Showing posts with label solat hajat. Show all posts
Showing posts with label solat hajat. Show all posts

Saturday, 30 September 2017

[Video Tun M: 'Dedak' dalam hidung...mampus] Mahathir solat hajat untuk Anwar & Najib ke SPRM esok!

Ahad, 1 Oktober 2017

Mahathir solat hajat untuk Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Siapa yang mudah melupakan bagaimana mata kiri Anwar lebam selepas ditumbuk ketika ditahan polis.
Selepas dibicarakan Anwar dijatuhi hukuman penjara pada 1999, dan perdana menteri Malaysia ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir.
Ia adalah detik mencetuskan reformasi dan bagi penyokong gerakan itu, Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar.
Malam ini Dr Mahathir - yang dipisahkan jarak kira-kira 50 kilometer dengan Anwar - berdiri bersama orang ramai mengadakan sembahyang hajat mendoakan pembebasan bekas ketua pembangkang tersebut dan menyelamatkan Malaysia.
Dr Mahathir hadir bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bandar Baru Bangi, manakala Anwar masih terpenjara di Sungai Buloh.
image: https://i.malaysiakini.com/1161/5d2c4be8f4da9c5b4cf770990606d701.jpeg
Selepas solat Isyak Dr Mahathir turut berpeluang memberikan 'tazkirah' kepada orang ramai yang memenuhi dewan sembahyang di majlis anjuran Akademi Ulum Munawwarah itu.
Pada usia 92 tahun bekas presiden Umno selama 22 tahun itu menghabiskan masa kira-kira 40 minit memberikan ucapannya.
Kata Dr Mahathir untuk membebaskan Anwar orang ramai tentu tidak boleh menyerbu Penjara Sungai Buloh. Sebaliknya kata beliau apa yang boleh dilakukan ialah menukar kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.
"Kalau kita tukar kerajaan, kerajaan (yang baru) boleh ambil tindakan untuk membebaskan Anwar," katanya.
Kini menjadi salah satu watak terpenting dalam gerakan pembangkang Dr Mahathir kemudian mengkritik Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya melakukan pelbagai salah laku.
Untuk mengubah kerajaan katanya ia tidak boleh dilakukan dengan hanya berdoa.
Justeru kata Dr Mahathir penyokong pembangkang mesti bersatu padu dan berusaha.
"Setiap yang kita minta daripada Allah, kita kena usaha (untuk dapatkan).
"Kalau nak tunggu ia datang bergolek, datang melayang - itu memang tidak akan berlaku. Kita kena usaha," katanya.
Sebelum itu Dr Wan Azizah serta Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara Abdul Ghani Shamsuddin turut menyampaikan sedikit ucapan.
Malaysiakini.
Image result for Gambar najib

Najib ke SPRM esok

Datuk Seri Najib Razak dijadual muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.
Bagaimanapun kemunculan itu tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan salah laku atau siasatan yang dibuat ke atas beliau, sebaliknya bertujuan untuk merasmikan bangunan baru agensi antirasuah berkenaan.
Perasmian itu juga dibuat sempena ulang tahun ke-50 SPRM yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Bangunan baru SPRM yang terletak di Precinct 7 Putrajaya itu bakal menjadi mercu tanda terkini di pusat pentadbiran negara.
Kemunculan perdana menteri itu juga berlaku ketika Pejabat Peguam Negara belum lagi menerima kertas siasatan daripada SPRM yang menyiasat dana dari SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta yang kemudian didapati berada dalam akaun persendirian beliau.
Najib juga diserang pengkritiknya berhubung dakwaan salah laku dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaunnya.
Jabatan Keadilan AS sebelum ini sudah mengemukakan saman sivil di negara terbabit untuk merampas semula pelbagai aset yang didakwa diperolehi secara salah menggunakan dana 1MDB.
SPRM sudah menjalankan siasatan mengenai dana RM2.6 bilion serta RM42 juta itu. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Pada 26 Januari 2016 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada asas untuk mengambil tindakan ke atas Najib berdasarkan kertas siasatan dikemukakan SPRM.
Namun 16 bulan kemudian - atau pada April tahun ini - Apandi memberitahu kenyataan beliau bahawa status NFA (no further action atau tiada tindakan lanjut) bukan bermakna kes terbabit ditutup.
Justeru beliau mengarahkan SPRM untuk memuktamadkan siasatan berkenaan yang dianggap "sudah agak lama".
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 4 August 2015

Warga Kerja SPRM Putrajaya Adakan Solat Hajat...

Selasa, 4 Ogos 2015
Warga Kerja SPRM Putrajaya Adakan Solat Hajat... 
  

Berdepan dengan 'dugaan' semasa warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini buat julung kali mengadakan solat hajat diimami timbalan ketua pesuruhjayanya, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Antara lain solat hajat itu diadakan bagi memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

“Kami memohon kepada-Mu ya Allah  berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin.

“Jauhilah kami dari perbuatan mungkar, berilah kekuatan kepada pejuang-pejuang rasuah ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri dan keluarga mereka, organisasi, masyarakat terutamanya negara yang kami kasihi ini daripada dicerobohi perbuatan orang yang mengamalkan rasuah,” katanya membacakan doa selepas solat hajat Untukmu SPRM di Putrajaya sebentar tadi.


 Malaysiakini.
Read More

Wednesday, 12 March 2014

[Video] Mengelirukan aksi bomoh di KLIA ... Dewan Ulama saran solat hajat...

Rabu, 12 Mac 2014
Photo

Dewan Ulamak PAS Pusat was with Muhd Faizal.
Photo: Didiklah anak anda dengan Solat.

MH370: Dewan Ulama saran solat hajat

     

KOTA BHARU: Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menyarankan masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan para penumpang dan krew pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau juga berharap umat Islam termasuk rakyat Kelantan bertenang menerima berita yang mengejutkan itu dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Menurutnya, doa serta munajat perlu dipanjatkan sentiasa bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberi kemudahan dalam mencari dan menyelamat penumpang pesawat terbabit.

“Semoga anggota keluarga mangsa bersabar menerima berita sedih ini serta mengambil maklumat dari pihak yang benar-benar sah agar tidak timbul sebarang spekulasi. Kita masih berharap semoga MH370 ditemui,”ujarnya.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman facebooknya berkata, kerajaan negeri turut mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu memandangkan pembantu juruterbang pesawat MH370 ialah rakyat Kelantan.

“Kerajaan Kelantan bersedia menghulurkan bantuan yang termampu untuk meringankan beban keluarga terbabit,” ujarnya.
Gambar: Sebarkan. #PrayForMH370
Photo: Untuk pengetahuan sahabat non Muslim, ini BUKAN ajaran Islam. 

This is not a teaching in Islam!
Photo: Bukan nak memperlekehkan.tapi memalukan islam sangat2..
Gambar: Update Status ~ Persoalan 'Raja Bomoh' telah diputuskan oleh JAKIM sejak tahun 2004. Haram percayainya malah jauhi dari mendengar ramalannya juga kerana sekali anda mendengar, Syaitan akan membisikkan kepercayaan. hati-hati.
Update Status ~ Persoalan 'Raja Bomoh' telah diputuskan oleh JAKIM sejak tahun 2004. Haram percayainya malah jauhi dari mendengar ramalannya juga kerana sekali anda mendengar, Syaitan akan membisikkan kepercayaan. hati-hati.

)
)

Photo
Read More

MH370: Tingkat 5 HALL DEPARTURE KLIA... Solat Hajat & Bacaan Yasin...Tak terima usul saya tak mengapa - Mahfuz

Rabu, 12 Mac 2014
Foto

MH370: Tak terima usul saya tak mengapa, kata Mahfuz

     
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul merakamkan kesedihan terhadap kehilangan Pesawat MAS MH370, yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Dalam usul tersebut, Mahfuz menggariskan tiga asas mengapa penting untuk usul tersebut diterima dan dibahaskan oleh Dewan Rakyat.

Katanya, adalah penting bagi parlimen sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas apa yang berlaku sekaligus menyatakan kebersamaan kepada keluaga yang terlibat.

"Alasan juga bahawa ianya sedang disiasat, dan perbahasan di Dewan Rakyat boleh membantu siasatan.

"Ini kerana kita lihat kenyataan-kenyataan dikeluarkan tunjuk siasatan bercelaru dan kenyataan-kenyataan bercanggah," kata beliau sambil merujuk isu penumpang yang mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat MH370 itu.

Beliau juga menjelaskan, isu MH370 ini juga telah mendedahkan beberapa lagi isu berbangkit, termasuk menyentuh soal sistem keselamatan negara.

Ianya termasuk isu penumpang yang boleh bolos biarpun menggunakan pasport palsu.

"Ini sekaligus boleh menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia.

"Tak terima usul saya tak mengapa. Kerajaan sendiri boleh bawa usul, kami (Pakatan Rakyat) sokong dan kita bahas sama-sama," katanya.

Speaker bagaimanapun menjelaskan penolakan itu dibuat dengan alasan bahawa ianya boleh dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam sesi perbahasan Titah Diraja, dan ianya juga telah disebut oleh speaker ketika sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

Read More

Saturday, 8 March 2014

PAS: Solat Hajat Mohon Keselamatan Operasi Menyelamat & Anwar teruskan berdoa... Pegawai MITI dalam pesawat MH370

Sabtu, 8 Mac 2014

Dewan Ulamak PAS Solat hajat mohon MH370 selamat

SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas menganjurkan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kejayaan operasi menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi tadi.

Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Dewan Ulama Pas mengarahkan seluruh ahlinya untuk memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas Isyak’, malam ini.

“Dewan Ulama Pas berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang MAS MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.

“Untuk itu Dewan Ulama Pas mengarahkan seluruh ahli Dewan Ulama memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas Isya' malam ini memohon kepada ALLAH keselamatan dan kejayaan operasi mencari pesawat yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara operasi mencari terus dijalankan oleh pihak berkuasa, Dewan Ulama Pas berharap pihak yang terlibat dapat bersabar dengan ujian yang berlaku.
Posted by Kedah Lanie 

Airplane crash, salahkan PAS!

Airplane crash, salahkan PAS sebab pilot dari Kelantan. Kalau terlebih pandai, macam ni la... Habis tu kau ingat penyokong tegar UMNO/BN tak pernah menyebabkan kemalangan kat mana-mana ke?

(Kalau pilot Kelantan tu sokong BN, tetap salah PAS jugak ke?)


Anwar: Teruskan berdoa untuk MH370


SHAH ALAM - Susulan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing dilaporkan hilang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berdoa supaya yang terlibat selamat.

Belia juga berkata perkara ini adalah jarang berlaku dan mengharapkan semuanya selamat.

"Saya gesa agar semua pihak berdoa supaya semua anak kapal selamat.

"Saya mendapat berita pesawat yang menujung ke Beijing China tersebut terputus hubungan dan diharap agar tiada kejadian tidak diingini berlaku.

"Perkara ini jarang berlaku, bermacam berita saya dapat, apa pun saya tetap bersama keluarga mangsa serta berharap semuanya selamat," katanya pada ucapan pemimpin utama, di Konvensyen PR Kali Ke-5, di sini, hari ini.
SH.

Pegawai MITI dalam pesawat MH370

8:42PM - 8 Mar 2014

Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Senarai nama terkini yang dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang pesawat yang masih belum dikesan itu.
    
Terdahulu, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing.
    
"Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial," katanya kepada Bernama.
    
"Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat," katanya.
    
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi


Keluarga di Beijing berang 'tiada maklumat terkini'
6:41PM - 8 Mar 2014
Suasana kekecewaan semakin meningkat di kalangan ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370 yang berkumpul di Beijing kerana mengadu mereka tidak mendapat maklumat perkembangan terkini.

AFP melapor kan keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat yang hilang itu, berkumpul di sebuah hotel di Beijing dan ada yang berang kerana tidak dikemaskini maklumat mengenainya.

"Mereka sepatutnya memberitahu kita sesuatu sebelum ini," kata seorang lelaki dari bandar di utama China, Tianjin yang dipetik oleh agensi perkhidmatan berita.

"Kami tidak diberitahu apa-apa tentang perkara ini. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak mengeluarkan apa-apa maklumat," kata seorang lelaki yang lain yang berusia 20-an , yang dilihat memujuk ibunya, AFP melaporkan.

Majoriti 239 penumpang penerbangan ini - 153 daripada mereka - adalah warga China dan Taiwan, manakala jumlah kedua terbesar adalah rakyat Malaysia seramai 38 orang.

MAS: Pasukan kami berlepas ke Beijing

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan petang ini berkata satu pasukan bertolak ke Bejing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang untuk memberi bantuan kepada ahli keluarga penumpang terbabit.

"Kami telah menggerakkan 'Go Team' kami ke Beijing, yang berlepas jam 4.30 petang dengan pasukan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang," katanya.

Manakala keluarga penumpang penerbangan MH370 yang berkumpul di KLIA telah diminta untuk bersiap sedia dengan pasport masing-masing.

Malaysia Airlines mengadakan satu sidang akhbar setiap dua jam di sebuah hotel berhampiran KLIA.

Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.40 pagi ini, menuju ke Beijing.

Media tempatan di Vietnam melaporkan pesawat itu terhempas di luar pantai tetapi pihak berkuasa Malaysia masih cuba untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Malaysia Airlines berkata sehingga jam 4.20 hari ini, lokasi tepat pesawat itu masih tidak diketahui.

Pihak berkuasa di Malaysia, China, Vietnam, Singapura, Filipina dan Indonesia turut bersama membantu usaha mencari dan menyelamat. -sumber

Read More

Tuesday, 25 February 2014

Ayoh Chik !!! Solidariti Bersama Sang Murabbi Panglima Tertinggi Angkatan Jihad Siyasah... Solat Hajat bermula malam ini

Selasa, 25 Februari 2014
Photo: Ayoh Chik !!!

Kami Bersamamu...
Ayoh Chik !!!

Kami Bersamamu..

Photo
ARAHAN SOLAT HAJAT BERKENAAN ISU SAMAN TUAN GURU PRESIDEN

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada seluruh jentera Dewan Ulamak PAS pada peringkat negeri dan kawasan-kawasan serta seluruh ahli PAS supaya mengadakan dan melakukan solat hajat bermula pada malam ini. Ianya adalah bertujuan untuk memohon agar dikurniakan pertolongan daripada Allah supaya Presiden PAS diselamatkan daripada segala bentuk kejahatan musuh.

" Rahmat Untuk Semua "

KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT,
YB DATUK DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Sebarkan ...
Gambar: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Solidariti bersama Sang Murabbi

~ JOM tukar pic profile ~

MPfb percaya majoriti ahli PAS adalah setia pada Tuan Guru Presiden sebagai panglima tertinggi angkatan jihad siyasah secara muwajahah silmiyah ini.  MPfb percaya hampir semua ahli PAS rasa terkilan dan sedih , bahkan tidak sedikit yang telah mengalirkan air mata dalam doa dan munajat mereka kepada Allah atas apa yang terjadi pada Tuan Guru Presiden. 

Notis Penghakiman Ingkar ke atas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS adalah sesuatu yang tidak sewajarnya dibiarkan tanpa suatu solidariti. 

Kerana di sana ada pihak yang sedang bertepuk gembira atas apa yang berlaku. Inilah suatu hakikat yang tidak pernah sunyi dari perjuangan .. 

Marilah sama - sama kita doakan kebaikan buat jamaah ini dan semoga dipermudahkan urusan Tuan Guru Presiden. Sebagai tanda solidariti kita bersama Tuan Guru Presiden, jom kita guna gambar Tuan Guru untuk dijadikan pic profile pada facebook, whatsapp dan twitter masing-masing. 

ALLAAHU AKBAR !!! 
ALLAAHU AKBAR !!! 
ALLAAHU AKBAR !!

Admin 'TM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Solidariti bersama Sang Murabbi

~ JOM tukar pic profile ~

MPfb percaya majoriti ahli PAS adalah setia pada Tuan Guru Presiden sebagai panglima tertinggi angkatan jihad siyasah secara muwajahah silmiyah ini. MPfb percaya hampir semua ahli PAS rasa terkilan dan sedih , bahkan tidak sedikit yang telah mengalirkan air mata dalam doa dan munajat mereka kepada Allah atas apa yang terjadi pada Tuan Guru Presiden.

Notis Penghakiman Ingkar ke atas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS adalah sesuatu yang tidak sewajarnya dibiarkan tanpa suatu solidariti.

Kerana di sana ada pihak yang sedang bertepuk gembira atas apa yang berlaku. Inilah suatu hakikat yang tidak pernah sunyi dari perjuangan ..

Marilah sama - sama kita doakan kebaikan buat jamaah ini dan semoga dipermudahkan urusan Tuan Guru Presiden. Sebagai tanda solidariti kita bersama Tuan Guru Presiden, jom kita guna gambar Tuan Guru untuk dijadikan pic profile pada facebook, whatsapp dan twitter masing-masing.

ALLAAHU AKBAR !!!
ALLAAHU AKBAR !!!
ALLAAHU AKBAR !!


Admin 'TM
 — bersama Thrasher Mujahid.
Photo
Ezzy Freeman
12 hours ago 


KAMI SEDIA BERKHIDMAT 

 KITA KASI AJAR SAJA SAMA DIA!!!

SIAPA YANG HANDAL DALAM MENGADAKAN "APPLICATION ONLINE". TOLONG ADAKAN PAGE & APPLICATION "DANA ONLINE" SAMAN FOR 
AYOH CHIK.

Pada page AYOH CHIK sahaja ada 166,000 orang "LIKE" so, RM2,000,000/166,000 orang = RM12.05sen seorang.

Jika RM100 X 20,000 orang = RM2,000,000.
jika RM50 X 40,000 orang = RM2,000,000.

CUKUP RM2,000,000 kita TAKBIR RAMAI RAMAI 
Read More

Wednesday, 19 February 2014

Kuasa di tangan mu, cikgu... Selamat Berhimpun!

Rabu, 19 Februari 2014


KEMPEN MAKSIMUM [TIGA HARI]

Kempen Maksimum:
Sila LIKE dan SHARE poster ini kepada seberapa ramai kenalan.

SOLAT HAJAT PERDANA:
Memohon Jaminan Pendidikan Berkualiti Demi Masa Depan Anak-Anak.


Pastikan lebih 3000 LIKE dan SHARE untuk poster ini.
#Himpunan222MansuhPBS




Siapa yang nampak post ni kasi SHARE ramai2!!!
Deeeyy Macha! Habistu kenapa kau hantar anak kau belajar luar negara! hah??? Syok sendiri ka uncle!

Gambar: Penegasan yang dibuat ketika sidang media 15 Februari 2014 adalah : Kami konsisten memperjuangkan martabat profesionalisme keguruan dan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Kami beriltizam memperjuangkan hak dan KEBAJIKAN warga pendidik dari dizalimi .Mari kita roboh dan rempuh tembok KEZALIMAN yang melingkari minda dan jiwa pendidik yang gigih ,tabah ,sabar dan banyak berjasa mendidik anak bangsa selama ini dari karenah birokarasi dan akta serta 'Perintah Am' yang tidak adil dan mengongkong minda dan jiwa mereka..Perintah Am dan Arahan Pentadbiran  PERLU DIKAJI semula.Jom bersama kami dalam perjuangan ini....
Penegasan yang dibuat ketika sidang media 15 Februari 2014 adalah : Kami konsisten memperjuangkan martabat profesionalisme keguruan dan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Kami beriltizam memperjuangkan hak dan KEBAJIKAN warga pendidik dari dizalimi .Mari kita roboh dan rempuh tembok KEZALIMAN yang melingkari minda dan jiwa pendidik yang gigih ,tabah ,sabar dan banyak berjasa mendidik anak bangsa selama ini dari karenah birokarasi dan akta serta 'Perintah Am' yang tidak adil dan mengongkong minda dan jiwa mereka..Perintah Am dan Arahan Pentadbiran PERLU DIKAJI semula.Jom bersama kami dalam perjuangan ini....


Saya melihat dari sudut yang positif tentang perhimpunan membantah PBS yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari ini.

Isu PBS ini sudah berlarutan beberapa tahun iaitu sejak mula diperkenalkan. Namun, semakin hari suara bantahan ini semakin kuat dan ini ialah kemuncaknya – apabila TPM merangkap Menteri Pendidikan sendiri meminta PBS dikaji semula.

Walaupun cuba diberi gambaran buruk oleh parti pemerintah melalui media rasminya – hingga mengatakan perhimpunan itu bertujuan mengguling Umno-BN daripada menerajui kerajaan – saya berharap perhimpunan ini dapat diteruskan dalam suasana yang aman dan bebas daripada sebarang provokasi dan ugutan.

Perlu diingat, para guru ini hakikatnya bukan membantah kerajaan yang ada tetapi membantah PBS itu sendiri. Cuma, mungkin para guru ini sedar bahawa jika Umno-BN gagal mendengar suara hati mereka maka langkah seterusnya ialah menukar parti pemerintah kepada parti baru yang sudi mendengar luahan hati mereka.

Hakikatnya memang rakyat memang mahu menukar parti yang menerajui kerajaan tetapi bukanlah melalui himpunan jalan raya – sebaliknya melalui pilihan raya.

Umno-BN sepatutnya sedar bahawa para guru juga punya hati dan perasaan. Jangan jadikan mereka dan murid sekolah sebagai bahan uji kaji setiap dasar yang mahu diperkenalkan. Jangan bazirkan masa, tenaga dan wang para guru dengan dasar yang sentiasa berubah-ubah dalam tempoh 3 - 4 tahun.

Untuk para guru sekalian, selamat berhimpun!
Harakahdaily.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena