Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Wednesday, 12 December 2018

[Video Tabung Haji-MELAYU ROMPAK, DAP & CINA JUGA DIHEBOHNYA] Umno & Pas boleh HADAM ke nie? Himpunan IC(Curi) E(engkau) R(Ramai-ramai) D(Defend) Kah3.

Khamis, 13 Disember 2018
Image may contain: text
Image may contain: 1 person
Tumpang sekole.
Foto Otai BERSIH.
Image may contain: 1 person, text

Himpunan I(Curi) E(engkau) R(amai-ramai) D(efend)

Kini sedang beredar di media sosial satu bahan lawak yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak hadir pada himpunan Anti-ICERD pada Rabu kerana mahu menjadikannya himpunan itu sebagai himpunan IC(uri)E(engkau)R(amai-ramai)D(efend), iaitu suatu bentuk sokongan terhadap pemerintahan kleptokratik beliau dan skandal rasuah yang membelenggu 1MDB.
Tidak mungkin, kerana sukar untuk percaya bahawa ribuan yang berhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu menyokong Najib dan rekod kleptokratiknya, termasuk skandal kleptokratik 1MDB yang dikenali di seluruh dunia.
Kehadiran Najib pada perhimpunan Anti-ICERD baru-baru ini paling dipersoal, lebih-lebih apabila beliau disahkan, bersama-sama bekas Pengerusi 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bakal didakwa esok atas dakwaan meminda laporan 1MDB yang dikeluarkan Ketua Audit Negara.
Sehari selepas himpunan Anti-ICERD, New York Times menerbitkan sebuah laporan panjang bertajuk “A Yacht, a Monet, a See-Through Piano: The U.S. Collects on a Fugitive’s Shopping Spree”yang menceritakan mengenai skandal kleptokratik 1MDB.
Image result for Transparent Grand Piano’ miranda kerr
“Dana yang sedang menjadi tumpuan siasatan, dipanggil sebagai dana 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB, sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia biasa. Ia meminjam berbilion dolar wang daripada bank dan meminjam daripada pelabur, kononnya untuk membiayai projek seperti usaha sama dengan sebuah syarikat minyak Arab Saudi serta pengambilalihan loji kuasa.
“Bagaimanapun pihak pendakwa raya berkata 1MDB telah menjadi sebuah skim pengubahan wang haram yang bersifat “mega, tidak tahu malu dan terang-terangan”, di mana berbilion wang dilencongkan ke dalam akaun bank pegawai kanan, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, keluarganya dan rakan subahatnya serta Encik Low.”
Mungkinkah akan ada himpunan Anti-Kleptokrasi selepas ini, dan adakah dua penceramah utama himpunan Anti-ICERD iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hadi Awang sudi untuk berucap pada himpunan seumpama itu bagi mengutuk skandal 1MDB.
Sudah tentu tidak.
Hari ini adalah hari terakhir sidang belanjawan Parlimen untuk Dewan Rakyat.
Sepanjang 20 hari pembukaan sidang Parlimen ke-14 pada Julai/Ogos dan 30 hari sidang belanjawan pada Oktober, November, Disember, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pembangkang dari UMNO dan PAS menyatakan pendirian mereka berhubung sama ada skandal 1MDB merupakan malapetaka kepada negara dan sama ada Najib harus dipertanggungjawabkan kerana menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global.  
Untuk beberapa tahun lalu, Malaysia dihantui dan dibayangi oleh skandal RM50 billion 1MDB, menjadikan hutang negara meningkat sehingga RM1 trilion ringgit. Adakah ini pembohongan dan fitnah?
Jika Malaysia mahu menjadi negara bertaraf dunia, rakyat Malaysia harus meninggalkan politik toksik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan agama, apatah lagi pembohongan bahawa kononnya skandal 1MDB adalah konspirasi dunia terhadap Malaysia atau pembohongan bahawa kononnya ICERD anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu dan kononnya sebuah “agenda Freemason” untuk memusnahkan Malaysia dan Islam. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada Selasa, 11 Disember 2018.
Read More

Friday, 5 October 2018

[Video Orang Rompak Duit Kita Pun Cium Lagi! Anwar Sindir Lokman & Ellie] Tudung periuk pandai menari, Periuk Umno tiada nasi lagi hu..hu..hu & Tubuh jawatankuasa khas siasat kes bunuh Kevin Morais, Altantuya.

Sabtu, 6 Oktober 2018

PERIUK UMNO TIADA NASI LAGI

Tudung periuk pandai menari, 
Menari lagu putera mahkota, 
Dalam periuk tiada nasi, 
Hendak berjuang tiada daya. 

Songlap duit kerja mereka, 
Seolah tiada dosa pahala, 
Setelah ditolak rakyat jelata, 
Semuanya bakal ke penjara.
 - f/bk  

Jadi bomoh selepas BN melingkup PRU 14

Kononnya lah!

Tubuh jawatankuasa khas siasat kes bunuh Kevin Morais, Altantuya



Malaysia dihantui dengan pelbagai kes pembunuhan penuh misteri yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.
Antaranya termasuk kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi, timbalan pendakwa raya Kevin Morais, model warga Mongolia Altantuya Shaariibu serta pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.
Justeru itu, Kit Siang menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan mencari jalan untuk menyelesaikan misteri kematian individu-individu tersebut dengan membuka semula kes dan menubuhkan pasukan siasatan khas.
“Saya ingin menggesa kerajaan Pakatan Harapan menimbang untuk mencari jalan bagaimana kematian penuh misteri ini boleh diselesaikan, termasuk membuka semula siasatan dan menubuhkan pasukan siasatan khas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.  
Kes bunuh Morais menjadi perhatian baru-baru ini selepas salah seorang tertuduh memberitahu mahkamah beliau ditawarkan wang untuk mengaku membunuh mendiang Kevin.
Tertuduh ketujuh, S. Ravi Chandran, 47 tahun memberitahu mahkamah bahawa suatu tawaran bernilai RM3.5 juta dibuat kepadanya melalui seorang pegawai penjara daripada mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Terbaru, saksi pembelaan keenam terbabit menafikan bahawa keterangan beliau berkenaan tawaran tersebut adalah pembohongan, seperti yang didakwa Najib.
Ravi turut tidak bersetuju dia kini berada dalam situasi ‘terkapai-kapai’ sehingga sanggup mengaitkan kepada sesiapa sahaja termasuk bekas perdana menteri yang ketika sedang disiasat Jabatan Peguam Negara. – Roketkini.com

Read More

Tuesday, 12 June 2018

[Video Nazri Pun Terduduk Membayangkan BN Dibubarkan] KJ-Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin & Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Rabu, 13 Jun 2018

Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin


Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?


Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%.
Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO.
Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang Melayu-Islam telah menimbulkan rasa sesal yang bersangatan, serta mengabsahkan keperluan untuk UMNO dan PAS menjadi andalan nasib orang Melayu.
Begitulah lebih kurang.
Dakwaan Utusan ini bukan sahaja tidak tepat, malah menjadi cerminan terhadap keengganan Najib Razak untuk melepaskan kuasanya. Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Najib malah mahukan peranan baharu sebagai ‘kuasa di sebalik takhta’.
Justeru kata beliau, tidak hairan kenapa Utusan Malaysia sudah kembali menjaja politik kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan. Genap sebulan UMNO kecundang dalam PRU14, Utusan sudah kembali bekerja dalam kerangka politik lama yang membuatkan UMNO kecundang.
Bijak betul sidang editorial akhbar ini.
“Rencana yang sama dalam Mingguan Malaysia menjaja pembohongan kononnya DAP mahu memansuhkan sistem raja berperlembagaan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik,” ujar Kit Siang.
“Berbeza dengan angan-angan Najib Razak dan Utusan Malaysia, saya tidak melihat bagaimana UMNO-BN boleh memulihkan kredibiliti mereka, selagimana mereka tidak mengakui kesilapan-kesilapan mereka terhadap negara,” jelas beliau.
Bagi pemimpin veteran DAP itu, dosa Najib Razak dan UMNO menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan menjaja politik penuh kebencian kaum dan agama serta pembohongan pada pilihanraya lalu, tidak boleh dimaaf, apatah lagi dilupakan.
Amat naif sekiranya ada yang mengandaikan orang Melayu boleh memaafkan dosa-dosa UMNO itu. Walaupun semakin menghampiri Aidilfitri, dosa-dosa UMNO pastinya tidak akan terampun sampai bila-bila.
Dua badan pemikir turut menidakkan angan-angan Utusan Malaysia ini. Bercakap kepada The Malaysian Insight, penganalisis politik Ilham Center; Hisomuddin Bakar berkata, yang sedang menyesal sekarang ini hanyalah ahli-ahli UMNO yang telah menolak parti mereka sendiri dalam PRU14.
Kata Hisomuddin, ahli-ahli UMNO menolak parti itu kononnya untuk memberi pengajaran kepada pemimpin, namun tidak menjangka kesan daripada tindakan terbabit.
“Mereka terkejut kerana hilang kuasa di peringkat persekutuan. Mereka hanya mahu menunjukkan protes terhadap pemimpin yang angkuh tetapi mereka yang akhirnya menyesal.

“Orang Melayu umumnya selesa dengan PH kerana mereka tidak lagi perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” kata beliau.
Ibrahim Suffian, dari Merdeka Center turut bersetuju sambil memetik hasil kajiannya yang menunjukkan bahawa majoriti pengundi Melayu berpuas hati dengan pentadbiran baharu. Ini dimudahkan lagi dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, justeru menolak mitos kacau bilau yang menjadi modal politik UMNO dan lidah partinya selama ini.
Pendekatan Utusan turut dikritik dua bekas editornya, menyifatkan akhbar itu sebagai ‘masih terperangkap dalam kepompong sempit dan penuh dengan prasangka’.
Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar dalam satu kenyataan tempoh hari berkata, Utusan ‘menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia.’
Menjawab dakwaan itu, Utusan melalui penulisnya Zulkiflee Bakar menimbulkan banyak persoalan, sambil memetik soal kebebasan media. Katanya, “Bertukar kerajaan bukan bermakna jati diri sebuah media itu perlu dikorbankan.”
Jati diri Utusan ini barangkali terletak pada pegangan 49.77% sahamnya oleh UMNO itu lah.
Akhbar ini sudah beberapa kali tewas dalam tindakan undang-undang terhadapnya, termasuklah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan; serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Utusan turut pernah dihukum membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Lim Kit Siang pada November 2015. – Roketkini.com
Read More

Sunday, 20 May 2018

[Video Mat Sabu ni memang Ahli Nujum Negara & Umno Perlu Kutipan Dana Melalui Tabung 'Tin Millo' pulak?] Jamal Sepi Selepas Umno Gagal PRU14 & Mana 'samseng' baju merah! Lim Kit Siang tolak jawatan jadi menteri.

Isnin, 21 Mei 2018


Jamal Sepi Selepas UMNO Gagal PRU14


Hasil carian imej untuk Gambar mat sabu menteri pertahanan

Image may contain: 1 person, text
Nak tangkap perompak mesti  ada bulan tertentu ke? 

Lim Kit Siang tolak jawatan jadi menteri


Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang bukan sahaja membuktikan beliau tidak menjadi Perdana Menteri seperti didakwa propaganda UMNO-BN selama ini malah menolak untuk menjadi menteri kabinet.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memberi jaminan beliau akan terus menggesa agar wujudnya pembaharuan untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program penghargaan kepada pengundi di Skudai hari ini lapor China Press.
Menurutnya, DAP sudah mempunyai bakat kepimpinan yang cukup dalam senarai kabinet yang baru dan hasratnya untuk tidak menjadi menteri telah dimaklumkan.  –Roketkini.com
Read More

Sunday, 26 February 2017

[Video] PULOK DAH! "Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355." Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.

Isnin, 27 Februari 2017
Foto Suara Rakyat.
Putar Jangan Tak Putar..

"Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355", kata Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yg juga kantoi memfitnah akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah.



Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang

Pada 
oleh 
Sepanjang tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.
Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.
Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.
Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam PAS versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan PAS yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana beliau pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada, dan apa yang ada hari ini ialah PAS versi Hadi Awang.

Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin PAS.
Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa PAS menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada Pilihanraya Umum ke-13, dan hampir menghalau UMNO/BN keluar dari Putrajaya sekiranya sistem pilihanraya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri minoriti pertama negara yang hanya memenangi 47% undi popular, tetapi memperolehi 60% kerusi Parlimen.
Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?
Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?
Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir PAS akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.
Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden PAS semakin selesa dengan Presiden UMNO dan berpendirian bahawa tidak jadi soal kalau Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global, asalkan Perdana Menterinya beragama Islam.
Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi PAS Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan PAS bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, tiada siapa yang akan terperanjat jika sebenarnya memorandum dan poster menyerang pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu itu adalah hasil karya agung Ketua Penerangan PAS sendiri.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.
Walaupun sandiwara serangan kepimpinan PAS terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi PAS Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.
Hakikatnya, akar umbi PAS Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras PAS versi Hadi yang selesa bersama UMNO pimpinan Najib, dan mempertahankan Najib dalam skandal pengubahan wang kleptokratik 1MDB.
Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS minggu lalu  bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco PAS di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada bulan April nanti.
PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi DUN yang dimenanginya dalam PRU ke-13 pada pilihanraya umum yang akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan halatuju baru PAS pimpinan Hadi yang berbaik-baik dengan Najib dan memperkukuh kedudukannya sebagai Perdana Menteri walaupun wujud skandal kleptokrasi global 1MDB – suatu halatuju yang tidak akan diambil oleh PAS sekiranya Nik Aziz masih hidup.
Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.
Dalam ucapan saya kepada Konvensyen Reformis Malaysia 2017 hujung minggu lalu, saya merujuk kepada tiga cabaran utama yang bukan sahaja ditujukan kepada warga Reformasi, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang patriotik dan mahu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal dengan kleptokrasi global.
Tiga cabaran dalam dalam PRU ke-14 yang bakal berlangsung pada suku kedua atau ketiga tahun ini adalah:
Pertama, mempertahan sokongan terhadap perubahan oleh pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak untuk DAP dan PKR dalam PRU ke-13 lalu;
Kedua, mendapatkan sokongan 3.5 juta ahli dan pengundi UMNO supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia, dalam pertarungan antara ‘Demokrasi lawan Kleptokrasi’;
Ketiga, mendapatkan sokongan ahli dan pengundi PAS supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia bagi memastikan kemenangan demokrasi dan kekalahan kleptokrasi dalam PRU ke-14, serta memastikan semangat dan kenangan Nik Aziz kekal hidup.
Sekiranya kita boleh mencapai tiga tugasan ini dalam PRU ke-14, maka Malaysia akan dapat diselamatkan dan kita boleh menyambut sebuah Malaysia baru dengan penambahbaikan sistem dan institusi bagi memastikan Malaysia tidak akan lagi kembali menuju jalan kleptokrasi dan menjadi sebuah negara gagal. -Roketkini.com
Read More

Wednesday, 31 August 2016

[Video] 'Najib tak boleh jawab mana hilang dana RM14b 1MDB'...“Kerajaan pencuri”: Sudah tiba masa Najib bersihkan nama Malaysia.

Khamis, 1 September 2016

TU DIA !!!
Media antarabangsa sebut dgn nyata. Malaysian Official 1 a.k.a. #MO1 itu NAJIB !!!

Kenapa sini susah sangat nak namakan siapa MO1?

Kalau berita tersebut satu tuduhan palsu, BERANIKAH NAJIB mahupun KERAjaan M'sia nak saman media a'bangsa tersebut !!!



“Kerajaan pencuri”: Sudah tiba masa Najib bersihkan nama Malaysia

LKS Malaysia
KOTA KINABALU, 30 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab membersihkan nama Malaysia yang dicemari julukan negara kleptokrasi berikutan pendedahan kecurian berbilion dolar Amerika melibatkan 1MDB dan individu bergelar Malaysian Official 1 (MO1).
Tambah menyedihkan, selain dinobat sebagai negara kleptokrasi terbesar peringkat global, kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional (BN) gagal melakukan sebarang usaha untuk membersihkan nama negara.
Persoalannya, di mana dan mengapa agensi penguatkuasaan dan penyiasatan tidak berusaha untuk membersihkan semula nama negara yang terpalit dengan skandal terbesar peringkat global itu?
Namun, apa yang menakutkan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ialah sikap lepas tangan Najib dan kerajaan Malaysia seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan tanda tanya kepada kita rakyat Malaysia, adakah kita sedia untuk dibeban dan dipalit dengan semua kotoran akibat kleptokrasi global ini?” soalnya ketika berucap dalam Forum Polisi anjuran DAP Sabah.
Kata beliau, hanya dalam sekelip mata sahaja Malaysia menjadi negara kleptokrasi global dan terpaksa menanggung aib apabila berada di salah satu tangga teratas negara paling korup di dunia khususnya dengan pendedahan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset melibatkan 1MDB sebanyak AS$1 bilion.
“Adalah menjadi tugas Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri untuk membersihkan nama Malaysia dari julukan negara kleptokrasi global.
“Saya faham Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan hadapan yang mana beliau sudah menghadirinya empat kali sejak April 2009 bercakap mengenai cadangannya tentang ‘Gerakan Global Moderat’, yang bukan sahaja telah gagal di peringkat antarabangsa, malah juga gagal dalam negara,” ujar Kit Siang. – Roketkini.com
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena