Showing posts with label Sujud Syukur. Show all posts
Showing posts with label Sujud Syukur. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

الحمد لله hebat bebudak ni 'Sujud Syukur'... Sekolah Sains Tapah sejurus selesai exam SPM

Rabu, 26 November 2014
Photo: Masyallah hebat bebudak ni.

Lokasi Sekolah Sains Tapah sejurus selesai exam SPM
Masyallah hebat bebudak ni.

Lokasi Sekolah Sains Tapah (SESTA) sejurus selesai exam SPM
 
— with Nur Farah Saiba MoHamad and 7 others.



Photo: Pelajar SPM sekolah agama menengah Bestari usj5 sujud syukur selepas tamat SPM.
Pelajar SPM sekolah agama menengah Bestari usj5 sujud syukur selepas tamat SPM. — with Azril Ali and 5 others.
Photo: Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sejurus selepas tamat peperiksaan SPM
Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sejurus selepas tamat peperiksaan SPM — with Amir Ikram Jefry and 4 others.

Read More

Thursday, 28 November 2013

Sujud Syukur: Pro-Mahasiswa UM yang menang bergaya Pilihanraya Kampus...28 Nov 2013

Jumaat, 29 November 2013

Sujud Syukur

Sujud Syukur — Tahniah kepada calon² Pro-Mahasiswa UM yang menang bergaya Pilihanraya Kampus hari ini 

Photo: Sujud Syukur — Tahniah kepada calon² Pro-Mahasiswa UM yang menang bergaya Pilihanraya Kampus hari ini
Sujud Syukur Oleh Penyokong Pro-Mahasiswa Atas Kemenangan Bergaya Mereka Sempena PRK Universiti Malaya, Hari Ini... 

Pro Mahasiswa Universiti Malaya (Pro M UM) telah menang dalam pilihanraya kampus (PRK) kampus tersebut.

Kemenangan yang berjaya dicapai itu merangkumi 26 kerusi dimenangi Pro M UM, di samping Penggerak Mahasiswa (GERAK) 14 kerusi dan Bebas 3.

Pengerusi badan penyelidikan bebas Ilham Centre, Hisomudin Bakar menyebut melalui laman facebook badan berkenaan, bahawa kemenangan Pro M UM itu sedikit sebanyak menunjukkan cerminan undi anak muda dalam pola politik Malaysia.

“Kemenangan Pro-Mahasiswa yang dilihat cenderung kepada Pakatan Rakyat di beberapa kampus utama tanah jelas menunjukkan pola pengundian sama dalam PRU-13 yang lepas”, jelas beliau.

“Walaupun terdapat dapatan beberapa kajian yang menyatakan pengundi muda terutama pengundi pertama kali atau first time voter (21-25 tahun) sokongannya adalah seimbang antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ianya masih boleh diperdebatkan lagi”, tambah beliau lagi.

Kemenangan Pro M UM pada PRK kali ini adalah yang kemenangan kali ketiga berturut-turut sejak PRK sesi 2011/2012, diikuti 2012/2013 (namun kabinet berpihak kepada GERAK). -mahasiswakini

Tahniah!!!!

mahasiswakini



APA ITU SUJUD SYUKUR?


Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat pekerjaan. mendapat keputusan yg cemerlang dalam exam juga merupakan nikmat yg besar dan tidak selalu berlaku (?) TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yg biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau MENDAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
  • BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
  • MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR? 
Mengadap kiblat
1.  Niat. 
          " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. Takbiratul ihram
            angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. Satu kali sujud
4. Bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
5. Duduk selepas sujud lalu memberi salam
6. Salam
           sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Nota tambahan:

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 


D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 


  • 1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
  • 2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
  • 3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).

    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

    Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)

    Read More

    Sunday, 30 June 2013

    Hasil tarbiah berterusan dari Tok Guru. Sejuk hati Tok Guru tengok anok-anok Kelate gini...Kelantan Menjuarai Piala FA

    Ahad, 30 Jun 2013




    Alhamdulillah.. hasil tarbiah berterusan dari Tok Guru. Sejuk hati Tok Guru tengok anok-anok Kelate gini...
    Kemenangan Pasukan Bolasepak Negeri KELANTAN Menjuarai Piala FA Adalah Hadiah Buat;
    1. Sultan Muhammad Ke-V
    2, Perkahwinan Tengku Amalin
    3. Menteri Besar Baru Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob
    4. Persaraan TG Nik Aziz Nik Mat
    5. Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa
    6. Penyokong Bolasepak Kelantan/Terengganu & Pahang
    Gambar ~fb
    Posted by Addin Deen
    kelantan juara final piala fa 2013 Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013 (Video Jaringan Gol)
    Penyokong Red Warriors
    Kelantan juara Piala FA 2013 – Tahniah!
    Skuad “The Red Warriors” tidak menghampakan seluruh rakyat negeri itu dan puluhan ribu penyokong setia mereka yang hadir memberi sokongan jitu di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir piala FA 2013
    Dengan kemenangan itu, sekali gus  pasukan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan yang sama yang diraih musim lalu
    juara piala fa 2013 kelantan juara piala fa 2013
    Mengenai aksi perlawanan itu, pasukan Kelantan terlebih dahulu di depan hasil jaringan Nurfarhan Muhammad pada minit ke-16
    JDT yang dikejutkan dengan jaringan awal perlawanan dari lawan, sedaya upaya memburu gol penyamaan, namun usaha mereka berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang terutamanya Obinna Nwaneri dan Nik Shahrul Azim
    Babak kedua menyaksikan corak permainan yang seimbang yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat tiupan wisel terakhir pengadil perlawanan
    Keputusan penuh Kelantan 1 – 0 Johor DT
    My Sumber - http://www.mysumber.com/bola/kelantan-juara-piala-fa-2013#ixzz2Xf73Q8y3
    Read More
    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena