Showing posts with label pinjaman MARA. Show all posts
Showing posts with label pinjaman MARA. Show all posts

Saturday, 13 February 2016

Mara bermasalah untuk memberikan pinjaman? 1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti.

Ahad, 14 Februari 2016

1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti kerana tiada pinjaman Mara

Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016.

Dapatan itu, sekali lagi menguatkan dakwaan yang bantuan ke atas agensi berkaitan kerajaan bagi pendidikan tinggi dikurangkan tahun ini.
Sementara itu, Mara pada Jumaat lepas berkata sejumlah RM264 juta sudah diperuntukkan kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengadu mereka tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.
Kajian itu juga mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar berkenaan yang merupakan penuntut di kolej tajaan Mara yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran. Ini termasuk pelajar yang menuntut di UniKL.
Mereka yang sedang menuntut di kolej bukan tajaan Mara turut berharap agar pemberian pinjaman pelajaran mereka dikekalkan, kata penulis kajian itu, Fahmi Zainol, dalam temu ramah bersama The Malaysian Insider.
Kira-kira 80.7% daripada mereka mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman Mara, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman.
"Kesimpulan daripada kajian kami ialah Mara mempunyai masalah untuk memberikan pinjaman. Kemudahan permohonan pinjaman atas talian mereka juga sudah tidak lagi menerima permohonan baharu," kata Fahmi yang juga ketua Biro Pelajar Pemuda PKR.
 Ketua Biro Pelajar Pemuda PKR Fahmi Zainol berkata, 80.7% pelajar terlibat mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016. 
Ketua Biro Pelajar Pemuda PKR Fahmi Zainol berkata, 80.7% pelajar terlibat mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016.
Fahmi berkata, kira-kira 43 daripada 945 pelajar terpaksa menamatkan pengajian kerana gagal mendapatkan pinjaman pelajaran.
"Kebanyakan pelajar ini sudah mendaftar di kolej masing-masing bermula Julai tahun lepas. Apabila gagal memohon pinjaman, mereka terpaksa menggunakan duit ibu bapa bagi membayar yuran semester pertama.
"Tetapi kini mereka sudah memulakan semester ke-2 tahun ini dan tidak tahu di mana mereka boleh dapatkan duit untuk membayar yuran pengajian.
"Sebab itu beberapa pelajar berhenti selepas semester pertama (pada Julai)," kata Fahmi sambil menambah lebih 90% daripada responden kajian itu melahirkan kebimbangan dengan keadaan kewangan mereka.
Fahmi berkata, pelajar sudah diberitahu yang mereka perlu membayar yuran semester ke-2 mereka pada Mei ini. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak boleh meneruskan pengajian pada semester ke-3.
Daripada 33 institusi itu, 9 adalah politeknik Mara di Johor, Pahang, Kedah dan Kelantan. Selebihnya merupakan kolej swasta di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor.
Dua daripadanya ialah universiti luar negara iaitu Universiti Sunderland di London, United Kingdom dan Universiti Mansoura, Mesir.
Semua 945 pelajar itu juga sudah menulis surat kepada sebuah pusat aduan atas talian yang dibuka biro berkenaan.
"Tetapi kami mengesahkan aduan mereka dengan melawat universiti berkenaan untuk bertanya sendiri dengan sekumpulan sampel pelajar terlibat," kata Fahmi.
Pada 10 Februari lalu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mendesak Mara untuk berterus terang mengenai program pinjaman agensi itu. 
Kemampuan Putrajaya untuk terus membiayai program pendidikan tinggi masih menjadi tajuk berita pada Januari lalu apabila mengumumkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam akan diteruskan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menunjukkan pembiayaan untuk semua 4 program di bawah JPA dipotong sebanyak antara 21% dan 60%. – 14 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hampir-1000-pelajar-33-kolej-swasta-mungkin-berhenti-kerana-tiada-pinjaman#sthash.MUDwcYsW.dpuf
Read More

Saturday, 6 February 2016

My UNIVERSITY is UMNO? Mahasiswa bingung tunggu biasiswa MARA...“Saya sudah tiga semester tidak bayar yuran ".

Ahad, 7 Februari 2016

Sebuah lagi University baru diMalaysia." UNIVERSITY UMNO"
Hanya untuk ahli UMNO sahaja.
syarat syarat kemasukan :-

1. Untuk lulusan SRP saja
2. Kaki Jilat
3. Kaki tidur
4. Bodoh bertingkat tingat

Sesiapa yang ada kelulusan diatas, boleh memohon...

Mahasiswa bingung tunggu status pinjaman MARA

Sekumpulan mahasiswa dari institusi pengajian swasta bingung mengenai status permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membiayai pengajian mereka di universiti masing-masing.

Menurut mereka, sebelum ini MARA memberi pinjaman pendidikan yang sama kepada senior mereka.

Seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Mustaqim dari Asia Pacific University (APU) berkata dia sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian kerana mengharap pinjaman dari MARA.



Jelasnya, pusat pengajiannya juga tidak memintanya membayar yuran kerana turut menunggu pinjaman dari pihak MARA.

“Saya sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian dan pihak universiti pun tak minta saya membayarnya buat masa sekarang kerana percaya akan dapat pinjaman dari pihak MARA,” katanya kepadaMalaysikini.

Katanya, dia telah pergi sendiri ke Pejabat MARA bagi mendapat penjelasan, namun jawapan yang diterima sungguh mendukacitakan apabila MARA memintanya menunggu pengumuman di talian.

“Saya sudah memohon pinjaman secara online tapi tak ada jawapan sampai sekarang. Saya buat permohonan itu dari semester dua lagi,” katanya yang mendakwa sepuluh rakan sekelasnya berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.

Menurut Mustaqim, pihak APU sudah membuat perjumpaan bagi mencari jalan penyelesaian dan mencadangkan pelajar membuat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk meneruskan pengajian mereka.

“Saya tidak mahu ambil PTPTN kerana PTPTN tidak menyediakan elaun sara hidup, manakala jumlah yang diberikan tidak mencukupi untuk membayar yuran.

“Selain itu terdapat kadar faedah yang akan dikenakan untuk membayar balik pinjaman,” katanya.

PTPTN telah mengumumkan pada 2014 pengurangan 15 peratus daripada jumlah pinjaman maksimum bagi institusi swasta kerana kekurangan dana.

MARA pula telah menafikan ia juga kekurangan dana dan berkata biasiswa masih ditawarkan walaupun pembiayaan dikurangkan.

Bagaimanapun, status pinjaman pendidikan MARA masih tidak jelas.

Sementara itu, mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL), yang mahu dikenali sebagai Faris pula berkata, dia kini terkapai-kapai kerana tidak mempunyai wang bagi meneruskan pengajian.

Katanya, dia sudah membuat permohonan secara online pada bulan November tahun lalu bingung, tetapi pihak MARA tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonannya.

Kerana tidak puas hati, dia pergi sendiri ke pejabat MARA bagi mendapatkan penjelasan namun diarahkan untuk menunggu pengumuman di talian, tapi katanya sehingga kini belum ada sebarang pemberitahuan dari pihak tersebut.

“Saya sudah pergi sendiri ke pejabat MARA tapi mereka minta tunggu sebarang pengumuman di lamanweb MARA.

“Buat masa ini saya bergantung kepada ibu bapa saya bagi teruskan pengajian,” kata pelajar jurusan kejuruteraan itu.

Tambahnya, pihak UniKL telah membuat empat kali perjumpaan dengan pelajar namun dan mereka memohon pinjaman PTPTN sebagai jalan akhir untuk meneruskan pengajian.

“Kalau ambil PTPTN, kadar bayaran itu termasuk faedah dan jadi (bayaran) tinggi, lagipun tidak ada elaun bulanan

termasuk nak bayar yuran pun tidak cukup duit,” katanya yang menambah hampir 90 peratus pelajar UniKL bergantung kepada pinjaman tersebut.

Manakala pelajar dari APU yang mahu dikenali sebagai Adawiyah pula berkata beliau amat mengharap bantuan dari MARA kerana sekiranya berhenti pengajian, dia harus membayar hutang yuran kepada pihak universiti.

“Mahu tidak mahu kena teruskan pengajian, buat masa sekarang minta dari ibu bapa dulu.

“Kalau berhenti, kena bayar hutang yuran kepada pihak universiti, kalau boleh nak tahu apa status pinjaman ini,” katanya belum lagi tidak berfikir untuk berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.

Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh bekas pemimpin mahasiswa Fahmi Zainol, mereka turut mendesak

MARA memberikan maklum balas segera berhubung perkara tersebut supaya masalah itu dapat diatasi secepat mungkin.

Sementara itu Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi Malaysikini tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana sedang di luar negara.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas dari UniKL dan APU mengenai status pinjaman MARA tersebut.

-malaysiakini

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/mahasiswa-bingung-tunggu-status.html#ixzz3zPC9eTM0 
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena