Showing posts with label Cina. Show all posts
Showing posts with label Cina. Show all posts

Saturday, 24 June 2017

[Video Mohamed Sabu - Aidil fitri terakhir buat Umno & BN] Terimakah Melayu, Cina, India diusir dari bumi Malaysia?

Ahad, 25 Jun 2017

Terimakah Melayu, Cina, India diusir dari bumi Malaysia?

Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pengusiran bangsa Palestin oleh rejim zionis Israel seperti tindakan menghalau rakyat Malaysia dari tanah air yang sama sekali tidak dapat diterima.
"Tuan-tuan terima atau tidak orang Melayu diusir dari bumi Malaysia? Boleh terima atau tidak orang Cina dan India diusir dari bumi Malaysia?
"Boleh terima atau tidak orang Rohingya diusir dari Burma? Boleh terima atau tidak penduduk Palestin diusir dari bumi mereka?" soalnya kepada peserta Himpunan Hari Al-Quds Sedunia anjuran Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) di ibu negara hari ini.
SPM adalah gabungan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), dan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA).
Bulan Jun ini, genap 50 tahun rejim zionis menceroboh Al-Quds (Jerusalem) dan Masjid Al-Aqsa ekoran serangan mereka ke atas bumi Palestin pada tahun 1967.
Menurut Mohamad, pendudukan haram Israel di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian Timur al-Quds termasuk Masjid Al-Aqsa sejak tahun itu sebenarnya turut merentas isu kemanusiaan.
"Masalah Palestin bukan masalah umat Islam sahaja. Ia masalah kemanusiaan. Ketua-ketua Palestin ada Kristian.
"Ramai lagi (beragama kristian). Mereka diusir dari bumi Palestin dan berada di Lubnan, Syria dan negara-negara Eropah," jelasnya dalam himpunan bertemakan 'Pembebasan Palestin Agenda Utama Ummah' itu.
Lebih 200 peserta himpunan berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji dan berarak menghala ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebelum menyerahkan memorandum bantahan.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan pemimpin negara Arab pada masa ini tidak lagi memperjuangkan hak dan keadilan rakyat Palestin bahkan tunduk kepada kuasa AS.
"Sekarang ramai orang sudah lupa negara Israel dibentuk melalui keganasan. Gunakan senjata membunuh rakyat Palestin, mengusir, merampas tanah-tanah mereka disokong Amerika dan negara-negara Eropah.
"Tertubuhnya negara Zionis Israel, orang Arab kemudiannya terus berjuang untuk membebaskan bumi mereka tapi sekarang pemimpin-pemimpin negara Arab lebih menjadi hamba kepada Amerika.
"Saya fikir pemimpin negara Arab hanya mempamerkan kekayaan mereka tidak peduli lagi rakyat Palestin saban hari rumah dan tanah mereka dirampas.
"Mereka bergaduh sesama sendiri. Bahkan tanpa segan silu ada pemimpin negara Arab mengatakan Israel sahabat kami. Ertinya dasar Israel Zionis yang disokong Amerika yang amat berbahaya kepada dunia," tegasnya diikuti laungan "Jahanam Zionis" dam "Jahanam Israel" bersama peserta himpunan.
Sehubungan itu, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu menegaskan perjuangan rakyat Malaysia membantah kezaliman rejim Zionis berdasarkan pertimbangan kemanusiaan.
"Kita berjuang bukan kerana Arab, bukan kerana orang lain tetapi atas dasar kemanusiaan kita. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara," tambahnya diakhiri dengan pekikan 'Hidup rakyat', 'Menang Palestin' dan 'Menang Kebenaran."
Turut berucap Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Shamsudin dan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid.
Read More

Friday, 17 March 2017

[Video Jadi PM gaji tak banyak] Jadilah Orang Asli, Melayu, Cina, India, Jawa, Dayak, Kadazan, Iban yang BIJAK! Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Sabtu, 18 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
KUBURKAN BN AMENO !!!

JADILAH MELAYU CINA INDIA JAWA DAYAK KADAZAN IBAN YG BIJAK…
SEKALI KITA BUAT SILAP,
4-5 TAHUN KITA MERANA…
PRU14 INI BUKAN MAINAN LAGI…
Foto Omar Othman.
Omar Othman
Omar Othman

Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional (BN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
"Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.
"Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.
"Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama," ujarnya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu  buat pertama kali telah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2016 lalu selepas 18 tahun kedua pemimpin itu bermusuhan di pentas politik tanahair.
Rentetan itu berlaku pertemuan antara Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila Dr Siti Hasmah mengunjungi Dr Wan Azizah di kediamannya di Segambut pada 7 November tahun lalu.
Pada Disember Bersatu telah menandatangi perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan terkini pada Selasa lalu, Bersatu mengumumkan kemasukan parti serpihan Umno itu dalam gabungan Pakatan Harapan.
Read More

Sunday, 3 July 2016

'DI SINI TAK ADA MELAYU, CINA, INDIA. Semua Bangsa Sama' & 'Mata Najib' letak kat mana sebenarnya?

Isnin, 4 Julai 2016
Page Liked · 12 hrs

Terharu masih ada lg rakyat berkeadaan seperti ini di negara yg kaya raya hasil bumi...
Apakah pemerintah terlepas pandang kesusahan rakyat?
Mata Najib letak kat mana sebenarnya?...
😓😓😓😓

Lokasi:City Square Johor Darul...




19 hrs
'DI SINI TAK ADA MELAYU, CINA, INDIA. SEMUA BANGSA SAMA.'
Ramadan adalah bulan rahmah dan bulan kebaikan, dan AMANAH percaya kebaikan perlu dikongsi dengan semua lapisan masyarakat di mana sahaja AMANAH berada.
Hari ini Sabtu 2 Julai 2016 kami dalam misi lawatan menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan di sekitar SS2 dan SS3. Lawatan ini merupakan program keempat dalam siri program Ramadan AMANAH PJU, setelah kami bersama masyarakat di bazar Sungai Way dan Kampung Tunku, PPRT Sri Aman, serta bazar Kelana Jaya dan Taman Universiti.
Rumah pertama yang kami lawati hari ini adalah Beautiful Gate Foundation di SS2. Rumah ini menempatkan lebih 40 orang penghuni. Sumbangan kami berbentuk barangan keperluan rumah diterima oleh Cik Ding.
Seterusnya kami ke Lovely Disabled Home juga di SS2. Kami sampaikan sumbangan berbentuk makanan dan bahan keperluan lain. Rumah ini menempatkan 10 orang kurang upaya, yang antaranya datang dari Negeri Melaka.
Akhir sekali kami ke Lovely Nursing Home di SS3, sebuah rumah kebajikan yang menempatkan lebih 80 orang warga tua dan kurang upaya. Cik Kasturi menerima sumbangan kami yang berbentuk makanan asasi dan barangan dapur.
Kami diberi sedikit taklimat dan lawatan di dalam rumah ini, dan nyata beberapa ia masih memerlukan beberapa keperluan lain seperti alatan perubatan dan kelengkapan bilik tidur.
Kami juga sempat bertemu dengan beberapa warga rumah ini dan bermesra dengan mereka. Salah seorang adalah Uncle Peter Lim yang telah menghuni di sana selama tiga tahun. Beliau berada dalam keadaan kurang upaya setelah mengalami serangan strok yang juga telah menyebabkannya mengalami kemalangan jalan raya.
'Di sini tak ada Melayu, Cina, India. Semua bangsa sama.' ujar Uncle Peter. Mulanya kami kurang faham dengan kenyataan ini.
Nyata sekali beliau amat senang dengan kehadiran kami, dan kami berbual panjang tentang sanak-saudara beliau dan sambutan Tahun Baru Cina.
Akhir sekali kami bertanya adakah beliau gembira di sana. Tanpa berfikir panjang beliau menjawab ya. Walaupun penghuni terdiri dari pelbagai bangsa, mereka saling berhubung baik. Malah para petugas di situ juga dipuji olehnya atas layanan yang baik.
Barulah kami faham apa maksudnya di situ semua bangsa sama. Sebab di situ tiada sempadan bangsa, semuanya saling berhubung dan menolong, semuanya punya hak dan layanan yang sama.
Kami tersentuh apabila melihat mata Uncle Peter basah ketika itu. Kami hanya boleh mengagak beliau berasa sayu dengan sedikit santunan daripada kami ini.
Kami, rombongan dari AMANAH PJU yang juga terdiri dari pelbagai bangsa - seperti Sdr Hamka dan anak-anaknya, Sdr Malkit Singh dan keluarganya, serta Sdr Nikker Ong - melangkah keluar dari situ dengan satu azam. Iaitu untuk meneruskan usaha kebajikan ini merentas sempadan bangsa dan agama.
Terima kasih kepada pengarah program Puan Ainil Jalaluddin, semua ahli, rakan AMANAH dan para penyumbang yang menjayakan program ini.
Setiausaha
AMANAH Kawasan PJU
Read More

Tuesday, 9 February 2016

[Video] Cina sokong BN dapat apa? Dah ludah jilat balik! PERKASA bimbang rakyat bangkit berontak.

Selasa, 9 Februari 2016
 Cina sokong BN dapat apa..?? ceciter sikit Zahid..

Page Liked · 46 mins 
 Sogok wang bukan budaya umno ? Sapa nak percaya percayalah , ku tahan tangan ni, menggeletar tahan gelak !

Page Liked · 10 hrs 
 
Kalau di Malaysia , rasanya Mat Basah berkali2 kena hukuman sprt ni..
Ha ha ha..
ONLY IN MALAYSIA.
Yg kaki tidor masih lagi disanjung

Cadang pinda OSA, PERKASA bimbang rakyat bangkit berontak

Pertubuhan pendesak Melayu PERKASA membangkitkan tentang keraguan mereka terhadap cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972.
Ketua Penerangan PERKASA, Hassan Basri Muhammad berkata usaha Apandi untuk meminda akta itu kini lebih menjurus kepada kebimbangan akan terdedahnya dokumen dan maklumat membabitkan salahlaku dan penyelewangan.
"Persoalannya apakah pendedahan maklumat tentang masalah tender dan perniagaan yang tidak mengikut peraturan, salahlaku rasuah, isu penyelewengan, penipuan dan sebagainya itu merupakan isu keselamatan negara," katanya dalam kenyataan media.
NGO itu jugu bimbang sekiranya rakyat bangkit dan memberontak untuk menzahirkan ketidakpuasan hati mereka.
"PERKASA melahirkan kebimbangan isu keselamatan yang lebih besar ialah apabila rakyat bangkit dan memberontak untuk menzahirkan ketidakpuasan hati apabila ada usaha menutup dan melindungi maklumat penyelewengan melalui pindaan Akta Rahsia Rasmi tersebut.
"Sepatutnya Peguam Negara lebih berusaha untuk mempertahankan maklumat dan sumber dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus dibawah prinsip 'good governance' dan sekaligus menambahkan keyakinan rakyat," katanya.
Apandi Sabtu lalu merancang untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.
Hukuman sama juga dicadangkan terhadap wartawan yang tidak mendedahkan sumber maklumat mereka.
Malaysiakini
Read More

Monday, 9 February 2015

[Video] Ridhuan Sanggup Hina Bangsanya Sendiri Cina...Menagih Perhatian Umno Dan Najib

Isnin, 9 Februari 2015

ISLAM ABHORS RACISM

Ridhuan Sanggup Hina Bangsa Sendiri Untuk Tagih Perhatian Umno Dan Najib


Sama ada Anwar Ibrahim bebas atau tidak pada 10 Februari 2015, keputusan penghakiman kes liwatnya, itu sudah tidak penting lagi bagi Malaysia.

Adapun, kadang kala seperti tiada. Tidak banyak menguntungkan Islam. Apa yang lebih penting, agenda masa depan agama, bangsa dan negara mesti diperkasakan.

Heboh diperkatakan, siapakah yang akan menerajui Pakatan Rakyat? Jawapan saya, paling penting, sesiapapun, mereka tidak boleh tunduk kepada ultra kiasu yang semakin hari semakin agresif dan celupar mulutnya. Islam dicerca, Perlembagaan dihina.

Lihat sahaja isu banjir. Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mengatakan rakyat Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir. Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Islam Kelantan diterajui PAS, tetapi kepada raja yang berdaulat.

Jika bandar raya Pulau Pinang diuji sedemikian rupa, kita nak tengok sejauh mana ultra kiasu ini pandai mengurus negerinya ketika banjir. Saya bukanlah mendoakan.

Menurut PAS, Kelantan dihina oleh ultra kiasu dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan lawatan sehari ke Kelantan selepas banjir sudah surut. Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan apabila semua perhubungan terputus walaupun dibantu kerajaan pusat.

Selama lebih 20 tahun PAS mentadbir Kelantan, tanpa bantuan ultra kiasu, apakah PAS begitu hina untuk menerima bantuan mereka kali ini? Saya cadangkan, jika masih perlukan bantuan tambahan, bisiklah pada perdana menteri (PM), saya yakin PM akan beri.

Selepas penghinaan dibuat, tidak semena-mena mereka datang ke Kelantan untuk membantu, bagi mengaburi hati rakyat, menunjukkan mereka itu baik. Pandai sungguh berlakon dan mengaburi mata orang.

Bila ada bencana, mereka pergi dan cepat-cepat ambil gambar. Tunjukkan dalam laman sosial, mereka buat kerja, begitu prihatin. Walhal, datang tunjuk muka sahaja. Misalnya, aksi memberus baju, lantai dan sebagainya.

Sama juga lakonan klip video 5 minit bertajuk “1 goat year, 1 great family”, lakonan ultra kiasu dan PAS Shah Alam. Bukan main rapat lagi duduknya dengan “gadis-gadis comel” di situ. Nasib baik ada sebiji bantal yang memisah.

Jika tidak sudah macam orang bersanding pulak. Sejak bila orang PAS ini pandai berlakon dan bersosial? Jika marahkan sangat pada kerajaan hari ini, tidak payah sehingga menggadaikan prinsip.

Ultra kiasu bernasib baik kerana mewarisi negeri yang maju dan banyak duit seperti Pulau Pinang dan Selangor. Jadi, tidaklah sesuatu yang luar biasa jika kita berjaya mentadbirkannya. Pemimpin terdahulu, berjaya meletakkan tanda arasnya.

Jika Pulau Pinang, dahulunya sebelum menang pilihan raya, keadaannya masih hutan belukar, kemudian dimajukan, barulah ultra kiasu nampak hebat. Keadaan tidak berlaku sebegitu. Ultra kiasu masih tidak insaf, kokoknya berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Hanya yang celik sahaja dapat membezakan.

Sebab itu, mereka mahu sangat pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan, terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sudahlah kawasan Parlimen semua mereka sapu. Hari ini majlis bandaraya pun mereka mahu tawan. Nak cari signage bahasa Melayu pun susah.

Sebelum terlambat, eloklah datuk bandar Kuala Lumpur fikirkan, menggantungkan kalimah Allah dan tulisan jawi di merata tempat di Kuala Lumpur, agar terpancar sedikit identitinya. Apa nak ditakutkan, bukankah puak-puak ultra kiasu mahu gunakan kalimah Allah, tentu mereka setuju.

Ingatan saya kepada PAS, jadikanlah banjir ini sebagai titik tolak perpaduan umat Islam, tolaklah musuh yang sebenar, hulurkan tali silaturahim kepada sebangsa dan seagama.

Datuk Kazim Elias dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menjadi sasaran serangan ultra kiasu disebabkan oleh kenyataan mereka. Saya tidak nampak ada salahnya dari segi fakta akademik, walaupun mungkin ada sedikit berbau perkauman.

Berbanding dengan tuduhan khutbah Jakim ekstrem, pelukis yang menterbalikkan gambar Agong serta simbol negara, penternak ikan keli babi, kes belacan dan bihun kotor, tofu babi dan lain-lain. Sengaja atau tidak dilakukan?

Peliknya, ultra kiasu dan sekutunya MCA dan Gerakan tidak pula lantang mengkritik perlakuan hina ini seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri. Begitu juga segelintir pemimpin Sabah dan Sarawak yang menuduh saya rasis dan ekstremis. Mari kita berdebat secara anak jantan untuk leraikan kekeliruan. Baru ada telor.

Apabila ultra kiasu bercakap atau bersuara, semua akan berkata, itu hak asasi manusia atau kebebasan bersuara. Bila kita atau sesiapa sahaja bercakap atau menulis atas nama hak dan fakta, seperti yang berlaku pada kami semua, maka akan dituduh rasis. Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul. 
– sinarharian
BLM.
Read More

Tuesday, 27 May 2014

Chinese selesa kawan melayu PR dan benci melayu BN...You tak suka? This is fact.

Selasa, 27 Mei 2014

hambik ko macai ketuanan melayu kangkung hehehe

DS Zahid Komedi
 

PARA KEPARAT YANG UGUT NAK BAKAR BANGUNAN DAP KINI DILEPASKAN DENGAN JAMINAN POLIS TANPA KEHADIRAN DAN SOKONGAN MORAL AHLI-AHLI UMNO YANG LAIN??????


Beginilah nasibnya jika jadi macai UMNO buat kerja bodoh lagi bahlol melanggar undang-undang negara semata-semata nak tunjuk hero konon sebagai mau menarik perhatian pimpinan atasan UMNO dan juga para ahli UMNO peringkat bawahan.

Berarak sambil menjerit baru-baru ini dengan mengeluarkan kata-kata ugutan nak bakar bangunan DAP jika ulangi kata-kata yang UMNO ni Celaka... punyalah bersemangat tinggi menjerit sampai nak putus urat kentut dan pecah anak tekak.

Lepas itu beberapa penyangak Pemuda UMNO robohkan papan tanda Ibu Pejabat DAP Jalan Pudu.

Dia punya Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur boleh siap cakap besar lagi sedikit pun tidak takut jika dihumban kepenjara semata-mata nak pertahankan UMNO dari terus dituduh Celaka.

Masa itu ada macai-macai UMNO yang tersilau dan terpukau dengan gelagat biadap dan tidak bertamadun serta  berakhlak yang ditunjukan oleh mereka... siap beri kata-kata semangat pinjam kata-kata keramat DSAI ... lawan tetap lawan.

Bila tiba masanya mereka yang bertanggung jawab dibawa ke Balai Polis untuk tujuan siasatan dan rakam percakapan ... muka masing-masing pucat lesi tidak bermaya lemah longlai .. kalau ditarah muka mereka dengan pisau silap-silap hari darah pun tidak mengalir.

Paling malangnya .. tidak ada seekor pun macai UMNO yang puja puji julang perangai celaka mereka ini memberikan sokongan turun kebalai polis Wangsa Maju untuk berikan sokongan moral .. mungkin takut kena heret sekali kot bila datang kebalai polis nanti.

Inilah realiti semangat juang para macai UMNO .. bila kena hal dengan para penguat kuasa undang-undang kena tanggung sendiri sebab bertindak guna kepala lutut bercakap ikut saluran kentut.

Negara kita negara hukum .. ada perlembagaan, undang-undang dan peraturan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas, amanah dan tanggung jawab mencari kebenaran demi menentang kemungkaran.
Posted by 
Read More

Friday, 9 May 2014

ISMA Cina Penceroboh: Saya Cina dan beragama Kristian, dan saya OK dengan Hudud

Jumaat, 9 Mei 2014


HUJAH MENARIK UNTUK ISMA YANG SELALU MENFITNAH DAP

Petang tadi saya di khabarkan oleh seorang teman muslimat di Bangi bahawa orang kuat ISMA kempen maklumat kalau DAP menang..negara malaysia akan jadi negara kristian..saya sahkan.,.berita tu benar (tak guna saya bohong..saya belajar agama)..ditambah lagi dgn berita2 palsu ini di share geng isma di laman fb..fakta yang agak lucu dan songsang..tap
i sedap amik dan sebar..saya sediakan beberapa fakta berkenaan dengan perkara ke 2 dan ke 3 dalam poster (POSTER 7 PERKARA YANG SAMA DIANTARA ISMA & PERKASA ( link https://www.facebook.com/photo.php?fbid=528782183841360&set=a.498211783565067.131121.498199290232983&type=1&relevant_count=1 ) tu..menafikan berita songsang ini :

Hujah Pertama : DEKLARASI PAKATAR RAKYAT (Persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan. Secara bersama, permuafakatan Pakatan Rakyat telah mengisytiharkan resolusi ) :

1-Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agamaagama lain untuk diamalkan di Malaysia.
2- Hak Istimewa Bumiputra dan melaksanakan hak yangdil kepada semua kaum
3-Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hak bahasa ibunda berbagai
kaum.
4- Kedudukan Raja berperlembagaan (Ucapan Muktamar PAS 2012, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

Hujah kedua : Mengikut statistik dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, penduduk Kristian merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Ini bererti dari jumlah penduduk 28,334,135 orang di Malaysia, seramai 2,617,159 orang adalah penganut Kristian.- Daripada jumlah 2.6 juta orang Kristian di Malaysia, 710,447 orang tinggal di Semenanjung, sementara 853,726 orang tinggal di Sabah dan 1,052,986 orang menetap di Sarawak. Ini bererti bahawa majoriti orang Kristian di Malaysia (72.8%) tinggal di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya adalah pengguna Bahasa Malaysia..dan 9 hingga 10 % tidak akan mampu dan MUSTAHIL menjadi penguasa negara kerana ia sangat minoriti dan juga memerlukan kuasa majoriti parlimen

Hujah ketiga :

1. Artikel 43 [1] (perlembagaan Malaysia) memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

2. Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) memiliki 222 kerusi yang mewakili seluruh Parlimen di setiap negeri di Malaysia. Berdasarkan mesyuarat dan persetujuan antara pimpinan Pakatan Rakyat, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding sekitar 46 - 50 kerusi Parlimen, manakala PAS dan PKR pula akan meletakkan calonnya masing-masing di 172 kerusi Parlimen yang lain yang mana majoriti mereka adalah ISLAM. Ini bermakna, jika PAKATAN RAKYAT menang di parlimen penguasaan majoriti kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) masih di pihak Melayu Islam yang mana majoriti anggota parlimen ISLAM iakan bersama mewajili keyakinan dipersembah kepada Sultan untuk perlantikkan Perdana Menteri Islam.

3. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan Ketua Menteri LIM GUAN ENG pada PRU 2008,peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam bertambah dari 2009 hingga 2012 sebanyak 33.2 pada 2009, 38.9 pada 2010 . 45.7 pada 2011 dan 64 juta pada tahun 2012. Fakta ini menjelaskan mereka tidak anti Islam malah membantu perjalanan Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang. Berbeza dengan zaman pentadbiran sebelumnya hanya 25.7 juta pada tahun 2006
ADAKAH MUNASABAH LIM GUAN ENG DARI DAP BANTU HAL EHWAL ISLAM TAPI MAHU MENUBUHKAN NEGARA KRISTIAN, SEOLAH INI BERTENTANG DENGAN PERANAN DIA MEMBANTU ISLAM DI PULAU PINANG.

Hujah keempat :

1.Untuk mengatakan DAP akan memerintah dengan kristianisasi jika menang, DAP sebagai parti politik sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Tuduhan konspirasi ‘negara Kristian’ adalah fitnah semata-mata.

2.Kedudukan istimewa Melayu yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ada beberapa fakta lagi yg saya tak kemukakan..hasil kajian saya sendiri..tapi itu pun dah cukup..tak guna juga saya post kalau depa ni geng MALAS baca dan kaji..bukan pertahankan DAP, ini bukan wayang kulit..ini politik..jangan di perbodohkan hanya dengan semangat. kdg2 lucu dengan depa ni..bersemangat tapi, atas angin sja, Islam ajar kita adil dgn manusia.ABCD !

Terima kasih Musafir Haraki diatas hujah-hujah anda..

ABI

ISU MALAYSIA INGIN DIUBAH KEPADA NEGARA KRISTIAN

"Seperti yang disebutkan di awal ucapan dasar, ini akan diambil kesempatan oleh golongan bukan Islam untuk merubah “mu’adalah ijtimaiyyah” (struktur sosial) dalam masyarakat sebagai langkah ke arah penguasaan mereka di bidang politik dan seterusnya merubah identiti negara kepada sekular atau menjadi negara Kristian." - petikan ucapan Presiden ISMA.

Saya agak tertanya-tanya adakah andaian ini dilakukan setelah meneliti selumat-lumatnya kandungan Perlembangaan Persekutuan dan komposisi penduduk di Malaysia mengikut pecahan agama anutan. Berikut adalah fakta yang kita akan perolehi :

1. Semua peruntukan perlembagaan yang berteraskan perkara berkaitan agama Islam dan kepentingan Melayu seperti Perkara 3 (agama rasmi Persekutuan), Perkara 38 (perihal Raja-Raja Melayu) dan Perkara 153 (hak keistimewaan Melayu) adalah perkara yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan atau diubah WALAUPUN dengan majoriti 2/3 MELAINKAN dengan persetujuan semua Raka-raja Melayu dari 9 buah negeri.
2. Komposisi penduduk Malaysia mengikut agama anutan mencatatkan bahawa penganut Islam mendahului dengan jumlah terbanyak iaitu kira-kira 61.4% daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia. Manakala penganut Kristian hanya mewakili 9.2 % sahaja, berada di tempat ketiga di belakang penganut Buddha.

Maka, soalan saya kepada Presiden ISMA :

1. Asas apakah yang digunakan olehnya untuk membuat kenyataan bahawa ada di kalangan orang bukan Islam di Malaysia ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian?
2. Jika andaian yang disebutnya itu mempunyai asas, jelaskan dengan terperinci bagaimana penganut Kristian yang berjumlah 9.2 % daripada keseluruhan jumlah rakyat Malaysia ini dapat memaksa semua Raja-raja Melayu untuk bersetuju meminda Perkara 3 dan lain-lain peruntukan berkenaan agama Islam dan bangsa Melayu, dan bagaimana pula penganut Islam yang mewakili 61.4 % boleh berdiam diri jika ianya berlaku?

Kenyataan ini adalah satu kenyataan serius, dan sama sekali tidak boleh dibuat jika hanya berdasarkan andaian dan sangkaan. Ucapan ini bukan menyentuh hal ehwal sebuah persatuan atau sebuah sekolah, ianya menyentuh hal ehwal negara yang hidup di dalamnya pelbagai kaum dan agama, di mana jika ianya dibuat tanpa tanggungjawab, ia akan memberi kesan yang buruk kepada negara dan imej Islam.

Jika ingin masuk politik, maka sertainya dengan penuh tanggungjawab. Jika kenyataan ini mempunyai hujah yang konkrit, maka kemukakan segera. Rakyat kini sukar untuk mempercayai kata-kata "kami ada kajian kami yang tersendiri yang tidak boleh dihebahkan kepada umum" kerana semua orang termasuk pelajar sekolah rendah boleh berkata sedemikian.

SILA BERIKAN PENJELASAN BERKENAAN KENYATAAN ANDA.
Photo: ISMA cakap mereka perjuangkan ISLAM , tetapi ISLAM ISMA untuk MELAYU sahaja..

PAS memperjuangkan ISLAM bukan hanya untuk MELAYU akan tetapi buat seluruh ALAM..Melayu , India , Cina , Orang Asli , Iban , Kadazan , Dayak & lain-lain pon berhak untuk ISLAM..


ISMA BERDAULAT UMNO SEJAHTERA..!!
ISMA cakap mereka perjuangkan ISLAM , tetapi ISLAM ISMA untuk MELAYU sahaja..
PAS memperjuangkan ISLAM bukan hanya untuk MELAYU akan tetapi buat seluruh ALAM..Melayu , India , Cina , Orang Asli , Iban , Kadazan , Dayak & lain-lain pon berhak untuk ISLAM..

ISMA BERDAULAT UMNO SEJAHTERA..!!

Saya Cina Dan Beragama Kristian, Dan Saya Okay Dengan Hudud

Apa itu hudud? Mudah – ia kanun jenayah Islam. Orang Islam tertakluk dengannya kerana kepercayaan mereka. Hudud sebahagian daripada ajaran yang perlu menjadi cara hidup. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka wajar dihukum berdasarkan hukum Islam.

Mudah. Tetapi yang sulitnya adalah hujah berhubung hudud dan kita jangkakan respon kurang bijak daripada pelbagai pihak, terutamanya dari golongan ahli politik.

Penggubal undang-undang, samada beragama Islam atau bukan Islam, bertanggungjawab menjadikan perkara ini satu kecelaruan. Allah tentu dukacita. (Saya orang Sarawak dan boleh menggunakan kalimah Allah, bukan?) Mengapa perlu ahli politik yang menjadikan perkara sebegini mudah menjadi sesuatu yang begitu rumit lagi sulit? Jawapannya sekali lagi, amat mudah. Ahli poltik mahu menjaga kepentingan sendiri dan berjuang bagi mendapatkannya. Kita – saya dan anda – tidak mempunyai objektif seperti mereka. Maka bagi kita, isu ini sebenarnya agak jelas.

Saya lega kerana seorang ahli politik, atau ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof berkongsi pendapat yang sama apabila menulis di Malaysiakini baru-baru ini. Katanya, beliau perlu memberi keadilan bagi isu negara Islam serta hudud kerana terlalu banyak pihak dengan kepentingan peribadi memberi pandangan kabur tentangnya. Isu tersebut ditampilkan sebagai berunsur politik tanpa penjelasan yang sewajarnya. 

Jadi, kita ada ahli politik yang menyalahkan ahli-ahli politik yang lain – yang bertanggungjawab menyebabkan seruan Rasulallah (saw) menjadi pertelagahan politik. Ini jelas menghina agama, fikir saya.

Isu ini lantas menjadi lebih kabur akibat persengketaan ahli politik kita.

PAS mahukannya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata “bukan sekarang”. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “Malaysia belum bersedia”.

Dari pandangan mata saya, PAS satu-satunya parti yang konsisten tentang perkara ini. Pemimpin PAS tidak berganjak, dan sebagai seorang Kristian, saya turut kagum dengan pendirian mereka. Islam merupakan asas perjuangan dan seharusnya begitu. PAS ialah Islam dan Islam ialah PAS. Tanpa Islam, PAS wajar dibubarkan.

Saya memberitahu rakan-rakan, sekiranya saya Melayu dan beragama Islam dan berminat di dalam arena politik, saya akan sertai PAS. Saya kurang minat parti berasaskan perjuangan bangsa sambil hanya mempergunakan Islam.


Jelaskan pada saya, parti Melayu mana yang konsisten sebagaimana PAS di dalam memperjuangkan Islam? Jika ada, saya sanggup menjadi khadamnya.

Jadi Najib, jika bukan sekarang, bila? Dan Mahathir, jika kita belum bersedia untuk hudud, bila agaknya kita bersedia?

Saya terpaksa tanya soalan-soalan ini kerana saya faham kepercayaan agama; bahawa apa yang diajar perlu diikuti penganutnya.

Sebagai penganut ajaran Katolik, saya menurut “10 Commandments" kerana jika tidak, saya berdosa. Tiada alasan “bukan sekarang” atau “saya belum bersedia”.


Selagi saya beragama Kristian dan menurut ajaran Katolik, saya perlu menurut perintah Tuhan. Saya tidak perlu ia undang-undang digubal mengikut perlembagaan bagi saya akur kepada perintah dan laranganNya.

Jadi saya bertanya kepada saudara beragama Islam kita, mengapa perlu hudud diusul dan dibahas di Parlimen bagi kita menurut ajaran agama kita? Bukan semua penganut ajaran Islam perlu mengamalkan ajaran Islam termasuk menghukum sesiapa yang ingkar terhadap larangannya, tanpa mengira ia dikuatkuasa perlembagaan negara?

Umat Islam yang tidak takut dengan hudud hanya kerana ia belum dikuatkuasa sebenarnya menunjukkan sikap bermuka-muka. Mengapa perlu penganut ajaran Islam atau mana-mana kepercayaan perlukan kebenaran bagi kita melaksanakan tanggungjawab kepada Yang Maha Kuasa? 

Dari apa yang saya faham, enakmen itu diperlukan bagi membolehkan umat Islam menghukum sesiapa yang ingkar dan melanggar undang-udang hudud. Bukankah Tuhan yang akan menghukum kita yang melakukan dosa?

Namun, saya tetap salut pendirian konsisten PAS kerana pemimpinnya jelas menyatakan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang-orang bukan Islam. 

Saya percaya kepimpinan PAS kerana tidak mungkin penganut ajaran lain boleh dihukum dengan undang-undang Islam, sebagaimana orang Islam tidak boleh dipaksa menerima ajaran Kristian.

Jadi, saya umumkan, saya orang Kristian dan tiada masalah hudud dilaksanakan. Apa yang dilakukan penganut Islam keatas saudara seagamanya tidak akan menjejaskan saya.

Jika mereka rasakan pencuri perlu dipotong tangan, maka apa salahnya? Saya bukan penganut ajaran Islam.

Jika mereka mengenakan hukuman bunuh – apa salahnya?Ia bagi umat Islam sahaja.

Jika mereka kenakan hukuman rejam ke atas penzina (yang telah berkahwin), saya setuju sahaja.

Serius, apa yang boleh saya buat? Saya bukan Islam dan hanya mungkin bersimpati terhadap pesalah. Jika saya seorang umat Islam, salahkah sekiranya saya berkata, “dia wajar menerima hukuman itu?”

Umat Islamlah yang wajar menentukan apa yang terbaik bagi mereka. Namun, para reformis Islam berkata hukum hudud sesuai digunapakai di dalam konteks kehidupan zaman silam dan prinsip serta nilai agama perlu diterapkan melalui kaedah yang ada pada kehidupan moden ini.

Tetapi Rasulallah (saw) sendiri bersabda: “Siapa kita hendak menentang hukum Allah?” (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab 89:6406).

Jadi bagaimana pula seorang Cina Kristian seperti saya mampu menentangnya? Saya tiada hak.

Dan mengapa kaum Cina bercakaran sesama sendiri di dalam isu ini? Ahli politik, maksud saya.

Anthony Loke (DAP) menegaskan PAS wajar tinggalkan Pakatan Rakyat jika tetap dengan pendirian mereka membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen.

Mungkin Loke perlu diperjelaskan bahawa PAS tidak wajar memilih di antara Islam dan Pakatan. Loke, jika anda Kristian, ia seperti memilih DAP atau Jesus.

Apalah sangat Pakatan berbanding Islam? Ia agama junjungan mereka. Pakatan hanya wadah politik yang boleh diketepikan apabila ia sudah tidak berguna.

Kemudian kita ada pelawak Cina dari MCA yang mahu bertengkar dengan DAP berkenaannya. Mengapa begitu? Kerana mahu memenangi hati pengundi Cina. Itu saja.

Tetapi saya juga orang Cina dan saya ulangi, tiada masalah dengannya. Saya tidak terlibat dengan respon DAP terhadap niat PAS atau tindakan terdesak MCA ke atas DAP.

Kerana saya bukan ahli politik yang menggunakan agama sebagai alat bagi kelangsungan kerjaya.

Saya percaya Kristian dan Islam boleh hidup bersama di dalam harmoni dan aman. Saya yakin ini juga yang mahu dicapai penganut agama yang berbeza di negara kita.

Dan yang nyata, saya tiada masalah dengan hudud kerana berpendapat, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia. Jadi apa masalahnya? 
- Oleh Francis Paul Siah
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena