Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Video Moving Forward! Pro-Mahasiswa (GMUKM) menang besar pilihan raya kampus di UKM kali ini...KUMPULAN ASPIRASI KALAH TERUK!

Sabtu, 26 Oktober 2013
Kerusi yang dimenangi Pro-Mahsiswa (GMUKM) adalah sebanyak 22 kerusi, manakala 4 Aspirasi dan 1 Bebas



Kemenangan pada sesi kali ini menyaksikan GMUKM berjaya mengekalkan kemenangan 3 kali berturut-turut dengan mengalahkan Aspirasi UKM bermula pada sesi 2010/2011



Makna kemenangan besar Pro-Mahasiswa di UKM
Tahniah buat rakan-rakan GMUKM (Pro-Mahasiswa di UKM) yang menang besar dalam PRK hari ini, khabarnya menguasai 22 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan.

Tanggungjawab besar menanti anda, terutama untuk memberikan makna dan pengisian kepada gerakan pelajar yang matang, berwibawa dan berkesan.

Proses PRK yang bermula hujung Khamis lepas, dengan pelbagai karenah memalukan, khususnya komplot HEP ...(yang sewajarnya mengendalikan pilihan raya kampus dengan adil, bebas dan bersih), dan Kementerian Pendidikan, patut diambil iktibar.

Sesungguhnya tntutan agar PRK dikendalikan oleh badan bebas dan lebih berwibawa termasuk melibatkan mahasiswa sendiri -- dan bukan lagi HEP -- wajar diperjuangkan dengan lebih serius dan sistematik.

Ketempangan proses dan sistem PRK mesti didedahkan kepada masyarakat umum. Universiti yang sepatutnya menunjukkan teladan bagaimana demokrasi diamalkan, rupa-rupanya menunjukkan contoh buruk dan mengaibkan.

Dan yang tidak kurang pentingnya, anda mahasiswa, biar mempunyai kecenderungan politik berbeda, biar datang daripada kelompok Pro-M mahupun Aspirasi, atau juga Bebas, diharapkan dapat bersama dalam agenda gerakan pelajar yang lebih besar dan tulis. Bukan hanya terhadap dunia kampus tetapi juga memenuhi hasrat dan aspirasi umat-negara.

Malaysia kini berada di persimpangan yang kritikal dan amat memerlukan partisipasi proaktif rakyat, apatah lagi daripada golongan mahasiswa yang sedar, peduli, insaf dan tidak berkepentingan.

Salut buat mahasiswa semua ...
Posted By Greenboc

TAHNIAH :  GMUKM Menang Besar Pilihanraya Kampus UKM

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menang besar pada pilihan raya kampus kali ini.

Kerusi yang dimenangi adalah sebanyak 22 kerusi, manakala 4 Aspirasi dan 1 Bebas.

ini telah dibuat secara rasmi oleh TNC HEPA UKM, Prof Othman Karim selaku ketua jawatankuasa pemilihan pelajar di Pusat Teknologi Maklumat di UKM.

Walaubagaimanapun, peratus pelajar yang keluar mengundi pada pilihan raya kampus kali ini sedikit merudum, iaitu sebanyak 60% berbanding sebelum pada ini melebihi 80%.

“Hal ini mungkin disebabkan oleh kesediaan pelajar UKM dalam menghadapi suasana pilihanraya kampus dalam keadaan terkejut, kerana selepas cuti hari raya Aidiladha,” ujar Pengerusi GMUKM, Abdullah Sani Hashim.

Katanya, antara faktor kekuatan GMUKM adalah dengan kehadiran rakan baru seperjuangan Student Unity Front (SUF) yang mewakili kaum China di UKM.

Selain itu, ujarnya ruang media social facebook juga antara penyumbang terbesar kemenanangan GMUKM .

Katanya, video ‘UKM & Darah’ dan ‘video stylo calon-calon fakulti’ antara cetusan menarik kempen GMUKM kerana mencapai sehinggga ribuan ‘like’ hanya dengan beberapa hari.

Selain itu, kata beliau antara kekuatan lain adalah slogan ‘Moving Forward’ sebagai tagline GMUKM pada kali ini.

“Selain memberi impak besar kepada mahasiwa slogan ini diterjemahkan lagi dengan dengan perspektus ‘Moving Forward‘ iaitu tawaran manifesto GMUKM kepada mahasiswa andai PMUKM dimenangi sekali lagi,” ujarnya.

Katanya, walaupun GMUKM terpaksa menghadapi musibah rumah penginapan calon wanita dilempar sejenis bom buatan yang hampir membakar rumah, termasuklah disertakan ugutan ‘Tarik diri atau mati‘ sehari sebelum pengundian.

“Namun, ini bukan kali pertama kita diugut bunuh, hal ini berlaku dari tahun sebelum pada ini lagi. Calon-calon GMUKM tetap mengorak langkah walaupun diugut bunuh.

“Akhir, Alhamdulillah kemenangan besar Pro Mahasiswa di UKM kali ini, saya harapkan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada seluruh Pro Mahasiswa yang berada di Malaysia, bahawa kita mampu menewaskan aspirasi seteru utama kita,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua mahasiswa di seluruh universiti di Malaysia, memulakan politik mahasiswa kelas pertama.

“Di UKM kita semai politik matang dan nilai, ‘debat presiden’, ‘debat manifesto calon’, ‘kreativiti kempen’ antara yang diutamakan , semuanya adalah suasana baru politik kampus yang diadakan di UKM.

“Saya sarankan kepada rakan-rakan yang akan menghadapi Pilihan raya Kampus, wujudkan suasana ini dan kita mestilah bersedia mengubah suasana politik keji yang berlaku hari ini,” katanya lagi. -Harakahdaily.
PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2013 ...KUMPULAN ASPIRASI KALAH TERUK DI TANGAN GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM)
www.ukm.my
Proses pembuangan undi bagi Pilihanraya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan menjadi milik GMUKM dengan majoriti yang besar.

Hasil tinjauan mendapati, sebanyak 22 kerusi calon berjaya dimenangi oleh GMUKM daripda 27 jumlah kerusi keseluruhannya. Kumpulan dari Aspirasi hanya berjaya memenangi 4 kerusi dan selebihnya satu kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Kemenangan pada sesi kali ini menyaksikan GMUKM berjaya mengekalkan kemenangan 3 kali berturut-turut dengan mengalahkan Aspirasi UKM bermula pada sesi 2010/2011.

Perjalanan proses pilihanraya kampus UKM kali ini bermula dengan proses penamaan calon pada 18 Oktober lalu dan diberi tempoh berkempen selama 4 hari kepada semua calon yang bertanding sehinggalah jam 12 tengah malam sebelum proses pembuangan undi berlaku.
Posted by OMAK KAU
Read More

Wednesday, 27 February 2013

*Terkini DUN MANJOI MAHASISWI BANGKIT: ROSMAH Mansur Lari......

Khamis, 28 Februari 2013
TERKINI! Rosmah Mansur lari ikut 'Pintu Belakang' dikejar Mahasiswi..

cikliezaonline.blogspot

Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau. 



Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

- See more at: http://www.pencacai-semalaysia.com/2013/02/terkini-rosmah-mansur-lari-dikejar.html#sthash.5Jq16zke.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena