Showing posts with label letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label letak jawatan. Show all posts

Thursday, 18 May 2017

[Video Tun M, Muhyiddin hadir Majlis Santapan Tengah Hari bersama Raja Perlis] Tahniah David Teo kerana berani!

Khamis, 18 Mei 2017


Foto Otai BERSIH.
"Gunalah saluran betul nak hentam pun"

*Bangang masa dialog ni la saluran yg betul.. Saluran mana lg ada?? Tahniah David Teo kerana berani walaupun tahu bisnes filem dia akan jatuh lepas ni.. Gua suka lu sbb ramai anak melayu yg kerja dngn lu dan lu tolong ramai melayu.. Lu tak mahu pekerja lu jd mcm TS P. Ramlee sbb melayu makan melayu lah TS P Ramlee papa kedana (ramai melayu yg hentam lu tp dia org tak tahu cerita TS PRamlee jatuh kena mkn dngn melayu).. Lu cina lu tetap jaga pkerja melayu..

Gua bukan rasist.. Lu Cina ka Lu Melayu Ka Lu India ka lu lawan Najib lu team gua.. 
Foto Suara Rakyat.

Foto Otai BERSIH.
Nama pun Mat Over mestilah terlebih OVER. Org UMNO rupenya brother Pi Mai Pi Mai Tang Tu ni.Padanla bkn main bengkeng depan Najib.Salam pun cium tgn..

Foto Otai BERSIH.
Rani kulup perhati jer..
Read More

Saturday, 3 September 2016

Jurulatih Anjing - TPM jadi 'mangsa pembohongan' Bernama & NST? Pengarang NST sah letak jawatan, enggan beri sebab.

Ahad, 4 September 2016
Image result for Gambar jurulatih anjing
Gambar hiasan - Wanita pertama PDRM kendali anjing K9.

Image result for Gambar Akhbar NST

Pengarang NST sah letak jawatan, enggan beri sebab

Pengarang kumpulan News Straits Times (NST), Mustapha Kamil Mohd Janor disahkan telah meletakkan jawatan namun tidak mengulas lanjut berhubung tindakannya itu.
Mustapha menamatkan tempoh perkhidmatannya selama 26 tahun dengan akhbar berbahasa Inggeris itu hujung bulan ini.
“Ya, benar, Saya telah meletakkan jawatan, berkuat kuasa hujung bulan ini,” ujar beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa keputusannya itu ada kaitan dengan tuduhan "campur tangan" dalam jabatan pengarang, wartawan veteran itu tidak mahu mengulas.
“Tiada sebab. Saya hanya mengesahkan saya telah letak jawatan,” jelasnya.
Menurut profil awamnya, Mustapha menyertai NST sebagai pelatih pada 1989, sebelum diambil bekerja sebagai wartawan kadet Business Times.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai koresponden luar negara NST di New York mulai 1999 hingga 2002.
Sebelum jawatan semasa, beliau pernah menjadi pengarang urusan Business Timesdan bahagian Lifestyle.
Pengunduran wartawan veteran
Peletakan jawatan oleh Mustapha Kamil dibuat sejurus selepas Berita Harian - penerbitan lain di bawah kumpulan NSTP - menghentikan kolum yang dikendalikan Abdul Kadir Jasin yang diberi nama ‘Kunta Kinte Original’.
Abdul Kadir, yang mana penulisannya disifatkan sebagai terlalu kritikal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, pernah mengatakan ada “kuasa lebih besar” yang mampu menolak cubaan Berita Harian untuk mempertahankan kolumnya.
Awal tahun ini, Ku Seman Ku Hussain, meletakkan jawatan sebagai pengarangMingguan Malaysia, menamatkan kerjaya 32 tahunnya bersama Kumpulan Utusan.
Malaysiakini.

DAP percaya TPM jadi mangsa Bernama, NST

Pihak berkuasa digesa bertindak terhadap Bernama dan NST kerana menyiarkan laporan palsu berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyalahkan bukan Islam dalam isu video hari hari kontroversi seorang jurulatih anjing.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau percaya timbalan perdana menteri menjadi "mangsa pembohongan" kedua-dua organisasi media itu.
azlan"DAP percaya pada Muhyiddin dan kedua-dua NST dan Bernama berbohong untuk mengapi-apikan ketengan kaum dengan mewujudkan permusuhan dan kebencian antara orang Islam dan bukan Islam.
"Hanya dengan menghukum organisasi media ini akan menghentikan penyebaran pembohongan seperti itu, yang mengancam perpaduan dan pembinaan negara Malaysia paling asas," katanya.
Semalam, Bernama menjelaskan bahawa Muhyddin tidak merujuk khusus kepada bukan Islam atau kontroversi video jurulatih anjing dalam ucapannya pada 30 Julai, walaupun sebelum itu Bernama NST dan Sin Chew Daily melaporkan sebaliknya.
Lim juga medesak tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia ekoran laporannya yang mendakwa, pemangku ketua polis Selangor A Thaiveegan memberi amaran bahawa pihak yang menyebarkan gambar bilik persalinan SK Sri Pritana boleh disiasat atas tindakan menghasut.
Lim berkata, tiga penerbitan itu patut didakwa bawah Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang membawa hukuman denda RM20,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun menyuarakan keraguannya sama ada pihak berkuasa akan bertindak ke atas tiga organisasi media itu ekoran kesetiaannya kepada BN.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 3 July 2016

"Masih bulan posa pon masih lagi nak menipu rakyat?" Husni sahkan letak jawatan kerana enggan pindah kementerian.

Ahad, 3 Julai 2016
Page Liked · 7 hrs
 
KANTOI !!!.. Dlm bulan posa pon masih lagi nak menipu rakyat ??!!

Najib kata.. Husni Hanadzlah berundur dari kabinet Najib kerana beliau mahu bersara...

TETAPI lain pula jawapan dari Husni Hanadzlah sendiri.. Beliau letak jawatan kerana enggan pindah kementerian. BUKANNYA SEBAB BERSARA !!

Husni sahkan letak jawatan kerana enggan pindah kementerian

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan beliau memilih untuk menamatkan karier politiknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memindahkannya ke kementerian lain.
Katanya, beliau pada asalnya hanya membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, namun mengubah keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua.
"Pada 27 Jun (2016), selepas mesyuarat Majlis Ekonomi, saya bertanya perdana menteri, adakah benar PM akan menukar portfolio saya dalam rombakan Kabinet yang akan diumumkan pada petang itu?
"PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio.
"Saya memaklumkan PM bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan," katanya seperti  dilaporBerita Harian.
Sehubungan itu, kenyataan tersebut juga seperti mengesahkan spekulasi yang dibuat blogger Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Husni meletakkan jawatannya kerana kecewa apabila Najib ingin memindahkannya ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Akhbar itu melaporkan, Husni menjelaskan beliau membuat keputusan sedemikian memandangkan hanya mempunyai tempoh perkhidmatan selama satu setengah tahun.
Katanya lagi, sekiranya beliau ditukar ke portfolio lain dalam tempoh berkenaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkannya berkhidmat dengan efektif.
Selain itu, anggota parlimen Tambun itu berkata, beliau juga perlu menghadiri pelbagai acara sekiranya perlu berkhidmat di usianya yang lewat 60-an sedangkan Husni berkata, beliau ingin melalui fasa lain dalam kehidupannya.
"Saya berasakan dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan oleh generasi yang lebih muda daripada diri saya. Dengan umur mencapai 60-an, adakah saya patut meneruskan perkhidmatan?
"Kerja-kerja sebagai menteri kewangan II begitu rumit membabitkan antara lain menguruskan Dasar Fiskal, bajet, memantau kedudukan kewangan, hutang negara, tender, 1MDB, syarikat-syarikat kewangan diperbadankan, menentukan harga minyak di pasaran, memantau pasaran kewangan serta pasaran modal, serta menghadapi pelbagai isu persepsi," katanya.
Najib pada 27 Jun lalu mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara. Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua bagi menggantikan Husni yang meminta untuk berundur atas sebab peribadi.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 28 June 2016

[Video] NAK JIMAT? Jangan balik kampung! Mengapa Husni & Wahid letak jawatan? 'Kenapa mereka berdua melarikan diri dari skandal besar negara 1MDB?' soal Mahfuz

Rabu, 29 Jun 2016

PAS: Husni, Wahid lari dari skandal 1MDB?



Page Liked · 12 hrs

Inilah lah padahnya..

Bila dah kuat JILAT, sanggup tak balik kampung jumpa ibubapa gara-gara GST !

Apa mesej dua menteri berkait kewangan Najib letak jawatan, soal Mahfuz

Tindakan Datuk Seri Husni Hanadzlah meletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan kedua serta semua jawatan dalam Umno dan Datuk Abd Wahid Omar menteri di JPM yang menguruskan EPU di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing menjadi tanda tanya besar kepada seluruh rakyat.
*Kenapa mereka berdua melarikan diri dari skandal besar negara 1MDB?* soal Ahli Parlimen Poko Sena, Datuk Mahfuz Omar.
"Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.
"Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan *seribu satu persoalan*, yang pasti bagi saya ini adalah *protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,* katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutmya, perletakan jawatan dua menteri kewangan dan ekonomi negara beserta pemecatan Muhyidin, Mukhriz dan penggantungan Shafie atas isu yang sama menjadikan krisis ekonomi negara makin parah.
"Keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia makin pudar dan tidak dapat membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih segar," katanya.
Mengulas perletakan jawatan Datuk Seri Husni Hanadzlah, beliau yang mengaku sahabat baik bekas menteri itu dalam IPU cawangan Malaysia beliau mengharapkan Husni berjiwa Malaysia.
"Beliau mesti berani tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat".
"Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang, demi Malaysia Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia," katanya.
Read More

Sunday, 17 April 2016

NAJIB SEGERA LETAK JAWATAN...Pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir.

Ahad, 17 April 2016

KENYATAAN MEDIA
PENGAKUAN MENTERI ARAB WAJARKAN NAJIB SEGERA LETAK JAWATAN
1. Pengakuan daripada Menteri Luar Arab Saudi bahawa kerajaan mereka yang menderma kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meletakkan Perdana Menteri Malaysia telah dibeli.
2. Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara OIC dan NAM di atas sifatnya yang berkecuali. Nama Malaysia selama ini harum dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan juga sokongan terhadap Palestin.
3. Perdana Menteri sebelum ini dapat memainkan peranan dalam OIC untuk menyatakan pandangan, yang membawa nilai positif kepada OIC dan umat Islam.
4. Arab Saudi kini sedang mengetuai suatu blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain. Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu.
5. Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan.
6. Untuk keluar daripada kemelut ini, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri memohon Najib supaya berhenti dari menjadi Perdana Menteri secara terhormat. Tindakan ini penting bagi menamatkan segala bentuk spekulasi dan tohmahan kepada Malaysia sekaligus memulihkan imej negara yang kini buruk di Timur Tengah termasuk di Eropah.
7. Malaysia hendaklah kembali memainkan peranan seperti dahulu menjadi orang tengah, pendamai, dan bukannya pengadu domba. Itulah peranan yang dimainkan oleh semua Perdana Menteri sebelum Najib Tun Razak.
"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
17 April 2016 / 09 Rejab 1437H

Sumbangan Derma Kepada Najib Memang Dari Arab Saudi - Adel Al-Jubeir


Adel Al-Jubeir (Gambar Bernama)
Daripada Mohd Shukri Ishak 

ISTANBUL, 15 April (Bernama) -- Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Khamis.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

-- BERNAMA
Read More

Thursday, 26 November 2015

Apamacammm Walaunta? Saya letak jawatan di Penang, jika menantu Hadi letak jawatan di GLCS S'gor! Kalau lagu ni mampos Pas K'tan! Pulak...

Jumaat, 27 November 2015


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Laporan Lewat - Kalau lagu ni mampos Pas...

Kalau lagu ni mampos Pas...

Orang ramai mengikut dialog Husam menerusi kelir.
Semasa berlangsung majlis dialog Husam Musa "Demo Tanya Ambo Jawab" di Bandar Kota Bharu saya sengaja tidak masuk ke dalam dewan berkenaan. Kebetulan dalam dewan penuh "pepak" jadi saya berada di luar guna untuk melihat dan meninjau orang ramai.

Di perkarangan bangunan Kelab Suara Muda tempat berlangsung dialog itu juga "penuh penar" sehingga hampir menutupi jalan raya berkenaan.


Suasana himpunan malam itu persis suasana di Dataran Ilmu tempat Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajar dan memberi kuliyah minggunya setiap Jumaat. Melihat keadaan itu teringat kepada Tokguru.

Saya menganggarkan hadirin malam itu lebih 2,500 orang seramai seramai yang mendengar kuliyah Tokguru. Jumlah itu dikira memuaskan kalau dibandingkan dengan suasana hari ini. Menurut pemerhati jumlah itu adalah teramai setakat ini berbanding dengan majlis-majlis politik lain, baik yang dianjurkan oleh Pas Kelantan maupun Amanah yang mengadakan road show di beberapa jajahan di Kelantan.

Orang ramai memenuhi sepanjang jalan.
Husam sudah menjadi satu fenomena di Kelantan sejak ke belakangan ini dan penampilannya di khalayak ramai ditunggu-tunggu. Perkara ini perlu disedari oleh Pas dan juga mereka yang mendendaminya.

Sanggup berdiri untuk dengar dialog Husam.
Apabila majlis berlangsung kira-kira 2 jam itu selesai, saya beredar sambil membuntuti sekelompok hadirin yang berjalan pulang. Kumpulan pertama yang saya turuti itu bercampur antara mereka berusia lebih seabad dan anak muda. Sambil berjalan mereka mengulas majlis berkenaan.

"Kalau lagu ni mampos Pas Kelantan," kata salah seorang dari kumpulan berkenaan. Saya percaya dia merujuk kepada sambutan majlis berkenaan yang luar biasa.

"Kawan rasa gitu juga," jawab yang seorang lain bersetuju dengan pandangan kawannya itu.
Dalam dewan penuh sesak melimpah ke luar.
Saya mendengar dan mengikuti dari belakang penuh minat.

"Kalau Husam round Malaysia, rasanya teruk Pas," kata yang pertama tadi dengan membawa pandangan sedikit ke luar Kelantan. Dia dapat mengagak apa akan menimpa Pas dengan suasana malam itu.

"Kawan tengok budak-budak muda yang ramai tadi," balas yang seorang lagi.

"Memang orang muda minat Husam," balas pulak yang seorang lagi sambil menambah, kalau tidak dia (Husam) sapa lagi yang diharap. Dialah yang dikira memahami kehendak orang mudah."

Saya setuju dengan pendapat itu. Memang kebanyakan yang hadirin ialah anak-anak muda. Lebih separuh orang muda, manakala yang veteran pula semacam orang pencen sahaja atau kalangan cerdik pandai. Kehadiran kaum wanita juga boleh kira ramai juga.

Beberapa anak muda yang berani menyapa saya menjelaskan suasana itu. Dua tiga orang yang datang bersalam dan menyedari kehadiran saya mengakui akan perkara itu.

Misalnya dua anak muda di Tanah Merah, mengakui dia tidak aktif dalama parti tetapi minat dengan Husam. Baginya Husam adalah idola anak muda di Kelantan. Begitu juga dengan seorang anak muda dari Kuala Krai. Katanya dia sanggup datang kerana ingin memberi sokongan kepada Husam. "Saya percaya apa yang Husam dedahkan benar berlaku," jelasnya. Dan yang paling jauh datangnya dari Sungai Petani Kedah, mereka sanggup bekereta semata-mata untuk mendengar dialog Husam.

Berbalik kepada kumpulan tadi, ketika mereka membelok ke jalan menuju ke Bulatan Tuan Padang, manakala saya pula mengambil ke jalan sebelah kiri saya terdengar seorang dari mereka berkata; Datuk Mat Yakob dan Datuk Nik Amar kena jawab. Kalau tak jawab... teruk Pas." Saya faham kata-kata itu berkenaan dengan beberapa dakwaah Husam mengenai kelemahan dan salah guna kuasa dalam kerajaan seperti isu pembalasakan dan juga Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Ertinya beberapa isu yang dibangkitkan Husam sudah mula ditelan oleh rakyat Kelantan. Mereka bersetuju dengan Husam. Ini semua kerana mereka mengenali akan kemampuan Husam dan juga wibawanya sebagai pemimpin. Mereka menjadi lebih percaya lagi kerana mengenangkan Husam pernah duduk dalam kerajaan. Lagi pun Husam tidak akan bercakap sesuatu yang beliau tidak tahu. Husam dikenali sebagai seorang pentadbir dan perancang politik dan ekonomi khususnya di Kelantan.

Selepas itu saya tidak dengar lagi apakah dialog mereka. Dari perbualan anak muda itu saya menyimpulkan mereka berpuas hati dengan jawaban yang diberikan Husam. Berpuas hati apabila Husam menjelaskan kenapa dia menegur kerajaan Kelantan. Berpuas hati apabila Husam mengatakan dia berbuat begitu kerana sayangkan kerajaan Kelantan dan bukan untuk dirinya.

"Saya tegur kerana saya hendak selamatkan hak rakyat, saya sayang kepada negeri ini," begitu laung Husam penuh emosi.

Dan apa yang sangat memuaskan hati mereka dan segenap yang hadir malam itu apabila Husam mengatakan dia sedia bersumpah atas apa-apa yang didedahkan itu termasuk juga rancangan untuk menyatukan Pas dengan Umno jika diminta berbuat demikian. Kesediaan Huam ini disambut dengan laungan takbir Allahuakbar.

Saya ada pandangan tersendiri mengenai majlis malam itu. Saya ingin rumuskan di sini, tindakan Husam itu mendapat sambutan rakyat dan menjadi satu masalah besar kepada kerajaan Kelantan. Keberaniannya tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, menyebabkan rakyat Kelantan menunggu-nunggu apakah pendedahan beliau seterusnya. Apakah yang menanti itu orang Pas atau Umno, tetapi itu adalah hakikatnya.

Paling gembira dengan tindakan Husam tentulah Umno. Cara Husam itu memberi peluru hidup kepada Umno. Ada juga yang menyifatkan Husam sebagai sepak bola ke dalam gol sendiri. Umno tidak perlu bersyarah atau membuat propaganda lagi untuk melawan Pas, cukup dengan apa yang Husam lakukan. Makanya Pas Kelantan perlu berbuat sesuatu membendung tindakan Husam seterusnya. Ahmad Yakob terutama perlu memikir sesuatu dan tidak membiarkan Husam bebas mendedahkan apa-apa yang diketahui.

(Dan orang yang mengatakan Husam menendang bola ke dalam pintu gol sendiri juga harus membuat kajian dengan penuh adil dan terbuka kenapa Husam tersalah sepak bola itu. Jangan hanya tahu menuduh tetapi tidak mahu mengetahui sebab musababnya. Kalau hendak menjadi seorang pengulas biarlah adil dan saksama serta profesional).

Saya yakin apabila Husam sudah sedia melakukan "harakiri" dia akan mendedahkan perkara lebih besar dari itu. Jadi sebelum ia "memborak" eloklah dibendung. Semua pihak juga perlu sedar bahawa apa yang bekas Naib Presiden Pas itu lakukan bukan untuk kepentingan dirinya, tetapi untuk Kelantan. Jadi kalau dia membuat teguran untuk maslahat bersama, kenapa tidak mahu menerimanya?

Sebaiknya Ahmad Yakob panggil Husam dan adakan pertemuan secara anak beranak. Saya jamin Husam sedia untuk hadir asalkan niatnya baik. Isu yang dibangkitkan oleh Husam dan masalah Husam hanya boleh diselesaikan di Kelantan tidak perlu dibawa ke Kuala Lumpur. Ahmad dan pimpinan Pas Kelantan kena menerima masalah dibawa Husam adalah masa personal Pas Kelantan yang tidak perlu dicampuri oleh Pas luar yang sangat tidak memahami hati naluri orang Kelantan. Politik Kelantan sangat unit dan difficulty.

Ingatan saya, jangan hendaknya Husam terus dicabar kerana kalau dicabar beliau akan menyambutnya dan keadaan menjadi lebih parah lagi. Bagi Husam kalau dia melakukan tindakan lebih teruk daripada apa dilakukan sekarang dia tidak kerugian apa-apa sebaliknya mungkin Pas Kelantan akan menanggung masalah besar.

Saya sangat bimbang ketidakpedulian kepada Husam dan serangan balik terhadapnya, akhirnya menyebabkan rakyat akan bersimpati dengannya. Sejarah lampau yang berlaku ke atas Pas Kelantan terhadap apa yang berlaku dizaman Mohamad Nasir hendaklah diingati. Mohamad Nasir dilempar oleh Pas, tetapi beliau diterima sebagai wira oleh rakyat Kelantan. Dan dengan keperwiraan Mohamad Nasir itu akhirnya menyebabkan kerajaan Pas jatuh.

Lainlah kalau Pas sudah berkira untuk berkerja sama dengan Umno, Pas boleh lupakan begitu sahaja Husam tanpa merawatnya. [wm.kl.9:36 am 18/11/15]
Read More

Tuesday, 29 September 2015

AMK, Wanita desak Salleh Man Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri PP LETAK JAWATAN.

Selasa, 29 September 2015
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Mohd Salleh Man 

AMK, Wanita desak Salleh Man letak jawatan

BUTTERWORTH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau berkata, pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Pas dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat Pas harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil Pas apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri, Nur Zarina Zakaria berkata, jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Adun.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri. - Bernama
Kedah Lanie.
Read More

Friday, 21 August 2015

Petang ni! AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan..."Sidang media di Moveact Academy, Melaka".

Jumaat, 21 Ogos 2015

Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan

Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka. 

Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka.Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu.

Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini. 

Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim, 

Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut. 

Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan. 

Kesemua yang meletakkan jawatan akan menyertai Gerakan Harapan Baru Melaka yang kini dipimpin oleh Sdra Adly Zahari. GHB Bukit katil telah berjaya ditubuhkan dan kini dipimpin oleh mantan tokoh veteran PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek 

Di dalam satu perkembangan berkaitan, di Hulu Langat Selangor, 10 orang ahli jawatankuasa pemudanya telah mengisytiharkan perletakan jawatan mereka kepada PAS Kawasan Hulu Langat. 

Mereka adalah terdiri daripada ketuanya, Mohd Burhanuddin bin Othman, Setiausaha Ahmad Firdaus bin M Zabidi, Pen. Setiausaha Muhammad Safuan bin Harun dan Afrodi bin Ali serta tujuh orang yang lain. (rujuk kenyataan di bawah). 

Perletakan jawatan dari PAS dijangka akan berterusan di seluruh negara menjelang pelancaran parti baharu hujung bulan ini, atau selewat-lewatnya awal bulan depan. 


PERLETAKAN JAWATAN KETUA PEMUDA DAN JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

21hb Ogos 2015

1. Saya mewakili 10 Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hulu Langat telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Penolong Setiausaha PAS Kawasan Hulu Langat.

2. Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Ketua Pemuda
Mohd Burhanuddin bin Othman

b. Setiausaha
Ahmad Firdaus bin M Zabidi

c. Penolong Setiausaha 1
Muhammad Safuan bin Harun

d. Penolong Setiausaha 3
Afrodi bin Ali

e. Ketua Penerangan
Manzurul bin Safar

f. Penolong Bendahari
Ustaz Hafiz Othoman

g. Pengerusi Lajnah Kebajikan
Dr Muhammad Omar

h. Pengerusi Lajnah Pendidikan Politik
Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani

i. Pengerusi Lajnah IT
Abdul Halim bin Abdullah

j. Pengerusi UKJ Semenyih
Hafidz Samsol

3. Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menggalas amanah ini.

4. Kami juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama berada bersama DPPKHL dan PKHL.

5. Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan dari kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

6. Kami berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus Istiqaamah dalam perjuangan Islam ini tidak kira kami berada di wadah mana sekalipun.

7. Kami juga mengharapkan agar ukhuwwah sesama sahabat-sahabat di dalam Pas berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan.

Sekian, Terima Kasih

MOHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN
Posted By 

Read More

Friday, 7 August 2015

Muhyiddin: Saya tidak akan letak jawatan Timbalan Presiden UMNO! "Siapa saya dahulu dan sekarang?" Dasat woo...

Jumaat, 7 Ogos 2015

Saya tidak akan letak jawatan - Muhyiddin

Raffi BachikAstro Awani | Diterbitkan pada Ogos 07, 2015 16:53 MYT

PAGOH: "Saya tidak akan meletak jawatan (sebagai Timbalan Presiden UMNO) kerana tidak pernah melakukan kesalahan dalam parti."

Itu tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pihak yang mendesaknya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

"Saya tidak akan meletak jawatan, dan setahu saya dalam tempoh saya berjuang, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan yang dilihat sebagai menentang parti.

"Kalau ada, tunjukkan bukti. Takkan sudah hampir 40 tahun dalam parti tidak ada salah, tapi dalam empat ke lima hari ini dah banyak salah; siapa saya dahulu dan sekarang?

"Apa salah saya dahulu? Kalau dahulu saya boleh berbicara apa saja, tidak pernah orang datang jumpa saya cakap 'Tan Sri, jaga-jaga, jangan cakap itu ini'," kata Muhyiddin.

Beliau menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan kerana sejak bersama UMNO lebih 41 tahun lalu, beliau tidak pernah melanggar perlembagaan parti dan tidak ada sebab munasabah untuk memaksanya berbuat demikian.

Ucapan beliau disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 perwakilan semasa merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed; Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Senator Datuk Noriah Mahat, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Zaid Abdul Rahman; dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Rohaizah Ahmad.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus yang sebelum ini membatalkan jemputan Muhyiddin merasmikan persidangan perwakilan bahagiannya selain mendesaknya meletak jawatan dan bersara daripada arena politik.

Muhyiddin, dalam pada itu, turut bersedih apabila dituduh pengkhianat dalam parti.

Menurutnya, ada pihak yang menyalahkan beliau atas apa yang berlaku serta bimbang sekiranya dijemput merasmikan persidangan.

Muhyiddin menegaskan beliau bukan seorang 'yes man' apabila berdepan dengan hal yang boleh menjejaskan nama baik UMNO dan Kerajaan kerana sikap berdiam diri walaupun tahu perkara tersebut salah hanya akan memburukkan keadaan.

Tambahnya, beliau akan tetap bercakap benar walaupun pahit serta tidak bimbang sekiranya hal tersebut tidak dapat diterima kerana sebagai pemimpin beliau sudah pun menjalankan amanah dan tanggungjawabnya.

- astroawani

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena