Showing posts with label Porsche Panamera. Show all posts
Showing posts with label Porsche Panamera. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

[Video Porsche Panamera Annuar] ‘Angin Tidak Baik' Ringgit terus jatuh, rakyat makin gelisah & Kos harian rakyat meningkat! JANGAN LUPA..."BN BERI NIKMAT"?

Khamis, 5 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
BN= BANGKRAP NEGARA?
Foto Otai BERSIH.

Foto Suara Rakyat.




TERBARU.. Subsidi minyak masak pula TELAH DIHAPUSKAN !!

KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami juga mahu 'SUBSIDI' gaji & elaun pemimpin AMENO dikurangkan dan elaun 'boros' ROSMAH juga dihapuskan !!!..

p/s: Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DrMAZA.com !!!.. MENGAPA 'mereka' takut lantang bersuara ???.. 'Mereka' takut Allah SWT atau boss mereka yg byr gajinya !!!

JANGAN LUPA.. "BN BERI NIKMAT"

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10154699537747990

Ringgit terus jatuh, rakyat makin gelisah

Kos harian rakyat meningkat akibat nilai ringgit susut mewujudkan ‘angin’ tidak baik di kalangan penduduk di Malaysia
Kos harian rakyat meningkat akibat nilai ringgit susut mewujudkan ‘angin’ tidak baik di kalangan penduduk di Malaysia

“Saya tidak boleh janji abang boleh beli kereta ini tahun depan dengan harga sama seperti ditawarkan sekarang. Syarikat terpaksa naikkan harga kereta nanti sebab ringgit jatuh,” demikian kata-kata jurujual kereta kepada penulis baru-baru ini.
Ungkapan itu membuatkan penulis menggaru kepala yang tidak gatal sambil mencongak simpanan dan jumlah gaji sambil bertanya, sama ada cukup modal untuk mendapatkan kereta baharu tahun hadapan.
Itu adalah kisah penulis pada penghujung tahun 2016 yang dibelenggu dengan penguncupan saiz poket dan kesukaran untuk berbelanja.
Ketika bimbangkan nilai ringgit yang berterusan jatuh yang mana pasti meningkatkan harga keperluan asas, penulis sekali lagi resah dengan kenaikan harga petrol.
Kebelakangan ini, harga minyak mentah dunia menunjukkan pemulihan lantaran konsensus antara negara pengeluar minyak untuk mengurangkan pengeluaran.
Amnya, ia adalah berita baik buat warga dunia, khususnya kerajaan Malaysia yang kekurangan pendapatan akibat penyusutan harga minyak mentah dunia sebelum ini.
Namun, daripada aspek lain, pengguna biasa seperti penulis akan terjejas kerana harga minyak pada kadar yang murah tidak lagi boleh didapati.
Maka, kos pengangkutan pengguna biasa seperti penulis akan bertambah bagi menuju ke destinasi tertentu.
Mod pengangkutan awam pula masih lagi belum meluas di negara ini, menyebabkan penulis bersama majoriti rakyat Malaysia kekal menggunakan kenderaan bermotor untuk bergerak.
Itu belum lagi termasuk kos penyelenggaran kenderaan bermotor yang mana harga alat ganti sudah tentu akan naik berikutan penyusutan nilai ringgit dan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Perkara sekecil ini amat sensitif kepada rantaian ekonomi domestik kerana lazimnya pengguna akan sentiasa mencari kaedah untuk memindahkan bebas kos kenaikan kepada pengguna lain.
Sebagai contoh, ada rakan penulis yang bekerja sebagai perunding perkahwinan sudah membuat kira-kira untuk menaikkan caj perkhidmatannya kerana mahu menyerap kos kenaikan akibat nilai ringgit susut.
Secara tidak langsung, kos kenduri perkahwinan akan naik dan tentunya membebankan bakal pengantin yang mahu membina hidup baharu bersama pasangan masing-masing.
Harga minyak yang bakal naik kelak dan kemerosotan teruk nilai ringgit mutakhir ini harus ditangani dengan tuntas dan berkesan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa.
Pendek kata, purata pendapatan penduduk Malaysia terutamanya golongan pertengahan di negara ini harus ditingkatkan bagi membolehkan enjin ekonomi terus dijana dengan berkesan, di samping golongan miskin terus dibela.
Pemberian wang tunai secara one off (Bantuan Rakyat 1Malaysia) perlu difikirkan semula kerana ia tidak lestari dan tidak menjana sumber kekayaan baharu mampan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanapun, penulis bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan China bagi mewujudkan jaringan pengangkutan antara Pantai Barat dengan Pantai Timur dengan membina keretapi laju.
Begitu juga pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Pembinaan infrastruktur pengangkutan sebegini mewujudkan kekayaan baharu dalam kalangan rakyat Malaysia selain merapatkan jurang pendapatan.
Namun, kesannya bukan boleh dirasai ketika sehinggalah projek itu siap sepenuhnya. Justeru, dalam keadaan sekarang, rakyat Malaysia sememangnya berada dalam ‘mood’ tidak baik.
Tiada ‘good feeling’ dalam kalangan rakyat Malaysia, melainkan ada perubahan pucuk pimpinan dan nilai ringgit dipulihkan.
Yang pasti, apabila Parlimen dan Dewan Negeri dibubarkan untuk pilihan raya umum nanti, tentu parti pemerintah 101% akan bergelut mengurus persepsi pengundi yang tiada ‘good feeling’.

The Malaysian Mirror


Read More

Wednesday, 4 January 2017

[Video] 'HARAM JADAH'! Duit FELDA LESAP! Minyak NAIK! Siapa punya Porsche Panamera nombor pendaftaran TAM111? KENAPA MEREKA INI BUTA & MEMBISU!

Khamis, 5 Januari 2017



Foto Suara Rakyat.

TU DIA !!!.. Agak2 berapa 'GAJI SELEPUK' Annuar Musa yg MAMPU miliki kereta mewah Porsche Panamera itu ??!!

PERNAH TAK..
SPRM siasat !!!
LHDN siasat !!!

Tak mustahil kata TMJ terhadap Annuar Musa .. "Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti"

**Porsche Panamera dengan nombor pendaftaran TAM111.
Foto Suara Rakyat.
Foto Randy Goh.

Bila tiba Tahun Baru, Najib suruh rakyat bayar KENAIKAN HARGA MINYAK !!

RUPA2NYA dlm diam-diam...
Najib cuti ke luar negara..
Joli satu famili naik jet mewah rasmi kerajaan...

BILA DAH KANTOI...
Tup-tup portal FlightAware diarah disekat aksesnya bg tatapan umum utk mengesan segala data2 penerbangan jet mewah yg dinaiki Najib anak-beranak berjoli terbang ke luar negara..

NAMPAK TAK !!

Foto Suara Rakyat.

Jika libatkan pembangkang bukan main lantang kritik 24/7 disiar di media2 massa .

Jika libatkan rasuah, pecah amanah, salahguna kuasa di kalangan pemimpin2 Umno KENAPA MEREKA INI BUTA MEMBISU ?

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu cecah hampir 23,000 orang

Beberapa kenderaan terpaksa mengharungi air banjir di Jalan Pekan Rantau Panjang-Pasir Mas hari ini.
-Foto Bernama.
Beberapa kenderaan terpaksa mengharungi air banjir di Jalan Pekan Rantau Panjang-Pasir Mas hari ini.
-Foto Bernama.
Keadaan banjir di negeri-negeri pantai Timur iaitu di Terengganu dan Kelantan semakin bertambah buruk dengan hampir 23,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan setakat tengah hari ini.
Banjir yang disebabkan hujan lebat semalaman juga melanda 10 kampung di utara Sabah dengan 135 orang daripada 27 keluarga dipindahkan ke tempat selamat di Kampung Rukom Ulu dekat Pitas.
Sejumlah 12,910 penduduk daripada 3,550 keluarga terjejas akibat banjir di Terengganu dengan 139 pusat pemindahan kini beroperasi.
Di Kelantan, keadaan banjir turut menjejaskan 10,041 orang daripada 3,334 keluarga dengan 74 pusat pemindahan dibuka.
Terengganu dan Kelantan masing-masing mempunyai 10,734 dan 8,640 mangsa banjir pagi ini.
Keadaan banjir yang semakin buruk memaksa 63 sekolah ditutup di Terengganu hari ini, yang melibatkan 16,938 murid dan 1,949 guru.
"Pada mulanya pihak kami berhasrat untuk menutup 24 sekolah namun hujan lebat semalaman menyebabkan jalan masuk ke 39 sekolah yang lain telah terhalang atau dilanda banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.
Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berkata penutupan 48 sekolah di negeri itu melibatkan 15,084 murid.
Orang ramai terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk sampai ke tempat kerja, dengan satu kes menyaksikan 50 kakitangan Hospital Hulu Terengganu meredah air banjir dengan menaiki jentolak.
Di Sabah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata 10 kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Bilangau Besar, Kampung Rukom Ulu, Kampung Sinasak Batu, Kampung Sibaung, Kampung Kusilad dan Kampung Pandan Mendamai.
Kampung yang lain adalah Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan, Kampung Indah dan Kampung Dandun.




Mari kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan dalam menghadapi ujian banjir yg melanda kelantan & terengganu. 
Jgn jadi mcm lebai deris pas yg terlalu cepat mendakwa tuhan membayar cash kpd dap p pinang bila negeri tu dilanda banjir tahun lepas. Skrg negeri pas dilanda banjir nak sebut apa pulak? Special offer, beli satu dapat free satu kot! 
Bila kena kat orang dia kata balasan tuhan. Bila kena diri sendiri dikata ujian. Suka hati awaklah deris!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena