Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Friday, 10 November 2017

[Video Parlimen-Cina bantu mangsa banjir Melayu,India di Kedah & 'Ketawakan saya tak apa, jangan ketawakan orang P. Pinang'] KENAPA PARTI TUN M SELALU BERMASALAH DENGAN RoS? RoS ini siapa sebenarnya, jentera kerajaan atau perkakas BN?

Jumaat, 10 November 2017


KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN RoS?

Berbanding parti-parti lain, PPBM atau Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad dilihat menghadapi paling banyak masalah atau kekangan daripada Pendaftar Pertubuhan atau RoS berkaitan penubuhannya.

Daripada tidak dibenarkan menggunakan nama Bersatu dan akhirnya ditukar kepada PPBM,  logo bunga rayanya juga terpaksa dilakukan pindaan bagi memenuhi kehendak RoS itu.
Dikatakan nama Bersatu yang merupakan perkataan umum adalah tidak dibenarkan untuk sesebuah parti, tetapi sebelum itu nama Amanah tidak pula menjadi masalah untuk digunapakai.

Selain itu, pendaftaran Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Mahathir sehingga ini masih lagi tiada khabar berita mengenainya.

Pada peringkat awalnya, RoS dilaporkan meminta agar logo Pakatan Harapan diubah, namun setelah ianya diubah-suai, lebih tiga bulan masa berlalu, tidak juga diketahui apa kesudahannya.
Tidak diketahui sama ada ia pertukaran jawatan itu merupakan pertukaran biasa, kenaikan pangkat atau suatu helah untuk melengah-lengahkan kelulusan Pakatan Harapan.

Iyalah, dengan orang baru mengetuai RoS, sudah tentu alasan beliau perlukan lebih masa untuk menyemak dan meneliti permohonan Pakatan Harapan itu sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.

Jika orang lama sudah sebelum ini sudah mengambil masa tiga bulan untuk menyemak dan meneliti, orang baru mungkin perlukan masa empat bulan pula untuk tujuan yang sama.

Akhirnya masa tujuh lapan bulan akan berlalu begitu saja. Sampai ketika tujuh lapan bulan nanti, mungkin pilihanraya sudah tiba atau boleh saja dicari alasan yang lain pula.
Kenapakah agaknya susah sangat mahu memberi kelulusan kepada Pakatan Harapan sedangkan seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, semua syarat-syarat yang dikehendaki sudah dipenuhi?

Terbaru ini, PPBM atau Bersatu berdepan satu lagi ancaman kemungkinan pendaftarannya dibatalkan kerana menggunakan perkataan Armada bagi sayap pemudanya.

Menurut Ketua Pengarah RoS yang baru, Surayati Ibrahim, perkataan Armada tidak pernah dibenarkan serta tidak terdapat dalam perlembagaan Bersatu yang diluluskan.

Benarkah begitu?
Sementara menunggu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi penjelasan secara berdepan dengan RoS, seorang Ahli MPT Bersatu, Tariq Ismail berkata, pihaknya sudah pun menghantar pindaan perlembagaan yang diluluskan pimpinan tertinggi pada Julai lalu kepada RoS, termasuk berkaitan penggunaan nama Armada yang merupakan singkatan daripada perkataan Angkatan Bersatu Anak Muda.

Malangnya, kata beliau, surat yang dihantar kepada RoS itu langsung tidak menerima sebarang jawapan.

Apakah RoS tidak menerima surat tersebut atau oleh kerana Surayati baru menjadi Ketua Pengarahnya, maka beliau belum melihat lagi surat tersebut?
PPBM atau Bersatu, meski diberi kelulusan setelah dilakukan beberapa pindaan, nampaknya masih berdepan ancaman daripada RoS yang merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Selepas ini entah apa-apa lagi yang mungkin dibangkitkan mengenai Bersatu dan mungkin tiada khabar berita langsung mengenai kelulusan Pakatan Harapan?

Adakah Ros pun turut sama takut kepada Tun Mahathir yang mengetuai Bersatu dan Pakatan Harapan?

RoS ini siapa sebenarnya - jentera kerajaan atau perkakas BN? (ShahbudinHusin 10/11/2017)
Read More

Saturday, 24 June 2017

[Video Mohamed Sabu - Aidil fitri terakhir buat Umno & BN] Terimakah Melayu, Cina, India diusir dari bumi Malaysia?

Ahad, 25 Jun 2017

Terimakah Melayu, Cina, India diusir dari bumi Malaysia?

Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pengusiran bangsa Palestin oleh rejim zionis Israel seperti tindakan menghalau rakyat Malaysia dari tanah air yang sama sekali tidak dapat diterima.
"Tuan-tuan terima atau tidak orang Melayu diusir dari bumi Malaysia? Boleh terima atau tidak orang Cina dan India diusir dari bumi Malaysia?
"Boleh terima atau tidak orang Rohingya diusir dari Burma? Boleh terima atau tidak penduduk Palestin diusir dari bumi mereka?" soalnya kepada peserta Himpunan Hari Al-Quds Sedunia anjuran Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) di ibu negara hari ini.
SPM adalah gabungan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), dan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA).
Bulan Jun ini, genap 50 tahun rejim zionis menceroboh Al-Quds (Jerusalem) dan Masjid Al-Aqsa ekoran serangan mereka ke atas bumi Palestin pada tahun 1967.
Menurut Mohamad, pendudukan haram Israel di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian Timur al-Quds termasuk Masjid Al-Aqsa sejak tahun itu sebenarnya turut merentas isu kemanusiaan.
"Masalah Palestin bukan masalah umat Islam sahaja. Ia masalah kemanusiaan. Ketua-ketua Palestin ada Kristian.
"Ramai lagi (beragama kristian). Mereka diusir dari bumi Palestin dan berada di Lubnan, Syria dan negara-negara Eropah," jelasnya dalam himpunan bertemakan 'Pembebasan Palestin Agenda Utama Ummah' itu.
Lebih 200 peserta himpunan berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji dan berarak menghala ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebelum menyerahkan memorandum bantahan.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan pemimpin negara Arab pada masa ini tidak lagi memperjuangkan hak dan keadilan rakyat Palestin bahkan tunduk kepada kuasa AS.
"Sekarang ramai orang sudah lupa negara Israel dibentuk melalui keganasan. Gunakan senjata membunuh rakyat Palestin, mengusir, merampas tanah-tanah mereka disokong Amerika dan negara-negara Eropah.
"Tertubuhnya negara Zionis Israel, orang Arab kemudiannya terus berjuang untuk membebaskan bumi mereka tapi sekarang pemimpin-pemimpin negara Arab lebih menjadi hamba kepada Amerika.
"Saya fikir pemimpin negara Arab hanya mempamerkan kekayaan mereka tidak peduli lagi rakyat Palestin saban hari rumah dan tanah mereka dirampas.
"Mereka bergaduh sesama sendiri. Bahkan tanpa segan silu ada pemimpin negara Arab mengatakan Israel sahabat kami. Ertinya dasar Israel Zionis yang disokong Amerika yang amat berbahaya kepada dunia," tegasnya diikuti laungan "Jahanam Zionis" dam "Jahanam Israel" bersama peserta himpunan.
Sehubungan itu, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu menegaskan perjuangan rakyat Malaysia membantah kezaliman rejim Zionis berdasarkan pertimbangan kemanusiaan.
"Kita berjuang bukan kerana Arab, bukan kerana orang lain tetapi atas dasar kemanusiaan kita. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara," tambahnya diakhiri dengan pekikan 'Hidup rakyat', 'Menang Palestin' dan 'Menang Kebenaran."
Turut berucap Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Shamsudin dan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid.
Read More

Friday, 17 March 2017

[Video Jadi PM gaji tak banyak] Jadilah Orang Asli, Melayu, Cina, India, Jawa, Dayak, Kadazan, Iban yang BIJAK! Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Sabtu, 18 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
KUBURKAN BN AMENO !!!

JADILAH MELAYU CINA INDIA JAWA DAYAK KADAZAN IBAN YG BIJAK…
SEKALI KITA BUAT SILAP,
4-5 TAHUN KITA MERANA…
PRU14 INI BUKAN MAINAN LAGI…
Foto Omar Othman.
Omar Othman
Omar Othman

Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional (BN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
"Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.
"Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.
"Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama," ujarnya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu  buat pertama kali telah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2016 lalu selepas 18 tahun kedua pemimpin itu bermusuhan di pentas politik tanahair.
Rentetan itu berlaku pertemuan antara Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila Dr Siti Hasmah mengunjungi Dr Wan Azizah di kediamannya di Segambut pada 7 November tahun lalu.
Pada Disember Bersatu telah menandatangi perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan terkini pada Selasa lalu, Bersatu mengumumkan kemasukan parti serpihan Umno itu dalam gabungan Pakatan Harapan.
Read More

Sunday, 3 July 2016

'DI SINI TAK ADA MELAYU, CINA, INDIA. Semua Bangsa Sama' & 'Mata Najib' letak kat mana sebenarnya?

Isnin, 4 Julai 2016
Page Liked · 12 hrs

Terharu masih ada lg rakyat berkeadaan seperti ini di negara yg kaya raya hasil bumi...
Apakah pemerintah terlepas pandang kesusahan rakyat?
Mata Najib letak kat mana sebenarnya?...
😓😓😓😓

Lokasi:City Square Johor Darul...




19 hrs
'DI SINI TAK ADA MELAYU, CINA, INDIA. SEMUA BANGSA SAMA.'
Ramadan adalah bulan rahmah dan bulan kebaikan, dan AMANAH percaya kebaikan perlu dikongsi dengan semua lapisan masyarakat di mana sahaja AMANAH berada.
Hari ini Sabtu 2 Julai 2016 kami dalam misi lawatan menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan di sekitar SS2 dan SS3. Lawatan ini merupakan program keempat dalam siri program Ramadan AMANAH PJU, setelah kami bersama masyarakat di bazar Sungai Way dan Kampung Tunku, PPRT Sri Aman, serta bazar Kelana Jaya dan Taman Universiti.
Rumah pertama yang kami lawati hari ini adalah Beautiful Gate Foundation di SS2. Rumah ini menempatkan lebih 40 orang penghuni. Sumbangan kami berbentuk barangan keperluan rumah diterima oleh Cik Ding.
Seterusnya kami ke Lovely Disabled Home juga di SS2. Kami sampaikan sumbangan berbentuk makanan dan bahan keperluan lain. Rumah ini menempatkan 10 orang kurang upaya, yang antaranya datang dari Negeri Melaka.
Akhir sekali kami ke Lovely Nursing Home di SS3, sebuah rumah kebajikan yang menempatkan lebih 80 orang warga tua dan kurang upaya. Cik Kasturi menerima sumbangan kami yang berbentuk makanan asasi dan barangan dapur.
Kami diberi sedikit taklimat dan lawatan di dalam rumah ini, dan nyata beberapa ia masih memerlukan beberapa keperluan lain seperti alatan perubatan dan kelengkapan bilik tidur.
Kami juga sempat bertemu dengan beberapa warga rumah ini dan bermesra dengan mereka. Salah seorang adalah Uncle Peter Lim yang telah menghuni di sana selama tiga tahun. Beliau berada dalam keadaan kurang upaya setelah mengalami serangan strok yang juga telah menyebabkannya mengalami kemalangan jalan raya.
'Di sini tak ada Melayu, Cina, India. Semua bangsa sama.' ujar Uncle Peter. Mulanya kami kurang faham dengan kenyataan ini.
Nyata sekali beliau amat senang dengan kehadiran kami, dan kami berbual panjang tentang sanak-saudara beliau dan sambutan Tahun Baru Cina.
Akhir sekali kami bertanya adakah beliau gembira di sana. Tanpa berfikir panjang beliau menjawab ya. Walaupun penghuni terdiri dari pelbagai bangsa, mereka saling berhubung baik. Malah para petugas di situ juga dipuji olehnya atas layanan yang baik.
Barulah kami faham apa maksudnya di situ semua bangsa sama. Sebab di situ tiada sempadan bangsa, semuanya saling berhubung dan menolong, semuanya punya hak dan layanan yang sama.
Kami tersentuh apabila melihat mata Uncle Peter basah ketika itu. Kami hanya boleh mengagak beliau berasa sayu dengan sedikit santunan daripada kami ini.
Kami, rombongan dari AMANAH PJU yang juga terdiri dari pelbagai bangsa - seperti Sdr Hamka dan anak-anaknya, Sdr Malkit Singh dan keluarganya, serta Sdr Nikker Ong - melangkah keluar dari situ dengan satu azam. Iaitu untuk meneruskan usaha kebajikan ini merentas sempadan bangsa dan agama.
Terima kasih kepada pengarah program Puan Ainil Jalaluddin, semua ahli, rakan AMANAH dan para penyumbang yang menjayakan program ini.
Setiausaha
AMANAH Kawasan PJU
Read More

Monday, 2 June 2014

[Video] Kena Main Dah: Pengundi BN India dapat tanah...kena tipu!...Mabuk dan mau gaduh pulak tu...

Isnin, 2 Jun 2014


Lokasi: Pusat penjumlahan undi PRK P076 ( Dibahagian penyokong BN)
** Dipercayai mabuk punya pasal.....sebab Orangni terhidu bau arak yang kuat semasa merakamkan kejadian ini.

*** Siaran lewat mengupload video ni kerana Orangni baru hari ini terjumpa rakam ini dalam simpanan...hahaha... 

Kena Main Dah: Tiada kaitan 'keahlian untuk tanah rancangan' - IPF


Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) menafikan terlibat dengan apa yang dikatakan pendaftaran menjadi ahli untuk dapatkan tanah rancangan pertanian, yang mensasarkan pengundi India Malaysia di Teluk Intan.

Borang itu didakwa diedarkan oleh petugas kempen IPF semasa kunjungan dari rumah ke rumah ketika kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Borang berbunyi: "Saya memohon menjadi ahli Parti IPF Malaysia di bawah kepimpinan M. V. Mathiyalagan dan serta memohon untuk tanah rancangan pertanian."

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, IPF berkata Mathiyalagan bukan lagi menjadi ahli IPF.
 
Bernama melaporkan tahun lepas bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf M Sambanthan sebagai pemimpin parti itu, berikutan krisis kepimpinan antara beliau dengan Mathiyalagan.

"Sila betulkan sumber berita anda kerana kami sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi imej dan reputasi dan beberapa laporan polis telahpun dibuat pada individu itu.

"Mathiyalagan adalah bekas ahli IPF yang telah dipecat daripada parti kami dan kami telah memenangi kes terhadapnya baru-baru ini," kata parti itu, merujuk kepada laporan Malaysiakini pada 30 Mei mengenai skim yang didakwa itu.

Malaysiakini telah pada masa itu cuba menghubungi IPF untuk mendapat pengesahan tentang dakwaan itu serta kesahihan borang,  tetapi usaha menghubungi parti itu tidak berjaya bagi mendapatkan komen.

Cubaan untuk menghubungi parti itu pada hari ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penafian itu juga tidak berjaya.
Read More

Sunday, 31 March 2013

Penyokong PAS Kaum India Menggerunkan @ Menggusarkan UMNOBN - Tahniah!

Ahad, 31 Mac 2013
Gambar : Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India


Rakan-rakan Penyokong PAS dari Kaum India naikkan Bendera PAS



Updated about an hour ago
Kg Pandan Indian Settlement- Parlimen Titiwangsa (kiriman Kumar Ayavioo). Tahniah Teman!

Terbaik !! dan Tahniah !! Rakan rakan dari DHPP kaum India sedang menaikkan bendera Pas di sekitar Kg Pandan dalam Parlimen Titiwangsa.

Segalanya dilakukan secara terbuka,siang hari pulak tu.Tiada lagi perasaan takut dikalangan mereka dalam menzahirkan pandangan politik.

Yang penting perubahan mesti dilakukan pada PRU 13.Gantikan Umno dengan Pas,BN dengan Pakatan Rakyat.Tahniah sekali lagi ~ Tinta Hijau DKB
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 11:36:00 PTG  












Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena