Showing posts with label keluar parti. Show all posts
Showing posts with label keluar parti. Show all posts

Sunday, 29 January 2017

[Video Istiqamah Lawan Najib Umno/BN] Ahli UMNO Mengamuk Dan Keluar Parti Kerana Najib & Isu BMF diungkit untuk alih perhatian dari 1MDB?

Isnin, 30 Januari 2017

Isu BMF diungkit untuk alih perhatian dari 1MDB?

Peguam Haniff Khatri Abdulla mendakwa skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dimainkan semula dan dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk mengalih perhatian ramai daripada isu 1MDB.
Katanya Datuk Seri Najib Razak menggunakan taktik "menyerang adalah cara terbaik untuk mempertahankan diri" bagi menutup perbincangan mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
Sebaliknya, kata Haniff Khatri, kerajaan kini menuding jari kepada Dr Mahathir dan skandal BMF.
“Taktik ini dapat dilihat dengan percubaan untuk salah kait isu skandal BMF dengan Dr Mahathir semata-mata.
“(Ia) kerana skandal itu didedahkan pada era kepimpinan Dr Mahathir walaupun asal-usul skandal itu bermula sebelum zaman kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri," katanya.
Selasa lalu, laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayangkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir sedar berlaku urusan meragukan pada BMF yang mengakibatkan kerugian kira-kira AS$1 bilion pada 1980-an.
Sementara itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid pada Jumaat lalu mendakwa bank pusat kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran asing pada era Dr Mahathir.
Minta PM beri penjelasan
Murad berkata walaupun mengakibatkan kerugian besar, tetapi tidak ada siasatan berhubung perkara itu.
Dr Mahathir dalam responsnya berhubung dakwaan berkaitan BMF itu dengan menuduh CIA berkonspirasi terhadapnya.
Beliau juga menulis di blognya untuk menunjukkan perbezaan antara skandal BMF dan 1MDB, seperti laporan CIA berkaitan skandal BMF tidak mengaitkan perdana menteri.
Mengulas lanjut, Haniff berkata Najib meneruskan usaha mengalih perhatian ramai dengan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan dalamannya sendiri berhubung kerugian itu.
“Tanpa perlu mendalami isu dakwaan kerugian tukaran asing pada 1990-an itu, di tahap ini, di sini, apa yang lebih penting untuk rakyat yang prihatin selami dan fahami adalah percaturan jahat pihak Najib.
“(Ia) untuk salah alih pandangan dari skandal 1MDB dan krisis hilang percaya kepada kepimpinan Najib Razak kepada isu yang tidak mempunyai merit,” katanya.
Justeru Haniff menggesa supaya Najib selaku perdana menteri untuk tampil memberi penjelasan munasabah berkaitan 1MDB dan krisis hilang percaya kepada kepimpinannya.
“Percaturan anda dengan salah pakai akan konsep tuding jari kepada orang lain berkaitan isu-isu tidak bermerit pada hakikatnya menzahirkan pengakuan anda berkaitan salah laku skandal 1MDB dan krisis hilang percaya kepada kepimpinan anda selaku perdana menteri,” katanya.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 2 June 2016

[Video] Ahli Pas beramai-ramai keluar parti, satu BENCANA! & Pengisytiharan calon PH Kuale.

Jumaat, 3 Jun 2016



Kehadiran di majlis pengisytiharan calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar malam ini.











Hadi brandishes giant keris, cuts 'pulut' cake to open PAS meet

Hadi julang keris, potong pulut gergasi
Malaysiakini.

Read More

Monday, 29 February 2016

Jangan Berani Lawan..."UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja"? Separuh ahli UMNO akan keluar parti menyertai Mahathir!

Isnin, 29 Februari 2016
Parti karat ameno dia yang punya..

Jangan Berani Lawan..
Jangan Berani Bantah..
Jangan Berani Bocor Rahsia..

Jika masih berdegil...
Digantung, Dipecat Jawapannya !!!
Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib. 

Separuh ahli UMNO akan keluar parti menyertai Mahathir 

Separuh ahli UMNO akan keluar parti – Anina 
Faiz Zainudin   
anina-umnoh
PETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Anina Saadudin berkata, tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata. 

“UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja. 

“Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti. 

“Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti,” katanya kepada FMT. 

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini. 

Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar. 

“Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen. Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu,” katanya yang dipecat UMNO. -fmt-

 --------------------------- 

Mahathir, Siti Hasmah keluar Umno dalam protes 

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya. 

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. 

Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu. 

Mahathir berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini. 

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur. 
Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. 

Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang. 

Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib. 

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International. 

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu. -malaysiakini-
Kerengga.
Read More

Saturday, 25 July 2015

Dua ADUN dan seorang Ahli Parlimen Pas Selangor mengesahkan keluar parti sertai GHB

Sabtu, 25 Julai 2015

Tiga Pemimpin PAS Selangor isytihar keluar parti untuk sertai GHB


Dua ADUN PAS dan seorang Ahli parlimen dari Selangor mengesahkan akan keluar parti dan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi PAS di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan PAS telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar PAS bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan PAS tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli PAS lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

“PAS kena ingat, parti itu dulunya hanya dianggap parti kampung atau Pantai Timur tetapi akhir­nya mendapat banyak sokongan melalui dasar keterbukaannya dan kerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asal,” katanya.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin PAS yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menggantikan PAS bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Saari Sungib yang turut digantung keahlian PAS memberitahu, beliau membuat keputusan menyertai parti baharu atas prinsip demokrasi.

“Saya bukan lagi pemimpin PAS kerana keahlian saya dalam Pas digantung sehingga Oktober ini. Atas prinsip demokrasi, saya menyokong GHB seterusnya parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti,” katanya.

Siti Mariah pula menjelaskan, terpulang kepada kepimpinan parti untuk memecatnya sekiranya beliau menyertai parti baharu nanti.

“Saya tunggu parti baharu ditubuhkan terlebih dahulu kerana kini masih dalam proses. Saya tidak perlu keluar kerana dengan sendirinya akan gugur jika saya sertai parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang daripada PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang difahamkan turut akan menyertai parti baharu terbabit gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Panggilan telefon yang dibuat kepadanya tidak dijawab manakala mesej menerusi WhatsApp yang dihantar tidak dibalas

www.suara.tv/2015/07/22/3-wakil-rakyat-pas-dari-selangor-umum-keluar-parti/
Posted by 
Read More

Friday, 1 August 2014

Khalid MB S'gor pun nak keluar parti... “Tiada yang mustahil untuk Umno.."

Sabtu, 2 Ogos 2014


Twit Khalid keluar parti palsu, tak bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: Penyebaranprint screen palsu dari akaun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberi bayangan beliau akan keluar parti dan menyertai Umno dinafikan oleh Sekretariat Akhbarnya, Arfa’eza Abdul Aziz.

Print screen menerusi laman makro twitter itu bertulis “Tiada yang mustahil untuk Umno..Kita mampu bersama..Tinggalkan yang ‘keruh’..

Ia mula tersebar malam semalam dalam blog-blog, laman sosial Facebook dan mula di retweet di twitter, lapor Selangor Kini.

Arfa’eza ketika dihubungi berkata ia merupakan kenyataan palsu dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini Print Screen palsu. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan penyebaran itu dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.

“Ada pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan sedia ada, oleh itu tindakan seperti ini dilakukan mereka,” katanya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena