Tuesday, 30 April 2013

SPR Main Wayang.... Mula Jawab Belit-belit..!!!..Susah Sangat Ke Nak Cari Dakwat Kekal?

Selasa, 3pril 2013


SPR - Apa Sudah Jadi?
Bila orang bagi tahu undi pos, tak cat jari dengan dakwat kekal, walaupun mereka yang undi pos itu (sekitar 400,000 orang seluruh Malaysia) berkeliaran semasa hari mengundi 5 Mei 2013 di setiap tempat mengundi, dia jawab nama mereka dah potong dalam daftar pemilih dan tak akan mengundi dua kali!!

Bila orang tanya pulak, habih buat apa cat jari dengan dakwat kekal kepada pengundi biasa yang nama mereka jga dipotong dari daftar pemilih? Dia jawab sebab nak elak pengundi mengundi dua kali.

Bila orang bising pula pengundi awal, yang dicat dakwat kekal, tapi boleh tanggal hanya dengan kulum dalam mulut ja, dia kata pi report polis.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFcyyTu-PBhMVjiZd9IZE2Apayz3lLXSATrd5SKxlRZ_4Fwf1YdfdN6m4su4zs38vf2EJPm_pRYc-2m7b8FidwFwwDCgHGEiIavy2Im9_VEHEmTrDIcngRjzh7vcH-WxPD_erQeOXf6ok/s1600/sprbn.png
AWAT LA SPR NI MAKIN HUDOH KELAKU DAN JAWAB BERBELIT-BELIT...

PERHATIAN: KITA TIDAK MEMUSUHI SEMUA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA PARLIMEN SERTA KETUA TEMPAT MENGUNDI YANG TELUS MENJALANKAN TUGAS MENGIKUT PROSEDUR YANG DITETAPKAN, TAPI KITA BENGANG DENGAN DUA TIGA KERAT PEMIMPIN TERTINGGI SPR MALAYSIA.
Posted by Kedah Lanie at 7:00 PM/Aris Awang

SPR Didesak Jawap Isu Dakwat Kekal  Hilang?
(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 30 APRIL: KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan kekeliruan berkenaan dakwat kekal yang diguna pakai untuk pengundian awal hari ini kerana
keberkesanannya diragui.

Naib Presiden, Fuziah Salleh berkata, SPR sebagai badan bertanggungjawab tidak boleh 'lari' dari isu ini, sebaliknya mesti bertanggungjawab.

"Kita desak SPR jelaskan. Jika dakwat yang dikatakan kekal itu hanya tahan sejam sahaja, bagaimana pula untuk hari mengundi pada Ahad ini?
"Kalau ini merupakan taktik SPR, bagaimana untuk kita mengawal pengundi yang akan ulang mengundi dua kali selepas membersihkan dakwat di jari mereka," kata Fuziah ketika dihubungi.

Beliau mengulas berkenaan aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Gambar cap jari yang tidak kekal itu tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi lima hari lagi.
Semalam, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menyatakan, untuk undi awal ini, pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya, dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian 5 Mei nanti dan akan melekat di jari selama tujuh hari.

Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU 13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal.
Mengulas lanjut, Fuziah tidak menolak taktik licik itu hanya untuk mengaburi rakyat yang mahukan dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya kali ini.

Sedangkan menurutnya, boleh jadi SPR sendiri merencana agenda itu secara terancang.

"Ini mungkin taktik SPR untuk membolehkan pengundi mengundi dua kali. Dengan perkembangan ini, saya syak mereka sendiri sudah merancangnya dengan baik.
"Kalau setakat mahu melaksanakan dakwat kekal seperti ini, baik tak payah buat," kata Fuziah yang akan mempertahan kemenangan KEADILAN di Kuantan.

Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini.
Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

Takbir...Allahuakbar
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif

Read More

Dakwat “kekal” SPR luntur dalam masa beberapa jam saja

Selasa, 30 April 2013
Dakwat “kekal” SPR luntur dalam masa beberapa jam saja

KLUANG, 30 APRIL: Dakwat “kekal” Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja!
Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal kata,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau. – Roketkini.com
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif


Read More

* Video PRU-13 : Undi Pos Meragukan, Dakwat Kekal Tidak Kekal...Pakat-pakat Jangan Kekalkan BN!

Selasa, 30 April 2013
PRU-13 : Undi Pos Meragukan, Dakwat Kekal Tidak Kekal

BULETIN 13 Untuk 30042013
BY NAEEM RAFFI


Saksikan secara langsung “BULETIN 13″ yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pengundian pos yang rancak dijalankan hari ini tidak terlepas dari kritikan apabila Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor Jaafar Samsudin berkata pihaknya mengesan beberapa kejadian meragukan dalam amalan Suruhanjaya Pilihan Raya.

2. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran hari ini mengesa rakyat Malaysia supaya menumpaskan Barisan Nasional sebelum berlakunya pergaduhan kaum, akibat sikap rasis pemimpin-pemimpin mereka.

3. Kajian Universiti Selangor (Unisel) mendapati 61.4 peratus daripada lebih 1,000 orang yang dibanci di Selangor menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat akan kekal mentadbir Kerajaan Negeri selepas pilihanraya umum ke-13.
Takbir...Allahuakbar
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif
Read More

SPR MENIPU - Dakwat Kekal Boleh Dibasuh...Ahh Sudah...5 Hari Lagi Nak Ngundi Neh!

Selasa, 30 April 2013
SPR Menipu - Dakwat Kekal Boleh Dibasuh..
Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal
Sumber:Jkkk Fan Club
Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal.
ohhh kotor permainan SPR terik ning !

KENYATAAN AWAL DARI PAS
IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.
Harakahdaily.

 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

*Video Kedudukan Populariti Calon PAS & BN N23 Manjoi - 5 Hari Menjelang 5/5/13 PRU13

Selasa, 30 April 2013
Populariti Calon N23 Manjoi

Lokaliti Meru Heights & Taman Meru
Calon Pas
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

95 % Pengundi Mengenali Asmuni Awi
Carian Google: Youtube.com/brigedkibaranbendera




Lokaliti Meru Heights & Taman Meru
Calon BN


...?....% Pengundi Tidak Mengenali Ziad
'Ziad'...Tiada dalam carian Google/Youtube



Sepertimana sebelum ini, Mohamad Ziad memilih untuk hidup low profile tetapi penuh strategik. Sebagaimana Khairy Jamaludin mengahwini anak Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia, Mohamad Ziad mengambil langkah berani mengahwini anak Tajol Rosli Menteri Besar Perak. Akan tetapi beliau tidak terlalu terburu-buru melompat ke dalam hirarki UMNO. Beliau bergerak dengan penuh berhati-hati agar tidak dikesan musuhnya terutama sekali bekas ahli Kelab UMNO UK yang sudah tentu berjaya menghidu kisahnya di UK.
Kini, setelah 10 tahun menanti, beliau bolos masuk sebagai calon BN di DUN Manjoi. Sukar diramal strateginya kali ini.
Posted by Kelambu Terbako

 photo Header_zps1184082a.gif
Read More

Musa Hasan Dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Selasa, 30 April 2013
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan menerima pelantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.
DCMM.
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Akibat 'Cah Keting' - OKU (Orang Kuat UMNO) Buang Poster NAJIB!

Selasa, 30 April 2013

Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib?

Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak.

Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.

APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!!

SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuh padat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan.
tranungkite.net.
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Monday, 29 April 2013

Kecelaruan Minda Norman KRU & Azhar Sulaiman Pula - "Saya Rela Mati Disambar Petir"... Masya-Allah!

Selasa, 30 April 2013
Tunggu Kau...Ubah Sekarang!

Kecelaruan Minda Norman KRU & Fitnah Azhar Sulaiman

AzharSulaiman2



Norman KRU Risaukan Ini Hilang Kuasa, Barisan Nyah (BN)

Oh adakah ini perkara yang merisaukan norman hakim jika BN kalah. Artis tak dapat cari makan dan mungkin golongan nyah di KL yang menjadi penyebab sebenar HIV tertinggi dimalaysia "bakal dihapuskan".

Mari sama-sama melihat sambil mata sebelah mengenyet mata pada si ayu yang dirisaukan oleh barisan nyah jika mereka hilang tampuk pemerintahan.
Labels: BAN LOL, BAN Politik



Faizal Tahir Belasah Norman KRU
Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan.
Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim. 

Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas. 
Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa ‘rezeki datang dari Allah’. 
Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya.
Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks. 
Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan ‘sanggup disambar petir’ jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar.
Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN. 
Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/04/faizal-tahir-dan-yassin-muncul-dengan.html#ixzz2RoKaUcFr
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif
Read More

Calon BN N23 Manjoi Ahli PAS - Pengundi Mempersoalkan Intergriti & Kredibilitinya...

Isnin, 29 April 2013
 Muhammad Ziad Zainal Abidin
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan calon BN di Dun Manjoi yang diisytiharkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir semalam adalah ahli PAS.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, calon tersebut, Muhammad Ziad Zainal Abidin, 38,  telah menyertai PAS pada tahun 1997.

Katanya, sehingga hari ini, menantu kepada Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali itu tidak pernah mengumumkan dirinya keluar daripada parti.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat ahli serta penyokong Umno di Manjoi tidak mengetahui tentang identiti Ziad termasuklah dirinya pernah menyertai parti lawan.

Zaid katanya dikatakan baru aktif di bahagian Tambun dan baru sahaja dilantik sebagai bendahari bahagian tersebut.
 photo Header_zps1184082a.gif
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena