Showing posts with label Pakatan HARAPAN. Show all posts
Showing posts with label Pakatan HARAPAN. Show all posts

Tuesday, 12 June 2018

[Video Nazri Pun Terduduk Membayangkan BN Dibubarkan] KJ-Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin & Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Rabu, 13 Jun 2018

Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin


Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?


Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%.
Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO.
Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang Melayu-Islam telah menimbulkan rasa sesal yang bersangatan, serta mengabsahkan keperluan untuk UMNO dan PAS menjadi andalan nasib orang Melayu.
Begitulah lebih kurang.
Dakwaan Utusan ini bukan sahaja tidak tepat, malah menjadi cerminan terhadap keengganan Najib Razak untuk melepaskan kuasanya. Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Najib malah mahukan peranan baharu sebagai ‘kuasa di sebalik takhta’.
Justeru kata beliau, tidak hairan kenapa Utusan Malaysia sudah kembali menjaja politik kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan. Genap sebulan UMNO kecundang dalam PRU14, Utusan sudah kembali bekerja dalam kerangka politik lama yang membuatkan UMNO kecundang.
Bijak betul sidang editorial akhbar ini.
“Rencana yang sama dalam Mingguan Malaysia menjaja pembohongan kononnya DAP mahu memansuhkan sistem raja berperlembagaan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik,” ujar Kit Siang.
“Berbeza dengan angan-angan Najib Razak dan Utusan Malaysia, saya tidak melihat bagaimana UMNO-BN boleh memulihkan kredibiliti mereka, selagimana mereka tidak mengakui kesilapan-kesilapan mereka terhadap negara,” jelas beliau.
Bagi pemimpin veteran DAP itu, dosa Najib Razak dan UMNO menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan menjaja politik penuh kebencian kaum dan agama serta pembohongan pada pilihanraya lalu, tidak boleh dimaaf, apatah lagi dilupakan.
Amat naif sekiranya ada yang mengandaikan orang Melayu boleh memaafkan dosa-dosa UMNO itu. Walaupun semakin menghampiri Aidilfitri, dosa-dosa UMNO pastinya tidak akan terampun sampai bila-bila.
Dua badan pemikir turut menidakkan angan-angan Utusan Malaysia ini. Bercakap kepada The Malaysian Insight, penganalisis politik Ilham Center; Hisomuddin Bakar berkata, yang sedang menyesal sekarang ini hanyalah ahli-ahli UMNO yang telah menolak parti mereka sendiri dalam PRU14.
Kata Hisomuddin, ahli-ahli UMNO menolak parti itu kononnya untuk memberi pengajaran kepada pemimpin, namun tidak menjangka kesan daripada tindakan terbabit.
“Mereka terkejut kerana hilang kuasa di peringkat persekutuan. Mereka hanya mahu menunjukkan protes terhadap pemimpin yang angkuh tetapi mereka yang akhirnya menyesal.

“Orang Melayu umumnya selesa dengan PH kerana mereka tidak lagi perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” kata beliau.
Ibrahim Suffian, dari Merdeka Center turut bersetuju sambil memetik hasil kajiannya yang menunjukkan bahawa majoriti pengundi Melayu berpuas hati dengan pentadbiran baharu. Ini dimudahkan lagi dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, justeru menolak mitos kacau bilau yang menjadi modal politik UMNO dan lidah partinya selama ini.
Pendekatan Utusan turut dikritik dua bekas editornya, menyifatkan akhbar itu sebagai ‘masih terperangkap dalam kepompong sempit dan penuh dengan prasangka’.
Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar dalam satu kenyataan tempoh hari berkata, Utusan ‘menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia.’
Menjawab dakwaan itu, Utusan melalui penulisnya Zulkiflee Bakar menimbulkan banyak persoalan, sambil memetik soal kebebasan media. Katanya, “Bertukar kerajaan bukan bermakna jati diri sebuah media itu perlu dikorbankan.”
Jati diri Utusan ini barangkali terletak pada pegangan 49.77% sahamnya oleh UMNO itu lah.
Akhbar ini sudah beberapa kali tewas dalam tindakan undang-undang terhadapnya, termasuklah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan; serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Utusan turut pernah dihukum membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Lim Kit Siang pada November 2015. – Roketkini.com
Read More

Tuesday, 17 April 2018

[Video Sedondon Hadi dengan Najib macam penggusti? Kayveas nekad tinggalkan BN?] Najib akhirnya terpaksa akui wujudnya tsunami Melayu.

Rabu, 18 April 2018


Tumpang sekole,

Najib akhirnya terpaksa akui wujudnya tsunami Melayu


Hampir dua minggu lalu, dalam pertemuannya dengan editor kanan di pejabatnya di Putrajaya, Datuk Seri Najib Razak dengan penuh yakin menyatakan tsunami Melayu tidak mungkin berlaku dalam pilihan raya umum kali ini.
“Saya tidak nampak tsunami Melayu akan berlaku, tsunami Melayu ini bermaksud UMNO ditolak. Saya tidak nampak (itu akan berlaku),” katanya seperti yang dipetik agensi berita Bernama pada 4 April lalu.
Tetapi sekarang nadanya sudah berubah. Semalam dalam satu majlis di Subang Jaya, Selangor, Najib selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional, membuat tuduhan palsu kononnya Pakatan Harapan tidak menghormati institusi Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menggunakan tuduhan palsu itu yang juga merupakan satu bentuk berita tidak benar, dia dipetik media sebagai berkata,”…amat penting bagi kita untuk pastikan dalam pilihan raya umum ke-14 ini tidak akan berlaku tsunami Melayu.”
Ini bermaksud dia sendiri terpaksa bekerja keras untuk melawan tsunami Melayu yang pada mulanya dikatakan tidak wujud itu.
Kini Najib cuba memujuk orang Melayu supaya tidak bangun menentangnya. Dia sanggup menggunakan fitnah bersifat perkauman dan keagamaan demi mengekalkan kuasanya sendiri.
Fenomena kebangkitan orang Melayu ini telah saya suarakan sejak tiga tahun lalu. Dalam tulisan saya pada Julai 2015, saya mengemukakan hujah bahawa undi orang Melayu akan beralih kepada pembangkang kerana mereka marah dan tidak tahan lagi dengan tekanan ekonomi dan sosial akibat kelemahan pentadbiran Najib.
Kini ia menjadi kenyataan. Apa yang Najib suarakan semalam membuktikan tsunami Melayu bukan sebuah ramalan, sebaliknya ia fenomena yang sedang terjadi.
Walaupun ditekan dan dihalang oleh BN, rakyat pelbagai kaum, termasuk ramai orang Melayu di merata negeri seperti Kedah, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor masih sanggup hadir ke ceramah Pakatan Harapan walaupun dalam keadaan hujan ribut.
Oleh kerana itulah, Najib dan menteri-menterinya bermati-matian cuba menafikan kewujudan gelombang kebangkitan orang Melayu.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama-sama memilih Pakatan Harapan jika kita mahu sebuah kerajaan baru yang prihatin, adil, tidak rasuah, dan tidak tamak kuasa. – Roketkini.com
Kredit foto: FB Parti Pribumi BERSATU Malaysia
*Liew Chin Tong merupakan Pengerusi DAP Johor, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan dan bakal calon Pakatan Harapan Parlimen Ayer Hitam, Johor
Read More

Sunday, 11 March 2018

[Video Kakitangan kjaan akan dpt pembelaan kjaan baru PAKATAN HARAPAN] Salahkah penjawat awam menyokong parti Pembangkang? JANGAN BIMBANG! Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang, kata TS Muhyiddin Yassin.

Isnin, 12 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar tun Mahathir bakal Perdana Menteri Timbalan Wan Azizah
Pakatan Harapan memutuskan Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. 

Sokong pembangkang salah?


Ada satu persepsi yang agak jelik bagi rakyat Malaysia. Tidak kira kaum apa sekalipun.

Sekiranya parti yang memenangi pilihanraya umum menang dan menjadi parti pemerintah, maka golongan yang tidak menyokong parti itu atau lebih dikenali sebagai pembangkang akan dipandang sebagai pihak yang salah (termasuk sebahagian besar penyokong parti itu).

Ini kenyataan. Bukan cakap-cakap kosong. Bukti?

Boleh cari dan lihat sendiri. Bagaimana laporan media massa yang berat sebelah.

Bagaimana banyaknya berita di internet.

Bagaimana BODOHNYA tv dan suratkhabar menyiarkan gambar superimpose dan memberikan laopran salah.

Bagaimana TV memberikan berita yang menipu, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Dan banyak lagi.........tinggal mahu cari atau tidak.

Apa masalahnya wujud pembangkang di Malaysia? JIJIK benarkah pembangkang?

Salahkah penjawat awam menyokong perti Pembangkang?

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Kerajaan demokrasi adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat bebas meilih pemerintah yang disukainya. Jika rakyat sudah tidak suka kepada pemerintah sekarang, rakyat boleh menukar kerajaan! Ini demokrasi. Dalam demokrasi, rakyat diutamakan dan mendapat keuntungan.

Penjawat awam pun sebahagian daripada rakyat Malaysia. Jadi berdosakah jika seorang PTD tidak menyokong parti pemerintah yang menjadi majikannya ketika ini?

Penjawat awam itu bukan rakyat Malaysia?
Guru bukan rakyat Malaysia?
Tentera bukan rakyat Malaysia?

Pemaksaan dan penekanan kepada rakyat untuk menyokong parti memerintah akan menyesakkan dada dan membuatkan orang lebih memberontak di dalam, walaupun di luar tidak begitu.

Sikap tidak peduli kepada politik pula adalah satu sikap yang sangat jelas tidak betul. Kerana apa? Kerana kita ini sebahagian daripada politik. Betulkan "mindset", lihat politik ini dari perspektif hablum minan naas (hubungan dengan manusia) untuk mencari keredhaan Allah. Bukan bermaksud kita perlu membabitkan diri dalam politik, tetapi kita perlu juga ambil tahu hal sekeliling. Politik ini juga akan mencorakkan dasar negara yang akan kita lalui dan jalankan dalam kehidupan seharian.

Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi, saya tidak boleh menerima sama sekali jika orang memaksa dan mengugut supaya saya memangkah parti XX dalam pilihanraya. Kerana apa? Kerana hak mengundi itu terpulang kepada saya. Saya juga tidak berhak memaksa mana-mana orang, termasuklah keluarga atau isteri saya, atau anak saya sekalipun untuk mengundi parti pilihan saya dalam pilihanraya.

Alasan yang selalu....

" kau belajar kat sekolah kerajaan, dapat biasiswa kerajaan. kerja pun dengan kerajaan. tapi tak memasal sokong pembangkang. tak kenang budi!"

" kerajaan dah susah-susah tolong kau, kau tak sokong pulak!"

" pembangunan macam-macam kerajaan dah buat. kau nak apa lagi. Malaysia dah aman mcm ni pun tak syukur!"

"sokong pembangkang sangat, berenti la jadi cikgu sekolah kerajaan!"

Alasan ini selalu diberikan oleh ramai penyokong XX..,Tak kira tua atau muda.

parti pemerintah cuma memegang amanah sementara. Kerajaan itu bukan hak mutlak parti itu. Saya ulang, BUKAN HAK MUTLAK. CUMA MEMEGANG AMANAH MENTADBIR NEGARA!

Mana-mana kerajaan didunia ini WAJIB menyediakan kemudahan untuk rakyatnya termasuklah pendidikan. Duit biasiswa yang dibayar itu merupakan duit kerajaan MALAYSIA, sebahagiannya hasil pungutan cukai daripada RAKYAT Malaysia. bukan duit PARTI. BUKAN DUIT PARTI. FAHAM??? Penjawat awam juga dibayar gajinya menggunakan duit KERAJAAN, bukan duit PARTI XX. Faham?

Kalau tukar parti pemerintah pun, kerajaan tetap di panggil kerajaan Malaysia. Semua tanggungjawab yang dijalankan sebelum ini, perlu diteruskan termasuklah pendidikan. Penjawat awam tetap dibayar seperti biasa menggunakan DUIT KERAJAAN.

Jangan ungkit hal kerajaan dah buat macam-macam. Itu memang tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh kerajaan. Kalau selalu ungkit-ungkit macam ni, nampak jelas tak ikhlas kerja yang dijalankan. Kalau tak sanggup, turun, bagi orang lain naik memerintah. Tak kira parti mana yang naik nanti pun, tanggungjawab sebagai kerajaan perlu dijalankan, TANPA ADA PAKSAAN KEPADA RAKYAT BAWAHANNYA (TERMASUK PENJAWAT AWAM) UNTUK TIDAK MENYOKONG PEMBANGKANG DAN MENGUNDI PARTI PEMERINTAH DALAM PILIHANRAYA.

Kalau nak sangat orang tak sokong pembangkang, gubal undang-undang satu perti sahaja yang memerintah! Habis cerita. Macam ape yang jadi contohnya di Mesir dengan Iraq. Tapi bila tukar begitu, tak jadi demokrasi lagi lah....Kemudian tunggu pula rakyat keluar ramai-ramai memberontak macam di Mesir...

Ya, kerajaan sudah membangunkan Malaysia pada hari ini. Alhamdulillah, namun tersangat banyak penyelewengan yang sudah menjadi "public secret". Dapat lihat jelas bagaimana mewahnya pemimpin dan rakyat biasa semakin tertekan dengan hidup.

Dicatat oleh Nur Fauzi Bassar (Hidup orang biasa)

Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang

Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang
Muhyiddin Yassin pada Konvensyen Pakatan Harapan Sarawak hari ini mengatakan semua penjawat awam yang hilang jawatan kerana menyokong pembangkang akan diterima balik bekerja jika Pakatan Harapan menang pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2018.
TIMBALAN Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan mana-mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang akan dikembalikan kepada jawatan asal mereka jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas ugutan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam yang tindakan tata tertib akan diambil kepada guru dan pegawai kementerian sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang.
Mahdzir dalam majlis bersama penjawat awam di Putrajay itu juga mengatakan, pengawai pendidikan dan guru dilarang daripada menyertai parti pembangkang atau mengkritik kerajaan kerana tindakan itu dianggap sabatoj dan mencemarkan imej kerajaan.
Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana undi adalah rahsia dan sekiranya mereka hilang kerja dan didiskriminasi kerana seseorang melaporkan sokongan mereka kepada pembangkang, mereka akan mendapat pekerjaan mereka kembali.
Katanya lagi, kerajaan tidak berhak menyekat hak demokratik.
TMI.
Read More

Wednesday, 21 February 2018

[Video WARISAN & HARAPAN Ketepi Perbezaan Demi Negara] Gandingan HARAPAN-WARISAN jana gelombang ubah kerajaan, bikin BN gerun.

Khamis, 22 Februari 2018

Gandingan HARAPAN-WARISAN jana gelombang ubah kerajaan, bikin BN gerun

Bibit kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) amat tidak disenangi dan digeruni Barisan Nasional (BN) khususnya pemimpin-pemimpin UMNO wilayah itu.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata, kerjasama HARAPAN dan WARISAN digeruni BN kerana mampu memberi kesan di kawasan bandar dan luar bandar sekaligus mengambil alih pentadbiran kerajaan.
“DAP Sabah yakin untuk menang sekitar 10 kerusi (DUN dan Parlimen) di bandar dan beberapa kerusi luar bandar kawasan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut (KDM) dan kita melihat PKR juga mampu untuk memenangi beberapa kawasan campuran semi-urban dan kawasan KDM sekitar 10 kerusi.
“Dengan gelombang yang kuat dari WARISAN khususnya di kawasan masyarakat Bajau dan Suluk, ada 12 kerusi lagi mampu dimenangi parti itu dan wujud kemungkinan besar berlakunya pertukaran kerajaan. Ini yang amat ditakuti BN,” kata Ahli Parlimen Sandakan itu ketika dihubungi Roketkini.
Kesediaan HARAPAN yang telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan parti yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Januari lalu dilihat memberi gambaran positif terhadap kerjasama pembangkang utama di Sabah.
Ini termasuk kenyataan Bendahari Agung WARISAN, Terrence Siambun yang dilaporkan menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan HARAPAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurut Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, sejarah bakal tercipta di Sabah sekiranya HARAPAN dan WARISAN mencapai kata sepakat menentang BN pada pilihan raya akan datang.
“Inilah kali pertama kita akan melihat parti tempatan pembangkang utama bekerjasama dengan parti peringkat kebangsaan dalam politik pembangkang Sabah.
“Gabungan ini akan dapat melenyapkan banyak kerusi UMNO yang selama ini merupakan deposit tetap kepada BN Sabah, seperti kerusi-kerusi (Parlimen dan DUN) di kawasan Pantai Timur,” kata ADUN Sri Tanjung itu.
Kedudukan itu juga kata Foong Hin juga akan memberi kesan dalam lanskap politik tanah air.
“Gabungan tenaga HARAPAN dan WARISAN akan menjana momentum politik bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara.
“Bayangkan, kalau deposit tetap BN di Sabah tak lagi kukuh, dengan senario politik yang begitu komplikasi pun pembangkang dapat runding secara rasional, tiada lagi yang mustahil,” katanya lagi. – Roketkini.com
Read More

Wednesday, 10 January 2018

[Video DAP Tak dapat Menguasai PAKATAN HARAPAN] Kenapa Azmin tenggelam dalam Pakatan Harapan? Dan Azmin, ternyata memilih untuk mengekalkan Pas!

Khamis, 11 Januari 2018

Image result for Gambar Konvensyen Pakatan Harapan 2018
Image result for Gambar Konvensyen Pakatan Harapan 2018
Image result for Gambar Konvensyen Pakatan Harapan 2018
Penyokong Amanah, dengan baju jingga rasmi mereka, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam

Kenapa Azmin tenggelam dalam Pakatan Harapan?

ULASAN :Memulakan langkah awal dalam politik sebagai setiausaha peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tentunya merasai turun naik sebagai pemimpin parti politik yang mana jawatan tertinggi yang disandang oleh beliau adalah timbalan presiden PKR bermula tahun 2010 apabila penyandang sebelum beliau, Dr. Syed Hussien menolak untuk dicalonkan semula.
Azmin pernah memenangi kerusi Hulu Klang pada pilihan raya umum tahun 1999 namun dihalang untuk bertanding pada 2004 oleh mahkamah, beliau kembali pada PRU 2008 dengan menang bergaya di Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa.
Walaupun pada pilihan raya umum 2008 gabungan pembangkang (kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat) gagal menawan Putrajaya namun berjaya menawan 4 Negeri dan salah satunya adalah Negeri Selangor.
Tan Sri Khalid Ibrahim, pendatang baru dalam PKR telah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Sepanjang mandat 5 tahun yang diberi kepada Khalid Ibrahim mentadbir sebagai menteri besar dari 2008 ke 2013, tidak kedengaran secara terbuka sebarang bantahan atau penolakan mana mana pihak terhadap perlantikan beliau.
Namun sedikit “huru hara” berlaku dalam PKR selepas PRU13 apabila Khalid sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dan Azmin dan kumpulannya dilihat menentang keputusan ini sehingga ada kenyataan media oleh beliau sehingga menjadi titik awal “kemelut dalaman PKR” .
Bukan menjadi rahsia bahawa Langkah Kajang yang berlaku kemudiannya, antara salah satu faktor ia dijalankan adalah untuk menyelesaikan krisis dalaman PKR (tanpa mengabaikan faktor faktor lain), pada peringkat awal Langkah Kajang dijalankan dengan tujuan untuk mengangkat Anwar sebagai Menteri Besar, namun sebelum langkah itu dapat dilaksana, mahkamah telah memenjarakan beliau dan matlamat seterusnya Langkah Kajang adalah untuk mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar mengantikan Khalid.
Namun kerana desakan Istana dan Presiden Pas (Walaupun mesyuarat AJK Pas memutuskan untuk menyokong Wan Azizah) juga waktu itu yang menolak perlantikan Wan Azizah, sekali lagi berlaku perubahan pada rancangan dan dengan sokongan Pas, Azmin Ali dinobatkan sebagai menteri besar yang baru, mengantikan Khalid.
Dan disinilah bermula satu lagi episod baru politik tanah air, pertembungan di Selangor tidak hanya berlegar dalam Negeri bahkan sehingga memecahkan Pakatan Rakyat. DAP bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden Pas kerana bertindak membelakangi majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang seterusnya membawa kepada putusnya tahaluf antara Pas dan DAP di muktamar Pas dari usul yang diluluskan tanpa bahas. Dalam muktamar yang sama menyaksikan juga tersungkurkan kelompok Pro Pakatan Rakyat /Profesional dalam Pas secara setandan yang akhirnya kemudian menubuhkan Parti AMANAH Negara (AMANAH)
Apabila tahaluf Pas-DAP terputus, yang pertama dilakukan oleh pemimpin Pas yang pro Pakatan Rakyat, Mohamad Sabu telah bertindak mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam jawatan lantikan di Pulau Pinang, kerajaan Pulau Pinang juga bertindak memecat Semua pemegang lantikan politik dalam institusi kerajaan dan setelah Pakatan Harapan ditubuhkan, dengan segera Pulau Pinang diistiharkan negeri dibawah Pakatan Harapan.
Namun, pada waktu ini kerajaan Selangor dibawah Azmin masih enggan mengiktiraf Selangor sebagai negeri Pakatan Harapan , sebaliknya kekal ia sebagai negeri “Pakatan” , tanpa ada “Rakyat” di belakangnya.
Namun hujah awal Azmin boleh diterima walaupun kita mungkin berbeza, iaitu beliau ingin mengekalkan mandat yang diberi rakyat pada PRU13 iaitu kepada PR dan pada waktu juga “PR” masih belum terkubur sepenuhnya kerana PKR masih mengekalkan kerjasama antara Pas dan DAP.
Walaupun pemimpin AMANAH meluahkan rasa tidak senang namun ia tidak menjadi isu yang dijaja secara terbuka.
Namun satu titik noktah baharu dalam Pakatan Rakyat apabila Pas dalam muktamarnya pada bulan Mei tahun lalu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PKR sekaligus menguburkan Pakatan Rakyat, disini timbul satu persoalan serius iaitu kesan putusnya hubungan ini, samada Kerajaan Selangor yang ditadbir Azmin akan segera istiharkan Selangor sebagai negeri dibawah Pakatan Harapan dan memecat exco exco dan semua jawatan lantikan politik dari Pas setelah tidak ada lagi hubungan dan kerjasama politik antara Pas dan PKR.
Dan Azmin, ternyata memilih untuk mengekalkan Pas.
Banyak andaian yang muncul, ada yang mendakwa ia sebagai tanda terima kasih terhadap Pas yang menyokong beliau sebagai Menteri Besar, ada juga andaian hubungan yang tidak baik antara Azmin dan pemimpin parti pembangkang lain menyebabkan Azmin perlu sokongan Pas jika beliau mahu kekal sebagai menteri besar ataupun sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional tewas.
Tidak kurang, andaian bahawa Azmin tahu dia tidak mempunyai sokongan dalam kalangan parti dalam Pakatan, bahkan dalam partinya sendiri wujud beberapa kem berbeza hingga mengecilkan lagi peluang untuk Azmin diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi Putrajaya.
Andaian ini kekal menjadi andaian, namun dimana silap langkah Azmin adalah, disaat beliau masih tidak dipuncak kuasa di peringkat nasional, beliau bertindak cuba mengukuhkan pengaruh melalui kuasa Menteri Besar yang ada, dan Azmin tidak mengukuhkan kuasa dengan cuba membina hubungan baik dengan semua pihak, sebaliknya wujudkan satu kem tersendiri.
Pihak yang berpotensi menjadi lawan beliau dicantas, bukan rahsia Saifudin Nasution yang hanya menerima tawaran di Pulau Pinang selepas Selangor tidak melantik beliau, namun kita lihat ramai yang pro Azmin, membina kekuatan di Selangor walaupun bukanlah tokoh lama atau aktivis senior PKR.
Dengan sikap dan tindakan Azmin, tidak hairanlah hari ini kita lihat, Azmin begitu tenggelam dalam Pakatan Harapan, walaupun memegang jawatan Ketua Pilihan Raya namun nama beliau menjadi tidak sinonim dengan Pakatan Harapan malah lebih teruk, beliau langsung tidak popular dalam Pakatan Harapan.
Bahkan kita tahu Azmin cuba mendapatkan jawatan Naib Presiden Pakatan Harapan, namun tidak mendapat sokongan dari mana mana wakil lain, bahkan khabarnya, wakil PKR sendiri tidak menyokongnya.
Ini jelas kesan dari langkah silap beliau dalam mencatur agenda politik, menafikan hak ramai pihak sebagai rakan dan sekutu parti dan tidak hairanlah, bahawa tidak menjadi rahsia Azmin tidak mendapat sokongan padu samada sebagai calon Perdana Menteri, hatta sekadar untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar sekali pun.
Jika benar Azmin gagal peroleh sokongan semua, siapa agaknya penganti beliau jika menang di Selangor? Yang pasti Selangor kekal “milik” PKR, namun mungkin, individu lain, yang lebih muda sebagaimana di war-warkan penyokong Azmin mahukan orang muda sebagai calon PM, tentunya tiada masalah untuk mengangkat orang muda sebagai menteri besar Selangor.
Nik Nazmi mungkin.
 Malaysia Dateline
Read More

Friday, 15 December 2017

[Video Tok Him: Saya tetap cium tangannya & "Busuk," kata Tun M] Ibrahim Ali akui ahli pertubuhannya sertai Pakatan Harapan.

Jumaat, 15 Disember 2017


Foto Parti Amanah Negara.

Ibrahim Ali akui ahli pertubuhannya sertai Pakatan Harapan

Ibrahim Ali akui ahli pertubuhannya sertai Pakatan Harapan, Pas

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Dr Ibrahim Ali mendedahkan ahli pertubuhan itu bukan sahaja menyokong Umno tetapi juga parti-parti dalam Pakatan Harapan dan Pas.

Beliau dalam kenyataannya respon kepada pertanyaan media terhadap sokongan ahli Perkasa terhadap mana-mana parti, dalam sidang media selepas pengumuman bekas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang menyertai PKR bersama 35 ahli dan bekas Perkasa, semalam.
Menurut Ibrahim lagi, sebelum Irwan Fahmi terdapat ahli-ahli pertubuhan itu yang menyertai parti dalam Pakatan Harapan.
“Sebelum ini pun sudah ada sana sini sikit sebanyak ahli Perkasa yang menyertai berbagai parti politik termasuk yang menyertai Bersatu, Amanah dan Pas.
“Ada juga ahli Perkasa yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai Umno.
“Ianya perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.
“Sesiapa sahaja ahli Perkasa bebas menyertai mana-mana parti politik. Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yang sesuai,” ujarnya dalam kenyataan semalam.
Justeru katanya, tidak ada apa yang perlu dihebohkan atau significan mengenai pengumuman Irwan Fahmi Ideris yg dikaitkan sebagai bekas Ketua Wira Perkasa dan sekumpulan kecil yg dikatakan juga bekas Wira Perkasa itu menyenterai PKR.
“Selaku Presiden Perkasa saya sudah lama mengisi tokoh wira yang baharu sebagai Ketua Wira Perkasa.
“Ketua Wira Perkasa sekarang adalah Saudara Burhanudin Ruslan dan Naib Ketua Wira adalah Saudara Wan Danial.
“Saya amat gembira denga komitmen Barisan Kepimpinam Wira Perkasa sekarang terutama jatidiri, semangat dan komitmen bagi kelangsungan perjuangan demi Islam, Pribumi dan Tanahair.
“Oleh itu tiada apa-apa kesan kepada Perjuangan Perkasa mengenai berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR. Mungkin beliau di janjikan sebagai calon PKR pada PRU14. Selamat maju jaya buat mereka,” ujarnya.
Malaysia Dateline


Read More

Sunday, 29 October 2017

[Video Rakyat Perlu Berubah Daripada Umno Kepada Pakatan Harapan] Bajet 2018 mengecewakan sektor swasta, kata MTUC.

Ahad, 29 Oktober 2017

Bajet 2018 mengecewakan sektor swasta, kata MTUC

Bajet 2018 mengecewakan sektor swasta, kata MTUC
MTUC berkata kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu membabitkan isi rumah kumpulan B40 dan M40 kerana bajet yang inklusif sepatutnya memberi manfaat kepada semua golongan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2017.

BAJET 2018 yang diumumkan hari ini mengecewakan bagi sektor swasta, sama seperti bajet tahunan sebelum ini, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Setiausaha agungnya J. Soloman berkata yang paling teruk ialah kerajaan gagal menangani isu besar dalam kumpulan B40 dan M40.
“Setiap tahun, bajet mengecewakan pekerja sektor swasta dan Bajet 2018 tidak ada beza pun.
“Kerajaan perlu ingat dalam ekonomi dunia sekarang, sesebuah bajet sepatutnya memberi manfaat kepada semua dan bukan pilih tertentu saja; dengan cara itu barulah ia benar-benar bajet inklusif,” katanya dalam satu kenyataan.
Soloman berkata walaupun ramai yang suka dengan sesetengah cadangan dalam Bajet 2018, mereka hanya berharap pelaksanaannya efektif, dilakukan dengan adil dan sampai kepada kumpulan sasaran.
MTUC menyentuh lapan perkara dalam bajet itu yang berkait dengan pekerja, termasuk perumahan, kebajikan dan pemerkasaan wanita, perubatan, pengangkutan, penjagaan anak dan pendidikan.
Perumahan
Soloman berkata bajet kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion untuk rumah mampu milik dan kos rendah tidak cukup untuk membina 385,900 unit yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak di Parlimen hari ini.
“Jangka waktu untuk menyiapkan unit yang diumumkan itu juga tidak diperincikan.
“Mampu milik kekal menjadi isu dan aspek pembiayaan juga tidak ditangani.”
Kebajikan dan pemerkasaan wanita
Soloman memuji kerajaan dalam menangani isu wanita yang dipinggirkan selama bertahun-tahun ini dengan meningkatkan sehingga 30% jumlah penyertaan mereka dalam lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun.
“Ini langkah yang baik dengan memberi tempoh masa yang akan dilaksanakan pada penghujung 2018. Ini selaras dengan syor Organisasi Buruh Antarabangsa.”
Soloman juga mengalu-alukan cadangan kerajaan mewajibkan syarikat swasta untuk menambah cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari.
“Memandangkan ini hanya satu cadangan, kami harap syarikat swasta akan ambil maklum perkara ini dan menjadikan ia satu polisi.
“Amat bagus kerajaan mengambil langkah membenarkan ibu hamil lima bulan ke atas pulang awal,” katanya.
Penjagaan kesihatan
Berhubung isu penjagaan kesihatan, Soloman berkata peruntukan RM27 bilion amat menggalakkan kerana rakyat kini boleh menggunakan hospital kerajaan, dan tidak perlu berbelanja besar di hospital swasta.
Pengangkutan
Soloman berkata walaupun mereka bersetuju dengan pemansuhan empat tol, tetapi tidak bersetuju dengan kawasan yang dipilih.
“Contohnya, di tol Bukit Kayu Hitam, iaitu sempadan di utara tidak menyelesaikan beban kos ditanggung orang ramai yang berulang-alik ke tempat kerja.
Katanya, rakyat Malaysia terutama isi rumah B40 dan M40 membayar jumlah besar dalam cukai langsung dan tidak langsung.
“Oleh itu, sistem jalan dan pengangkutan perlu menjadi tanggungjawab negeri dan tidak membebankan bayaran tol kepada rakyat.”
Taska
Soloman berkata ia langkah yang baik untuk mengarahkan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di semua bangunan baharu.
“Diharapkan ia akan memberi dorongan kepada majikan untuk menjadikan ia tanggungjawab moral terhadap kakitangan.”
Pendidikan
Soloman berkata peningkatan peruntukan untuk PTPTN tidak menangani isu semasa dihadapi sejumlah besar belia terutama daripada isi rumah B40 dan M40 yang masih berhutang.
“Bajet 2018 hanya melihat kepada diskaun bagi pembayaran balik. Itu cara untuk dapat semula hutang dan bukannya menyelesaikan masalah mereka.”
Pekerjaan
Soloman berkata mereka mengalu-alukan langkah untuk rakyat Malaysia mengambil pembantu rumah terus dari negara luar, dan tidak perlu melalui ejen.
“Cara pengambilan kerja langsung itu patut diperluaskan kepada semua pekerja asing.
“Tetapi kerajaan perlu menangani isu kebergantungan kepada pekerja asing.” – 27 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight


Read More

Friday, 27 October 2017

[Video DAP JADI PERDANA MENTERI, Hangpa Kira kot Mana ni?] Pertembungan tiga penjuru bakal memenangkan Pakatan Harapan.

Sabtu, 28 Oktober 2017

Pertembungan tiga penjuru bakal memenangkan Pakatan Harapan

Pertembungan tiga penjuru bakal memenangkan Pakatan Harapan
Pertembungan tiga penjuru yang berkemungkinan besar bakal berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang bakal menyaksikan perubahan besar dalam situasi politik di Malaysia.
Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) yakin menang dengan pertembungan tiga penjuru dalam PRU, namun dalam situasi politik semasa, BN sepatutnya berasa bimbang kerana keadaan telah berubah sama sekali. Pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan pada PRU14 bukan sahaja diyakini mampu menewaskan BN malah juga bakal merugikan Pas.
Ini berikutan berlakunya krisis kepimpinan Umno dan Pas pada 2015 yang telah memberi kesan besar kepada kekuatan dua parti politik itu sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini bersama PKR dan DAP di dalam Pakatan Harapan.
Perpecahan yang berlaku telah menyebabkan pengundi-pengundi Umno pada 2013 dilihat terdorong beralih sokongan kepada Pakatan Harapan dengan matlamat yang sama iaitu menolak Najib Razak dan Umno. Lebih-lebih lagi dengan skandal besar seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia itu.
Pada 22 Oktober lalu, telah berlangsung satu forum di Swiss Garden Hotel yang dianjurkan oleh Akademi Keadilan (ARK) dan melibatkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan saya sendiri sebagai moderator membincangkan mengenai topik ‘3-corner Fight, A win for Pakatan Harapan’ atau Pertembungan Tiga Penjuru, Diyakini Menyebelahi Pakatan Harapan.
Menurut salah seorang panel forum itu iaitu Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, terdapat dua cara bagi mendapatkan undi rakyat untuk Pakatan Harapan.
Pertamanya, kita kena beri pengundi pilihan yang jelas, sebagai contoh, memberikan pengundi dua pilihan parti besar yang jelas seperti BN dan Pakatan Harapan maka pengundi tidak akan perasan ada parti ketiga.
Keduanya, dengan memberikan dasar alternatif yang jelas kepada pengundi dengan menunjukkan kepada mereka apa yang Pakatan Harapan boleh lakukan sekiranya menjadi kerajaan yang diterjemahkan melalui bajet alternatif dan dasar-dasar lain. Dengan cara ini katanya, kita dapatkan tunjukkan kemampuan Pakatan Harapan kepada rakyat.
Ya, strategi adalah senjata utama yang perlu untuk bertanding tidak kira sama ada dua atau tiga penjuru jika mahu menggerakkan gelombang baharu dan muncul sebagai kuasa baharu politik negara pada PRU14.
Antara saranan lain yang diutarakan ialah walaupun ianya tiga penjuru, yang sebenarnya akan berlaku ialah ianya sama seperti dua penjuru kerana pengundi akan ‘gravitate’ kepada dua gabungan terbesar dan parti ketiga akan di anggap sebagai ‘spoiler’. Bagi kawasan di mana Umno dan BN telah siap sedia kalah, memang sah penjuru ketiga ialah ‘spoiler’.
Dalam pada masa sama, Pengarah Strategi Parti AMANAH, Dr Zulkefly Ahmad berpendapat, Pakatan Harapan hanya perlu memenangi 90 kerusi parlimen di semenanjung Malaysia pada PRU 14, dan beliau yakin akan mendapat sokongan dari Sabah Sarawak.
Terutama katanya, fenomena yang berlaku ketika ini melibatkan Parti Warisan yang dikepalai oleh bekas Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan adik beradiknya yang telah ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa melakukan penyelewengan dimana perkara itu dipercayai dilakukan atas faktor politik. Segala serangan itu diyakini akan menaikkan lagi sokongan terhadap Shafie yang mempunyai pengaruh kuat di Sabah.
Soal realiti semasa, apakah situasi sokongan rakyat sekarang kepada setiap parti bertanding untuk menilai sama ada pertandingan tiga penjuru yang sangat ditakuti itu benar-benar memberi kelebihan mutlak kepada BN dan Pas seperti yang dihujahkan oleh beberapa pihak?
Banyak faktor yang memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan terutamanya dengan situasi ekonomi negara ketika ini yang tidak menentu malah dibebankan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan pemansuhan beberapa subsidi rakyat yang akhirnya memberi kesan besar kepada rakyat kebanyakan.
Namun, apa yang penting saat ini adalah peranan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi penjelasan kepada pengundi supaya mereka dapat menilai kelebihan dan kekurangan Pakatan Harapan untuk dibandingkan dengan Umno BN di bawah pimpinan Najib Razak dan PAS.
Pakatan Harapan juga perlu tampil sebagai sebuah kerajaan alternatif yang kuat dan dapat menarik minat golongan yang sudah bosan serta menolak pentadbiran kleptokrat Najib Razak selain mereka yang mengimpikan permulaan baru untuk Malaysia.
Dengan itu, Umno dan Pas hanya akan dipertahankan oleh penyokong tegar mereka sahaja sementara pengundi lain termasuk pengundi atas pagar akan beralih sokongan kepada Pakatan Harapan. Percayalah.
 *Penulis Ahli Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat.
Malaysia Dateline.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena