Showing posts with label WSJ. Show all posts
Showing posts with label WSJ. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Najib perlu saman 5 agensi berita untuk bersihkan nama... Al Jazeera, WSJ, The New York Times, CNA, & The Economist.

Ahad, 27 September 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ambil tindakan undang-undang terhadap 5 organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ambil tindakan undang-undang terhadap 5 organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.

Najib perlu saman 5 agensi berita untuk bersihkan nama, kata DAP 

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri juga harus menyaman Al Jazeera, The New York Times, The Economist dan Channel News Asia (CNA) kerana menyiarkan laporan yang tidak memihak kepada kerajaan.
Setakat ini, Najib masih belum mengambil tindakan terhadap WSJ yang pada awal Julai melaporkan mengenai RM2.67 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya.
Lim berkata, walaupun Putrajaya kecewa dengan organisasi tersebut, ia perlu menilai jika media antarabangsa itu sememangnya tidak bertanggungjawab atau keadaan di Malaysia sememangnya buruk.
"Siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap begitu banyak laporan buruk di peringkat antarabangsa oleh Malaysia, sama ada media cetak atau elektronik - Salleh, Najib atau media antarabangsa?," soal Lim.
Beliau merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, yang membantah dokumentari CNA di Malaysia bertajuk "A fractured nation" (Sebuah negara yang retak) kerana didakwa berat sebelah.
"Persoalan penting ialah sama ada CNA secara tidak bertanggungjawab memberi imej buruk kepada keadaan yang baik di Malaysia, atau memang sebenarnya mencerminkan keadaan buruk yang berlaku di Malaysia," kata Lim.
Salleh dan Najib berkata, laporan media antarabangsa baru-baru ini tidak memberi gambaran yang tepat mengenai Malaysia.
"Apa cerita dongeng lain yang pihak publisiti dan komunikator Najib yang bergaji tinggi mahu rakyat Malaysia percaya?," soal Lim.
WSJ melaporkan pada 2 Julai mengenai "derma" RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
Al Jazeera pula pada 11 September menyiarkan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam program hal ehwal semasanya di saluran 101 East.
The New York Times pada 21 September mendedahkan mengenai siasatan juri persekutuan Amerika Syarikat berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan Najib dan mereka yang rapat dengannya.
The Economist menulis pada 24 September, artikel bertajuk “Race in Malaysia: Playing with fire” (Kaum di Malaysia: Bermain dengan api), mengkritik cubaan Putrajaya mengeksploitasi sentimen perkauman.
CNA melaporkan mengenai keadaan semasa Malaysia di bawah pimpinan Najib di tengah-tengah dakwaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad, perhimpunan Bersih 4 yang menuntut peletakan jawatan beliau dan perhimpunan baju merah yang berbaur perkauman. – 27 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-saman-5-agensi-berita-untuk-bersihkan-nama-kata-dap#sthash.d4cWdbTk.dpuf
Read More

Saturday, 11 July 2015

Pas tak nak ikut 'Demo' ke? Mahasiswa: Jawab isu WSJ atau kami demo

Sabtu, 10 Julai 2015

Aktivis mahasiswa mengancam mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan penjelasan meyakinkan mengenai dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) ke atasnya.

Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Malaysia Muhammad Luqman Nul Haqim Zul Razali hari ini berkata perdana menteri mesti memberikan jawapan kepada tiga persoalan iaitu:

* Adakah akaun bank itu milik beliau?
* Adakah wang bernilai RM2.6 bilion dari dana 1MDB masuk ke akaunnya?
* Apakah aset beliau?

Kata Muhammad Luqman, jika Najib gagal menjelaskan tanda tanya itu mereka tidak akan teragak-agak menganjurkan protes besar-besaran,

Dia dan beberapa pemimpin pelajar bercakap kepada media selepas menyertai protes membabitkan sekumpulan pelajar di Putrajaya hari ini.

Mereka merujuk kepada laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan dakwaan pengaliran dana bernilai hampir AS$700 juta ke dalam akuan persendirian didakwa milik Najib.

Sementara itu Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Khairul Najib Hashim berkata jika dakwaan WSJ itu benar, maka kerajaan BN yang ada pada ketika ini dianggap tidak sah.

"Parlimen mesti dibubarkan dan kembalikan mandat kepada rakyat," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Wednesday, 8 July 2015

WSJ - Patut ler Najib takut!

Rabu, 8 Julai 2015

KANTOI !!.. Rupa2nya terbongkar jua di sebalik 'KENAPA' Najib takut nak keluarkan 'notice of demand' terhadap WSJ..

Nak komen fasal peguam, biar peguam juga la yang jelaskan..


KANTOI !!.. Tiba2 Blogger Umno 'DELETE' artikel penafian RM2.67 bilion disalur ke akaun Najib..

Adakah ini bermakna ianya sememangnya akaun milik Najib ??? Sama2 kita tunggu siasatan selesai.

http://www.mykmu.net/2015/07/eksklusif-nik-faisal/

p/s: Walau apa pun Admin sempat 'printsscreen' keseluruhan artikel tersebut smile emoticon
Read More

Tuesday, 7 July 2015

WSJ kata akaun yang dibekukan BERBEZA dengan yang dilaporkan...pulak dah?

Rabu, 8 Julai 2015

WSJ KATA AKAUN YANG DIBEKUKAN BERBEZA DENGAN YANG DILAPORKAN


Akaun-akaun dibekukan pasukan petugas khas menyiasat dakwaan wang sebanyak AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan akaun yang sama dilaporkan eksklusif Wall Street Journal (WSJ).

WSJ melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat " berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas".

Selain 6 akaun dibekukan, dokumen dikaitkan dengan 17 akaun bank di dua bank turut dirampas pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan petugas dalam satu kenyataan hari ini, bagaimanapun tidak menamakan bank di mana akaun dibekukan, juga tidak mengatakan sama ada ia milik Najib.
Bagaimanapun, sumber lewat hari ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang 3 daripada akaun dibekukan adalah milik Najib, bersama AmBank dan Affin Bank.

Tindakan pasukan petugas menyiasat berikutan laporan WSJ pada Jumaat lepas yang AS$700 juta (RM 2.6 bilion) berlegar melalui syarikat berbeza dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia didepositkan dalam 2 akaun dimiliki oleh Najib di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

Jumlah terbesar AS$681 juta didakwa dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

WSJ hari ini juga mengeluarkan dokumen yang menunjukkan aliran pemindahan dana kepada akaun Najib bagi menyokong laporannya.

Dokumen-dokumen ini termasuk arahan pindahan telegraf, carta yang menunjukkan aliran yang dikatakan wang, bentuk kiriman wang dan surat kuasa deposit tunai oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, kepada pengurus cawangan AmIslamic Bank Bhd.

SRC juga merupakan satu daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam aliran wang katakan WSJ, yang dilaporkan berdasarkan dokumen diperoleh daripada siasatan kerajaan Malaysia.

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan kini menghadapi cabaran paling sukar sebagai perdana menteri berhubung 1MDB dikritik kerana urusan mencurigakan dan jumlah besar RM42 bilion hutang yang ditanggung dalam masa 6 tahun operasi.

Najib menafikan mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi tetapi sebaliknya tidak memberi sebarang penjelasan terhadap pemindahan wang yang didakwa. – 7 Julai, 2015.

TMI
Read More

Saturday, 4 July 2015

[Video] Mahfuz - PM perlu bersihkan diri dari dakwaan PEROMPAK! Laporan WSJ telah dilihat oleh Najib..."Mana siku & lutut kamu" senyap aje!

Sabtu, 4 Julai 2015

PM perlu bersihkan diri dari dakwaan wall street journal (WSJ) sebagai PEROMPAK.


1.Artikel wall street journal (WSJ) pada hari ini mengambarkan kepada dunia bahawa PM Malaysia Datuk Seri Najib telah terlibat secara langsung dalam kegiatan songlap wang daripada 1MDB sebanyak usd700 juta.apakah dakwaan ini benar?.

2.Artikel ini telah memalukan nama baik Malaysia.rakyat Malaysia tidak dapat menerima dakwaan sebegini dibiarkan tanpa apa apa tindakan pembersihan maruah negara.saya dengan tegas mewakili rakyat Malaysia meminta PM mengambil tindakan undang undang dengan menyaman wall street journal dengan segera.jika PM tidak menyaman saya minta PM melepaskan jawatan untuk membolihkan satu siasatan bebas dibuat.

3.Demi untuk menjaga maruah negara saya meminta PDRM,SPRM dan BANK NEGARA segera menubuhkan satu task force bersama bagi menyiasat dakwaan tersebut.dakwaan ini sangat serius seolah olah PM seorang PENYAMUN?.Ketua Polis Negara,Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenur bank negara 'ultimately' mereka bertanggung jawab kepada rakyat dan negara bukan kepada PM.mereka perlu melakukan yang terbaik demi menjaga nama dan maruah negara.kepada mereka saya menyeru 'please do the right thing that your profession demanded'

4.saya juga meminta speaker Dewan Rakyat memanggil Persidangan khas Parlimen tergempar bagi membahaskan isu ini dan membawa usul kepada DYMM Yang DiPertuan Agong agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena.
3 july 2015

WSJ: Kami amat berhati-hati, percaya akan dakwaan mereka benar

  
Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah agensi berita itu juga berkata, artikel  berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib.

Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.

"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.

"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.

KedahLanie.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena