Showing posts with label Samseng Umno. Show all posts
Showing posts with label Samseng Umno. Show all posts

Wednesday, 21 March 2018

[Video Komen Dr Danial terhadap Mufti Negeri Sembilan "Sebab Nabi SAW bukan kerana Wahabi"] Wan Azizah N9-Anwar Ibrahim Tak Menyesal Dipenjarakan Demi Rakyat & 'Terbalikkan meja di kedai kopi' Bersedialah Samseng Umno bakal mencetuskan kekecohan!

Khamis, 22 Mac 2018




Yang bakal mencetuskan kekecohan  sebenarnya samseng UMNO... 
Image may contain: 2 people, people playing sports and text
Pemuda Harapan Malaysia hari ini menolak sekeras-kerasnya budaya samseng seperti yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Kesal dengan ucapan itu, Ketua Setiausaha Pemuda Harapan Malaysia Howard Lee berkata kenyataan yang dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu merupakan hasutan yang mengundang perlakuan ganas. 

“Kami juga membidas sekeras-kerasnya sebarang hasutan yang mengundang tindakan keganasan, apatah lagi sebagai kaedah melawan musuh politik,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohamad didakwa telah menggunakan nada dan perkataan yang menghasut peserta program untuk berkempen secara samseng dan tidak bertamadun dengan menyeru pemuda partinya menimbulkan kekecohan. 

Kenyataan berbaur hasutan itu jelas dirakam apabila pemimpin tertinggi UMNO itu menyebut: “Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan Polis saya jamin, jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang” 

Tumpang sekole.

MB Negeri Sembilan seru 'terbalikkan meja' kedai kopi sarang pembangkang



Read More

Friday, 25 November 2016

[Video] Kartunis Zunar pula diserang samseng Umno..."Mengancam mahu membakar bahan pameran".

Sabtu, 26 November 2016

Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.
Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.

Kartunis Zunar pula diserang samseng Umno

Lagi aksi serangan dipercayai dilakukan kumpulan samseng Umno. Kali ini berlaku selepas solat Jumaat di bangunan Komtar, Pulau Pinang yang diketuai pemimpin negeri parti itu.
Kumpulan terbabit menyerang Pameran Kartun Zunar yang sebelum itu dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.
Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan karya satira politik Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque yang dikenali sarat mengkritik kepimpinan Umno-BN.
Samseng Umno terbabit juga menuntut supaya Zunar memberhentikan pameran itu serta mengancam mahu membakar bahan pameran.
Dalam serangan itu, dua bahan pameran dirosakkan mengikut sumber daripada Pengurus Zunar, Azura Aziz.
Pada masa sama, exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin juga dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.
Ekoran aksi keterlaluan kumpulan samseng tersebut termasuk membuat kepungan, Zunar terpaksa meminta bantuan pihak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“FRU terpaksa dipanggil kerana pameran saya di Komtar tadi dikepung oleh sekumpulan mereka,” ujarnya dipetik daripada status beliau di Facebook.
Malaysia Dateline
Read More

Sunday, 5 July 2015

[Video] Lim Kit Siang dibaling mangkuk dan cawan oleh samseng Umno...

Isnin, 6 Julai 2015

Samseng UMNO mengamuk di Majlis Kit Siang

Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.




















Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.


















Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang lapor Malaysiakini

Posted by Anak Sungai Derhaka

Read More

Thursday, 29 May 2014

[Video] Mat Sabu: Samseng Paling Celeka Dalam Sejarah Malaysia...Umno hilang arah!

Khamis, 29 Mei 2014



Read More

Tuesday, 27 May 2014

[Video] Anwar Kutuk UMNO...Celaka memang betul! 30 samseng itu kami tak takut...

Selasa, 27 Mei 2014





Anwar Kutuk UMNO, Label Penyokong Sebagai Samseng


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan penyokong UMNO yang merempuh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini sebagai tindakan ala samseng.

“…30 samseng itu kami tak takut dan mereka bukan wakil Melayu Pulau Pinang,” katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, malam tadi.

Celaka memang betul, katanya lantang.

Ketua pembangkang itu juga beranggapan pemilihan calon wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud merupakan corak politik baharu yang berupaya membawa suara rakyat ke Parlimen kelak.

Ketua pembangkang juga turut membidas parti UMNO yang disifatkan sering mempermainkan isu politik kotor.

Manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pula menegaskan pelbagai projek yang bakal dilaksanakan di Teluk Intan sekadar untuk meraih undi.

Tambahnya lagi, pelaksanaan pelbagai projek berkenaan tidak mengambil kira status projek terdahulu yang kebanyakannya sudah tergendala lama.

Dyana Sofya turut meminta penjelasan mengenai status projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia yang tergendala sejak 2012 lagi.

Namun, sehingga kini projek itu masih belum dilaksanakan, katanya.

“Kerajaan telah melancarkan projek lebuh raya yang menelan kos sebanyak RM5 bilion semalam namun projek yang terdahulu masih tergendala,” katanya.

Dyana Sofya menegaskan pembinaan sekolah tersebut merupakan isu tempatan yang bakal diperjuangkannya apabila diberi mandat dalam PRK Teluk Intan, 31 Mei ini.

“Bukan kata mahu bina lebuh raya bernilai 5 bilion, pembinaan sekolah yang hanya menelan kos RM23 juta pun tak mampu dibuat lagi,” katanya lanjut.
Read More

Saturday, 24 May 2014

Anwar: Jangan takut pada 'samseng' masuk DUN..."Umno makin terdesak dan kurang isu"

Sabtu, 24 Mei 2014
Seorang lelaki menunjukkan pelekat gambar calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.
Seorang lelaki menunjukkan pelekat gambar calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.

Pimpinan Pakatan Rakyat hadir bersama malam semalam untuk kemuncak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang bakal tamat malam ini.
 
Kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri dewan dan persekitaran kolej Han Chiang menyambut dan bersorak bagaikan pesta setiap kali pimpinan tertinggi Pakatan tiba.
 
Ketika calon Bukit Gelugor Ramlarpal Singh tiba pada jam 9 malam, sorakan "Ramkarpal! Ramkarpal!” bergema di dalam dewan.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menerima sambutan sama dengan hadirin menyorak nama beliau apabila beliau tiba pada jam 9:43 malam.
 
Sorakan "Reformasi!" mengiringi kibaran bendera DAP, PKR dan PAS ketika Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 9:50 malam dengan tangan dalam anduh akibat kemalangan yang dihadapi beliau minggu lalu.
 
Ketika ketua pembangkang memulakan ucapannya, hadirin berengsot dan bersesak ke hadapan dewan untuk melihat lebih jelas kelibat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
 
Anwar seperti biasa berucap dengan tegas dan garang memberitahu rakyat Pulau Pinang untuk tidak takut dengan sekumpulan kecil samseng yang merempuh dan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu.
 
"Umno makin terdesak dan kurang isu - kerana itu mereka ada samseng. Adakah anda takut dengan 20 samseng yang masuk dalam dewan? Jangan takut kepada mereka!
 
"Politik mereka (Umno) kotor tetapi kita mesti terus melawan mereka.  Beritahu samseng Melayu itu yang lawan mereka bukan dengan Cina sahaja. Lawan mereka seluruh rakyat Malaysia," kata beliau disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.
 
Anwar turut memberi jaminan kepada Guan Eng betapa  beliau akan berdiri dengan setiausaha agung DAP itu sehingga isu pencerobohan DUN selesai.
 
Beliau turut mempersoalkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang seolah berdiam diri dalam isu ini.
 
"Mana Zahid? Mengapa tak buat kerja?
 
"Kalau BN tak boleh memastikan keselamatan negara dan mempertahankan perpaduan dalam negara ini, tolong letak jawatan !" tegas beliau.
 Malaysiakini
Read More

Thursday, 22 May 2014

[Video] Lagi 'Samseng UMNOBN ganggu Dyana Sofya... Macai bebal kena halau!

Khamis, 22 Mei 2014

Published on May 22, 2014
Berikut disiarkan gambar sekumpulan pemuda bermotosikal yang cuba mengganggu kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud semasa beliau menemui pengundi di pasar malam di Padang Tembak, Teluk Intan petang semalam.

BIAR GAMBAR BERBICARA .. SIAPA YANG KENA HALAU?


Semalam semasa pasukan kempen calon DAP/PR PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Daud menjalankan kempen di sebuah Pasar tani di padang tembak, Teluk Intan, beliau telah diganggu oleh dua ekor samseng taik kucing pro UMNO sambil terjerit terlolong dan buat bising dengan motosikal kapcainya dengan mengeluarkan asap yang menganggu para pengunjung pasar tani tersebut.

Macai-macai UMNO dalam alam siber sama ada laman sosial atau blog buat kisah kononnya rombongan Dyana Sofya kena hambat tetapi jika dilihat pada rakaman gambar diatas yang kena perhambat ialah samseng taik kucing UMNO sendiri oleh pihak polis yang datang menyiasat.

UMNO dah tak de modal nak lawan .. nak pakai otak .. otak sebesar biji kacang .. jadi terpaksalah pakai politik samseng.

Berpolitiklah secara berhemah dan matang bukannya cara sampah dan haiwan.
Posted by 
22 hrs 
 

Why am I not surprised that UMNO Youth thugs will turn up to heckle and disrupt our candidate on her campaign trail.

As if on cue, these hoodlums came with their motorbikes, revved noisily, blocked the road and heckled the campaign team incessantly during Dyana's visit to Rumah Awam Padang Tembak pasar malam.

Well, a cool Dyana just shrugs it off. You go, girl!#DyanaforTelukIntan
 — with Azmi Elias and Sudin Abdul Latif.
Read More

Sunday, 31 March 2013

Wanita Umno Tubuh Pasukan Anti 'Huru-Hara' Pakatan: Kah! Kah! Samseng UMNO Bermulut 18SX!

Ahad, 31 Mac 2013
Imej Ganas Puteri UMNO
Samseng UMNO Bermulut 18SX
Ayam Pun Ngekek Tengok Perangai Samseng!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena