ini pernah dibuat oleh kerajaan negeri selepas Undang-Undang Jenayah Hudud Kelantan diluluskan oleh DUN pada tahun 1993, namun ditolak poleh kerajaan pusat pada tahun 1994. 

Setelah ditolak oleh kerajaan pusat, maka habislah ikhtiar negeri untuk melaksanakan hukum ini di negerinya. Jika dilaksanakan juga, maka ini adalah bertentangan dngan Perkara 75 perlembagaan yang menyatakan: “Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.” 

Jadi, apa tindakan negeri jika mahu melaksanakan hudud? Negeri tidak perlu membawa hal ini ke pentas ceramah dan berterusan berjanji akan melaksanakan hukum ini. Itu omongan kosong. Yang boleh dilakukan ialah kerajaan negeri dan pusat berunding dan bertolak ansur untuk saling menyokong hukum ini di parlimen bagi dilaksanakan di Kelantan. Maka, ini memerlukan kekuatan politik kedua-dua peringkat kerajaan.

Jika kedua-dua peringkat kerjaaan tidak boleh bertolak ansur, carilah kaedah lain. Tapi janganlah berterussan mendesak hukum ini dilaksanakan jika tidak adanya kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri. 

Cukuplah politikkan isu hudud ini... 
-Prof. madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff 
Posted by GeloraHatiMuda at 9:00 AM


ISU HUDUD DI KELANTAN - MENGAPA US NIK AMAR ULAS BUKANNYA MB ATAU EXCO AGAMA?
ENTAH mengapa tiba-tiba media mula hangat menyebut tentang Hudud yang dikatakan Kelantan telah pun mendapat 'green light' dari Sultan untuk melaksanakannya.  Tok Peti Kelantan pun teruja tentang Hudud ini dan mahukan Kerajaan Negeri melaksanakannya.

Apakah cukup dengan restu Sultan atau gesaan dari Tok Peti sahaja?  Harus diingat, Kelantan adalah salah satu negeri di bawah Kerajaan Pusat maka mahu tidak mahu Kelantan tetap berada di bawah Perlembagaan Negara.  Apakah kita merasakan Perlembagaan boleh 'merendahkan' sedikit kuasanya dari Al-Quran ?  Apa pun, tahniah, berkat PAS memerintah Kelantan maka ada sedikit demi sedikit keyakinan terhadap Hudud meningkat terutamanya di pihak atasan dan Istana.  Inilah yang selalu disebut oleh YB Husam Musa di dalam Dun Kelantan, bahawa Kerajaan Negeri mesti bersedia mulai sekarang untuk melaksanakan Hudud terutamanya dari segi teknikal.

Baiklah, mengapa media sibuk bermain dengan isu Hudud di Kelantan saja?  Apakah negeri-negeri lain di bawah Umno tidak berminat langsung dengan hukum ini?  Media kawalan Umporno ini memang sengaja mahu panaskan isu Hudud ini bukan sahaja untuk memberikan kerisauan kepada kaum lain yang bukan berugama Islam terhadap agenda PAS, tetapi ada tujuan lain iaitu agenda di sebalik Muktamar PAS (pemilihan pimpinan PAS) yang akan diadakan bermula 24 Nov ini nanti.

Media haprak ini ada agenda mahu menentukan pimpinan PAS yang cenderung kepada penyatuan bersama Umno akan menang kali ini.  Ada rakan beritahu, bila isu Hudud dimainkan di Kelantan, yang banyak mengulas isu ini bukan MB Kelantan tetapi Us Nik Amar.  Us Nik Amar adalah Exco berkaitan pelaburan atau tanah.  Sewajarnya yang bercakap isu ini tentunya MB sendiri atau paling tidak pun Exco yang berkaitan iaitu YB Nasarudin Daud yang memegang hal ehwal Islam dan dakwah.  Bukan tidak boleh Us Nik Amar bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri atas jawatannya sebagai Timbalan MB, tetapi isu ini isu penting yang melibatkan dasar Kerajaan Negeri maka wajarlah MB atau Exco yang berkaitan ulas dahulu.

Justeru itu, ada yang berkata ini kempen terancang media untuk mempromosikan Us Nik Amar sebagai calon yang bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam muktamar akan datang.  Bagi aku, tidak perlu Hudud mahu dijadikan kempen mempromosikan calon di dalam PAS kerana semua ahli PAS tahu bahawa PAS sememangnya memperjuangkan Hudud sejak mula PAS ditubuhkan.  Hudud bukan perjuangan individu di dalam PAS.

Media cuba gambarkan bahawa Us Nik Amar menyokong Hudud manakala Mat Sabu bukan penyokong Hudud.  Ini lah sebenarnya agenda media.  Hakikatnya semenjak PAS wujud dan Mat Sabu berada di dalam PAS, dasar PAS terhadap Hudud tidak pernah disanggah oleh Mat Sabu.  Oleh itu, jangan terperangkap dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS dengan isu ini.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 4:05 PG
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena