Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Wednesday, 15 May 2019

DAP bantu Melayu & semua rakyat Malaysia, hanya UMNO PAS yang buta warna je & SPRM, bila nak dakwa Lebai PAS? JUMLAH SAMAN NFC AKAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT [Video Kita tebus negara dari kleptokrasi ke demokrasi semula - Dr M]

Rabu, 15 Mei 2019
KiniTV
Menempelak parti yang dikalahkan pada PRU14 lepas, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata apabila mendapat kuasa, mereka menyalahgunakannya tanpa had termasuk mencuri harta kerajaan dan rakyat. Dr Mahathir berkata Bersatu adalah sebuah parti yang berkorban untuk bangsa dan negara, maka anggotanya akan menahan diri daripada membuat perkara yang akan memburukkan imej negara. Beliau berkata hasil pengorbanan parti itu adalah menebus kembali negara yang sebelum ini digelar sebagai negara kleptokrasi. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kemenangan cemerlang PH di Sandakan adalah hasil sokongan padu parti di Sabah termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) walaupun tidak ramai yang keluar mengundi. Beliau berkata kemenangan itu adalah kerana rakyat sedar PH adalah parti yang baik dengan pemimpinnya sanggup berkorban tanpa mengharap sesuatu. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Selasa.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
*13 Mei 2019*
JUMLAH SAMAN NFC AKAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT SEBAGAI BIASISWA PELAJAR
Saya baru dimaklumkan oleh peguam mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi yang membenarkan rayuan saya dalam kes saman berhubung NFC. Saya tidak hadir ke mahkamah kerana dimaklumkan ada permintaan peguam plaintif untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer, Datuk Hanipah Farikullah and Datuk Wira Kamaludin Md Said yang membenarkan rayuan saya.
Saya juga sedia maklum bahawa Yang Arif Hakim-Hakim telah mengarahkan Datuk Seri Salleh Ismail sebagai plaintif memulangkan kembali sejumlah RM300,000 yang telah saya bayar kepada beliau sebelum ini, di samping membayar RM110,000 lagi sebagai kos guaman.
Saya pasti plaintif akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan dan jumlah yang diarahkan tidak perlu dibayar sehingga selepas selesai kes di Mahkamah Persekutuan.
Jika ada pembayaran, jumlah tersebut akan disimpan oleh peguam di dalam akaun amanah sehingga kes ini selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Sekiranya saya kekal menang di peringkat Mahkamah Persekutuan, saya tidak akan mengambil satu sen pun dari apa jua jumlah yang dianugerahkan oleh mahkamah akibat kes NFC ini.
Jumlah RM300,000 yang dibayar kepada Datuk Seri Salleh Ismail adalah hasil sumbangan biayaramai (“crowdfunding”) oleh orang ramai dalam bulan Julai 2017.
Sebarang jumlah yang diarahkan dibayar kepada saya oleh mahkamah, akan dikembalikan seperti berikut:
1. Jumlah yang diarahkan sebagai kos guaman akan dibayar kepada peguam-peguam saya iaitu Ranjit Singh (Tetuan Ranjit Singh & Yeoh), Razlan Hadri Zulkifli (Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri), Ng Siau Sun dan Michele Navinder Kaur (Tetuan Sun & Michele). Mereka telah mengendalikan semua kes-kes mahkamah saya berhubung skandal NFC (sebanyak 3 kes) secara percuma (pro bono) sejak 2012;
2. Semua bayaran selain kos guaman yang diarahkan oleh mahkamah akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk hadiah pendidikan kepada pelajar cemerlang universiti dari berpendapatan rendah (sebanyak RM5,000 seorang) dan pelajar cemerlang Tingkatan 5 dari berpendapatan rendah (sebanyak RM500 seorang). Pemenang hadiah pendidikan akan dipilih dari kalangan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa yang cemerlang dalam bidang masing-masing walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak jemu membantu saya dalam kes NFC walaupun memakan masa yang panjang sejak tahun 2011 lagi.
Walaupun proses mendapatkan kembali dana RM250 juta nampaknya lebih panjang dari yang sepatutnya, saya berharap tindakan memulangkan jumlah yang perlu dibayar oleh plaintif dalam bentuk hadiah pendidikan, sebagai satu langkah awal ke arah mendapatkan kembali kesemua RM250 juta wang rakyat itu.
*RAFIZI RAMLI*
*NAIB PRESIDEN KEADILAN*
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
GREEN BEAN ARMY
TERKINI
Hakim Hamid Sultan Abu Backer mengarahkan supaya ganti rugi RM200 ribu dan kos RM100 ribu yang dibayar oleh Rafizi Ramli kepada Mohamad Salleh dan NFC Corp dipulangkan semula kepada Rafizi.
Malah sebaliknya Hamid mengarahkan Naib Presiden KEADILAN itu dianugerahkan RM110 ribu pula sebagai kos apabila rayuannya dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan!
Alhamdulillah³
Tahniah saudara Rafizi Ramli..
Read More

Penafian & pembohongan lebai2 Pas sebelum ini tak boleh pakai..TUNGGU SEHINGGA SPRM BERTINDAK! 'Islam Terancam' LGE berbuka puasa menjamah hidangan bertalam dan penyampaian sumbangan kepada Masjid dan Surau Parlimen Bagan [Video Lim gesa keputusan PRU Zahid, Hisham dan Ismail disiasat]

Rabu, 15 Mei 2019
KiniTV
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat inkuiri berkenaan dakwaan penglibatannya dengan laporan pemindahan pengundi tentera secara tidak sah di empat kerusi parlimen, dan sama ada keputusan di kerusi tersebut perlu diisytihar batal. Empat kerusi Parlimen itu disandang pemimpin BN sebelum PRU ke-14 - Bagan Datuk (Ahmad Zahid Hamidi), Sembrong (Hishammuddin Hussein), Segamat (Dr S Subramaniam) dan Bera (Ismail Sabri Yaakob). Hanya Subramaniam yang tewas pada PRU lalu. Dalam satu kenyataan, gesaan Lim itu susulan laporan bahawa siasatan terhadap Kementerian Pertahanan mendapati pegawai SPR terlibat dalam pemindahan pengundi tentera. Minggu lalu, pengerusi SPR Azhar Harun berkata mereka akan menunggu laporan siasatan sebelum memutuskan tindakan seterusnya. Menurut The Malaysian Insight, dakwaan tersebut sebahagian daripada laporan jawatankuasa siasatan khas tadbir urus, pemerolehan dan kewangan yang diketuai bekas ketua audit negara Ambrin Buang.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Otai BERSIH
DEDAH KARTEL DEDAK DEMI SUCIKAN PUCUK PIMPINAN PAS?
Sebaiknya Din Ayam pergi ke pejabat SPRM terdekat dan berikan maklumat & keterangan tentang kartel2 dedak dalam Pas jika benar beliau mahu menyelamatkan Pas.
Dengan tercetusnya episod terbaru ini, kita semua telah dapat mengetahui dengan pasti perkara2 berikut :
1. Memang benar duit dedak Umno mengalir masuk ke kocek lebai2 yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pas & penyokong2 mereka.

2. Dedak Umno ditaburkan kepada lebai2 bertujuan bagi membiayai projek 'halau jebon', selain dari memecahbelahkan Pakatan Rakyat & mendapat sokongan Pas kepada UmboBN.
3. Penafian & pembohongan lebai2 Pas sebelum ini tak boleh pakai.
TUNGGU SEHINGGA SPRM BERTINDAK MENANGKAP & MENDAKWA LEBAI2 TERLIBAT UNTUK MENGETAHUI KISAH SEBENAR DI SEBALIK SANDIWARA INI SEMUA.
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks
Ni baru betul Penyatuan Ummah namanya...
Tahniah walaun...
Kahkahkahkah
GREEN BEAN ARMY
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sedang makan, duduk dan makanan

Lagi bukti islam terancam di Malaysia..kali ni berlaku di Masjid Kubang Buaya Pulau Pinang..
Kehadiran Lim Guan Eng di Masjid berkenaan memkuatkan lagi fakta yg di bawa oleh PAS dan UMNO bahaya islam benar benar terancam....

Majlis berbuka puasa secara hidangan bertalam dan penyampaian sumbangan kepada Masjid dan Surau Parlimen Bagan bersama Imam Masjid Dan Pengerusi MAIPP Dato Malik, di Masjid Kubang Buaya Butterworth.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, orang makan, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, orang makan dan dalaman
GREEN BEAN ARMY Dah 10thun tiap tiap tahun cina DAP berbuka puasa dgn org Islam...
Walaun baru keluar gua ke? bodoh sgt nampaknya komen..

Read More

Thursday, 30 August 2018

[Video Razlan (UmnoBN?) beri amaran pada Amar Singh, SPRM! Woi, Sapa engko ni? Engko dengo apa Guan Eng kata!] PAC patut selongkar dokumen DOJ dalam siasatan semula 1MDB.

Jumaat, 31 Ogos 2018

Lim Guan Eng BONGKAR Harta Najib & Jho Low Hasil 1MDB


Bongkar Habis! Tony Pua Dedah Rahsia PAC Halang Najib dan Jho Low Disiasat


Foto Suara Rakyat.

Foto Suara Rakyat.

PATUT LER BN BERMATI-MATIAN TAK MAHU KALAH DALAM PRU14...
Rupa-rupanya satu persatu kebobrokan mereka dibongkarkan..
DAN Najib juga berterusan dipanggil berkali2 dipanggil polis & SPRM termasuk hari ini..
NAMPAK TAK, kenapa..

PAC patut selongkar dokumen DOJ dalam siasatan semula 1MDB

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Wong Kah Woh mencadangkan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan 1MDB digunakan dalam siasatan semula PAC terhadap syarikat itu.
Anggota Parlimen Ipoh Timur itu berkata, dokumen mahkamah Amerika Syarikat pada 2016 dan 2017 berkaitan sakndal itu mengandungi banyak bukti yang dapat membantu PAC dalam siasatan mereka.
"Saya merasakan dua dokumen DOJ itu mengandungi paling banyak bukti. Jika PAC terdahulu tidak menggunakannya, saya percaya kita ada tanggungjawab untuk berbuat demikian.
"Saya akan cadangkan kepada PAC untuk menjadikan dokumen yang difailkan dalam saman sivil DOJ sebagai salah satu hala tuju siasatan kita," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 16 Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul agar PAC membuka semula siasatannya terhadap skandal 1MDB. Dalam mesyuarat semalam, PA telah mula menerima taklimat daripada ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berhubung perkara itu.
PAC ketika pentadbiran BN, katanya lagi, tidak memanggil ramai saksi utama dan maka tidak memasukkan bukti penting dalam laporan akhirnya.
"Laporan yang dihantar PAC kepada Parlimen pada April 2016 juga tidak menggunakan dua saman sivil DOJ yang merupakan bukti penting," katanya lagi.
Beliau berkata lagi, sebaik saja taklimat Madinah selesai, PAC akan mementukan terma rujukan bagi siasat semula itu.
Wong bagaimanapun enggan mendedahkan saksi yang akan dipanggil jawatankuasa.
Selain 1MDB, katanya lagi, PAC juga akan meneliti dakwaaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah "merompak" wang bayaran balik GST berjumlah RM19.2 bilion.
Selepas menghantar laporan akhir pada April 2016, bekas pengerusi PAC sebelum ini Datuk Hasan Ariffin enggan membuka semula siasatan walaupun selepas saman sivil DOJ dibuka kepada umum.
Mk.

Read More

Thursday, 17 May 2018

[Video Senarai 8 Pegawai Tertinggi Disiasat & KES 1MDB POLIS RAMPAS 356 KOTAK BERISI WANG] Aikk! BELUM 100 HARI BELUM 10 HARI...Rakyat dah mula meluat dengan PH? Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua!

Jumaat, 18 Mei 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Suriati Ibrahim Pengerusi ROS
Pengarah ROS
Senarai 8 Pegawai Tertinggi Disiasat (SPRM, ROS, SPR, AG)
1.Datuk Seri Najib Razak (MPM)
2.Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (SPR)
3.Surayati Ibrahim (ROS)
4.Tan Sri Mohamed Apandi Ali (AG)
5.Tun Raus Sharif (CJ)
6.Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (IMDB)
7.Tan Sri Khalid Abu Bakar 
8.Tan Sri Dzulkifli Ahmad (MSPRM)


BELUM 100 HARI BELUM 10 HARI.. RAKYAT DAH MULA MELUAT DENGAN PH

Bermula dengan kenyataan Rafizi.. 
Diikuti desakan PKR yang mahu senarai kabinet diperbincangkan dengan kehadiran Anwar dalam Majlis Presiden.. Dah mula tunjuk besar kepala. 

Kini diikuti dengan beberapa pandangan lagi dari negeri berhubung Menteri Pelajaran yang akan dipegang oleh PM,  whats wrong sangat²?  Ada ke cikgu pencen yang mengidam nak jadi Menteri Pelajaran?  

Yang belum pernah berjawatan,  belum pernah berkuasa,  belajarlah dulu pegang pen dan punch card sebelum terkinja kinja kritik dan nak jawatan. 

Majlis Presiden adalah kuasa pemuafakatan tetapi kuasa PM adalah kuasa bertulis. Bukan yang remeh temeh semuanya perlu kelulusan Majlis Presiden. 
Kebebasan kuasa seorang PM perlu luas selagi tidak memudaratkan negara. 

Sebelum itu termasuk tingkah laku MB Johor dan MB Perak.. 
Termasuk kenyataan Nurul dan Khalid Samad membidas polis yang membuat serbuan.. Simple say,  nak tangkap perompak pun nak kena tunggu office hours ke?  Polis negara mana tu? 
Kalau mereka simpati atas pengalaman mereka?  Jangan jadi pemimpin dan main politik. 
Kalau polis lambat bertindak,  akan ada pula yang kata bengap? 


Rakyat kurang berminat dengan perkara remeh dalaman,  rebut jawatan dan kritikan yang mengganggu kelancaran tugas seorang PM. Kelewatan melantik kabinet sangat tidak sesuai dan bukan itu caranya bagi seorang PM yang bergerak laju.. 

Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua.. 
Ulang.. Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua.. 
Ucapan retorik dan janji manis tidak mengenyangkan rakyat.. 

Andai kamu gagal,  kamu suka bercakaran,  suka menikam belakang,  suka berpecah...apakata serah kuasa pada Tentera untuk urus negara?


Posted by 

Read More

Tuesday, 7 November 2017

[Video Najib Berjaya Keluarkan PAS Dari PR Hadapi PRU14] BILA LAGI SPRM NAK BERTINDAK? Nama sudah ada, projeknya juga ada, lalu mahu tunggu apa lagi?

Selasa, 7 November 2017

BILA LAGI SPRM NAK BERTINDAK?

Berdasarkan pendedahan Shafie Apdal di Parlimen hari ini, SPRM tidak seharusnya menunggu lebih lama lagi untuk melakukan tangkapan serta siasatan yang seterusnya.

Nama sudah ada, projeknya juga ada, lalu mahu tunggu apa lagi?

Bukan itu saja, sudahlah projek loji air gagal dilaksanakan, tetapi dapat pula projek lebuhraya.

Macam mana tu?

Kalau bekas menteri boleh disiasat dan ditangkap, adakah kerana seseorang itu anak saudara kepada Ketua Menteri, maka ia harus dibiarkan dan lepas bebas begitu saja?

Apakah SPRM mahu menunggu Shafie membuat lebih banyak pendedahan baru mereka mahu bertindak? (ShahbudinHusin 07/11/2017)

Read More

Tuesday, 31 October 2017

[Video MP tanya SPRM, benarkah pegawainya dalam 'video skandal' itu?] Sabarlah Umno...Sabarlah Pas...

Selasa, 31 Oktober 2017


KENAPA UMNO DAN PAS TAK BOLEH BERSABAR, APA PERLUNYA AMBIGA DEDAHKAN SEKARANG?

Sabarlah UMNO...
Sabarlah Pas...
Kenapa UMNO dan Pas tak boleh bersabar?

Kiranya editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sudah memasukkan nama S Ambiga sebagai sumbernya berhubung dana yang didakwa diterima Pas daripada Najib Razak berdasarkan maklumat boleh dipercayai yang ada padanya, bermakna beliau bukan saja bersetuju namanya dimasukkan dalam kenyataan pembelaan, bahkan juga bersedia untuk memberi keterangan serta disoal balas di mahkamah.

Sabarlah, tak perlu UMNO dan Pas terburu-buru mendesak S Ambiga mendedahkan apa yang diketahuinya sekarang.

Lagi pula, apa perlunya S Ambiga mendedahkan sekarang, sedangkan ada tempat yang lebih sesuai iaitu mahkamah untuk belaiu berbuat demikian?

Hari yang mendebarkan di mana beliau akan mendedahkan segala-galanya pasti akan tiba akhirnya.

Jadi, tunggu sajalah dengan sabar. (ShahbudinHusin 31/10/2017)
Read More

Wednesday, 16 August 2017

[Video Isa dibawa SPRM ke mahkamah untuk mohon reman] Isa direman lima hari & Jangan hanya tangkap tapi tidak didakwa.

Rabu, 16 Ogos 2017

Isa direman lima hari

Tan Sri Isa Samad
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London antara 2014 dan 2015.
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendalikan prosiding reman berkenaan mengeluarkan perintah reman itu mulai hari ini sehingga 20 Ogos (Ahad) berikutan permohonan SPRM.
Mohd Isa, 68, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 9.10 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dengan diiringi anggota SPRM menaiki kenderaan agensi penguatkuasaan itu untuk prosiding reman berkenaan.
Beliau dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam kes pembelian hotel di London. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009.
Mohd Isa ditahan kira-kira 4.30 petang semalam selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Isteri Mohd Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang menunggu di perkarangan mahkamah, kelihatan sebak ketika suaminya tiba.
Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, oleh FIC, dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC ialah anak syarikat Felda yang terlibat dalam akvititi bukan perladangan.

Jangan hanya tangkap tapi tidak didakwa, kata PKR

Tan Sri Isa Samad mesti dibawa ke muka pengadilan bagi mengenal pasti sama ada terdapat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan ketika beliau menjadi pengerusi Felda.
Naib Presiden PKR Shamsul Ikandar Mohd Akin berkata, PKR mengingatkan kerajaan agar tidak bermain wayang dengan membuat siri tangkapan tanpa mengheret individu terlibat rasuah ke muka pengadilan.
"Kami mengalu-alukan tangkapan ke atas Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun ramai beranggapan beliau sepatutnya ditangkap lebih lama lagi.
"Sekiranya mempunyai bukti yang kukuh dan prima facie, beliau sewajarnya didakwa untuk menunjukkan bahawa perdana menteri benar-benar serius memerangi rasuah walaupun beliau sendiri terpalit dengan skandal 1MDB dan lain-lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Isa yang juga naib presiden Umno ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes pembelian dua hotel oleh Felda Invesment Corporation (FIC).
Isa tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk prosiding reman dengan berbaju lokap SPRM dan bergari serta diiringi anggota SPRM.
Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil berkata turut berkata, rakyat sudah muak dengan tangkapan tanpa tuduhan.
"PKR juga berharap supaya skandal-skandal lain yang melibatkan Felda seperti kerugian FGV juga dapat perhatian oleh SPRM untuk mencari dalang yang merugikan Felda dan peneroka Felda," katanya yang juga Ketua Biro Felda dan Perladangan PKR.
Read More

Tuesday, 31 January 2017

Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?

Selasa, 31 Januari 2017

Rahsia gerak kening TMJ


Hanya beberapa jam selepas Tan Sri Annuar Musa digantung jawatannya dalam Majlis Amanah Rakyat, Tengku Mahkota Johor memuat naik klip video pendeknya yang mencetuskan tanda tanya.
Hanya sepanjang empat saat, video tanpa dialog itu jelas mengundang pelbagai rasa.
Pada klip itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya senyum sinis dan mengangkat keningnya.
Sebelum ini memang diketahui ramai Tunku Ismail dan Annuar saling berbalas kenyataan - walaupun secara tidak langsung atau memetik sebarang nama.
Ketika skuad JDT tumpas di tangan Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih, Annuar memuat naik status sinis di media sosial dengan menggunakan emoticon ketawa seolah-olah menyindir kelab milik Tunku Ismail itu.
Sejak berita penggantungan Annuar dilaporkan media hari ini, memang dijangkakan Tunku Ismail akan memberi reaksi sama ada secara langsung atau tidak.
Malah tindakan MARA ke atas Annuar itu dilihat berpunca daripada pendedahan Tunku Ismail berkaitan penajaan syarikat Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk skuad bola sepak Kelantan. Tunku Ismail memuat naik kenyataan itu pada 12 Januari lalu.
Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.
Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).
Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.
Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.
“Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada surat tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucar, ada resit dan lain-lain.
“Saya percaya bukan dengan UniKL sahaja tapi semua penaja lain. Semuanya di buat secara tertib dan berperaturan,” katanya.
Skuad JDT kini berada di Thailand untuk bertarung pada pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan kelab Bangkok United.
Anak buah Benjamin Mora itu muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke saingan itu untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Malaysiakini.

SPRM siasat Annuar Musa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.
Dalam kenyataan medianya, SPRM berkata, agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menjalankan siasatan melibatkan beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa didakwa dikaitkan dengan ketua penerangan Umno itu.
"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.
"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," kata kenyataan tersebut.
Pagi tadi Ahli Majlis MARA mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara dan memutuskan untuk menggantung jawatan Annuar.
Pada 12 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja skuad bola sepak Kelantan.
Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.
Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).
Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.
Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berpendapatan ketetapan dibuat MARA itu hanya cadangan.
Katanya, kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.
Memberi respon kepada isu penggantungan beliau, Annuar berkata beliau tidak dimaklumkan pihak terbabit bermesyuarat hari ini walaupun ada mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 14 Februari nanti.
Namun, Annuar yang kini anggota parlimen Ketereh berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan bertanggungjawab.
SPRM menegaskan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberi ruang bagi menjalankan siasatan.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 23 June 2016

[Video] ‘Tertuduh jadi wira, SPRM jadi barua’

Khamis, 23 Jun 2016

‘Tertuduh jadi wira, SPRM jadi barua’

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kesal dengan polarisasi politik berhubung siasatan rasuah yang sering menyaksikan tertuduh dipertahankan manakala suruhanjaya itu dibidas kerana cuba menjalankan tugas.
"Di Malaysia jika kita menyiasat seorang ahli politik, keseluruhan parti akan menyokong tertuduh.
"Dan tertuduh menjadi wira, manakala SPRM pula menjadi barua," katanya dalam sebuah rakaman video di YouTube.
Katanya, orang ramai dan parti politik seharusnya menyokong SPRM dalam mana-mana siasatan rasuah kerana ia akan mengeluarkan "kanser" yang memusnahkan masyarakat dan parti politik itu sendiri.
"Apabila kita menyiasat (seseorang) individu.... Orang ramai perlu dan mesti menyokong SPRM.
"Kamu tahu mengapa? Kerana kita cuba mengeluarkannya, mengeluarkan semua ini dari parti. Jika kita mengekalkannya, ia sama seperti kanser, ia akan merosakkan parti," katanya.
Shukri bagaimanapun berkata bahawa mungkin adalah baik bagi SPRM dilabel sebagai anjing kerajaan mahupun atau alat pembangkang kerana ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar tidak berat sebelah dan melaksanakan tugas tanpa mengira sempadan politik.
Tetapi beliau menambah bahawa retorik itu tidak baik untuk Malaysia dalam usaha untuk membasmi rasuah.
Beliau berkata SPRM teruk dibidas oleh penyokong parti politik dalam beberapa kes-kes apabila mereka menyiasat Umno, PKR dan ahli-ahli politik DAP.
Dalam keadaan tertentu, katanya, penyokong mereka mengadakan demonstrasi jalanan.
Shukri berkata ini adalah antara cabaran yang dihadapi suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya untuk membawa perasuah ke muka pengadilan.
Malaysiakini
Read More

Saturday, 19 March 2016

[Video] Pakatan ingatkan SPRM "Ketika Guan Eng disiasat jangan lupa juga Najib".

Sabtu, 19 Mac 2016

Jangan lupa Najib, Pakatan ingatkan SPRM ketika Guan Eng disiasat

Pemimpin Pakatan Harapan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tetapi turut mengingatkan suruhanjaya itu tentang skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Parlimen DAP yang juga bapa Guan Eng, Lim Kit Siang berkata, SPRM mesti menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Jika ada sebarang aduan salah guna kuasa, buka (siasatan). Tetapi kita juga mahu siasatan dibuka dalam sebarang aduan terhadap Umno dan BN.
"Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa mengenainya. Masalahnya ialah skandal mega berkembar Najib, sama ada 1MDB atau sumbangan. Tidak ada hasil," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.
Kit Siang kelihatan seperti tidak sedar mengenai siasatan itu sehingga diberitahu oleh pemberita selepas sesi sulung Kuliah Lim Kit Siang malam tadi, yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 Kit Siang dalam politik, dan ulang tahun ke-50 DAP.
Sebelum itu pada sebelah petangnya, SPRM Pulau Pinang berkata ia telah menerima aduan berhubung pembelian rumah banglo Guan Eng dan suruhanjaya itu menjanjikan penyiasatan yang adil.
Ini berikutan dakwaan hari sebelumnya oleh MP Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang mendakwa bahawa rumah itu dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran sebanyak RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, menafikan sebarang salah laku, dan menegaskan bahawa pembelian itu adalah 'transaksi selengan' pada sanggup pembeli dan asas sanggup penjual.
'Pendakwaan terpilih'
Sementara itu, ketika ditemui di majlis yang sama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa siasatan terhadap Guan Eng itu sebagai pendakwaan terpilih.
"Apabila kita buat laporan, tiada apa yang berlaku," katanya sambil menambah dalam kes ini, terus ada siasatan, membuat ia kelihatan seperti pendakwaan terpilih.
Bagi Presiden Amanah Mohamad Sabu pula, beliau berkata seharusnya tidak ada dwi-standard dalam siasatan SPRM.
"SPRM bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja, dan dakwa jika ada kes. Tidak kira siapa.
"(Ingatlah untuk) siasat Najib. Dakwa beliau, "katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu bahawa beliau telah disoal siasat oleh polis awal semalam berhubung dakwaanbahawa Yang di-Pertuan Agong membaca ucapan yang disediakan oleh kerajaan dalam titah ucapan kepada Parlimen.
Katanya, beliau terkejut entah bagaimana beliau terbabit dalam siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948.
"Saya tidak tahu kepala ekornya, tetapi saya telah diinterviu tadi [...]
"Oleh kerana saya memberitahu polis bahawa saya memilih untuk tidak menjawab soalan, oleh itu saya juga memilih untuk tidak menjawab soalan dari (anda) pemberita," katanya..
Malaysiakini


Read More

Friday, 7 August 2015

Najib kamu hentikan ganggu SPRM, Bank Negara, pesan Anwar...JEMPUTAN Majlis Hari Raya & MELAWAN di Penjara Sg Buloh

Sabtu, 8 Ogos 2015

JEMPUTAN BERPESTA DAN MELAWAN



AHAD INI

PENJARA 

SUNGAI BULUH
 


AHAD DEPAN

JALAN 

PANGGUNG
---------------

Pesan Anwar kepada Najib: Henti ganggu SPRM, Bank Negara

Pesan Anwar kepada Najib: Henti ganggu SPRM, Bank Negara


SUNGAI BULOH 7 OGOS: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan segala gangguan dan ancaman ke atas pegawai-pegawai siasatan agensi kawal selia negara dalam menjalankan tugas mereka.
anwar1“Saya merujuk secara khusus bagaimana anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) diguna untuk menangkap, menyoal siasat malah juga mereman anggota-anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk mereka yang terlibat di dalam siasatan bagaimana RM42 juta wang rakyat melalui SRC International dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib di AmBank.
“Terdapat juga tanda-tanda bahawa Bank Negara, yang merupakan institusi kawal selia yang teramat penting, juga sedang diancam,” kata Anwar dalam kenyataan.
Kenyataan itu disampaikan Anwar melalui peguamnya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa yang bertemu dengannya di Penjara Sungai Buloh baru-baru ini.
Anwar berkata, amatlah mustahak bagi negara dan keadaan ekonomi agar Bank Negara terus dilihat sebagai sebuah badan yang bebas, profesional dan berintegriti.
Sambung mantan Ketua Pembangkang itu, Bank Negara wajib dibenarkan menjalankan tugas tanpa kekangan terutama di dalam aspek pengesanan dan pencegahan pengubahan dan aliran wang haram.
“Jika Bank Negara dilihat cuai dan tidak cekap menjalankan tugas akibat gangguan politik, maka ekonomi negara akan mengalami kesan yang amat serius,” ujarnya.
Justeru, kata Anwar, rakyat perlu bersatu dalam memberi sokongan terhadap SPRM dan Bank Negara untuk menjamin institusi-institusi ini selamat dari gangguan politik.
“Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti, NGO dan masyarakat sivil mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk menyelamatkan negara kita dari krisis politik dan ekonomi yang melanda kita sekarang,” pesan Anwar.
Beberapa pegawai SPRM kini berdepan tekanan polis termasuk disoal siasat, ditangkap dan direman, susulan dakwaan dokumen bocor ketika siasatan berkaitan 1MD B dijalankan.
Institusi yang terlibat dalam pasukan petugas khas yang menyiasat kemasukan ‘derma’ RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib adalah Bank Negara dan SPRM, selain PDRM dan Jabatan Peguam Negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=673
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena