Showing posts with label menipu rakyat. Show all posts
Showing posts with label menipu rakyat. Show all posts

Monday, 31 October 2016

Siapa Khalid (IGP)? Dia lebih besar dari Parlimen? "Mudahnya jadi kerajaan...Hari2 menipu rakyat"?

Selasa, 1 November 2016

Ada sesiapa boleh sahkan yg di belakang Rosmah itu adalah anak Rosmah Mansor, Riza Aziz ??!!

KALAU IA BENAR.. harap pihak kerajaan dapat bagi pencerahan agar rakyat tidak tersalah anggap kelak..

KALAU IA BENAR.. anda boleh fikir sendiri..

*FOTO: NAJIB tiba di China bersama2 rombongan menteri2 kabinet bagi mengadakan lawatan rasmi selama enam hari atas jemputan Perdana Menteri China, Li Keqiang hari ini, 31 Oktober 2016.
Dah puas balun buat hutang 1MDB RM50 bilion dikatanya pula bukan hutang kerajaan...???

Mudahnya jadi kerajaan.. Hari2 menipu rakyat.

Siapa Khalid? Dia lebih besar dari Parlimen? – Guan Eng

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 31 OKT: DAP hari ini menuntut supaya Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee membuat perintah bagi melarang pihak polis daripada menyiasat tiga mantan menteri kabinet berhubung kritikan lantang mereka mengenai skandal 1MDB di Parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memanggil tiga mantan pemimpin dan pemimpin Barisan Nasional (BN) itu untuk memberikan keterangan adalah melampau dan membelakangi kuasa Parlimen.
“Kita (mesti) pertahankan martabat maruah dan kuasa terunggul parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya kita benarkan juga KPN untuk buat demikian, ini bukan (lagi) negara demokrasi berparlimen, (tetapi) ini (sudah jadi) negara polis,” tegas Guan Eng di Parlimen pagi tadi.
“Mengapa ucapan yang dibuat dalam dewan yang mulia ini disiasat? KPN nak jadi lebih besar daripada Parlimen. Siapa KPN berbanding dengan Parlimen?
“Bolehkah saya dapat arahan daripada Tuan Yang Dipertua (agar) menyedarkan dia mengenai tempat (tugas) dia, tempat (tugas) dia adalah untuk lawan penjenayah, bukan siasat Ahli Parlimen yang bagi ucapan (di Parlimen),” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Bagaimanapun, Ronald enggan membuat sebarang perintah mengenai isu itu meskipun terus diasak untuk berbuat demikian oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Ketua Polis Negara seperti yang dilaporkan media pada Sabtu lepas berkata akan memanggil tiga mantan menteri Kabinet berkenaan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.
Mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah adalah individu yang didakwa melakukan kesalahan itu.
Siasatan itu, menurut Khalid, dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1MDB.
Husni yang sepatutnya diarahkan polis untuk memberikan keterangan pada jam 2.00 petang hari ini bagaimanapun ditangguhkan untuk berbuat demikian pada minggu hadapan. – Roketkini.com
Read More

Monday, 17 October 2016

Nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi atau menipu rakyat...Liow: MCA jamin RUU Hadi tidak akan dibahaskan.

Isnin, 17 Oktober 2016
Jeng.. Jeng.. Jeng..

Sama-sama lah kita nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi mahupun yg menipu rakyat.

Image result for Gambar RUU355

Liow: MCA jamin RUU Hadi tidak akan dibahaskan

MCA hari ini berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada sebarang langkah melambatkan 'RUU Hudud' itu adalah keputusan konsensus 13 parti komponen BN seperti yang diputuskan pada yang mesyuarat pra-majlis semalam.
"Ia adalah sangat jelas bahawa BN membuat keputusan konsensus RUU undang-undang kerajaan akan mendahului RUU persendirian.
"Kami akan memastikan RUU tersebut tidak akan dapat dibahaskan kerana kita tahu RUU kerajaan mesti didahulukan di Parlimen," ujar beliau kepada pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Wanita MCA Selangor.
Beliau juga menegaskan MCA telah banyak kali mengulangi pendirian dalam menentang cadangan pindaan Abdul Hadi untuk memperkasakan perundangan Syariah pada masa lalu.
"Kami (MCA) membantah sekeras-kerasnya mengenai RUU ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sangat jelas."
"Pada masa yang sama, BN juga menyatakan bantahan kepadanya. Saya bangkitkan isu ini pada mesyuarat BN," katanya.
Usul Abdul Hadi bertujuan untuk mengemukakan RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta yang membenarkan tahap hukuman yang lebih tinggi berbanding keadaan semasa.
Malaysiakini.
Read More

Monday, 24 February 2014

PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat...

Isnin, 24 Februari 2014

Kerajaan cuba menipu rakyat... 



PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat

MUHAMMAD FAIZAL 
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff hari ini menjelaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pantaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara contoh pembohongan BN terhadap rakyat.

Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.

"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.

Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini dan menagguhkan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak.

"Walau bagaimanapun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah," Kata Zulhazmi.

Apa yang dirisaukan, kata Zulhazmi, tindakan pembekuan tersebut bersifat sementara untuk meredakan kemarahan rakyat.

Malah lebih malang kata beliau kerajaan cuba menipu rakyat dengan penangguhan tetapi pada dasarnya ianya masih berjalan.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena