Showing posts with label Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Shahrizat Abdul Jalil Bida WA10E dengan harga RM20,000...

Khamis, 19 Jun 2014

Shahrizat Abdul Jalil Berjaya Bida WA10E Dengan Nilai 20,000.



Dengan 20,000 tue aku boleh jadikan deposit untuk beli rumah ataupun berniaga. Macam tue la yang ada dalam pemikiran rakyat marhaen macam aku. Jadahnya aku nak berhabiskan beribu2 ringgit untuk beli no plat. Orang yang sangat kaya pun aku rasa akan fikir dua tiga kali juga melainkan dia betul2 dah tatau nak buat apa dengan duit dia yang banyak berkepuk2 tue maka mungkin la dia sanggup nak beli no plat mahal2.

Yang paling mahal sekali WA1E. Yeo Geok Beng. RM180,000.00. Ini ada kaitan dengan kroni2 UMNO ke takde? Sapa2 tolong la check ek.

KAH KAH KAH

WA6E no 2. Danny Yin Yew Kuan. RM70,000.

Gila ah.

Beratus2 ribu punya harga. Rumah kos rendah pun kalah dibandingkan dengan no plat wei. Aku rasa JPJ untung kaw2 punya dengan no plat neh. Itu pasal dulu ada cadangan nak beri hak buat no plat kat JPJ aje. Kedai2 biasa tak boleh buat. Nasib baik cadangan batal. Hatta jual no pun kemain untungnya lagi. Inikan pula ko jual komponen2 no plat. Tak puas2 untung lagi ke hapa ko neh JPJ?

KAH KAH KAH

Korang tengok ek. Berapa banyak orang2 kaya kat Malaysia neh. Aku dan ko aje yang tak berduit kot. Nak beli no2 plat neh. Redha je la.

Tengok gambar jap ;


Ini semua tender baru2 punya. Bulan ini. Nampak tak ratus ribu orang beli no plat. Yang murah pun ada. RM360. Haha steady je si Mohammad Asri bida. Sekali dapat la pula. No plat neh pun sebenarnya bisnes juga. Aku pun tatau. Baru tahu. Korang tengok je la kat sini. Kalau rajin g godek satu persatu gambar. Kot2 dapat nama menteri2 BN yang bida ke.. boleh buat isu.

Kbai.

Ameno World


Read More

Saturday, 17 May 2014

Dyana Sofya: Shahrizat pun main kotor... ingatkan lelaki aje!

Ahad, 18 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Shahrizat pun main kotor kata Guan Eng

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyelar ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang didakwanya mematahkan semangat golongan wanita menyertai politik melalui kritikan ke atas calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud

Lim berkata, kenyataan Shahrizat yang menyifatkan Dyana Sofya sebagai "kosmetik" dan "alat serta boneka DAP" itu merupakan taktik kotor untuk mematahkan semangat golongan wanita dari menyertai politik.

"Saya ingat hanya orang lelaki main kotor, orang perempuan pun main kotor juga," katanya dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang pada malam tadi.

"(Shahrizat Abdul Jalil) kata calon Teluk Intan kita Dyana Sofya Mohd Daud hanyalah kosmetik dan boneka.

"Siapa yang kata begini? Itu ketua Wanita Umno sendiri, dan siapa dia? Dia tidak bercakap tentang lembu, tapi tentang kosmetik sekarang," katanya.

Beliau merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation melibatkan anggota keluarga bekas menteri itu.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Shahrizat berkata tindakan DAP mengumumkan Sofya sebagai calon pilihan raya kecil tersebut sebagai lakonan.

Katanya, beliau kasihan denghan Sofya yang menurutnya membiarkan diri diperalatkan.


"Pelantikan itu dianggap sebagai lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.

"Saya juga kasihan kerana dia sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan bonek kepada DAP.

"Keterbukaan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon mereka bagi PRK Parlimen Teluk Intan hujung bulan ini dilihat hanya kosmetik dalam menggambarkan parti itu tidak bersifat cauvinis," katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Kenyataan itu timbul selepas Lim mengumumkan peguam muda itu sebagai calon DAP untuk pilihan raya kecil itu.

Dyana Sofya, 27 bakal berdepan dengan presiden GERAKAN Mah Siew Kong, 53, seorang bekas timbalan menteri.

Read More

Friday, 31 January 2014

Video Shahrizat PRK Kajang.. .SANDIWARA Terjungkit-terjungkit!

Sabtu, 1 Februari 2014


(Video) PRK N.25 Kajang : Terjungkit-Terjungkit Mulut Mat Ijat Mengata PR Beb !


Menurut kata beliau beb "Tindakan Mengosongkan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang adalah sebagai MEMPERLEKEHKAN SISTEM DEMOKRASI, tindak tanduk Pakatan Pembangkang itu terutama nya PKR ternyata tidak bertanggungjwab kerana mengutamakan Agenda Politik Sempit. Negara baru sahaja menghadapi Pilihanraya Umum di mana Pakatan Pembangkang telah Menang dan mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor, namun Lee Chin Cheh Meletakkan Jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Dia bukannya Sakit ataupun Muflis, tidak ada apa-apa, Sihat Walafiat tetapi tiba-tiba Meletakkan Jawatan sebagai ADUN".

Tambah nya lagi "Kalau macam tu, tak payahlah Bertanding dulu. Kami Wanita BN melihat tindakan ini sebagai Memperlekehkan Sistem Demokrasi yang diamalkan di dalam negara kita. Kita bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang, tidak ada masalah tetapi Hakikatnya Anwar Ibrahim dan Kuncu-Kuncunya Mempergunakan Sistem Demokrasi yang ada untuk SANDIWARA mereka. Percaturan Politik Pakatan Pembangkang hanya kerana mahu menjayakan AGENDA PERIBADI seorang pemimpin di kawasan tersebut, mereka meletakkan jawatan SESUKA HATI. Ini satu PENGHINAAN KEPADA RAKYAT dan pengundi di kawasan DUN Kajang".


Terjungkit-Terjungkit Mulut lu Mengata Pakatan Rakyat (PR) ya Mak Ijat konon nya Mempermainkan Sistem Demokrasi lah... Menghina Pengundi Kajang lah dan bla bla bla bla. Lu tak sedar ke kerana Sistem Demokrasi lah sampai membawa kepada LEMBU NFC duduk di Kondominium, lu sudah lupa ke Mak Ijat ke atau kerana lu terlalu banyak sangat Makan OTAK LEMBU NFC kot. Begini lah Mat Ijat gua rasa ada Baik nya lu Cermin dulu Muka lu tu sambil bawa LAMBANG UMNO yang ada Gambar KERIS TELANJANG tu ok. Kemudian lu tanya Cermin tu sama ada betul atau tidak apa yang lu cakap tu, kalau Cermin tu tak menjawap tak apa lu tinggalkan aje.

Cuma semasa lu hendak tidur lu cakap kat Laki lu begini "DARLING  DARLING KALAU DARLING TIDUR NANTI JANGAN MIMPI LAIN SELAIN DARI MIMPI I TAHU, KERANA YOU DULU DAPAT PROJEK LEMBU NFC LANGSUNG TAK CAKAP DENGAN I, SEDANGKAN I ADALAH SALAH SEORANG MENTERI KABINET DI MASA ITU YOU TAHU TAK DARLING. SAMPAI HATI YOU TAK CAKAP DENGAN YA"... kah kah kah... mulut kalau dah jenis LONGKANG beb mana ada rasa MALU, lu tengok aje Tindak Tanduk Umno and The Gang dari Pemimpin sampai lah ke Penchacai semua nya DUA KALI LIMA beb...  kah kah kah !.
hemmmmm..... kenapa umno and the gang takut sangat untuk menghadapi prk n.25 kajang beb, kerana dia tahu dia orang akan kalah kecuali dengan kuasa allah swt. pada hukum akal tak ada jalan umno/bn untuk menang walau keluar air mata darah sekali pun semasa merayu undi... kah kah kah... A B U.
Read More

Friday, 6 December 2013

Video Memang 'Bangsat' ...Shahrizat

Jumaat, 6 Disember 2013
Siapa Bangsat?
Photo: Tuan Guru Presiden turun membantu mangsa banjir.
Photo: Sebarkan
Photo: ‎Syabas unit amal  PAS ... membantu seluruh makhluk Allah yang terjejas akibat banjir ... segala sumbangan anda ان شاء الله dalam timbangan yang berat di sisi Allah ... amiin‎
Syabas unit amal PAS ... membantu seluruh makhluk Allah yang terjejas akibat banjir ... segala sumbangan anda ان شاء الله dalam timbangan yang berat di sisi Allah ... amiin
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat shared Dewan Ulamak PAS Pusat's photo.

Shahrizat Kata Pakatan Rakyat Bangsat!


NONE
Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.

"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.......selanjutnya
IdaMan

Published on Dec 5, 2013
Umno Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil has lashed out at the opposition for claiming Umno leaders are having a ball at PWTC instead of responding to the flood situation in Kuantan.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO VS RAKYAT MANGSA BANJIR

http://2.bp.blogspot.com/-za7TxscRtgo/UqGqH-r8W5I/AAAAAAAAq9E/njWGJsd_uTg/s1600/banjir+kuantan+jamuan+n+menyayat.bmp

Read More

Friday, 5 April 2013

UMNO/BN Tidak Iktiraf Artis & Seniman Tanahair: Seronak2 @ Berhibur Boleh Le...Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol

Jumaat, 5 April 2013
Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol



KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand.

"Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.
Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol.

"Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.

Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti.

"Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga.

"Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman.
Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.

Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu.

"Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.

Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.

BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena