Showing posts with label Siapa pengkhianat negara. Show all posts
Showing posts with label Siapa pengkhianat negara. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

[Video Dr Dzulkefly: Siapa Pengkhianat Negara FORUM LAPORAN PAC 1MDB] Faiz anggap Nik Abduh ulangi khurafat Umno.

Rabu, 10 Mei 10`7

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Parti Amanah Negara telah menambah 2 foto baru
6 jam
Wesak Day Celebrations For Buddhists in Teluk Intan.#MediaOrenPerak
Faiz anggap Nik Abduh ulangi khurafat Umno
Faiz anggap Nik Abduh ulangi khurafat Umno
'Khurafat baru' anggap hanya Pas perjuang Islam, kata Faiz Fadzil
Pas sekarang seperti mengulangi khurafat yang Umno mainkan selama ini, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
"Jika dahulu hegemoni hanya Umno memperjuangkan Melayu adalah khurafat, tetapi hari ini hegemoni hanya Pas memperjuangkan Islam adalah khurafat baru," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tidak menjamin usaha mendaulatkan Islam.
"Tuduhan bahawa kemenangan pembangkang akan membantutkan hasrat mendaulatkan Islam adalah satu pendirian yang tidak bertanggungjawab.
"Syariah dan syiar Islam tetap terpelihara apabila kerajaan ditadbir Pakatan Harapan seperti yang ditunjukkan di Pulau Pinang dan Selangor.
"Tiada beza antara syariah dan syiar Islam di Kelantan dan Pulau Pinang. Kedua-dua negeri ini tidak juga melaksanakan hukuman hudud yang diperjuangkan Pas atas faktor kekangan undang-undang dan pentadbiran," bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Menurut Faiz, polisi bersama Pakatan Harapan adalah mempertahankan Perlembagaan negara dan ini termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
"Jika Pas berhasrat menunjukkan mereka lebih Islam dengan bersandarkan pada RUU (Rang Undang-undang) 355, ianya juga masih tergantung selepas dua tahun dipolemikkan," tegas Faiz.
Semalam, Nik Abduh dalam wawancara yang dimuatkan lebih separuh halaman di akhbar Utusan Malaysia turut menganggap Pas dan Umno mempunyai kelebihan berbanding Pakatan Harapan jika berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, Pas sudah tidak lagi berminat untuk menjatuhkan rejim Umno-BN memandangkan sejarah demokrasi pilihan raya di negara ini menunjukkan tiada mana-mana parti politik mampu membentuk kerajaan jika bertanding secara bersendirian.
"Strategi paling ampuh untuk menjatuhkan Umno-BN ialah permuafakatan pembangkang (tahaluf siyasi) supaya seluruh kekuatan pembangkang digembleng dan digabungkan bersama bagi menentang parti pemerintah itu.
"Atas dasar ini, Pas dahulu bergabung dalam pakatan pembangkang yang menyaksikan Pas mampu membentuk kerajaan di negeri Kelantan melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Terengganu melalui Barisan Alternatif (BA) dan Kedah melalui Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas PRU12," jelasnya.
Sebaliknya, beliau memberitahu Pas kalah teruk apabila pakatan pembangkang berpecah seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1995 dan 2004.
"Sehingga Pas hilang kerajaan Terengganu dan hanya mampu mempertahankan tujuh kerusi Parlimen daripada 27 yang dimenangi dalam PRU pada 1999 yang merupakan kejayaan terbesar Pas di era pimpinan Almarhum Fadzil Noor," ujarnya.
Sehubungan itu, Faiz berpendapat keengganan Pas untuk bersama blok pakatan pembangkang yang baharu iaitu Pakatan Harapan bercanggah dengan sikap Pas pada era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang begitu kuat menyokong mempertahankan Pakatan Rakyat.
"Pakatan pembangkang selama ini walaupun dianggotai pelbagai parti politik yang berbeza ideologi, namun mereka bersatu di atas dasar, tujuan dan rangka kerja yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Umno-BN bagi melakukan perubahan, reformasi dan islah dalam sistem pemerintahan negara," tambahnya lagi.
Read More

Sunday, 17 April 2016

Laporan PAC 1MDB: Siapa Pengkhianat Negara!

Ahad, 17 April 2016
Laporan PAC 1MDB: Siapa Pengkhianat Negara
Laporan PAC mengenai 1MDB yang telah dibentangkan pada 7 April 2016 cuba menjawab 5 persoalan besar iaitu :
1- Di mana silapnya?
2- Bagaimana ini boleh berlaku?
3- Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan?
4- Siapa yang bertanggungjawab?
5- Apakah cadangan PAC bagi memperbaik 1MDB?
Pemuda AMANAH beranggapan terdapat sekurang-kurangnya dua lagi soalan penting yang perlu dijawab iaitu :
1. Adakah PM/Menteri Kewangan/ Penasihat 1MDB tidak bertanggungjawab langsung dalam masalah tadbir urus 1MDB
2. Apakah kesan 1MDB kepada negara dan siapa sebenarnya pengkhianat Negara?
Oleh hal yang demikian, Pemuda AMANAH mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum Laporan 1MDB: Siapa Pengkhianat Negara.
Butir-butir program adalah seperti berikut
Tarikh: 19 April 2016
Hari: Selasa
Masa: 8malam
Tempat: Gerak Budaya
Kaunter daftar pemilih juga akan dibuka.
Jumpa anda disana!
Sebarkan
Read More

Sunday, 24 November 2013

Siapa pengkhianat negara? Terimalah ia sebagai satu ketentuanNya...

Isnin, 25 November 2013
Oh Malaysia, Tanah Airku!

Tak bayar cukai, pengkhianat negara..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri
Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena. - Bernama, 

Segarkan ingatan anda...

Siapa pengkhianat negara? Perasuah?

 perampas tanah rezab melayu? 


Hilangkan saham bumiputera RM 52 bilion? Skandal PKFZ? Bailout RM 500 juta 

kpd Tajudin Ramli? 


Skandal Perwaja? yg hilangkan Pulau Batu Putih ke Singapore? Projek IC kod 

pendatang sehingga  ada pengawal dari pendatang asing boleh dpt kerja di 

bank siap dpt senjatapi dan bunuh rakyat msia? 


Yang menipu dlm isu dakwat kekal yg tak kekal berperisa 

makanan? 


Yang beli pesawat jenis lain tapi juruterbang dilatih memandu pesawat jenis 

lain? 


Komisyen kapal selam RM500 juta? Naikkan harga minyak? Naikkan harga gula

 disaat dunia turun harga gula?


Lesapkan RM 52 Billion Saham Bumiputera tak khianat, Seleweng RM 250 juta 

NFC tak khianat.... Rakyat tak bayar cukai , khianat.... Terbaek PM Malaysia...
Posted by canang

Foto 10 Kapal Selam Paling Mematikan Di Dunia

Kak Ijat tak leh 'jegil' kat lembu tau.....terimalah ia sebagai satu ketentuanNya

 lembu,  padang rumput,  ragut,  berehat,  rumput ,  Chiapas , Mexico, autor: Kresimir Kovac.
Kak Ijat tak boleh marah pada lembu.....apatah lagi boikot daging lembu...nanti bila tiba musim haji nak buat korban kan?

Walau pun kambing dibolehkan tapi rakyat Malaysia sudah serasi dengan lembu.

Kak Ijat tak boleh 'jegil' atau marah pada CEO NFC kerana gagal batal dua tuduhan pecah amanah sebanyak RM49.7 juta......seperti DI SINI kerana tempat jatuh lagi dikenang.....inikan pula tempat bermanja-manja......terimalah ia sebagai ketentuanNYA.

Kak Ijat tak boleh singsing lengan baju apatah lagi selak kain......kena pulak kalau kain warna merah, lagi mengamuk lembu-lembu tu.

Kak Ijat patut bersyukur kerana terpilih lagi jadi Ketua Wanita Umno walaupun 'lembu-lembu' sibuk memberi 'senyuman sinis' kepada perwakilan..

al-brangionline:
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena