Pernahkah kita mendengar anak raja tersebut menegur secara lantang atau keras terhadap Najib atau pun Isa Samad berkait skandal Felda/FGV ?
Malah mereka ini terang2 telah menyebabkan Felda/ FGV melingkup hampir bungkus setelah terpalit dgn pelbagai skandal2 salah urus tadbir & penyelewengan yg dilakukan oleh pemimpin2 Umno malah Isa Samad yg pernah disabitkan rasuah pun boleh dilantik semula untuk menerajui Felda, kenapa ?
Perhimpunan Agung MCA akan diadakan hujung minggu ini dengan menyaksikan beberapa perubahan yang ketara.
Buat kali pertama, pengerusi BN tidak akan berucap di perhimpunan itu. Malah, tiada jemputan kepada rakan sekutu mereka dalam BN.
Sebaliknya, Presiden MCA Liow Tiong Lai yang akan melepaskan jawatannya akan menyampaikan ucapan pembukaan.
Selain itu, satu lagi perubahan ketara ialah sesi perbahasan bagi sayap wanita dan pemuda akan diadakan secara tertutup.
"Bagi membolehkan perwakilan kami bebas menyuarakan pandangan, tanpa sekatan dan berkongsi perasaan mereka, kami membuat keputusan untuk mengadakan perbahasan secara tertutup," kata bakal presiden MCA Wee Ka Siong.
Perwakilan MCA dijangka berbahas tentang hala tuju parti itu, termasuk keputusan untuk kekal bersama BN atau meninggalkan gabungan itu.
Selain Umno dan MIC, MCA merupakan pengasas BN ketika menubuhkan Perikatan.
Parti itu kini berada di titik paling rendah dalam sejarah penubuhannya, dengan hanya mempunyai satu kerusi di parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri.
Inilah agenda modus operandi (MO) mereka mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama dgn membawa isu ICERD untuk menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan padahal ICERD telah dimulakan perbincangannya oleh pimpinan Umno semasa pentadbiran mereka dahulu, seawal tahun 2011..
MALAH semasa Umno/BN berkuasa lagi dah ada Jawatankuasa Teknikal ICERD di bawah Jabatan Perdana Menteri !! TAK HERANLAH, KENAPA PAS MEMANG SUKA KENCING UMNO sejak dari dulu lagi... #PenyangakRasisNegara
Lim: Umno, PAS tak nak protes skandal 1MDB sekali?
Pemimpin DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Umno dan PAS akan bersama mengadakan protes bagi menyatakan bantahan terhadap skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Ini selepas kedua-dua parti itu mengumumkan akan mengadakan himpunan bersama bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (Icerd).
"Umno dan PAS semakin saling bekerjasama dengan mengadakan himpunan bersama di Pasir Salak pada Sabtu dan satu lagi himpunan protes utama di Kuala Lumpur pada 8 Disember.
"Tetapi adakah mana-mana pemimpin Umno atau PAS membuat pendirian yang jelas menentang perbuatan tidak bermoral, tamak, rasuah dan salah guna kuasa dengan mengecam skandal 1MDB?
"Adakah Umno dan PAS akan mengadakan perhimpunan protes bersama terhadap Najib, skandal 1MDB dan Malaysia yang menjadi kleptokrasi global?" Soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Lim tidak ada tanda-tanda bahawa kedua-dua parti itu bersedia untuk berbuat demikian kerana para pemimpin mereka tidak menunjukkan kebimbangan sama sekali terhadap skandal 1MDB.
Tambah beliau pada pembentangan Belanjawan 2019, tiada seorang pun pemimpin Umno atau ahli parlimen PAS berani menegaskan bahawa 1MDB adalah malapetaka kepada negara dan Najib mesti bertanggungjawab berhubung skandal itu.
"Walaupun saya ingatkan sebelum perbahasan Belanjawan bahawa setiap ahli parlimen pembangkang harus mengumumkan pendiriannya sama ada skandal 1MDB adalah bencana nasional dan sama ada Najib bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai kleptokrasi global," kata Lim.
Ratifikasi Ecerd menjadi isu hangat apabila parti politik seperti Umno dan PAS serta NGO Melayu Islam menentang konvensyen berkenaan yang didakwa akan memberi kesan terhadap keistimewaan Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan.
Perkara itu timbul selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu perhimpunan agung PBB pada September bahawa Malaysia akan meratifikasi kesemua baki konvensyen hak asasi antarabangsa.
SEKALI LAGI pihak pembangkang terus berani menabur fitnah terhadap Menteri Pelancongan khususnya dan kerajaan amnya.
HANYA menggunakan poster asal 'FOAM PARTY' yg telah berlangsung pd 26 Mei lps, dgn gigih kaki fitnah tegar Umno viral/ sebarkan poster yg telah di'edit' kpd tarikh baru 16 September ini DAN LOKASI DI PULAU PINANG.
Harap pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) & kementerian berkaitan dpt bertidak pro-aktif terhadap sebaran poster palsu ini yg didalangi oleh pembangkang utk menimbulkan provokasi buruk & jahat terhadap kerajaan PH.
Kehebatan & kecemerlangan Umno berhujah ilmuan lucah mmg sukar ditandingi. Dah sememangnya itulah modal & makanan ruji mereka setiap hari.
Semoga YB Fuziah Salleh dpt ambil tindakan sewajar dan selanjutnya terhadap Mohd Azmi Ismail yg mengeluarkan kenyataan kurang sopan dan ugutan wpun 3 laporan polis telah dibuat.
Adakah Najib meluluskan keputusan oleh bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar untuk tidak memindahkan RM82.9 bilion yang diminta kastam, dan adakah Najib memberikan kelulusan agar pembayaran balik GST itu dianggap “hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati”.
JAWAPAN NAJIB.. “Jawapan saya ialah ‘tiada, tiada dan tiada’,” kata bekas menteri kewangan itu 24 Ogos lepas.
JIKA NAJIB TAK LULUSKAN, kenapa dana RM82.9 yang diminta kastam tidak dimasukkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST malah telah digunakannya tanpa pengetahuan Dewan Rakyat ??!
NAMPAK TAK !!
Siasatan sedang dijalankan. Harap individu yg terlibat & pihak yg bertanggungjwb diheret ke muka pengadilan..
Dia bukan bercakap secara individu. Dia boleh siasat terlebih dahulu kebenarannya. Maaf itu maaf tapi kena ada contoh tauladan AMARAN kepada yg lain.. damage has been done.
PAS – BN bersekongkol sokong akta sekat kebebasan akhbar
DAP melahirkan rasa hairan dan terkejut dengan tindakan PAS apabila kesemua 11 Ahli Parlimen PAS menyokong Barisan Nasional meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen tadi, Setiausaha Agung Lim Guan Eng tidak menyangka PAS akan menyokong usul BN itu yang disifatkan akan ‘mematikan kebebasan akhbar’ negara ini.
“Saya rasa PAS sekarang bercakap macam Barisan Nasional. Itu yang saya rasa terkejut. Kenapa dia (PAS) belum jadi parti pemerintah, cakap macam parti pemerintah?
“Semua warga media, wartawan tahu bahawa Rang Undang-Undang Berita Tidak Benar akan menghalang kita menjalankan tugas secara professional kerana di minda kita, kita (fikir laporan berita) boleh didakwa,” soal Ahli Parlimen Bagan itu.
Guan Eng menegaskan, RUU tersebut akan menyebabkan kebebasan bersuara rakyat negara ini semakin terjejas termasuk pemberitaan berbentuk penyiasatan.
“Pemberitaan penyiasatan akan tiada lagi.
“Tak ada orang (media) berani buat siasatan lagi. Kita (pembangkang) berani suarakan, berani cakap, berani hentam tapi adakah anda (media) berani suarakan?
“Kebebasan akhbar akan jadi bahan sejarah dan akan mematikan kebebasan bersuara. Sampai di media sosial pun boleh tak lepas,” katanya lagi.
Dalam pengundian RUU tersebut semalam, kesemua 11 Ahli Parlimen PAS yang hadir menyokong RUU berkenaan kecuali Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tiada semasa sesi pengundian berlangsung.
Terlebih dahulu, Parlimen meluluskan bacaan kedua RUU berkenaan dengan 123 undi menyokong dan 64 menolak. – Roketkini.com
Versi penuh audio kontroversi kerjasama PAS, Umno tersebar
VERSI penuh audio 20 minit yang didakwa memaparkan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi.
Video tersebut antara lain mendedahkan punca perpecahan PAS sehingga melahirkan parti serpihannya, Amanah.
Versi penuh audio 20 minit yang dikatakan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi, mendedahkan kenapa PAS berpecah sehingga melahirkan Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018.
Menurut rakaman tersebut, sekumpulan pemimpin PAS membentuk satu kumpulan bertindak khas menjelang Muktamar PAS 2015.
Pasukan dinamakan Reform Tajdid Islam (RTI) itu didakwa ditugaskan untuk menyerang pemimpin dari kalangan profesional dalam PAS yang digelar sebagai "Jebon" dalam rakaman tersebut.
Serangan tersebut didakwa menyebabkan 18 pemimpin kanan PAS yang berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat dikalahkan melalui undi dalam Muktamar 2015.
Nik Abduh bagaimanapun menafikan bahawa suara yang ditampilkan dalam rakam tersebut merupakan suaranya.
"Ada orang kata suara itu 1000% milik saya, tetapi saya menafikannya sebagaimana fitnah video Datuk Seri Anwar dinafikan beliau," kata Nik Abduh pada satu majlis penerangan di Klang baru-baru ini.
Rakaman tersebut pada awalnya disiarkan dalam lima bahagian berasingan dan didedahkan secara berperingkat-peringkat. – 29 Mac, 2018.
Walaupun pecah lima, Melayu masih terajui politik negara
Tiada siapa menyangka Tun Mahathir dan Anwar akan bersama dalam satu pakatan politik.
Walaupun orang Melayu dilihat berpecah dari segi politik dengan kemunculan parti-parti politik baru, namun keadaan ini tidak memberi kesan kepada penguasaan Melayu dalam politik negara kerana wujudnya kerjasama antara parti-parti politik.
Sehubungan itu, tanggapan bahawa undi Melayu akan berpecah kepada lima parti iaitu Umno, Pas, PKR, AMANAH dan PPBM adalah tidak tepat.
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, wujudnya banyak parti politik Melayu membolehkan orang Melayu menyertai parti yang dilihat sesuai dengan jiwa mereka.
Menurut beliau, walaupun wujud pemikir ‘politik kuno’ yang mendakwa kewujudan banyak parti politik mengakibatkan perpecahan dan melemahkan kuasa politik Melayu, namun pendekatan ‘politik penyatuan’ dalam pakatan besar (grand coalation) yang diusahakan para pemimpin politik pembangkang menghakis tanggapan ini.
“Ini adalah kebijaksanaan pemimpin politik pembangkang kususnya Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memastikan peralihan kuasa kerajaan dari Umno/BN kepada PH tidak membimbangkan orang Melayu serta rakyat keseluruhan,” ujar beliau.
Melalui pendekatan politik ini, jelas Mahfuz tiada kawasan yang majoriti pengundi Melayu ditandingi calon bukan Melayu dari PH sekaligus menolak tanggapan kerusi parlimen Melayu akan berkurangan.
Kerusi pengundi campuran berbilang kaum, ujar beliau akan turut ditandingi calon Melayu PH sedangkan senario sedemikan tidak berlaku dalam BN yang cenderung menyerahkan kerusi campuran kepada calon bukan Melayu dari komponen BN.
Beliau juga yakin pilihan raya umum (PRU) akan datang bakal menyaksikan pertandingan dua pakatan politik besar iaitu PH dan BN.
“Adapun pakatan Gagasan Sejahtera dilihat sebagai pakatan terpencil dalam PRU ke-14 kerana Pas yang menerajui pakatan itu akan bertanding di 100 kerusi tetapi hanya menyasarkan menang di 40 kerusi.
“Mana mungkin hanya dengan 40 kerusi di Dewan Rakyat Pas mampu membentuk kerajaan baru mengantikan Umno/BN,” soal beliau yang juga ahli parlimen yang mewakili Pas.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang Melayu agar tidak khuatir melakukan perubahan politik pada PRU akan datang.
“Melayu akan terus kekal berkuasa dan menerajui kuasa baru politik Malaysia bersama kaum Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain di negara bertuah Malaysia yang tercinta,” katanya.
Dua bekas Ketua Polis Negara akhirnya bersuara mengenai ura-ura kerajaan, dan kemudian disokong oleh Pas untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berhubung tragedi Memali.
Tun Hanif Omar melontarkan tiga persoalan berhubung hasrat menubuhkan RCI Memali itu - apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tidak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab berkaitan tragedi tersebut?
Selain mungkin kerana kertas putih peristiwa Memali sudah pun dibentangkan di Parlimen pada 26 Februari 1986 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Hanif juga mengingatkan bahawa setiap RCI akan mempunyai kos tersendiri yang akan ditanggung oleh rakyat.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor pula mengingatkan RCI Memali, jika ditubuhkan, hanya akan mendedahkan peranan Presiden Pas, Hadi Awang dalam peristiwa berdarah itu.
Kata beliau, Amanat Hadi tidak dapat dielakkan adalah memainkan peranan utama sehingga tercetusnya peristiwa Memali.
"Ada dua elemen penting dalam Amanat Hadi. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi atau Nasrani untuk menjadi kafir, sebaliknya cukup dengan mengamalkan politik suku dan agama suku.
"Kedua, Hadi juga kata perjuangan yang mereka lakukan adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid," ujar Rahim lagi.
Sekarang macam mana?
Setelah membaca kenyataan Tun Hanif, masihkah UMNO, terutamanya Zahid Hamidi yang ternampak galak membangkitkan isu itu yang dilihat satu lagi cubaan meletakkan kesalahan sesuatu peristiwa kepada Tun Mahathir Mohamad, mahu meneruskan hasrat menubuhkan hasrat RCI berkaitan Memali itu?
Mahu tidak mahu, beliau kini patut berasa malu terhadap dirinya sendiri kerana tidak dinafikan bahawa kenyataan Tun Hanif adalah pukulan paling pedih terhadap kewibawaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab sehingga kini?
Sediakah Zahid Hamidi faham dan hadam betul-betul tiga pertanyaan Tun Hanif itu?
Berikutan peringatan Rahim Nor pula, apakah Pas, khususnya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Takiyuddin Hassan, masih lagi kekal dengan pendirian mahu menyokong penubuhan RCI berkenaan?
Sama seperti Zahid Hamidi yang patut malu dengan kenyataan Tun Hanif, Tuan Ibrahim dan Takiyuddin juga sewajarnya merasa malu sama kerana bacaan politik mereka rupa-rupanya tidaklah lebih cerdik berbanding Rahim Nor.
Kecuali kiranya Tuan Ibrahim dan Takiyuddin memang bertujuan untuk memalukan Hadi, sediakah mereka melihat Presiden Pas itu dipersalahkan jika RCI Memali ditubuhkan nanti? (ShahbudinHusin 22/08/2017).
Jangan bercakap seperti ketua balai, Hanipa tegur KPN
| MALAYSIA DATELINE
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu lebih serius untuk mendapatkan keterangan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi menyiasat dakwaan pembayaran RM9.5 juta oleh perdana menteri kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah dan tidak membuat kenyataan seperti ketua balai kampung.
Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan sikap berdolak dalih Khalid dalam isu ini dan mahukan penjelasan sama ada kertas siasatan mengenai kes berkenaan telah dibuka.
"Apabila saya membaca beberapa kenyataan Ketua Polis Negara berhubung isu seorang peguam senior dikatakan menerima RM9.5 juta daripada dana yang ada kaitan dengan 1MDB, saya rasa nanpak seperti tidak wujudnya keseriusan untuk menyiasat dakwaan Sarawak Report tersebut.
"Bila IGP meminta Claire untuk datang ke Malaysia dan tunjukkan bukti tapi dalam masa yang sama tidak boleh jamin laluan selamat ke atas Claire, sudah tentu ia membentuk persepsi bahawa saksi penting itu seolah-olah tidak dialu-alukan ke Malaysia untuk membantu siasatan," ujar Hanipa.
Menurut beliau, adalah sesuatu yang pelik jika kertas siasatan berhubung dakwaan Sarawak Report itu belum dibuka dan jika ianya telah dibuka, sepatutnya proses siasatan sudah bermula.
Sebagai saksi penting, katanya polis sepatutnya mengambil kenyataan Claire.
Malah tambah beliau, jika kedudukan geografi menjadi halangan, polis masih boleh meneruskan siasatan dengan mengambil kenyataan daripada peguam kanan terbabit, Peguam Negara dan Perdana Menteri.
"Pada hemat saya, keterangan mereka bertiga adalah penting dan wajar diambil untuk membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, jika Claire menghadapi kesukaran untuk datang ke Malaysia kerana ketua polis negara tidak boleh menjamin keselamatan beliau, pasukan penyiasat polis boleh pergi ke London untuk mengambil keterangan beliau.
"Isunya nak ke tak nak? Saya rasa KPN tidak boleh ketepikan begitu sahaja pendedahan Claire sebagai khabar angin kerana seperti Claire katakan, fakta yang didedahkan oleh Sarawak Report yang IGP mengenali suspek utama kes rasuah di Melaka dan keluarga beliau ada hubungan persahabatan dengan gengster pusat judi dan urut diakui oleh IGP sendiri.
"Justeru itu, nasihat saya kenyataan IGP biarlah betul betul profesional dan berwibawa bukan macam standard kenyataan ketua balai polis kampung sahaja," ujar Hanipa yang juga ahli parlimen Sepang.
Krikk.. Krikk.. Krikk.. Siapa yang bisu bila pemimpinnya curi juta-juta ?
Umno, Pas kini memang sah 'sekapal'
| BORHAN AHMAD
Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.
Datuk Mahfuz OmarAhli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.
"Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.
"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.
Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.
"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.
Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.
Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.
Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.
AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.Sebab itu, bagi mengelakkan anak-anak mereka menyertai kelas Tadika Kemas yang dikawal oleh Umno, Pas menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Selepas itu, katanya, Pas tubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam bagi mengelakkan anak-anak pergi ke sekolah kebangsaan yang dikawal oleh kerajaan Umno.
Di surau-surau kampung pula, katanya, ahli-ahli Pas tidak akan sembahyang di belakang imam yang menyokong Umno.
Beliau berkata, ekoran kekeliruan hubungan antara Pas dengan Umno ini telah menyebabkan ramai ahli Pas yang kini lebih rela mendiamkan diri dari aktif.
"Walapun mereka tidak isytihar keluar Pas, namun mereka menyepikan diri menyebabkan sokongan kepada pas mengecil dan pudar," kata Mahfuz.
"Bagi saya Pas tidak pecah, tetapi sokongan kepada Pas yang menyusut. Dari segi organisasi Pas kuat tetapi sokongan sudah berkurangan," katanya merujuk kepada kenyataan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub Pas kini berpecah sekali lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.