Showing posts with label tumbangkan BN. Show all posts
Showing posts with label tumbangkan BN. Show all posts

Sunday, 7 January 2018

[Video Ucapan "Berapi" Tun Mahathir Tumbangkan BN Dalam Konvensyen PH] Parlimen dijangka bubar selepas April, kata Nazri Aziz.

Isnin, 8 Januari 2018




Parlimen dijangka bubar selepas April, kata Nazri Aziz

Parlimen dijangka bubar selepas April, kata Nazri Aziz

Parlimen dijangka dibubarkan selepas selesai persidangannya yang dijadual berakhir pada 4 April ini, kata Nazri Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2018.

PARLIMEN dijangka akan dibubarkan sekitar April ini untuk membuka jalan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz.
Katanya, Parlimen akan dibubarkan selepas selesai persidangannya yang dijadual berakhir pada 4 April ini.
"Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu lepas menetapkan sesi persidangan Parlimen ke-6 dan yang terakhir akan bersidang pada 5 Mac hingga 4 April tahun ini.
“Jarang sekali ketika Parlimen bersidang, (Parlimen) dibubarkan,” katanya, seperti dipetik Bernama.
Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN mempunyai mandat rakyat untuk memerintah sehingga 24 Jun ini.
Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, ia akan terbubar secara automatik pada tarikh berkenaan dan pilihan raya umum perlu diadakan sebelum akhir Ogos.
Majlis Tertinggi BN minggu lalu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum. Mesyuarat itu bagaimanapun tidak membincangkan soal pembahagian kerusi, kata seorang menteri kanan.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri Najib Razak melancarkan semula portal maklumat The Rakyat bagi menyebarkan propaganda kerajaan menghadapi PRU14.
Sementara itu, Pakatan Harapan sudah selesai sebahagian besar pengagihan kerusi yang akan ditandingi.
PH hari ini menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menterinya kalau dapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan di Putrajaya, dan Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai timbalannya.
Gabungan empat parti pembangkang itu juga hari ini mengumumkan kata sepakat pengagihan 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, dengan Bersatu bakal bertanding 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Hashim Abdullah dalam wawancara yang disiarkan di Mingguan Malaysia hari ini berkata PRU14 boleh diadakan pada bila-bila masa, namun perlu mengambil kira beberapa pertimbangan termasuk keadaan cuaca.
Beliau juga mengatakan SPR sudah membuat persiapan untuk menghadapi PRU14 sejak dua tahun lalu.
SPR kini sedang menjalankan proses persempadanan semula, yang kuat dikritik oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan pemerhati pilihan raya.
Kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) yang diumumkan baru-baru ini merumuskan persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR itu menguntungkan kerajaan BN yang memerintah, termasuk boleh menyebabkan PH kehilangan Selangor.
Selangor ditadbir oleh PH, yang sebelum ini bergabung atas nama Pakatan Rakyat, dan diterajui oleh PKR. – Bernama, 7 Januari, 2018.
TMI.

Read More

Saturday, 30 September 2017

[Video Satu Parti Tak Kuat, Tapi Empat Parti Bergabung Jadi Kuat Untuk Tumbangkan BN] 3 kemungkinan berlaku di Selangor dalam PRU14.

Ahad, 1 Oktober 2017

Image result for Foto pakatan harapan
Related image

3 kemungkinan berlaku di Selangor dalam PRU14


SERDANG, 29 SEPT: Analisa menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Selangor mampu meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis dan Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian itu dibuat dengan mengambilkira kedudukan PAS (dan sekutu) yang mahu meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN Selangor.
Beliau memberikan 3 senario kedudukan kerusi yang boleh berlaku di Selangor dalam PRU14 akan datang. Rujuk jadual di bawah:
“Dalam senario pertama. Saya meletakkan jangkaan BN hilang 5% sokongan pengundi Malayu, tapi angka itu tidak realistik memandangkan pengundi di Selangor lebih ‘sofistikated’ dan menyedari bukan sahaja kesan GST tetapi juga isu urustadbir seperti 1MDB dan FELDA.
Menurutnya, HARAPAN dijangka menang 36 daripada 56 kerusi negeri meskipun kurang daripada 44 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13.
“Dalam keadaan ini, HARAPAN masih boleh membentuk kerajaan negeri di Selangor,” jelasnya.
Bagi senario kedua, beliau membuat jangkaan berlaku penurunan sebanyak 8% sokongan pengundi Melayu dan penurunan 3% pengundi bukan Melayu kepada BN.
Jika berlaku demikian, ‘Tsunami Melayu’ dengan skala yang lebih kecil akan berlaku dan HARAPAN dijangka memenangi 43 kerusi negeri – kurang satu kerusi berbanding PRU13.
Senario 3 pula mampu mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ sekiranya sokongan pengundi Melayu kepada BN jatuh sehingga 10% manakala pengundi bukan Melayu pula mencatatkan penurunan 5%.
Beliau turut menjangkakan PAS akan mengalami kemerosotan berbanding PRU13.
“Saya menjangkakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan mengalami kemerosotan sebanyak 15%, 20% dan 25% dalam PRU14.
“Ini bermakna jika PAS dapat 40%  undi Melayu dalam PRU13, dalam PRU14 pula ia akan berkurangan sebanyak 15%, 20% dan 25% masing-masing merujuk kepada scenario 1, 2 dan 3,” katanya.
Kedudukan PAS itu jelas Dr Kian Ming turut mengambil kira prestasi parti tersebut yang mengalami penurunan 10% dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Penelitian ini juga dibuat berdasarkan penyertaan BERSATU dalam HARAPAN, pengukuhan kepimpinan HARAPAN dan putusnya hubungan kerjasama PAS dan PKR. –Roketkini.com
Read More

Saturday, 27 June 2015

Pakatan Rakyat 2.0 mahu tumbangkan BN...HOOORAYY! RINGGIT MAKIN JATUH! Baik untuk ekonomi, & negara?

Ahad, 28 Jun 2015



HOOORAYY !!! RINGGIT MAKIN JATUH !!!

Tak payah nak tunggu2 krisis ekonomi dunia..
Ringgit semakin menghampiri RM3.80..
Tak mustahil jejak RM4.00 like emoticon

Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata..
"RINGGIT JATUH BANTU PULIH EKONOMI"
"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK NEGARA"
"RINGGIT JATUH BAIK EKSPORT FGV"
"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELANCONGAN"
"RINGGIT JATUH RANGSANG EKSPORT & PELABURAN"
"DENGAN GST BOLEH SELAMATKAN RINGGIT"

Tak sabo nak lihat Malaysia JAHANAM?

Pakatan Rakyat 2.0 mahu tumbangkan BN

Oleh: HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM, 27 JUN: PKR optimis penyatuan terbentuk dalam pembangkang selepas ini lebih kukuh bagi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan demi kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Johari Abdul, berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan semua pihak yang mempunyai misi sama dalam perkara berkenaan.

"Ia seperti mana kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembangkang bersatu dan kembali lebih kuat dengan pembabitan banyak pihak termasuk NGO.

"Kita mengalu-alukan kumpulan progresif 18 (G18) yang akan menubuhkan parti baharu dan meneruskan agenda dengan misi sama," katanya kepada SelangorKini.

Johari mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mengenainya dan harapan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena