Showing posts with label RM2.6 bilion. Show all posts
Showing posts with label RM2.6 bilion. Show all posts

Sunday, 19 February 2017

[Video RM2.6 bilion masuk poket sendiri!] Pas bukan lagi parti pembangkang? 'Sudah terang lagi bersuluh!'

Isnin, 20 Februari 2017

Pas bukan lagi parti pembangkang?

Akhbar pro Umno BN hari ini tidak lagi menganggap Pas parti pembangkang

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini menyenaraikan pecahan kerusi pembangkang di Dewan Rakyat dengan hanya meletakkan Pakatan Harapan dan Bersatu bersama wajah ketua parti masing-masing.
DAP mempunyai 37 kerusi, diikuti PKR (28), Amanah (6) dan satu kerusi lagi Bersatu. Tanpa memasukkan 15 kerusi dimiliki Pas, akhbar pro Umno-BN itu melalui ruangan Awang Selamat menganggap DAP lebih dominan termasuk dari segi bilangan kerusi di Dewan Rakyat.
Menurut Awang, Mahathir perlu tunduk mengikut rentak Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya merupakan pemimpin 'de facto' pembangkang dengan keputusan besar dan penting ditentukan parti berlambangkan roket itu.
Bercakap bagi pihak Pas, akhbar pro Umno-BN itu secara terbuka menyanjung tinggi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lantaran menolak pelawaan untuk bekerjasama dengan PPBM.
"Prinsipnya tetap sama. Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN (Amanah). Awang tabik Hadi kerana konsisten menolak DAP dan tidak gentar dengan segala tekanan," katanya.
Sementara itu, Mingguan Malaysia turut memuatkan laporan penuh mengenai Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 semalam termasuk reaksi peserta dan kronologi syor pindaan akta tersebut pada halaman tengah di muka surat 12 dan 13.
Berlatarkan warna ungu dan hijau, kandungan laporan bagi program bermula petang sehingga malam itu dilihat bernada positif tidak seperti yang lazim berlaku terhadap siri himpunan BERSIH.
Ini termasuklah lebih separuh di halaman 13 dipenuhi foto peserta himpunan antaranya sedang menunaikan solat, melaungkan takbir dan bergambar dengan penyanyi Datuk Jamal Abdillah.
Dilihat seolah-olah sudah mampu menggantikan lidah rasmi Pas, Harakah, artikel pengarang kanan Mingguan Malaysia bertajuk, "Pas: Antara perjuangan dan kerjasama" di ruangan Rencana Muka 6 menjadi bukti Pas pada masa ini bukan lagi parti pembangkang yang dimusuhi Umno-BN.
Penulisnya, Zulkiflee Bakar berpendapat Abdul Hadi membuat kenyataan tegas untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu yang dianggapnya mengamalkan politik makan keliling.
"... (Bersatu) berbaik dengan DAP dan pada masa sama mahu bekerjasama dengan Pas. Jika Pas terperangkap dengan taktik politik itu, yang rugi adalah Pas," tegasnya.


Read More

Monday, 18 April 2016

Seolah-olah PM 'dibeli'..."Imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan Derma RM2.6 bilion".

Isnin, 18 April 2016

Pengakuan Arab Saudi derma RM2.6 bilion seolah-olah PM 'dibeli'

Beliau berkata, Arab Saudi kini sedang mengetuai suatu blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain.
“Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
Khamis lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa negara itu memang mendermakan wang ke akaun peribadi Najib.
Beliau berkata, pihaknya sedar tentang derma itu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Katanya, pihaknya juga mengetahui peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
Mohamad berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara OIC dan NAM di atas sifatnya yang berkecuali.
Namun katanya, derma tersebut menyebabkan imej hebat Malaysia selama ini terjejas dan Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan.
“Nama Malaysia harum dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan juga sokongan terhadap Palestin.
“Perdana menteri sebelum ini dapat memainkan peranan dalam OIC untuk menyatakan pandangan, yang membawa nilai positif kepada OIC dan umat Islam.
“Imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan
peranan,” katanya.
Justeru beliau memohon Najib meletakkan jawatan secara terhormat bagi keluar daripada kemelut ini.
Tindakan meletakkan jawatan penting bagi menamatkan segala bentuk spekulasi dan tohmahan kepada Malaysia sekaligus memulihkan imej negara yang kini buruk di Timur Tengah termasuk di Eropah.
“Malaysia hendaklah kembali memainkan peranan seperti dahulu menjadi orang tengah, pendamai, dan bukannya pengadu domba. Itulah peranan yang dimainkan oleh semua perdana menteri sebelum Najib Tun Razak,”katanya.
Read More

Wednesday, 11 November 2015

Tiada duit belanja sekolah, makan 'kulit ayam goreng' kawan bagi aje! Masih ramai nilai RM1 itu sama nilainya dengan RM2.6 bilion'

Khamis, 12 November 2015

Sadis pelajar ini hanya makan Kulit ayam goreng sebagai bekal makan di sekolah kerana tiada duit

Mana tidaknya, gaji #RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika korang menetap di bandar raya.

Dek kerana kesempitan inilah, beberapa keperluan asas terpaksa dilupakan demi meneruskan kehidupan.

Ikuti kisah wanita ini yang pada awalnya pergi ke sekolah untuk memberikan duit belanja anaknya namun apa yang di lihat semasa di sekolah tersebut #sungguh menyayat hati.

#Bukan kuih tapi kulit ayam

Kisah yang dikongsi oleh pengguna #Facebook bernama Ct Sarah ini mendapat lebih seribu share oleh netizen.

Pada awalnya dia ke sekolah bagi memberi wang persekolahan anaknya yang tertinggal namun terserempak seorang murid dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

p.s; admin terpaksa edit ayat-ayat yang tunggang-langgang agar lebih lancar dibaca.

Lupa nak bagi duit sekolah anak pagi tadi. pastu lebih kurang pukul 9 lebih terus #chow g sekolah dia nak bagi duit. masa tu wktu budak-budak rehat. tengah tunggu anak kat kantin tiba-tiba terlihat sorang budak yg lalu depan mata.. kecik sangat badannya.. baju seluar kasut semua lusuh, warna kuning n x bergosok. hati dah mula rasa semacam. dia jalan slow jer lihat kiri kanan. pastu hilang dari pandangan.. tercari2 gak la dan mata aku terpaku bila tengok budak tadi duduk atas bangku kantin. tangan dia pegang sesuatu. pastu dia mkn. nmpk cam payah je dia gigit. aku ingat kuih tapi macam pelik jer. aku pegi dekat dia.. tanya apa dia makan.

dia pun tunjuk. masa tu tuhan je tau macamane perasaan aku bila tengok dia cuma makan kulit ayam yang kawan bagi katanya.. aku tanya kenape tak makan benda lain dia jawab ni dah ada makanan. itu yang dia ulang berkali-kali sambil tunjuk kulit ayam. pada aku tu bukan kulit ayam tapi hanya tepung yang makcik kantin buat #goreng ayam.

Tak pernah bawa duit ke sekolah

Kasihan melihat murid tersebut, #wanita berkenaan menghulurkan wang. Murid tersebut bagaimanapun hanya membeli sebatang hotdog

xpuas hati aku tanya lagi knape xbli makanan, dia tunduk. kwn dia jawab dia x pernah bawak duit pun g sekolah. subhanallah terkedu aku. apa dia makan kat rumah pagi tadi. mungkin juga dia boleh mkn RMT pagi kat sekolah. tapi banyak mane sangat. tgh hari x lapar ke dia? time tu jugak mengalir airmata aku. susahnya hidup dia. aku bagi duit suruh dia g beli makanan. aku perhati apa dia beli. nak tau apa?

cuma sebatang hotdog. pastu makcik kantin panggil dia bagi duit lebih. dia amik tp x tengok pun duit tu. mata dia asyik pndang hotdog tu jer smbil berjalan. dari situ aku dah boleh agak dia x pernah beli hotdog tu kot. pastu aku nampk pulak yang sorag lagi budak duduk bergayut je kat palang tempt budak beratur beli makanan. duk #tengok budak lain beli makanan.

Si adik pun tak bawa duit

pastu tiba-tiba #budak tu ambik duit dari yang budak yang aku tolong tadi. aku tanya nape ambik duit orang. budak tu cakap tu abg dia. patut pun. aku tanya x bwk duit jgk ke, dia angguk. mcmane mereka boleh tahan lapar dari pagi sampai petang. sekolah dah la pukul 4.30 baru habis.. kite rasa kite dah cukup susah tapi orang lain lagi susah dari kite kan. dah la makanan kat kantin sekarang mahal. air jer dah 50sen. nasi pula antara rm1-rm2. mcmane mereka nak makan kalau seringgit pun mereka x mampu bawa?

hari ini mgkn aku dpt tolong tapi mcmane hari-hari mereka yang akan datang? bersyukurlah kite dgn apa yg kite ada sebab apa yg kite miliki xsmua org lain boleh miliki. tapi apapun masih terbayang muka budak tu.. dia cakap nama dia haikal drjah 1. abang dia darjah 3.. moga Allah permudahkan hidup mereka dan dimurahkan #rezeki.

Kalaulah kita rajin memerhati dan lebih prihatin, nun dipelusuk sana masih ramai sebenarnya rakyat dinegara ini yang kais pagi #makan pagi.

Masih ramai yang baginya nilai RM1 itu sama nilainya dengan RM2.6 bilion..~SP
Posted by 
Read More

Thursday, 6 August 2015

Kenapa Haron Din Senyap? RM2.6 bilion tue masuk akaun bank dari Alam Angker?...Seram weh!

Khamis, 6 Ogos 2015

Kenapa Haron Din Senyap?

Lu orang tau dak pasai aper Najib Razak dan SPRM (yang kena dajalkan tue) tabley nak kasitau siapa penderma duit sebanyak RM 2.6 bikion tu... Ala yang disyaki datang dari 1MDB tue.... Hahaha... Ala yang Haron Din kata tak mungkin la Najib Razak akan buat benda camtue...

Selepas SPRM mengakui yang duit sebanyak RM2.6 bilion tue masuk akaun bank peribadi Najib Razak tanpa dipantau oleh Task Force AMLATFA 2001 kat Bank Negara Malaysiia... Dan selepas SPRM bagitau yang duit tue sebenarnya aderlah duit derma.. Langsung kiter tak dengar apa komen Haron Din...

Terus senyap Haron Din pasai  duit nih... Kenapa aaa dier senyap... Takkan la wartawan takmo nak tanya diee... Mintak ulasan dari dier... Tanya apa macam sekarang itu duit sudah betul masuk sama itu Najib Razak punya akaun bank....

Gua saspek aaa... cerita... Sebab SPRM takmo kasik tau sapa penderma duit sebanyak  RM2.6 bilion tue... Bukan kecik anak... Kalo buat wire transfer ke mana-mana bank pon mesti terkezut pegawai yang uruskan wire transfer tue... Memang la fee untuk buat wire transfer nih tak la banyak mana... Tapi sure figure yang lalu dalam wire transfer tue look enormous... Hahaha

So...SPRM takmo kasik tau sapa pendermanyer,l,  Tue yang payah nak terangkan dari mana sumber duit tue... Hahaha.. 

Pasai masuk duit dari alam mana tah menyebabkan duit alam nyata kiter nih jatuh nilai... Hahaha... Tak lama lagi dah serupa macam duit daun dari Alam Angker... Hahaha ... Seram siot... Kena mintak tolong Tamar Jalis la untuk setelkan dan naikkan nilai matawang kiter balik.... Tabley nak harapkan Haron Din... Sebab Haron Din dah dalam team Najib Razak...

Suntingan untuk paparan- 
Ngomelan 
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz3i2oKXOmL



Read More

Wednesday, 5 August 2015

Dulu penyokong Najib kata 'BODOH SANGAT KE NAJIB' masukkan RM2.6 bilion dalam akaunnya sendiri...Betoi ka, Ntahle...

Rabu, 5 Ogos 2015

[MELAYU SUDAH LUPA] Dulu Penyokong Najib Pernah Kata BODOH SANGAT KE NAJIB Masukkan RM2.6 Bilion Dalam AKAUN SENDIRI


KISAH AKAUN PM DAN PENYOKONGNYA
Penyokong 1MDB dan PM mula-mula kata mustahil wang sebanyak USD700 juta boleh masuk ke akaun peribadi tanpa dikesan oleh Bank Negara.
Lepas itu kata takkanlah bodoh sangat PM nak songlap duit dengan guna akaun sendiri di dalam negara.
Bila kena kritik, penyokong ini jawab kita tunggulah hasil siasatan pihak berkuasa.
Semalam pihak berkuasa sahkan wang sebanyak USD700 juta memang masuk ke akaun PM kesayangan mereka.
Maka skrip baru diguna pakai iaitu tak salah untuk Presiden parti terima wang derma kerana beliau adalah pemegang amanah.
Tetapi semalam juga bekas Presiden UMNO berkata sepanjang 22 tahun beliau memimpin UMNO, wang derma tidak masuk ke akaun peribadi pemegang amanah.
Jadinya.....
Hari ini skrip mereka adalah- PM kesayangan mereka terpaksa pegang duit derma sebanyak itu di dalam akaun sendiri kerana tak percaya pemegang amanah atau mana-mana 'proksi' harta UMNO.
Tidak mustahil esok lusa golongan IM4U ini akan berkata wang tersebut digunakan untuk bayar BR1M atau turunkan tarif elektrik.
Sesungguhnya mereka ini ibarat gerombolan agas-agas yang bergelumang dalam penipuan, ketuanya berjerebu dengan skandal, kemarau dengan idea, bergentayangan ke hulu ke hilir menabur dusta dan nista.
oleh: MatRodi

Betoi ka...Ntahle...
Read More

Friday, 31 July 2015

Ayuh Menteri UMNOBN...Kautlah selagi boleh! RM2.6 bilion masuk akaun Najib 'BUKAN ISU BESAR', kata Azalina

Sabtu, 1 Ogos 2015

Tak sia2 Najib ANGKUT BALIK 'mamat' ni ke dalam 'Fans Club-Najib'.. MEMANG BERBALOI !!!..

Terima kasih juga kpd rakyat M'sia coz dgn 'taxpayer' koranglah 'mamat' ni bergaji & berelaun..

Harap menteri2 bolehlah bukak byk2 akaun bank peribadi dan sumbatkan segala dana2 syarikat GLC ke dlm akaun ANDA kerana ianya.. 'BUKAN ISU BESAR' pon !!!


Tidak Salah Terima Wang, Ayuh Menteri UMNO BN... Kautlah selagi boleh..!!!



Shahbudin Husin,


Jika ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya "kebebalan" dan "kedunguan" mungkin bertambah dahsyat di kalangan sesetengah menteri yang baru dilantik ini.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said muncul yang pertama, bukan saja menunjukkan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.

Azalina ternyata sudah mula  mengidap penyakit "ampu dan bodek tahap empat" sehingga sanggup memberi pandangan di luar kewarasan pertimbangan akal dan menghumban jauh ilmu serta pelajaran yang diterimanya selama ini.

Asalkan dapat ampu dan bodek, semua perkara yang lain ditolak ke tepi dan boleh dilanggar begitu saja. 

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azalina antara lain berkata:-

-  wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?
Posted by Kedah Lanie
Read More

Wednesday, 29 July 2015

[Video] Muhyiddin kata Najib akui RM2.6 bilion dalam akaunnya...

Rabu, 29 Julai 2015

Sebuah video yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini mula tersebar. Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung menziarahi Muhyiddin di kediamannya di Bukut Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam.

BLM.

Saya tidak kesal kritik Najib, 1MDB – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau sedikit pun tidak menyesal mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak terutama berkaitan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tidak boleh berbohong mengenai situasi (1MDB) yang berlaku pada masa ini.
“Sebagai orang lama dalam politik, setelah apa yang berlaku, saya tidak boleh berbohong. Mungkin pandangan saya agak pedas, tetapi ia harus dilaksanakan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Bukit Damansara pada Rabu.
Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri perlu diperjelaskan mengenai isu kontroversi 1MDB kerana selama ini maklumat yang diberikan tidak jelas.
Kerajaan Rakyat

Sempena Eid Mubarak; Dua permohonan buat Dato' Seri Najib dan Isteri

Buat Najib Razak dan isteri
Sempena Aidilfitri Eid Mubarak 1436 Hijrah, saya punya dua permohonan ikhlas buat YAB Dato' Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Teluslah dalam pentadbiran dan jujurlah dalam percakapan.

1 - Teluslah dalam pentadbiran atas sifat anda sebagai perdana menteri.

2 - Jujurlah dalam percakapan berkaitan:
>> 1MDB
>> MH370
>> MH17
>> Kejatuhan matawang Ringgit
>> Pemenjaraan Anwar Ibrahim
>> Pembunuhan Altantuya
>> Rasuah cetak wang
>> Penyalahgunaan kuasa
>> Pemindahan dana ke akaun peribadi

Dato' Seri, ingatlah andai demokrasi gagal merobah keadaan, demonstrasi dan revolusi mungkin akan diolah langkah demi masa depan agama, negara bangsa dan nusa tercinta!

Salaam Aidilfitri
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena