Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Sunday, 26 February 2017

[Video] PULOK DAH! "Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355." Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.

Isnin, 27 Februari 2017
Foto Suara Rakyat.
Putar Jangan Tak Putar..

"Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355", kata Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yg juga kantoi memfitnah akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah.



Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang

Pada 
oleh 
Sepanjang tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.
Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.
Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.
Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam PAS versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan PAS yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana beliau pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada, dan apa yang ada hari ini ialah PAS versi Hadi Awang.

Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin PAS.
Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa PAS menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada Pilihanraya Umum ke-13, dan hampir menghalau UMNO/BN keluar dari Putrajaya sekiranya sistem pilihanraya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri minoriti pertama negara yang hanya memenangi 47% undi popular, tetapi memperolehi 60% kerusi Parlimen.
Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?
Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?
Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir PAS akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.
Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden PAS semakin selesa dengan Presiden UMNO dan berpendirian bahawa tidak jadi soal kalau Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global, asalkan Perdana Menterinya beragama Islam.
Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi PAS Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan PAS bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, tiada siapa yang akan terperanjat jika sebenarnya memorandum dan poster menyerang pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu itu adalah hasil karya agung Ketua Penerangan PAS sendiri.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.
Walaupun sandiwara serangan kepimpinan PAS terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi PAS Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.
Hakikatnya, akar umbi PAS Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras PAS versi Hadi yang selesa bersama UMNO pimpinan Najib, dan mempertahankan Najib dalam skandal pengubahan wang kleptokratik 1MDB.
Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS minggu lalu  bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco PAS di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada bulan April nanti.
PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi DUN yang dimenanginya dalam PRU ke-13 pada pilihanraya umum yang akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan halatuju baru PAS pimpinan Hadi yang berbaik-baik dengan Najib dan memperkukuh kedudukannya sebagai Perdana Menteri walaupun wujud skandal kleptokrasi global 1MDB – suatu halatuju yang tidak akan diambil oleh PAS sekiranya Nik Aziz masih hidup.
Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.
Dalam ucapan saya kepada Konvensyen Reformis Malaysia 2017 hujung minggu lalu, saya merujuk kepada tiga cabaran utama yang bukan sahaja ditujukan kepada warga Reformasi, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang patriotik dan mahu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal dengan kleptokrasi global.
Tiga cabaran dalam dalam PRU ke-14 yang bakal berlangsung pada suku kedua atau ketiga tahun ini adalah:
Pertama, mempertahan sokongan terhadap perubahan oleh pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak untuk DAP dan PKR dalam PRU ke-13 lalu;
Kedua, mendapatkan sokongan 3.5 juta ahli dan pengundi UMNO supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia, dalam pertarungan antara ‘Demokrasi lawan Kleptokrasi’;
Ketiga, mendapatkan sokongan ahli dan pengundi PAS supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia bagi memastikan kemenangan demokrasi dan kekalahan kleptokrasi dalam PRU ke-14, serta memastikan semangat dan kenangan Nik Aziz kekal hidup.
Sekiranya kita boleh mencapai tiga tugasan ini dalam PRU ke-14, maka Malaysia akan dapat diselamatkan dan kita boleh menyambut sebuah Malaysia baru dengan penambahbaikan sistem dan institusi bagi memastikan Malaysia tidak akan lagi kembali menuju jalan kleptokrasi dan menjadi sebuah negara gagal. -Roketkini.com
Read More

Sunday, 19 June 2016

Hidupkan semula Pakatan Rakyat, kembali bersatu - PRM

Ahad, 19 Jun 2016

Page Liked · June 15
 
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya :"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

(Hadis Riwayat Ibnu Ady)

Bila dah 'BERSETONGKOL' dgn penyangak, yg haram pon boleh jadi halal...

Hidupkan semula Pakatan Rakyat, kembali bersatu - PRM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru Pakatan Rakyat 'dihidupkan' semula dengan bersatu untuk melawan BN, melaksanakan dasar dan mengambil tindakan yang dapat memenuhi kehendak dan kepentingan rakyat bagi membawa perubahan.
Setiausaha Agungnya, Koh Swe Yong berkata, kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan rakyat tidak mempunyai pilihan yang lebih baik walaupun ada sebahagian pengundi yang menuntut perubahan.
"Pada masa yang sama, peningkatan undi BN itu boleh dikatakan bahawa rakyat menunjukkan kekecewaan terhadap ketiga-tiga bekas komponen Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan.
Dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu, walaupun BN memperoleh majoriti undi sebanyak 9191 undi di Sungai Besar dan 6969 undi di di Kuala Kangsar namun peratusan undi BN hanya sebanyak 53.01 peratus di Sungai Besar dan 53.81 peratus di Kuala Kangsar, katanya.
Keadaan ini berbeza kerana pada pilihan raya umum tahun 2013, BN menang dengan 50.53 peratus di Sungai Besar dan 51.14 peratus di Kuala Kangsar yang membuktikan peningkatan undi BN yang kecil, katanya.
Mengulas lanjut, PRM juga berpendapat bahawa data-data semasa tersebut menunjukkan rakyat masih tidak berpuas hati dengan parti pemerintah.
"Rakyat menganggap BN tidak berkemampuan dan berkecekapan kerana gagal mengawal kenaikan harga barang, rasuah, penyelewengan kuasa, boros membelanjakan wang cukai rakyat dan autokratik.
"BN juga dilihat memainkan sentimen perkauman dan keagamaan ekstrim untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap ketidakcekapan dan ketamakan pemerintah," jelasnya.
Oleh itu, apa yang rakyat mahukan ialah tenaga pembangkang yang bersatu dan mampu menggantikan kerajaan persekutuan yang sedia ada.
Malaysiakini
Read More

Sunday, 25 October 2015

Pakatan Rakyat sudah lama berkubur, kata PKR kepada PAS

Ahad, 25 Oktober 2015
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati. 

Pakatan Rakyat sudah lama berkubur, kata PKR kepada PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA 

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden yang membuat keputusan bersama, begitu juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
Semua itu wujud selepas PR ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan pada 19 Disember, 2009.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup seperti mana terbukti melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.
"PR tanpa DAP adalah platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini. PR masih lagi wujud," katanya.
Timbalan presiden parti Islam itu berkata, PAS dan PKR mengadakan pertemuan minggu lalu dan mereka bersetuju menyusun semula kekuatan antara mereka.
Tetapi Saifuddin hari ini berkata, pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu mungkin berbeza.
Saifuddin berkata, PKR mengadakan 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, dan semuanya diketuai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa, kata Saifuddin, sambil menambah, menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif dengan semua parti yang bertekad menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Pernah dalam satu pertemuan yang saya turut hadir, PKR mencadangkan PAS dapat bersetuju dengan 'formula satu lawan satu' dan perwakilan PAS meminta untuk kembali membincangkan idea itu dalam mesyuarat pimpinan utama parti.
"Idea ini, jika dipersetujui PAS, boleh dilaksanakan melalui satu 'electoral pact’ dan bukannya Pakatan Rakyat, seperti yang Tuan Ibrahim fahami," katanya.
Saifuddin berkata, Pakatan Harapan kemudiannya ditubuhkan sebagai sebuah gabungan baharu di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti serpihan diterajui pemimpin PAS progresif yang ditewaskan pada pemilihan parti pada Jun lalu.
"Rasional penubuhannya ialah berlaku kelompangan yang perlu diisi segera demi memberikan pilihan alternatif kepada rakyat. PAS turut dijemput menganggotainya tetapi masih belum bersedia ikut serta," katanya.
PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan kerana pemimpin Amanah adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata, keutamaan sekarang ialah memperkemaskan Pakatan Harapan dan hasilnya semakin dapat dilihat.
Mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan pada 19 Oktober lalu, disusuli pengumuman belanjawan alternatif mereka oleh Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang pada 21 Oktober.
Kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan juga dibuat, menyentuh pelbagai isu semasa, manakala jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015.
"PKR komited dengan usaha Pakatan Harapan untuk turun menemui rakyat dan menerangkan pelbagai perkembangan isu yang membabitkan kepentingan rakyat terbanyak.
"Pada masa sama 'engagement' dengan PAS diteruskan kerana sedar pentingnya seluruh tenaga dan potensi parti pembangkang, termasuk dari Sabah dan Sarawak, digembleng ke arah menumbangkan pemerintahan BN," katanya.
Sehingga itu, katanya, satu-satunya pakatan politik yang PKR terlibat memeterai perjanjian ialah Pakatan Harapan, dan perundingan ke arah melaksanakan 'formula satu lawan satu' dengan BN membabitkan parti lain termasuk PAS akan diteruskan. – 25 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-rakyat-sudah-lama-berkubur-kata-pkr-kepda-pas#sthash.T80a0VB8.3fsmM0E7.dpuf

Read More

Wednesday, 5 August 2015

Tujuan PAS nak kekal PR terbongkar? 'Asak lagi sampai sesak'...JANGAN CAKAP SAJE - KENA BUAT

Rabu, 5 Ogos 2015

Read More

Sunday, 12 July 2015

Siapa 'barua' UMNO? 'APA JASA' Haron, Zuhdi, Razman, Mokhtar & Zaharudin kepada Pakatan Rakyat?

Ahad, 12 Julai 2015

ORANG RAMAI DAH MULA MAINKAN MSU...DAN MEMALUKAN PAS????

Waktu dewan ulamak buat usul dlm muktamar utk putuskan hubungan dgn Dap, maka guan eng batuk je sikit, kelamkabut kata kputusan itu belum muktamad sebenarnya. Kena klulusan msjlis syura (MSU) dulu, katanya.

Bila ditanya bila MSU nk buat kputusan? Ohh...tak tahu bila, sbb MSU tak cukup korum, mursyidul am pulak dah ' expired'. Mybe lepas raya. Katanya.
Tiba2 MSU dah cukup korum dan muryidul am pun dah "Re-new" jwtnnya semlm. Maka, MSU buat keputusan usul dewan ulamak diluluskan iaitu tiada lagi tahalluf siyasi dgn Dap, tapi dgn Pkr ok. Dah sah belum cerai?


Belum....mereka kata kena bawa dekat Ajk Pusat pula utk tindakan seterusnya. Siapa dlm dewan ulamak tu? Mereka itu majoriti dlm MSU juga. Siapa pula dlm MSU? Mereka itu ada dlm Ajk pusat juga.

Tok ingatkan antum semua. Jgn terkejut kalau lepas ni kputusan cerai dgn Dap masih belum muktamad. Khabarnya nk di bawa ke pemegang besar mohor majlis raja2 dulu utk diperkenankan...


 KES 2

Rahim Cheng: PAS SELANGOR TUNGGU ARAHAN PUSAT.

PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.

Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Oleh yang demikian, PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga menerima arahan rasmi daripada JKPP

Kami juga ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kg maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya
PAS Negeri Selangor
11 Julai 2015


[7/12, 9:20 AM] Rahim Cheng: Masa pas brgaduh teruk dgn dap sblm muktamar, dia kata tunggu muktamar putuskan psl hubungan dgn DAP.


Bila muktamar luluskan usul putus dgn DAP, dia kata tnggu dulu apa ketetapan MSU.

Bila MSU kata cnfirm putus dgn DAP, dia plak kata tnggu arahan rasmi JK Pas Pusat.

����������������

 KES 3


Semua orang tak pernah tahu apa jasa Harun Din, Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Mokhtar Senik dan Zaharudin Mamat kepada Pakatan Rakyat...... Saya syak mereka ini adalah barua UMNO yang ditugaskan untuk memecah-belahkan PR dari dalam.


KES  4

Mariam ARashid

Anggota DAP pegang bendera Pas...
Tinggal kenangan...

Mariam ARashid's photo.
Like · Comment · 

KES 5




KES 6

Sebagai panduan utk ahli dan pendokong Pas Shah Alam behubung dgn keputusan Mesy MSU

"PAS SHAH ALAM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP"

PAS Shah Alam memaklumi bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

PAS Shah Alam juga memaklumi keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sementara itu, PAS Shah Alam menyedari keterlibatan kepimpinan, ahli dan jentera di semua peringkat di dalam merancana, melaksana dan menggalas amanah rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke-13 yang lalu.

PAS Shah Alam juga menyedari bahawa Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah dapat bekerjasama dengan baik; menyelesaikan isu dan perbezaan dengan harmoni; dan menerajui Kerajaan Negeri, PBT dan semua institusi di bawah kerajaaan Negeri Selangor dengan mantap dan jaya.

Maka, sehingga ada ketetapan dan kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan politik di Negeri Selangor oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, PAS Shah Alam akan terus berkerjasama dan berkawan dengan PKR dan DAP untuk menggalas tanggungjawab membangun negeri dan masyarakat Selangor.

AZLI YUSOF
YDP Pas Shah Alam
11 Julai 2015
Read More

Thursday, 18 June 2015

[Video] Wan Azizah umum PR secara rasmi sudah tidak wujud! Dulu kahwin, kini cerai tapi masih kawan?

Khamis, 18 Jun 2015


Pakatan Rakyat Tidak Lagi Berfungsi Secara Formal - PKR



Dulu kahwin, kini cerai tapi masih kawan'

Ia muktamad. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Tetapi bagaimana hendak menggambarkan bekas pakatan pembangkang itu.

Ditanya mengenai perkara ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyamakan gabungan itu sebelum ini sebagai "perkahwinan poligami" melibatkan tiga parti.

"Sekarang kami bercerai tetapi masih kekal berkawan.

"Ini juga memberikan kami ruang untuk kahwin semula salah satunya kemudian,"
 katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden PKR dan MP Pandan itu menjelaskan bahawa perbezaan sekarang ialah ketiga-tiga parti tidak lagi terikat konsep konsensus dan dasar polisi bersama seperti yang dipatuhi dalam Pakatan.

Sementara itu, PKR hari ini turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal tetapi status quo di Selangor dan Pulau Pinang kekal.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata atas “semangat dan permuafakatan” gabungan itu sebelum ini PKR juga akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Azizah juga mengakui mereka kesal dengan sikap dua sekutunya – PKR dan DAP – sebelum ini.

“(PKR) menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa.

“Ekoran dari itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal,” 
katanya lagi.

Azizah juga berkata PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Azizah membuat pengumuman itu hasil daripada mesyuarat biro politik PKR yang bermesyuarat semalam. -


Wan Azizah umum PR secara rasmi sudah tidak wujud

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat secara rasmi sudah tidak wujud.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan media bagaimanapun berkata, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

Katanya, PKR menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, PKR juga menyokong kepimpinan Negeri Kelantan di bawah Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob.

Katanya, walaupun PR sudah tidak wujud, PKR tetap berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Beliau berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015. 
-FMT
Posted By Green Boc
Read More

Tuesday, 16 June 2015

Rasmi - Pakatan Rakyat Telah "Menemui Ajal"...Nak kata apa, hang punya pasai la!

Selasa, 16 Jun 2015

Image result for Gambar Pakatan Rakyat

BERAPI!!! Pakatan Rakyat Telah "Menemui Ajal" Itu Yang Diputuskan DAP.. Jom Terjah!!!!


Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 16 Jun 2015 di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan seperti berikut:

Tidak wujud lagi ‘Pakatan Rakyat’

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi perubahan politik rakyat Malaysia berikutan tsunami pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Dengan sokongan hebat daripada rakyat Malaysia, parti-parti pembangkang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri.

Pimpinan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama, dengan harapan untuk menyatupadukan kesemua usaha anti-Umno/Barisan Nasional demi mengusung era baru politik dan pentadbiran penuh integriti, akauntabiliti dan demokrasi dalam sebuah negara Malaysia yang progresif.

Juga telah dipersetujui bahawa proses membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat haruslah berasaskan konsensus dan kepercayaan bersama di peringkat Majlis Pimpinan.

Di Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Disember 2009, Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah dikemukakan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti sebagai asas kerjasama tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Muafakat Pakatan Rakyat bukanlah diniatkan sebagai muafakat demi kuasa semata-mata, tetapi sebagai sebuah muafakat yang berpandukan idea, prinsip dan nilai-nilai sebuah negara Malaysia yang baru.

Pakatan Rakyat tampil sebagai alternatif yang mampan bagi menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-13 dan memperolehi 52 peratus undi popular.

Namun, dalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan telah dicabuli oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengakibatkan muafakat Pakatan Rakyat hampir lumpuh.

Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Hadi untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, walaupun telah didedahkan bahawa dana Lembaga Tabung Haji telah digunakan untuk membeli hartanah daripada 1MDB pada harga RM2,773 satu kaki persegi, di Tun Razak Exchange (TRX), yang telah dibeli oleh 1MDB pada harga hanya RM64 satu kaki persegi. BN dan Hadi tidak mempersoalkan kenapa Tabung Haji tidak dibenarkan membeli tanah TRX daripada kerajaan pada harga RM64 satu kaki persegi, dan sebaliknya membeli tanah tersebut daripada 1MDB pada harga RM2,773 kaki persegi.

Perbuatan Hadi memungkiri janji peribadinya di mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari untuk membincangkan cadangan undang-undang hudud PAS terlebih dahulu bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat di peringkat Majlis Pimpinan sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan atau sebelum rang undang-undang persendirian oleh Hadi dikemukakan di Parlimen tambah melumpuhkan lagi keseluruhan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pengkhianatan Hadi ini diikuti keputusan besar pada 6 Jun 2015 apabila Muktamar PAS, perhimpunan agung yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti tersebut, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.

CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat. Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

DAP akan bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat. Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan berasaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor 2013 yang telah menerima mandat lebih 60% undi popular di negeri itu.

DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih meluas yang akan muncul bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia kita sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua.


Lim Guan Eng
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena