Showing posts with label Syed Saddiq. Show all posts
Showing posts with label Syed Saddiq. Show all posts

Friday, 15 February 2019

[Video Syed Saddiq, dimaki 'bangsat, babi'] Syed Saddiq di'BABI"kan lagi kali ini di Semenyih & Nyaris kena pelangkung penyokong BN.

Sabtu, 16 Februari 2019

Syed Saddiq nyaris kena pelangkung penyokong BN - Pemuda Bersatu

Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa nyaris dipelangkung sekumpulan individu yang dipercayai penyokong BN pagi tadi.
Penolong Setiausaha Pemuda Bersatu Ahmad Redzuan Mohamed Shafi yang berada di samping Syed Saddiq ketika kejadian membuat dakwaan tersebut.
"Ada empat orang, YB, pegawai keselamatannya, setiausaha politik dan saya sedang berjalan ke arah kereta dari pusat penamaan.
"Kemudian, penyokong BN mula memprovokasi kami dari jauh," katanya kepada Malaysiakini.
Redzuan mendakwa penyokong berbaju biru itu mula bersikap kasar dan memaki hamun Saddiq, selanjutnya hampir-hampir menjadi satu serangan fizikal.
"Terdapat sekumpulan empat orang menjadi ganas dan cuba merempuh ke arah YB.
"Mujurlah anggota polis yang ada di sekitar berjaya mengawal keadaan," katanya.
Dicaci "babi, bangsat, hancing"
Kinitv dapat merakam kejadian itu yang menunjukkan beberapa anggota polis trafik mengiringi Saddiq ke keretanya manakala sekumpulan penyokong BN mengekori mereka dari belakang.
Sementara itu, Syed Saddiq dalam suatu kenyataan berkata akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Nak caci saya "babi, bangsat, bodoh, hancing" saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara.
"Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, ini dah melampau!
"Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular di kalangan masyarakat kita," katanya lagi.
Saddiq menjelaskan beliau tidak menggunakan pemandu hari ini kerana tidak hadir sebagai seorang menteri.
"Dalam perjalan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya.
"Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu," katanya.
Beliau beterima kasih kepada anggota polis dan Unit Amal PAS kerana melindunginya daripada diserang.
"Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang," jelasnya lagi.
Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan mengenai kejadian itu berkata polis sedang menyiasat kes itu.
Read More

Thursday, 31 March 2016

Syed Saddiq - Keluarga saya tidak akan lagi undi PAS..."Kecewa kerana PAS lari daripada perjuangan asal".

Khamis, 31 Mac 2016

Keluarga saya tidak akan lagi undi PAS – Syed Saddiq

 | March 31, 2016
Beliau dan keluarga kecewa kerana PAS lari daripada perjuangan asal dan gagal melihat skandal dalam 1MDB sebagai rasuah.
Syed Saddiq
PETALING JAYA: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS sekarang ini  lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.
Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.
“Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.
“Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.
“Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,”katanya menerusi kenyataan Facebooknya.
Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan.
“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam.Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan.
“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya.
FMT.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena