Showing posts with label Umno Berjaya Peralatkan PAS. Show all posts
Showing posts with label Umno Berjaya Peralatkan PAS. Show all posts

Sunday, 7 January 2018

[Video Umno Pas Sedang Berkhalwat & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Agihan kerusi Bersatu terbanyak sangkal tohmahan PH didalangi DAP.

Isnin, 8 Januari 2018


Agihan kerusi Bersatu terbanyak sangkal tohmahan PH didalangi DAP

Agihan kerusi Bersatu terbanyak  sangkal tohmahan PH didalangi DAP

Penganalisis politik berpendapat agihan kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung yang menyaksikan Bersatu diperuntukkan 52 daripada 165 kerusi secara tidak langsung menafikan tohmahan Umno-BN kononnya Pakatan Harapan didalangi DAP.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, pelbagai pertimbangan tentunya diambil kira dalam rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan sebelum ini dengan mengambil kira status Bersatu sebagai parti mewakili Melayu.

Hisomuddin Bakar

“Pastinya, banyak faktor antaranya bagaimana PH (Pakatan Harapan) hendak menjawab soal dominasi atau tonggak parti. Walaupun parti baru, komposisi Bersatu yang mewakili Melayu perlu signifikan untuk bertempur dengan Umno.

“Mesej perlu dihantar dengan jelas kepada pemilih terutama pengundi Melayu. Pakatan Harapan bukan alat atau percaturan politik DAP,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline sempena Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen IDCC semalam.
Ditanya tentang wujudnya gejala ‘Abang Long’ dalam Pakatan Harapan berhubung agihan yang menyaksikan AMANAH diperuntukkan jumlah kerusi paling sedikit, beliau menolak tanggapan tersebut.
“Tidak wujud situasi Abang Long di sebalik agihan ini. Hanya mungkin mendatangkan sedikit ralat dan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian jentera (pilihan raya) yang sebelum ini telah bekerja keras,” katanya.
Sehubungan itu, Hisomuddin menyifatkan AMANAH boleh mengimbangi kekurangan peruntukan kerusi Parlimen tersebut di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun).
“AMANAH boleh membantu kekuatan Pakatan Harapan di peringkat negeri. Di Johor dengan dua kerusi Parlimen diperoleh, mereka perlu menyumbang tenaga di peringkat negeri.
“Begitu juga di Perak yang difahamkan diperuntukan empat kerusi (Parlimen) dan Kelantan, lima. Di Selangor, AMANAH terlepas Sungai Besar.
“Jadi, mungkin akan memberi impak kepada jentera pilihan raya yang bertungkus lumus pada pilihan raya kecil tahun 2016 lalu,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat usaha menjatuhkan kerajaan Umno-BN dalam PRU-14 yang bila-bila masa sahaja akan diadakan ini tidak harus beralih tumpuan.
“Sudah menjadi fitrah dan lumrah politik. Apa paling utama tumbangkan rejim dan itu adalah fokus Pakatan Harapan.
“Jadi, sama ada Bersatu, PKR, DAP dan AMANAH, keempat-empat parti gabungan perlu tumpu kembali kepada objektif dan sasaran utama Pakatan Harapan pada PRU-14 ini,” tambahnya lagi.
MD.
Read More

Sunday, 31 December 2017

[Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?

Isnin, 1 Januari 2018


Mahfuz isytihar keluar Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam ini
Malaysia Dateline

Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS


Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
No 11 Taman Al Walid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah

Yb Dato' Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (Pas)
No 318A,Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.                                                        31 Disember 2017
                                                                                             12 Rabiulakhir 1439H

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Tuan,

Per: PEMBERHENTIAN MENGANGGOTAI PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS)
Merujuk perkara diatas,saya Mahfuz Bin Omar nombor kad pengenalan 570825-02-6067 dan ahli Pas yang bernombor  0166398 (ahli bagi Pas Kawasan Pokok Sena) dengan ini memaklumkan untuk tindakan pihak tuan,berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 15 (2) dengan ini berhenti dari menganggotai Pas berkuatkuasa  jam 11.59 malam hari ini 31 Desember 2017.

Pemberhentian saya sebagai ahli Pas yang saya sertai selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984 adalah ekoran dari tindak tanduk tidak sihat kepimpinan tertinggi Pas dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam. Antaranya pengurusan RUU 355 yang dinyatakan oleh Pas sebagai nyawa Pas tetapi akhirnya dilihat memperalatkan RUU 355 untuk kepentingan politik semata-mata. Sikap berkecuali Pas dalam isu Bajet beberapa tahun mutakhir ini dan yang terakir pendirian berkecuali Pas di Parlimen dalam pengundian Bajet 2018 dilihat sebagai satu pengkhianatan pada kesusahan,kesengsaraan dan penderitaan rakyat dari bajet yang mencekek kehidupan rakyat. 
Begitu juga pendirian Pas yang hanya menyasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen sahaja pada pru14 nanti adalah menunjukan ketidaksediaan Pas untuk mengambil alih urusan pemerintahan negara dari pemerintah klaptokrat Umno Bn. 
Sedangkan rata rata ahli Pas di akar umbi mahukan peralihan kuasa pemerintahan berlaku pada pru14 akan datang untuk keluar dari beban kos sara hidup dan menyelamatkan negara dari klaptokrat Umno Bn yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Kini Pas sedang bertindak memencilkan diri dari rakyat terbanyak dalam mendepani arus perdana politik negara yang tak perlu saya huraikan satu persatu disini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang saya berada dalam organisasi Pas.Saya juga memohon jutaan kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan serta kekurangan sumbangan dan pengorbanan yang saya berikan sepanjang menjadi ahli Pas.
Moga Allah SWT akan meneguhkan lagi Istiqamah saya bersama Islam walaupun selepas berhenti dari menjadi ahli Pas dan didoakan ikatan silaturrahim persahabatan dan ukhwah Islamiah sesama kita kekal teguh walaupun saya tidak lagi menjadi ahli Pas. 

Sekian,
Terima Kasih.

#IstiqamahBersamaIslam
#BinaSemulaMalaysia
#SelamatkanMalaysia

Yang Benar,
Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar


Image result for Gambar kenapa Pas sokong pencuri
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.

Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.
Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan "plan transformasi".
Plan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.
"1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang utk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.
"Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena