Showing posts with label rakyat menderita. Show all posts
Showing posts with label rakyat menderita. Show all posts

Saturday, 26 August 2017

[Video Tun M: Matawang kita jatuh teruk & Saya sedih dengan Pas dah jadi pemecah belah Melayu] #NajibPerompakUmnoPenyangak, Rakyat Menderita! Pas jangan jadi seperti Mat Jenin.

Ahad, 27 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
Ligat kepala hotak licin menteri kenakan lagi cukai baru Cukai Pelancongan WALAUPUN DAH DIKENAKAN CUKAI GST 6% dan cukai servis 10%..

TAHUKAH ANDA..
Daripada jumlah hasil kutipan cukai baru tersebut, 10 peratus saja k'jaan negeri dpt berbanding bakinya 90 peratus masuk kantong kementerian yg dikepalai oleh Nazri sendiri..

NAMPAK TAK !!!

#UmnoPenyangak


Pas jangan jadi seperti Mat Jenin, kata Guan Eng

Lim Guan Eng Pulau Pinang
Pas dinasihatkan supaya tidak berangan-angan seperti Mat Jenin dengan mendakwa mereka dapat menembusi kubu kuat Umno-BN di Kepala Batas dengan mudah.
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, dakwaan bahawa Pas akan memberi saingan yang hebat dan sengit kepada pihak lawan bukanlah suatu perkara mudah sepertimana yang dilaung-laungkan.
"Bukan sesuatu yang begitu mudah untuk menembusi kerusi Parlimen Kepala Batas yang begitu amat sinonim dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Kemungkinan besar apa yang mereka impikan hanya umpama angan-angan Mat Jenin sahaja.
"Pakatan Harapan pula menerima sambutan luar biasa semasa kehadiran Tun Mahathir di Kepala Batas baru-baru ini, " katanya mengulas mengenai keyakinan Pas untuk merampas Parlimen Kepala Batas daripada BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berkata, sambutan terhadap Pas yang semakin merosot membuktikan lagi bahawa Pas berhadapan laluan sukar.
"Sekiranya Pas yakin mereka boleh merampas Parlimen Kepala Batas seharusnya mereka sedar ceramah mereka pun begitu kurang jika dibandingkan dengan pengaruh Abdullah
"Walau bagaimana pun, mereka harus sedar pengaruh Tun Abdullah begitu kuat di Kepala Batas.
"Oleh kerana itu tidak harus ada mana-mana pihak yang mendakwa mereka mudah menembusi kubu kuat Tun Abdullah kali ini," katanya.
Menurut Guan Eng lagi, sebelum ini Pas Kepala batas mengakui akan memberi saingan yang hebat kepada mana-mana pihak lawan bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Namun begitu katanya, Pakatan Harapan masih mempunyai peluang yang besar bagi kawasan Parlimen yang lain seperti Tasek Gelugor yang dikuasai oleh Umno dan BN.
Read More

Saturday, 4 July 2015

POLITIK BUKAN LAGI MATLAMAT PAS? Mereka rela membiarkan rakyat menderita, negara akan muflis...

Sabtu, 4 Julai 2015
Komenter
  • Mohd Suhaimi Aziz ·  Pemberi komen Tertinggi · UTM Skudai, Johor
    KE MANA HALA TUJU PAS SELEPAS MUKTAMAR 2015 ? APAKAH PENDEKATAN POLITIK BUKAN LAGI MATLAMAT PAS UNTUK MENGUASAI PUTRAJAYA DAN MEMERINTAH MALAYSIA ?DI MANA UNTUNGNYA PAS DAN DI MANA RUGINYA ISLAM BILA PENDEKATAN TAHALUF SIYASI DIRUNTUHKAN ?

    TG Hj Hadi dan ulamak PAS kekal dengan usul PAS putus kerjasama dengan DAP demi mengejar redha Allah!!!! Mereka lebih rela membiarkan rakyat menderita, negara akan muflis dan Malaysia kekal diperintah oleh umno/bn parti sekular hingga kiamat !!! Hudud hanya untuk Kelantan sahaja !!!! Tiada lagi usaha dakwah kepada orang-orang bukan Islam !!!! Putrajaya bukan lagi matlamat PAS !!! Siku dan lutut adalah senjata PAS bukannya dakwah dan kebijaksanaan akal fikiran !!!!!

    Tiada beza DAP dan PAS jika pimpinan asyik nak bergaduh dan tuduh-menuduh !!! Sedangkan Islam menganjurkan kita menghulurkan salam persahabatan dan berfikiran secara matang!!!! Itulah yang membezakan kita yang beragama Islam dengan orang bukan Islam !!! Jika akhlak orang Islam sama dengan orang bukan Islam, jadi apa yang membezakan kita sehingga kita umat Islam digambarkan sebagai umat yang terbaik ?????

    Dalam Islam kita tidak boleh membiarkan fitnah-memfitnah bermaharajalela di kalangan umat Islam apatah lagi dalam jemaah Islam seperti PAS yang kita kenali sebagai parti Islam sedangkan Islam meraikan perbedaan pendapat selagi ia tidak melanggar syariat dan pihak yang berbeda pendapat perlu duduk bersama dalam musyawarah dan ketua jemaah perlu berperanan sebagai ketua yang adil dan bijaksana !!!

    Sepatutnya sebelum usul dikemukakan dan diluluskan tanpa bahas dalam muktamar, para ulama dan profesional duduk berbincang bersama dahulu dengan mengemukakan hujah dan nas al-Quran dengan akal fikiran yang matang tanpa dipengaruhi oleh nafsu amarah dan dendam untuk mencari satu penyelesaian yang akan menguntungkan Islam untuk jangka masa panjang dan berusaha membetulkan kerosakan yang berlaku dalam PAS dengan mengambil pendekatan yang selari dengan tuntutan Islam iaitu memilih kemaslahatan yang paling minimum supaya dakwah Islam dapat diteruskan melalui medium politik dengan mengubah pendekatan yang menepati syarak !!!

    Sebenarnya usul yang diluluskan oleh dewan ulama PAS iaitu memutuskan kerjasama dengan DAP adalah lebih banyak merugikan Islam itu sendiri berbanding kesan yang akan diterima oleh PAS semata-mata kita hanya bermati-matian untuk mempertahankan maruah seorang Presiden yang bukan maksum sedangkan Presiden juga melakukan kesilapan yang boleh ditegur oleh jemaah sehingga memberikan gambaran yang salah tentang Islam secara keseluruhannya di mana kita sendiri telah menghancurkan kepercayaan orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam yang menjadi alternatif untuk menggantikan umno memerintah Malaysia dengan alasan "klise" iaitu mencari keredhaan Allah sedangkan redhakah Allah sehingga jemaah PAS berpecah, fitnah dan melabel sesama jemaah tanpa ditegur oleh ulama, umat Islam tidak mempercayai lagi PAS dan orang-orang bukan Islam juga mula menjauhi PAS ??????

    Jadi timbul di sini satu persoalan yang besar yang bermain di fikiran umat Islam di manakah untungnya Islam bila ruang dakwah melalui tahaluf siyasi diruntuhkan oleh mereka yang mengaku pejuang Islam tetapi mereka sendiri gagal memahami cara dakwah secara berhikmah yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ?

    ISLAM for ALL !!!!

    UNDILAH PAKATAN RAKYAT !

    SELAMATKAN MALAYSIA !

    Malaysiakini.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena