Showing posts with label Yapeim. Show all posts
Showing posts with label Yapeim. Show all posts

Sunday, 22 November 2015

Bukan Nak Menghasutlah! Perghhh..3000 Orang Berhenti Potongan Gaji di YAPEIM - BH Online

Isnin, 23 November 2015
Surat Berhenti Sumbangan YaPEIM Melalui Potongan Gaji Bulanan?

Perghhh..3000 Orang Berhenti Potongan Gaji Di YAPEIM ? BH Online

Abibullah Samsudin
Abibullah Samsudin
KOTA BHARU - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai  penyelewengan dana dibuktikan tidak benar. 
  
"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.   

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi. 
  
Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - Bernama
Posted by 
Read More

Thursday, 12 November 2015

Wanita UMNO dan keluarga dilantik dalam YaPEIM oleh Najib...'Surat Jamil Khir kpd Najib Razak'.

Jumaat, 13 November 2015



Timbalan Menteri, Dr Asyraf Wajdi pertahankan kononnya Kementerian (DS Jamil Khir) tidak terlibat langsung dengan YaPEIM.
Tetapi harini terbongkar bukti2 bahawa kesemua Pemegang Amanah YaPEIM dilantik PM atas nasihat Menteri DS Jamil Khir.. antaranya..
Surat Jamil Khir kpd Najib Razak.
DAN JUGA Jamil Khir yang bertanggungjawab letak Wanita 'Hajjah UMNO' dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Benarkah YaPEIM ini benar-benar bebas atau Menteri pon dapat habuan sekali ?

Wanita UMNO dan keluarga dilantik dalam YaPEIM oleh Najib

 | November 12, 2015
Pelantikan terbabit dibuat oleh Najib selepas mendapat nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datu Seri Jamil Khir Baharom.
akmal-nasir,jamil
PETALING JAYA: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya dilantik di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengarahnya, Akmal Nasir menyatakan perkara itu disahkan menerusi surat pelantikan Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 30 Julai 2013 bagi tempoh pelantikan 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.
Katanya,  menjadi persoalan  jika Jamil bersedia mengaku kemungkinan wujud pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di YaPEIM.
“Beliau (Jamil Khir) merupakan Menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau.
“Adakah beliau berani mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk memecat kedua-kedua individu tersebut dan ahli keluarga mereka daripada semua jawatan di YaPEIM termasuk kedudukan dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM untuk menghentikan ketirisan yang berlaku di agensi berkenaan?,” soalnya menerusi kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Akmal turut mempersoalkan jika Jamil juga menerima manfaat daripada YaPEIM berhubung perkara terbabit sedangkan sumbangan derma orang ramai daripada agensi itu dijana menerusi potongan gaji bulanan dan diuruskan untuk tujuan amal jariah serta membantu orang yang di dalam kesusahan.
Sebelum ini, NOW menyenaraikan beberapa dakwaan berhubung dana YaPEIM antaranya digunakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada Mei lalu.
Bukan itu sahaja, NOW juga mendedahkan bahawa jumlah elaun yang diterima pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di YaPEIM mencecah hampir RM1 juta setahun.
FMT.

Read More

Wednesday, 11 November 2015

[LIVE Ust Shamsuri] YaPEIM didakwa bayar tiga beranak RM81,700 sebulan...Elaun Pemimpin Wanita UMNO Kelantan, suami & anaknya cecah RM1 juta setahun.

Rabu, 11 November 2015

9 hrs 
 

PEGANG 26 JAWATAN BERGAJI, JUMLAH PENDAPATAN PENGERUSI & TIMBALAN LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM & KELUARGA RM 154,700 SEBULAN…TOLONG MENTERI JPM SAHKAN?

NOVEMBER 11, 2015
PEGANG 26 JAWATAN BERGAJI, JUMLAH PENDAPATAN PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI (PEMIMPIN WANITA UMNO) LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM BERSAMA KELUARGANYA CECAH RM 154,700 SEBULAN
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan satu yayasan yang dipertanggungjawabkan mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang memerlukan.
Mengikut struktur kumpulan organisasi YaPEIM (rujuk lampiran), terdapat 6 institusi milik penuh YaPEIM beserta 2 anak syarikat  dan 6 institusi di bawah kawalan YaPEIM beserta 3 anak syarikat iaitu seperti berikut:
Institusi Milik Penuh YaPEIM
  1. Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM
  2. Permodalan YaPEIM
  3. Darul Sasaran
  4. PJ Perdana Management & Service
  5. Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
  6. Akademi Pengurusan YaPEIM
  7. Perbadanan INFAQ YaPEIM
  8. YaPEIM Smart Venture
Institusi di Bawah Kawalan YaPEIM
  1. Koperasi YaPEIM Berhad
  2. Ar Rahnu YaPEIM
  3. YaPEIM Hospitality International
  4. Koperasi Ibadah KorbanYaPEIM Berhad
  5. YaPEIM SMART
  6. Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad
  7. Koperasi Santun Berhad
  8. Koperasi Kebajikan Pasca Perkhidmatan YaPEIM Berhad
  9. Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)
Kewujudan begitu banyak institusi dan anak syarikat di bawah YaPEIM menimbulkan tanda tanya mengenai keperluan tersebut sedangkan matlamat kewujudan YaPEIM adalah berteraskan amal jariah.
Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), beberapa individu terutamanya Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil  iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama keluarganya (rujuk lampiran) merupakan mereka yang menerima manfaat terbesar dengan kewujudan institusi dan jawatan-jawatan tersebut.
Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-
  1. Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                              RM 15,000.00
  2. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                            RM 15,000.00
  3. Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM                                              RM 5,000.00
  4. Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam              RM 5,000.00
  5. Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit             RM 5,000.00
  6. Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai                         RM 5,000.00
  7. Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM          RM 5,000.00
  8. Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM          RM 4,500.00
  9. Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM      RM 4,500.00
  10. Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin                   RM 4,500.00
  11. Pengerusi, PJ Perdana Management & Services                                RM 4,500.00
  12. Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd                      *tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 73,000.00 sebulan.
Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-
  1. Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah                             RM 15,000.00
  2. Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                           RM 15,000.00
  3. Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM                                              RM 5,000.00
  4. Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM                             RM 1,000.00
  5. Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd                                 RM 4,500.00
  6. Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN                             RM 2,500.00
  7. Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture                              RM 2,500.00
Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 45,500.00 sebulan.
Selain daripada itu, anak kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan tersebut iaitu Wan Johan Bin Wan Ismail turut terlibat secara langsung dalam YaPEIM dan berikut adalah senarai jawatan yang disandangnya beserta gaji dan elaun bulanan:-
  1. Pengarah Kanan, Perancangan, Kesetiausahaan dan Corporate Intelligence  RM 18,800.00
    1. Elaun rumah                                                          RM 1,200.00
    2. Elaun Keraian                                                       RM 1,200.00
  2. Ketua Pegawai Eksekutif, YaPEIM Smart Venture                           RM 2,500.00
  3. Pengarah Eksekutif, Darul Sasaran Sdn Bhd                 RM 1,000.00
  4. Lembaga Pengarah, Darul Sasaran Sdn Bhd                 RM 2,500.00
  5. Ketua Pegawai Operasi, Permodalan YaPEIM               RM 1,500.00
  6. Lembaga Pengarah, PJ Perdana Management & Services                       RM 2,500.00
Manakala suami kepada Datuk Hajjah Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan RM 5,000 sebulan bagi ‘melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan YaPEIM bersama YBagia Datuk Zaleha’.
Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin bersama keluarga beliau melalui YaPEIM adalah
RM 81,700.00 sebulan.
Sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.
Namun sebaliknya, mereka ini menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar apabila mereka bersama keluarga memegang 26 jawatan dalam YaPEIM dengan pendapatan mencecah 
RM 154,700.00 sebulan dan jumlah tersebut tidak termasuk manfaat-manfaat yang lain.
Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan agensi YaPEIM diletakkan dibawah pemantauan khas Perdana Menteri Malaysia?
Adakah Dato’ Seri Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Agama Islam sedar berkenaan perkara ini?
Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada YaPEIM apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan tetapi gagal menjalankan tanggungjawab mereka?
11 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

DR. DZUL’S 


Yapeim didakwa bayar tiga beranak RM81,700 sebulan

 | November 11, 2015
NOW mendakwa selain menjadi Timbalan Presiden, suami pemimpin Wanita UMNO Kelantan turut dilantik menjadi fellow dan anak lelakinya turut terbabit dalam yayasan itu
NOW
KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa jumlah elaun untuk pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, (Yapeim) mencecah hampir RM1 juta setahun.
Secara purata mereka dikatakan memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.
Dalam dakwaannya, Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata wanita berkenaan yang juga merupakan timbalan presiden yayasan berkenaan secara langsung menyandang sebanyak tujuh jawatan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM45,500.00 sebulan.
“Anak lelaki kepada pemimpin wanita UMNO Kelantan itu turut terlibat secara langsung dalam yayasan itu dan memperoleh pendapatan sebanyak RM31,200 sebulan.
“Selain, suaminya pula telah dilantik sebagai fellow dengan pendapatan RM5,000 sebulan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center pada Rabu.
Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.
Selain, yayasan itu juga dipantau oleh Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Akmal juga mendedahkan presiden yayasan itu memperoleh pendapatan yang tinggi iaitu, RM73,000.00 sebulan.
“Presiden itu memegang sebanyak 12 jawatan di dalam yayasan berkenaan dengan salah satu pendapatan sebagai presiden dan pengerusi yayasan adalah sebanyak RM30,000.00,” katanya.
Rentetan dakwaannya, NOW menggesa agar Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab tampil menjelaskan kepincangan yang berlaku di dalam yayasan berkenaan.
“Kalau nak tunggu Perdana Menteri jelaskan memang susah, oleh itu kita minta Jamil Khir jelaskan,” ujarnya lagi.
FMT.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena