Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Saturday, 24 November 2018

[Video Wahai langau politik, pergilah kamu cari najis dan sampah] Aku perati kan aje kamu ne, tengah dok study Opss Lallang! Icerd angkat martabat negara, Melayu, raja.

Ahad, 25 Novmber 2018
Aku perati kan aje kamu ne, tengah dok study Opss Lallang!
Langau lebih bagus berbanding penyamun kleptokrasi la wak jahid!
They have been all charged for corruption, abuse of power, money laundering and what not. Guess who will be the next? 
Tumpang sekole.

Icerd angkat martabat negara, Melayu, raja

Dari mana datangnya kontroversi perjanjian Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Penindasan Berdasarkan Kaum (Icerd) ini? [Sengaja saya elak menggunakan perkataan diskriminasi bagi mengelakkan timbul keraguan dan kekeliruan].
Dari mana pula datangnya hujah Icerd ini boleh mengancam orang Melayu, Raja-Raja dan Islam sebagai agama persekutuan, sebagaimana yang dinyatakan pihak penganjur Himpunan Perpaduan Ummah yang membantah pengiktirafan Icerd ini.
Timbul pertanyaan, jika kita membantah penghapusan segala bentuk penindasan berdasarkan kaum, maka adakah kita tergolong umat yang menyokong penindasan kaum? Adakah wajar satu kaum menzalimi atau menganiayai kaum yang lain?
Jika jawapannya tidak wajar, kenapa pula takut, ragu-ragu dan bimbang untuk mengiktiraf Icerd.
Pada September lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.
"Bagaimanapun, hal ini tidak mudah kerana Malaysia sebuah negara majmuk dengan pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa," katanya ketika berucap di New York.
Pada 23 Oktober lalu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukanistimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani Icerd.
Beliau berkata, ini kerana Perkara 153 juga menyatakan peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang melindungi semua warganegara.
Klausa 1 Perkara 153 menyatakan "menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."
"Keabsahan komuniti lain dinyatakan dalam ayat yang sama, jadi tiada pilihan yang pelbagai di sini, anda tidak boleh menjaga satu (komuniti) dan mengabaikan yang lain," katanya.
Kenyataan Jerald ini mengulas MP Rembau Khairy Jamaluddin yang bertanya soalan di parlimen tentang bagaimana Icerd akan menjejaskan Perkara 153 perlembagaan.
Perbahasan hangat mula tercetus selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy mengumumkan pada 24 Oktober, Icerd antara enam konvensyen hak asasi manusia yang akan kerajaan meterai menjelang suku pertama tahun depan.
Sejak itu, bermulalah Icerd menjadi bahan pembangkang Umno dan PAS menyerang pentadbiran Pakatan Harapan dengan menggunakan Waytha sebagai sasarannya.
Kalau menurut suara salah seorang pemimpin veteran PAS yang membantah Icerd, kesilapan pentadbiran Najib Razak yang diulang Dr Mahathir adalah melantik, "orang India tak berparti" ke dalam jemaah menteri.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula pada awal November menegaskan Umno menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Icerd dan memberi amaran supaya "jangan usik Raja-Raja, bahasa Melayu dan agama Islam."
Pada 17 November lalu, di Pasir Salak, PAS dan Umno berjanji hadir perhimpunan membantah Icerd pada 8 Disember ini.
Menambah kebimbangan apabila Dr Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri menyatakan keraguan mereka untuk pentadbiran PH mengiktiraf Icerd buat masa ini.
Antaranya, Mahathir menjelaskan PH tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen untuk membolehkan pindaan perlembagaan bagi mengiktiraf Icerd.
Anwar pula berkata manakala dokumen Icerd itu baik tetapi pelaksanaannya dapat menimbulkan kegelisahan.
"Tetapi pelaksanaannya atau untuk kita meterai harus kita ambil kira, kebimbangan, keresahan dan kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.
"Jadi tujuannya baik tetapi pelaksanaannya itu menimbulkan satu lagi kegelisahan," jelas beliau yang berkata Icerd wajar ditangguhkan.
Akhirnya, pada 23 November perdana menteri menutup wacana Icerd ini buat sementara waktu apabila memuktamadkan kerajaan PH tidak akan menerima Icerd.
Saya berpendapat mengiktiraf Icerd akan menambah rasa hormat, mengukuhkan serta mengangkat martabat Raja-Raja, orang Melayu dan agama Islam di mata dunia.
Jika masih tidak yakin lagi, terutamanya kepada bakal PM kita, saya minta jasa baik Pengarah Pengurusan Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Zulkifli Hashim memberikan kuliah khas dan taklimat tuntas mengenai Icerd. Seperti yang pernah beliau sampaikan dalam siri syarahan awam di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2017 lalu.

RAHMAT HARON ialah wartawan Malaysiakini.
Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.
Mk.
Read More

Sunday, 18 November 2018

[Video Zahid (Presiden Umno) buat mahkamah KL 'panas'] Ketepikan soal RASUAH, kita bercantum atas nama Islam, Melayu.

Isnin, 19 November 2018
Image may contain: 4 people, people standing and text
Ketepikan soal RASUAH, kita bercantum atas nama Islam, Melayu 
"Ya sheikh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, insya-Allah Umno di bawah kepimpinan saya, kita bercantumlah. 

"Kita bercantum, kita ketepikan perbezaan di kalangan kita atas nama Islam, Melayu, Malaysia dan bumiputera," katanya disambut tepukan dan takbir orang ramai. 

Ahmad Zahid berkata demikian pada suatu majlis ceramah anjuran dua parti itu di Pasir Salak, malam ini. 

Bagaimanapun Abdul Hadi yang mengambil giliran berucap selepas Ahmad Zahid tidak mengulas langsung mengenai pelawaan Ahmad Zahid itu. 

Sebaliknya presiden PAS itu sekadar mengulangi tentangan parti terbabit kepada Icerd dan memberi amaran untuk turun ke jalan raya jika kerajaan tetap mahu mengiktiraf konvensyen berkenaan. 
Tumpang sekole.

Zahid hadapi 45 pertuduhan, diikat jamin RM2 juta

Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta ke atas bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 45 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.
Zahid yang kelihatan letih selepas ditahan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengambil masa 55 minit untuk berdiri mendengar semua pertuduhan itu dibacakan kepadanya.

Image may contain: 18 people, people smiling, text
Read More

Monday, 10 September 2018

[Video Dr M: Eksklusif: Melayu, Cina sama-sama pandai, tapi...] Politik sedang panas, ketika hubungan Tun dengan Istana Johor...TMJ perlu membuktikannya atau hentikan ISU INTIPAN!

Isnin, 10 September 2018

ISU INTIPAN..


Pihak Istana mempunyai saluran langsung dengan KDN dan JPM,  adalah wajar berhubung terus dan mendapat penjelasan. 

Jika individu dan pegawai tersebut memberi maklumat palsu wajar diambil tindakan. 

Pendedahan dibuat secara umum kepada rakyat hanya menimbulkan prejudice.

Sedangkan rakyat dihadkan kebebasan untuk mengemukakan pandangan balas. 

Banyak lagi isu rakyat kais pagi makan pagi yang belum selesai dan perlu diberi keutamaan.



Apabila kerajaan menafikan,  adalah perlu TMJ membuktikannya atau hentikan...

# Ketika politik sedang panas, ketika hubungan Tun dengan Istana Johor dikatakan tidak begitu molek, ketika lokman adam sedang mencari isu..  jangan ada yang sengaja mengambil kesempatan mengeluarkan bahan untuk memburukan kerajaan pilihan rakyat. 

Posted by 

Dakwa istana diintip: Polis siasat bukti jika ada


Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh memberikan bukti kepada pihak berkuasa ekoran dakwaan beliau kerajaan menggunakan peranti tertentu bagi mengintip istana atau rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menjelaskan kerajaan atau pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ada mengeluarkan arahan supaya pengintipan tersebut dijalankan.
Katanya jika Tunku Ismail Sultan Ibrahim memiiki maklumat mengenai kegiatan tersebut, beliau diharap dapat menyalurkannya kepada pihak yang berkenaan supaya boleh disiasat.
"Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami," katanya seperti dipetik Sinar Online.
Mk.
Read More

Tuesday, 12 June 2018

[Video Nazri Pun Terduduk Membayangkan BN Dibubarkan] KJ-Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin & Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Rabu, 13 Jun 2018

Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin


Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?


Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%.
Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO.
Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang Melayu-Islam telah menimbulkan rasa sesal yang bersangatan, serta mengabsahkan keperluan untuk UMNO dan PAS menjadi andalan nasib orang Melayu.
Begitulah lebih kurang.
Dakwaan Utusan ini bukan sahaja tidak tepat, malah menjadi cerminan terhadap keengganan Najib Razak untuk melepaskan kuasanya. Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Najib malah mahukan peranan baharu sebagai ‘kuasa di sebalik takhta’.
Justeru kata beliau, tidak hairan kenapa Utusan Malaysia sudah kembali menjaja politik kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan. Genap sebulan UMNO kecundang dalam PRU14, Utusan sudah kembali bekerja dalam kerangka politik lama yang membuatkan UMNO kecundang.
Bijak betul sidang editorial akhbar ini.
“Rencana yang sama dalam Mingguan Malaysia menjaja pembohongan kononnya DAP mahu memansuhkan sistem raja berperlembagaan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik,” ujar Kit Siang.
“Berbeza dengan angan-angan Najib Razak dan Utusan Malaysia, saya tidak melihat bagaimana UMNO-BN boleh memulihkan kredibiliti mereka, selagimana mereka tidak mengakui kesilapan-kesilapan mereka terhadap negara,” jelas beliau.
Bagi pemimpin veteran DAP itu, dosa Najib Razak dan UMNO menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan menjaja politik penuh kebencian kaum dan agama serta pembohongan pada pilihanraya lalu, tidak boleh dimaaf, apatah lagi dilupakan.
Amat naif sekiranya ada yang mengandaikan orang Melayu boleh memaafkan dosa-dosa UMNO itu. Walaupun semakin menghampiri Aidilfitri, dosa-dosa UMNO pastinya tidak akan terampun sampai bila-bila.
Dua badan pemikir turut menidakkan angan-angan Utusan Malaysia ini. Bercakap kepada The Malaysian Insight, penganalisis politik Ilham Center; Hisomuddin Bakar berkata, yang sedang menyesal sekarang ini hanyalah ahli-ahli UMNO yang telah menolak parti mereka sendiri dalam PRU14.
Kata Hisomuddin, ahli-ahli UMNO menolak parti itu kononnya untuk memberi pengajaran kepada pemimpin, namun tidak menjangka kesan daripada tindakan terbabit.
“Mereka terkejut kerana hilang kuasa di peringkat persekutuan. Mereka hanya mahu menunjukkan protes terhadap pemimpin yang angkuh tetapi mereka yang akhirnya menyesal.

“Orang Melayu umumnya selesa dengan PH kerana mereka tidak lagi perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” kata beliau.
Ibrahim Suffian, dari Merdeka Center turut bersetuju sambil memetik hasil kajiannya yang menunjukkan bahawa majoriti pengundi Melayu berpuas hati dengan pentadbiran baharu. Ini dimudahkan lagi dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, justeru menolak mitos kacau bilau yang menjadi modal politik UMNO dan lidah partinya selama ini.
Pendekatan Utusan turut dikritik dua bekas editornya, menyifatkan akhbar itu sebagai ‘masih terperangkap dalam kepompong sempit dan penuh dengan prasangka’.
Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar dalam satu kenyataan tempoh hari berkata, Utusan ‘menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia.’
Menjawab dakwaan itu, Utusan melalui penulisnya Zulkiflee Bakar menimbulkan banyak persoalan, sambil memetik soal kebebasan media. Katanya, “Bertukar kerajaan bukan bermakna jati diri sebuah media itu perlu dikorbankan.”
Jati diri Utusan ini barangkali terletak pada pegangan 49.77% sahamnya oleh UMNO itu lah.
Akhbar ini sudah beberapa kali tewas dalam tindakan undang-undang terhadapnya, termasuklah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan; serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Utusan turut pernah dihukum membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Lim Kit Siang pada November 2015. – Roketkini.com
Read More

Saturday, 24 June 2017

[Video Mohamed Sabu - Aidil fitri terakhir buat Umno & BN] Terimakah Melayu, Cina, India diusir dari bumi Malaysia?

Ahad, 25 Jun 2017

Terimakah Melayu, Cina, India diusir dari bumi Malaysia?

Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pengusiran bangsa Palestin oleh rejim zionis Israel seperti tindakan menghalau rakyat Malaysia dari tanah air yang sama sekali tidak dapat diterima.
"Tuan-tuan terima atau tidak orang Melayu diusir dari bumi Malaysia? Boleh terima atau tidak orang Cina dan India diusir dari bumi Malaysia?
"Boleh terima atau tidak orang Rohingya diusir dari Burma? Boleh terima atau tidak penduduk Palestin diusir dari bumi mereka?" soalnya kepada peserta Himpunan Hari Al-Quds Sedunia anjuran Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) di ibu negara hari ini.
SPM adalah gabungan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), dan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA).
Bulan Jun ini, genap 50 tahun rejim zionis menceroboh Al-Quds (Jerusalem) dan Masjid Al-Aqsa ekoran serangan mereka ke atas bumi Palestin pada tahun 1967.
Menurut Mohamad, pendudukan haram Israel di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian Timur al-Quds termasuk Masjid Al-Aqsa sejak tahun itu sebenarnya turut merentas isu kemanusiaan.
"Masalah Palestin bukan masalah umat Islam sahaja. Ia masalah kemanusiaan. Ketua-ketua Palestin ada Kristian.
"Ramai lagi (beragama kristian). Mereka diusir dari bumi Palestin dan berada di Lubnan, Syria dan negara-negara Eropah," jelasnya dalam himpunan bertemakan 'Pembebasan Palestin Agenda Utama Ummah' itu.
Lebih 200 peserta himpunan berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji dan berarak menghala ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebelum menyerahkan memorandum bantahan.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan pemimpin negara Arab pada masa ini tidak lagi memperjuangkan hak dan keadilan rakyat Palestin bahkan tunduk kepada kuasa AS.
"Sekarang ramai orang sudah lupa negara Israel dibentuk melalui keganasan. Gunakan senjata membunuh rakyat Palestin, mengusir, merampas tanah-tanah mereka disokong Amerika dan negara-negara Eropah.
"Tertubuhnya negara Zionis Israel, orang Arab kemudiannya terus berjuang untuk membebaskan bumi mereka tapi sekarang pemimpin-pemimpin negara Arab lebih menjadi hamba kepada Amerika.
"Saya fikir pemimpin negara Arab hanya mempamerkan kekayaan mereka tidak peduli lagi rakyat Palestin saban hari rumah dan tanah mereka dirampas.
"Mereka bergaduh sesama sendiri. Bahkan tanpa segan silu ada pemimpin negara Arab mengatakan Israel sahabat kami. Ertinya dasar Israel Zionis yang disokong Amerika yang amat berbahaya kepada dunia," tegasnya diikuti laungan "Jahanam Zionis" dam "Jahanam Israel" bersama peserta himpunan.
Sehubungan itu, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu menegaskan perjuangan rakyat Malaysia membantah kezaliman rejim Zionis berdasarkan pertimbangan kemanusiaan.
"Kita berjuang bukan kerana Arab, bukan kerana orang lain tetapi atas dasar kemanusiaan kita. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara," tambahnya diakhiri dengan pekikan 'Hidup rakyat', 'Menang Palestin' dan 'Menang Kebenaran."
Turut berucap Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Shamsudin dan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid.
Read More

Friday, 17 March 2017

[Video Jadi PM gaji tak banyak] Jadilah Orang Asli, Melayu, Cina, India, Jawa, Dayak, Kadazan, Iban yang BIJAK! Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Sabtu, 18 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
KUBURKAN BN AMENO !!!

JADILAH MELAYU CINA INDIA JAWA DAYAK KADAZAN IBAN YG BIJAK…
SEKALI KITA BUAT SILAP,
4-5 TAHUN KITA MERANA…
PRU14 INI BUKAN MAINAN LAGI…
Foto Omar Othman.
Omar Othman
Omar Othman

Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional (BN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
"Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.
"Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.
"Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama," ujarnya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu  buat pertama kali telah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2016 lalu selepas 18 tahun kedua pemimpin itu bermusuhan di pentas politik tanahair.
Rentetan itu berlaku pertemuan antara Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila Dr Siti Hasmah mengunjungi Dr Wan Azizah di kediamannya di Segambut pada 7 November tahun lalu.
Pada Disember Bersatu telah menandatangi perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan terkini pada Selasa lalu, Bersatu mengumumkan kemasukan parti serpihan Umno itu dalam gabungan Pakatan Harapan.
Read More

Sunday, 3 July 2016

'DI SINI TAK ADA MELAYU, CINA, INDIA. Semua Bangsa Sama' & 'Mata Najib' letak kat mana sebenarnya?

Isnin, 4 Julai 2016
Page Liked · 12 hrs

Terharu masih ada lg rakyat berkeadaan seperti ini di negara yg kaya raya hasil bumi...
Apakah pemerintah terlepas pandang kesusahan rakyat?
Mata Najib letak kat mana sebenarnya?...
😓😓😓😓

Lokasi:City Square Johor Darul...




19 hrs
'DI SINI TAK ADA MELAYU, CINA, INDIA. SEMUA BANGSA SAMA.'
Ramadan adalah bulan rahmah dan bulan kebaikan, dan AMANAH percaya kebaikan perlu dikongsi dengan semua lapisan masyarakat di mana sahaja AMANAH berada.
Hari ini Sabtu 2 Julai 2016 kami dalam misi lawatan menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan di sekitar SS2 dan SS3. Lawatan ini merupakan program keempat dalam siri program Ramadan AMANAH PJU, setelah kami bersama masyarakat di bazar Sungai Way dan Kampung Tunku, PPRT Sri Aman, serta bazar Kelana Jaya dan Taman Universiti.
Rumah pertama yang kami lawati hari ini adalah Beautiful Gate Foundation di SS2. Rumah ini menempatkan lebih 40 orang penghuni. Sumbangan kami berbentuk barangan keperluan rumah diterima oleh Cik Ding.
Seterusnya kami ke Lovely Disabled Home juga di SS2. Kami sampaikan sumbangan berbentuk makanan dan bahan keperluan lain. Rumah ini menempatkan 10 orang kurang upaya, yang antaranya datang dari Negeri Melaka.
Akhir sekali kami ke Lovely Nursing Home di SS3, sebuah rumah kebajikan yang menempatkan lebih 80 orang warga tua dan kurang upaya. Cik Kasturi menerima sumbangan kami yang berbentuk makanan asasi dan barangan dapur.
Kami diberi sedikit taklimat dan lawatan di dalam rumah ini, dan nyata beberapa ia masih memerlukan beberapa keperluan lain seperti alatan perubatan dan kelengkapan bilik tidur.
Kami juga sempat bertemu dengan beberapa warga rumah ini dan bermesra dengan mereka. Salah seorang adalah Uncle Peter Lim yang telah menghuni di sana selama tiga tahun. Beliau berada dalam keadaan kurang upaya setelah mengalami serangan strok yang juga telah menyebabkannya mengalami kemalangan jalan raya.
'Di sini tak ada Melayu, Cina, India. Semua bangsa sama.' ujar Uncle Peter. Mulanya kami kurang faham dengan kenyataan ini.
Nyata sekali beliau amat senang dengan kehadiran kami, dan kami berbual panjang tentang sanak-saudara beliau dan sambutan Tahun Baru Cina.
Akhir sekali kami bertanya adakah beliau gembira di sana. Tanpa berfikir panjang beliau menjawab ya. Walaupun penghuni terdiri dari pelbagai bangsa, mereka saling berhubung baik. Malah para petugas di situ juga dipuji olehnya atas layanan yang baik.
Barulah kami faham apa maksudnya di situ semua bangsa sama. Sebab di situ tiada sempadan bangsa, semuanya saling berhubung dan menolong, semuanya punya hak dan layanan yang sama.
Kami tersentuh apabila melihat mata Uncle Peter basah ketika itu. Kami hanya boleh mengagak beliau berasa sayu dengan sedikit santunan daripada kami ini.
Kami, rombongan dari AMANAH PJU yang juga terdiri dari pelbagai bangsa - seperti Sdr Hamka dan anak-anaknya, Sdr Malkit Singh dan keluarganya, serta Sdr Nikker Ong - melangkah keluar dari situ dengan satu azam. Iaitu untuk meneruskan usaha kebajikan ini merentas sempadan bangsa dan agama.
Terima kasih kepada pengarah program Puan Ainil Jalaluddin, semua ahli, rakan AMANAH dan para penyumbang yang menjayakan program ini.
Setiausaha
AMANAH Kawasan PJU
Read More

Sunday, 20 September 2015

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik...“Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah".

Ahad, 20 September 2015

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik

KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

“Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

“Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

“Di persada antarabangsa kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang gagal menguruskan hubungan etnik. Semua ini bawa keburukan kepada negara kita,” katanya.

Menurutnya, isu tersebut jika tidak akan timbul sekiranya rakyat Malaysia tidak menjadikan perhimpunan beramai-ramai sebagai satu budaya.

“Seperti kita tahu, kelakuan manusia tak dapat dikawal apabila berkumpul beramai-ramai. Yang penakut pun boleh jadi berani apabila dihasut.

“Kadang-kadang himpunan disabotaj dan keadaan menjadi huru-hara. Semua perkara ini tak dapat dielakkan dalam mana-mana perhimpunan,” katanya.

Menurutnya, terdapat cara lain untuk rakyat mengusulkan tuntutan iaitu menerusi sistem demokrasi berparlimen.

“Bersih 4.0 membawa lima tuntutan, manakala himpunan baju merah ada 14 resolusi. Tetapi tak perlu pun semua itu dibawa melalui perarakan atau himpunan sebegitu.

“Sebab kita ada saluran yang lebih beradab melalui sistem demokrasi kita. Semua isu dan tuntutan itu boleh dibangkitkan oleh wakil rakyat di Parlimen,” katanya.
Kedah Lanie.
Read More

Wednesday, 16 September 2015

[Video] Melayu kau 'tak berasa malu' ke? Apa kesudahannya Himpunan Melayu neh...

Rabu, 16 September 2015

orang lain semua pakai baju merah, apahal rani kulup ni baju hijau pulak mentang2 lah baju tu baru siap tempah je adesss







Akhirnya Alam Flora juga yg bersih kn sampah yg di buang oleh geng baju merah...mmg tak ada sivik beruk2 ni..main buang smpah jerr.
Betbeza mse himpunan bersih4.0...yg bersih kan sampah2 tu rakyat sdiri jerr.










Lepas ni kompom "bungkus" taukeh ikan bakar..!!!

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena