Showing posts with label Puting Beliung. Show all posts
Showing posts with label Puting Beliung. Show all posts

Monday, 3 November 2014

[Video] Gerun! - Puting Beliung Aloq Setaq...Cik Maneh, Cik Maneh mai tengok puting beliung! Dia mai dah..

Isnin, 3 November 2014
Kejadian Puting Beliung di Alor Setar, Kejadian Puting Beliung Di Pendang, Kedah, ,Tornado In Malaysia, Puting Beliung Melanda Pendang, Kedah. Puting Beliung Di Malaysia, Tornado In Kedah,
Published on Nov 1, 2014
Kalau dengag bunyi ribut puting beliung ni bila dah dekat memang sangat2 menggerunkan sekali. Dalam video ni, mula2 depa dok sibok panggil Cik Maneh suruh cepat2 mai tengok puting beliung tu. Yang peliknya bila anak perempuan dia kata takut "please la Mak", dengag suara (mungkin Mak dia kot) lagi marah kata "nak takut sebab apa?."..tapi tak lama lepas tu bila puting beliung tu sampai dekat dan menghala ke rumah depa, baru la depa kelam kabut naik panik baru la nak masuk rumah tutup pintu dan suruh bang (laung azan) Allahuakbar Allahuakbar.

Janganlah kita berani sangat dengan malapetaka semulajadi seperti ini dan kekuasan Allah. Elok kalau di masa2 akan datang kalau mengalami fenomena seperti ini, bacalah doa dan ayat2 suci atau laungan azan daripada awal.

Cuba bayangkan kalau and berada di dalam keadan seperti ini, apakah yang akan anda lakukan???

Kejadian ini berlaku kepada penghuni2 wanita di sebuah rumah di tepi sawah di Taman Ingan, Alor Setar, Kedah.

Pautan: Fenomena puting beliung belalai air waterspout twister tornado hurricane twister typhoon ribut taufan angin pusar

Kejadian Puting Beliung di Alor Setar, Kejadian Puting Beliung Di Pendang, Kedah, ,Tornado In Malaysia, Puting Beliung Melanda Pendang, Kedah. Puting Beliung Di Malaysia, Tornado In Kedah,
Kejadian Puting Beliung di Alor Setar, Kejadian Puting Beliung Di Pendang, Kedah, ,Tornado In Malaysia, Puting Beliung Melanda Pendang, Kedah. Puting Beliung Di Malaysia, Tornado In Kedah,
Read More

Friday, 31 October 2014

[Video] Kedah 'sekali' lagi! Puting beliung, 20 rumah rosak teruk...

Jumaat, 31 Oktober 2014

Lagi puting beliung di Kedah - 20 rumah rosak teruk





Pautan kekal imej terbenam

DI KEPALA BATAS, JITRA

ORANG ramai melihat rumah yang rosak teruk akibat dilanda puting beliung dekat Alor Setar, Kedah hari ini. 

ALOR SETAR - Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di beberapa kawasan di daerah ini termasuk Kampung Sungai Baru, Kampung Batin, Taman Inang dan Mergong rosak teruk akibat puting beliung dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Di Kampung Sungai Baru di Jalan Kuala Sungai di sini sebuah rumah ranap manakala sembilan lagi mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.
Seorang mangsa, Mohd. Nizam Hamzah, 46, berkata, dia sempat merakamkan pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya.
"Hampir keseluruhan bumbung rumah saya diterbangkan angin.
"Saya juga nampak pusaran angin menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Baru di sini hari ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati puluhan rumah rosak dan banyak pokok tumbang dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan - Kosmo
Sumber: Mimpi Senja
Kedahkini
Read More

Tuesday, 14 October 2014

[Video] Selepas KL, Kedah (Pendang) pulak dilanda puting beliung...

Selasa, 14 Oktober 2014

Foto Puting Beliung Musnahkan Rumah Di Pendang Kedah










BLM.

GAMBAR & VIDEO KEJADIAN PUTING BELIUNG DI PENDANG KEDAH

Gambar-Gambar Ribut Puting Beliung Di Kampung Alor Besar, Pendang Kedah
Kuala Lumpur -Media sosial sejak tengah hari tadi gempar apabila para pengguna Facebook mula memuat naik gambar puting beliung yang dikatakan berlaku di Pendang, Kedah.

Menurut pengirim gambar yang menyaksikan fenomena puting belung itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 4.30 petang tadi.

Walau bagaimanapun SuaraTV gagal menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung fenomena tersebut.

Puting beliung berkelajuan lebih 80KM/j itu terbentuk dari pusaran angin itu jelas kelihatan oleh orang ramai yang menggunakan lebuhraya utara selatan yang menghala ke selatan.

Beberapa buah rumah di sekitar Kota Sarang Semut juga dikatakan mengalami kerosakan apabila bumbung rumah diterbangkan oleh puting beliung tersebut.

Tiada laporan kecederaan yang dilaporkan setakat ini.


Kedakini.

Semalam KL dilanda ribut...

PENTAS PERTUNJUKAN TATTOO DI STADIUM MERDEKA ROSAK TERUK DIBADAI RIBUT



Dua Anggota Maut Pokok Hempap Pondok Polis



Dinding dua unit rumah pangsa Loke Yew terbang (tercabut)

Read More

Wednesday, 18 December 2013

Video Puting Beliung Johor Bahru - Fenomena atau Peringatan?

Rabu, 18 Disember 2013
Puting Beliung Di Johor Bahru

Petang tadi di Johor Bahru dan Singapura telah berlaku fenomena Puting Beliung dan ini antara VIDEO berjaya dirakam oleh mereka yg kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Pembentukan puting beliung tersebut dikatakan tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan.

Tidak dapat digambarkan jikanya ianya mencecah daratan impak kemunasahan yang bakal dilakukan.

Syukur Alhamudlillah tiada kejadian buruk berlaku.

sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=X02YiQZQZss
Published on Dec 18, 2013
Puting Beliung Johor Bahru 18/12/2013






Aiyang disayang


PUTING BELIUNG DI JOHOR, PENJELASAN DARI JABATAN METEOROLOGI

Semalam tersebar di media-media sosial gambar-gambar 'puting beliung' yang berlaku di Selat Terbrau. Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang semalam dan menarik perhatian orang ramai terutamanya di kalangan pengguna di Jalan Skudai, Johor Bharu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi menjelaskan, itu bukannya puting beliung tetapi hanya belalai air yang selalu berlaku i permukaan air.

“Ia kejadian lazim apabila hendak hujan kerana kedudukan tengah laut angin bertembung mewujudkan belalai air. Ia kejadian biasa di Johor.

“Belalai air ini bukan puting beliung. Ia tidak menyebabkan angin kencang dan akan lenyap tidak seperti puting beliung. Malah kita tidak dapat kesan angin tersebut menerusi satelit,” katanya.
KiniNEWS
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena