Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Wednesday, 12 December 2018

[Video Tabung Haji-MELAYU ROMPAK, DAP & CINA JUGA DIHEBOHNYA] Umno & Pas boleh HADAM ke nie? Himpunan IC(Curi) E(engkau) R(Ramai-ramai) D(Defend) Kah3.

Khamis, 13 Disember 2018
Image may contain: text
Image may contain: 1 person
Tumpang sekole.
Foto Otai BERSIH.
Image may contain: 1 person, text

Himpunan I(Curi) E(engkau) R(amai-ramai) D(efend)

Kini sedang beredar di media sosial satu bahan lawak yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak hadir pada himpunan Anti-ICERD pada Rabu kerana mahu menjadikannya himpunan itu sebagai himpunan IC(uri)E(engkau)R(amai-ramai)D(efend), iaitu suatu bentuk sokongan terhadap pemerintahan kleptokratik beliau dan skandal rasuah yang membelenggu 1MDB.
Tidak mungkin, kerana sukar untuk percaya bahawa ribuan yang berhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu menyokong Najib dan rekod kleptokratiknya, termasuk skandal kleptokratik 1MDB yang dikenali di seluruh dunia.
Kehadiran Najib pada perhimpunan Anti-ICERD baru-baru ini paling dipersoal, lebih-lebih apabila beliau disahkan, bersama-sama bekas Pengerusi 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bakal didakwa esok atas dakwaan meminda laporan 1MDB yang dikeluarkan Ketua Audit Negara.
Sehari selepas himpunan Anti-ICERD, New York Times menerbitkan sebuah laporan panjang bertajuk “A Yacht, a Monet, a See-Through Piano: The U.S. Collects on a Fugitive’s Shopping Spree”yang menceritakan mengenai skandal kleptokratik 1MDB.
Image result for Transparent Grand Piano’ miranda kerr
“Dana yang sedang menjadi tumpuan siasatan, dipanggil sebagai dana 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB, sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia biasa. Ia meminjam berbilion dolar wang daripada bank dan meminjam daripada pelabur, kononnya untuk membiayai projek seperti usaha sama dengan sebuah syarikat minyak Arab Saudi serta pengambilalihan loji kuasa.
“Bagaimanapun pihak pendakwa raya berkata 1MDB telah menjadi sebuah skim pengubahan wang haram yang bersifat “mega, tidak tahu malu dan terang-terangan”, di mana berbilion wang dilencongkan ke dalam akaun bank pegawai kanan, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, keluarganya dan rakan subahatnya serta Encik Low.”
Mungkinkah akan ada himpunan Anti-Kleptokrasi selepas ini, dan adakah dua penceramah utama himpunan Anti-ICERD iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hadi Awang sudi untuk berucap pada himpunan seumpama itu bagi mengutuk skandal 1MDB.
Sudah tentu tidak.
Hari ini adalah hari terakhir sidang belanjawan Parlimen untuk Dewan Rakyat.
Sepanjang 20 hari pembukaan sidang Parlimen ke-14 pada Julai/Ogos dan 30 hari sidang belanjawan pada Oktober, November, Disember, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pembangkang dari UMNO dan PAS menyatakan pendirian mereka berhubung sama ada skandal 1MDB merupakan malapetaka kepada negara dan sama ada Najib harus dipertanggungjawabkan kerana menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global.  
Untuk beberapa tahun lalu, Malaysia dihantui dan dibayangi oleh skandal RM50 billion 1MDB, menjadikan hutang negara meningkat sehingga RM1 trilion ringgit. Adakah ini pembohongan dan fitnah?
Jika Malaysia mahu menjadi negara bertaraf dunia, rakyat Malaysia harus meninggalkan politik toksik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan agama, apatah lagi pembohongan bahawa kononnya skandal 1MDB adalah konspirasi dunia terhadap Malaysia atau pembohongan bahawa kononnya ICERD anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu dan kononnya sebuah “agenda Freemason” untuk memusnahkan Malaysia dan Islam. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada Selasa, 11 Disember 2018.
Read More

Wednesday, 10 October 2018

[Video PELINGKUP Felda, MARA, 1MDB, Tabung Haji Itu Masalah PH Ke?] Saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo! "Wa punya taik, Lu olang cuci W000,000,000.00 manyak untung...TQ Malay Umno.

Rabu, 10 Oktober 2018

Saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo
Image result for jho low tipu umno
Tumpang sekole.

Skim Cepat Kaya Tanpa Bahaya

A Kadir Jasin
BANYAK rakyat Malaysia suka kaya cepat. Kerana hendak kaya cepat punya pasal ada yang jadi papa-kedana. Padan muka.

Jadi kali ini saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo yang gerenti tak rugi. Sebaliknya untung besar.

Salah satunya ialah skim ala Jho Low. Tapi itu pun tak berapa bagus sebab akhirnya terbongkar dan penajanya kena tangkap, dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan meringkuk dalam penjara untuk satu jangka masa yang panjang.


Ramai lagi yang belum ditangkap, termasuk Jho Low, tetapi menunggu masa untuk digari dan dipakaikan kemeja-T oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cuma saya masih tidak faham pasal apa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, dikecualikan daripada memakai pakaian lokap itu? Nampaknya dacing keadilan masih berat sebelah.

Skim cepat kaya yang hendak saya cadang ini sesiapa pun boleh cuba. Acuannya saya ambil daripada zaman Barisan Nasional. Pada zaman itu, kalau seseorang itu orang kuat Umno serta baik dengan Najib dan Rosmah mudahlah buat skim ini. Lagi-lagilah kalau orang itu “blue blood”.

Caranya

Mula-mula cari projek apa yang hendak dipakmantelokan. Boleh jadi projek lebuh raya tol, landasan kereta api kembar atau penjana elektrik bebas (IPP).

Pasal kita kawan Najib atau sebab Najib nak guna kita, kita pun dapatlah konsesi. Katakan sebuah IPP dengan kapasiti penjanaan 1,440 megawatt menggunakan gas asli dan tempoh konsesi 31 tahun.

Dengan sehelai kertas yang mengesahkan bahawa kita mendapat konsesi IPP daripada Suruhanjaya Tenaga, kita sudah jadi jutawan. Tak tahu apa-apa tentang IPP pun tak apa. Gerenti ada orang bersedia beli lesen kita itu dan bank pula sedia bagi pinjam.

Untuk nak dapat konsesi, kita tentu dah ada syarikat. Katalah mana syarikat kita Sip Sap Sdn Bhd (SSSB). Nak lagi mudah, kita beli saja dari orang yang kerjanya tubuh dan jual syarikat RM2.

Tak payah besar. Modal saham RM2 dengan dua orang pengarah dan modal berbayar RM100,000 atau RM200,000 dah cukup.

Kalau tak mahu nama kita keluar pasal kita tidak dibenarkan berniaga atau kerana kedudukan kita yang tinggi lagi mulia, kita carilah proksi atau wakil.

Tak kiralah orang itu Ratu, Nyai, Daing atau Megat asalkan boleh dipercayai. Kalau hendak proksi Cina atau India pun boleh. Tapi proksi Cina dan India ni kadang-kadang mereka lebih pandai daripada kita. Silap-silap mereka jual kita.

Tapi untuk laksanakan IPP yang berharga empat atau lima bilion ringgit, kita kenalah tubuh syarikat yang lebih besar. Lagi pun kita tak mahu kongsi syarikat sendirian berhad kita dengan orang luar takut pecah rahsia.

Jadi kita tubuhlah SPV (special purpose vehicle). Kita bagilah nama yang sedap-sedap dan meyakinkan macam Aurora Australis Sdn Bbd (AASB) - mengambil sempena cahaya malam di kutub selatan. Aurora Australis ertinya cahaya selatan atau dalam bahasa orang putih, southern light.

Nak buat sendiri tak ada duit atau kita jenis kedekut yang memang tidak suka guna duit sendiri. Jadi kita carilah “business partner” (rakan kongsi) yang ada duit atau ada nama yang laku digadai macam TNB, Malakoff atau YTL.

Dalam perusahaan elektrik ni siapa lagi yang lebih berkuasa dan laku daripada TNB. Jadi kita pun tanya TNB atau kita minta kawan kita yang berkuasa arah TNB jadi rakan kongsi kita.

Cantik! Rakan kongsi kita TNB. TNB ada duit dan ada nama. Bila penjana kita siap, TNB jugalah yang akan beli tenaga yang kita hasilkan.

Kita pun kongsilah. Katalah kita simpan 45 peratus saham kita dalam AASB dan jual 55 peratus kepada TNB. Tak susah pun. Carilah budak-budak yang pandai hal perancangan dan pembiayaan korporat untuk buat congak bagi pihak kita.

Gerenti mereka akan cadang macam-macam kaedah pembayaran dan pembiayaan – ordinary shares, class A shares,  RPS, Sukuk konvensional, Sukuk hijau, junior loan, senior loan.

Macam-macam mereka akan cadangkan asalkan kita bagi mereka komisen yanag lumayan. Macam 1MDB bagi kepada Goldman Sachs.

Kita tak payah keluar modal pun. Orang putih kata kita buat cara “debt financing” – pembiayaan melalui hutang. Kita hutang la. Macam Najib buat dengan 1MDB.

Bila semua perjanjian, kontrak dan pinjaman sudah ditandatangani, kita pun kata kepada AASB mereka kenalah bayar yuran pembangunan kepada kita (SSSB). Busuk-busuk pun seratus atau dua ratus juta ringgit.

Hebat. Penjana belum lagi dibina tapi seratus, dua ratus juta dah masuk poket. Kita relaks saja la. Biar TNB buat kerja.  Bukan kah TNB ni kaya dan ada kepakaran?

Kita nak susah hati apa? TNB dah tandatangan PPA untuk beli hasil kilang kita selama 21 tahun. Bulan-bulan berjuta-juta ringgit masuk. Empat puluh lima peratus milik kita. Bila kompeni bayar dividen kita dapat lagi.


Inilah skim cepat kaya Pak Man Telo yang kita mahu. Ada lesen, ada konsesi, ada PPA. Tak payah curi-curi. Kalau curi pun ikut undang-undang. Peduli apa kalau pengguna kena bayar tarif elektrik yang lebih tinggi atau kita ambil peluang orang lain berniaga.

Kita kaya. Kita berkuasa. Kita tongkat langit. Kita peduli apa.

Wallahuaklam.
Read More

Friday, 25 May 2018

[Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?

Sabtu, 26 Mei 2018

Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?


Segala teka teki tentang puluhan beg yang dibawa keluar daripada kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak akhirnya terjawab. Tiada lagi gossip, tiada lagi spekulasi.
Menurut bos di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh, tiga hari diperlukan untuk mengira sejumlah RM114 juta wang tunai daripada 35 buah beg oleh 22 orang pegawai bank – ini tidak termasuk nilai 37 lagi beg yang belum diumumkan nilainya.
“Kita rampas 72 beg dan 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang,” katanya kepada media hari ini.
Sudah tentu, pendedahan tersebut bukanlah satu ‘penghakiman’ terhadap kes puluhan bilion dana milik negara 1MDB yang didakwa ‘bocor’ memandangkan kes sedang dalam siasatan, begitu juga segala kemungkinan skandal lain jika ada.
Namun untuk mengatakan wang tunai RM114 juta daripada pelbagai negara sebagai tabungan dari kecil juga tidak masuk akal.
Apa yang pasti, pendedahan sedemikian (belum termasuk segala jenis kekayaan dan perbelanjaan mewah lagi) sudah tentu memberi imej tidak elok kepada Datuk Seri Najib, isterinya dan Barisan Nasional (BN) yang pernah dikemudinya sebelum ini.
Lebih-lebih lagi Datuk Seri Najib merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang sebelum ini galak melaungkan slogan wasatiyyah atau kesederhanaan yang diterapkan dalam pentadbiran kerajaan sehingga tertubuhnya Institut Wasatiyyah Malaysia di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
Meskipun konsep wasatiyyah Najib yang terdiri dari lima teras itu bertujuan mengekang fahaman radikalisme dan bertujuan memupuk keharmonian, adakah konsep yang dilaungkan itu tidak relevan untuk dijadikan garis panduan gaya hidup mereka sebelum ini?
Cakap-cakap tentang kemewahan gaya hidup pemimpin UMNO bagaimanapun bukan dongeng – walaupun masih dalam siasatan: wang siapa, untuk apa, dari mana datangnya – itu tetap tidak menghalang rakyat terus mengajukan soalan: “Kalau iya pun, kenapa perlu simpan dalam rumah termasuk peti-peti besi?”
Selain Najib dengan puluhan beg; rampasan wang tunai berjumlah RM500,000 daripada rumah seorang lagi pemimpin UMNO iaitu bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim turut menarik perhatian.
Kenyataan bercanggah Aziz mengenai kepemilikan wang tersebut tidak mengurangkan rasa jijik rakyat terhadap kekayaan ‘luar biasa’ pemimpin-pemimpin UMNO tatkala rakyat berhempas pulas mengikat belanja.
Soalnya, siapa lagi yang bakal kena kutip? – Roketkini.com
Read More

Tuesday, 12 December 2017

[Video KEMARAHAN rakyat semakin membara Isu 1MDB, Barang Mahal, GST, Felda, FGV, marah Najib Kleptokrasi & Sheila Majid] PH anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini.

Selasa, 12 Disember 2017

Image result for Gambar najib dan Trump

Pakatan Harapan anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini

Pakatan Harapan anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini

Pakatan Harapan akan menganjurkan himpunan membantah Donald Trump di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan bersama pimpinan gabungan pembangkang tersebut hari ini, protes berkenaan bagi menegaskan rasa kecewa terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Keputusan sepihak Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin.
Sebaliknya, lebih merumitkan lagi keadaan sekali gus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan masyarakat dunia,” seperti dipetik.
Kesemua pimpinan tertinggi Bersatu, AMANAH, PKR dan DAP itu menyifatkan campur tangan Trump ke atas negara Arab itu sebagai melampaui batas demi survival politiknya menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal AS.
“Tindakan AS ini telah pun dibantah oleh Kesatuan Eropah (EU) dan United Kongdom telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv,” katanya.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama termasuk parti politik, NGO dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menyertai himpunan selepas solat Jumaat itu.
 Malaysia Dateline
Read More

Saturday, 2 December 2017

[Video Khalid Samad Berentap Dengan Asyraf Wajdi di Parlimen] Bila sebenarnya siasatan polis mengenai 1MDB mahu diselesaikan?

Sabtu, 2 Disember 2017

Image result for Gambar 1MDB

KITA TAK PERLU TUNGGU 30 TAHUN LAGI UNTUK MENGETAHUI SIASATAN 1MDB

Rata-rata rakyat sedar penubuan RCI forex oleh Perdana Menteri, Najib Razak sebenarnya terselindung niat serong yang amat nyata kerana yang dikehendaki pembayar cukai GST ialah siasatan berkaitan skandal 1MDB yang berada di depan mata, bukannya perkara yang sudah berlalu 30 tahun lamanya.

Penubuhan RCI forex mungkin boleh diterima kewajarannya sekiranya dalam masa yang sama diwujudkan juga RCI berkaitan 1MDB.

Lebih dari itu, jika disingkap helaian-helaian akhbar lama yang sekarang sudah tidak laku dan hanya layak jadi pembungkus nasi lemak saja, tidak pernah sama-sekali terlihat keprihatinan dan suara lantang Najib berkenaan isu forex itu ketika ia berlaku dahulu.
Hanya semata-mata untuk menutup skandal 1MDB yang lebih besar dan terkait secara langsung kepada dirinya, selain untuk melemah dan menyerang Tun Mahathir Mohamad, lalu itulah tujuan sebenar RCI forex diwujudkan.

Kenapa Najib tidak pernah mengusulkan penubuhan RCI forex ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO atau sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di mana Tun Mahathir turut berbalah dengan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu?

Mengapa hanya setelah dirinya sendiri terpalit dengan isu yang lebih besar dan menggegar tujuh negara lain yang turut menyiasat atau mengambil tindakan, baru RCI forex mahu ditubuhkan?

Tetapi, sementara siasatan 1MDB ditutup di sana-sini, ada yang dipecat serta dipenjarakan dan desakan agar diwujudkan RCI berkaitan skandal mega itu tidak diendahkan,  sebaliknya RCI forex bukan main pantas gerak kerjanya.

Bukan saja laporan atau keputusan RCI forex sudah diumumkan, malah pihak polis turut dengan pantas menubuhkan pasukan petugas khas, hanya beberapa jam selepas siasatan polis dibuat mengenainya.

Bukankah bagus jika siasatan polis berkenaan 1MDB yang tertangguh dan tidak selesai-selesai sejak bertahun lalu, boleh dijadikan sepantas itu?

Bila sebenarnya siasatan polis mengenai 1MDB mahu diselesaikan?
Adakah kertas siasatan 1MDB hanya akan berulang-alik antara Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara sepanjang masa dan tidak lengkap sampai bila-bila?

Perlukah kita menunggu 30 tahun lagi di mana ketika itu mungkin Perdana Menterinya menghadapi isu yang lebih besar berkaitan dirinya, lalu untuk mengalihkan perhatian, maka ditubuhkannya pula RCI 1MDB sepertimana Najib memainkan isu forex sekarang ini?

Atau kita hanya perlu menumbangkan UMNO dan BN seawal tahun depan dan menyaksikan 1MDB disiasat ketika Najib masih lagi hidup dan bernyawa?

Pilihan di tangan kita dan jangan sia-siakan peluang yang sedang terbuka. (ShahbudinHusin 02/12/2017)

Read More

Wednesday, 1 November 2017

[Video Menteri 'bodoh @ berlakon bodoh' di Malaysia?] Lain yang disoal tentang pelaburan ‘unit’ 1MDB, lain pula yang dijawab.

Rabu, 1 November 2017

Image result for Gambar 1MDB

Lain yang disoal tentang pelaburan ‘unit’ 1MDB, lain pula yang dijawab


KUALA LUMPUR, 1 NOV: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua naik hairan dengan jawapan lisan yang diberikan Menteri Kewangan kepada soalan berkaitan jumlah pelaburan dalam bentuk ‘unit’ milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited (Ltd).
Soalan lisan yang pernah ditolak dalam sidang Dewan Rakyat pada Julai itu turut mempertanyakan mengenai nama institusi bank atau kewangan yang menjadi ‘penjaga’ (custodian) kepada pelaburan tersebut.
Menteri Kewangan tidak menjawab secara terus soalan terbabit sebaliknya memberikan perincian mengenai pelan rasionalisasi 1MDB yang menurutnya tidak berkaitan langsung dengan soalan yang diajukan beliau.
“Menteri berkenaan boleh jawab soalan saya dengan menggunakan kurang daripada 10 perkataan. Hanya nyatakan nilai unit dan nama bank tersebut.
“Adakah Menteri Kewangan begitu bebal sehingga tidak faham bahasa Inggeris dan Melayu yang mudah?
“Atau dia hanya pura-pura bodoh untuk tidak menjawab soalan daripada seorang Ahli Parlimen. Apa-apa pun, Menteri Kewangan telah menghina dewan yang mulia dengan tindakannya itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, kegagalan Menteri Kewangan menjawab soalan berkenaan mengesahkan desas-desus bahawa pelaburan ‘unit’ itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang nilai dan hanyalah suatu bentuk penipuan.
“Rakyat Malaysia berhak tahu mengenai status AS$940 juta pelaburan dalam bentuk ‘unit’ yang kononnya dimiliki Brazen Sky Ltd itu,” ujarnya yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
1MDB sebelum ini mendakwa bahawa mereka mempunyai pelaburan dalam bentuk ‘unit’ berjumlah AS$2.3 bilion yang disimpan dalam sebuah bank dengan sebahagian daripada jumlah tersebut telah ditebus dan digunakan.
Syarikat itu pada April tahun ini dilaporkan akan menggunakan sebahagian ‘unit’ tersebut bagi membayar hutangnya yang berjumlah AS$1.2 bilion kepada sebuah syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
BSI Singapura adalah bank yang bertanggungjawab menjadi ‘penjaga’ kepada pelaburan ‘unit’ tersebut sebelum lesennya ditarik ekoran melanggar peraturan secara serius dalam hubungan perniagaan dan pengurusan dengan 1MDB.
Ia sekaligus membangkitkan persoalan mengenai bank atau institusi kewangan manakah yang menjadi ‘penjaga’ baru kepada pelaburan terbabit. – Roketkini.com
Read More

Sunday, 29 October 2017

[Video Zahid Mat Arip hentam Najib, dedah bukti Najib Hina Rakyat] Tunggu apa lagi, Shafie Apdal.

Ahad, 29 Oktober 2017
Image result for Foto Trump dan Najib

Tunggu apa lagi, Shafie Apdal

Tunggu apa lagi, Shafie Apdal
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal selepas dibebaskan daripada tahanan reman lapan hari berkata akan mendedahkan perihal pemimpin Sabah yang didakwanya mengaut untuk daripada pelbagai projek terutamanya musuh ketat politiknya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Oktober, 2017.

DALAM bahasa mudahnya, Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal yang juga bekas menteri kabinet dikaitkan dengan penyelewengan sehingga RM1.5 bilion dana persekutuan yang sepatutnya disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang pernah beliau terajui.
Bukan hanya dia, tetapi keluarga dan penyokongnya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyiasat 14 buah syarikat di Sabah yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan RM48 juta dana yang diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar itu. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan penyiasatan kes yang sama.
Selepas dibebaskan daripada tahanan reman lapan hari, sebagai reaksinya, Shafie berkata dia akan mendedahkan perihal pemimpin Sabah yang didakwanya mengaut untuk daripada pelbagai projek terutamanya musuh ketat politiknya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Sepatutnya, dia jangan berhenti setakat itu sahaja. Jangan hanya di Sabah, dedahkan juga perihal seluruh Malaysia.
Meminjam kata-kata Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, Shafie sepatutnya mengeringkan paya.
Namakan saja bekas rakan-rakan yang menyeleweng duit pembayar cukai masuk ke poket sendiri. Namakanlah semua yang berminat jadi kleptokrat di semua kementerian yang pernah beliau duduki.
Ini akan jadi petunjuk paling kukuh bahawa dia bersedia untuk memisahkan dirinya daripada masa lalu. Jangan jadi macam orang lain yang mendakwa ada berkotak-kotak bukti tetapi tidak pernah pula menunjukkan apa-apa. Shafie sebaliknya hendaklah berpegang pada kata-katanya dan dedahkan saja segala-galanya.
Itulah juga yang dia katakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight seminggu sebelum dia ditangkap baru-baru ini.
"Saya inner circle Najib. Saya tahu banyak benda," kata Shafie, merujuk kepada kawan baiknya, Perdana Menteri dan Presiden Umno Najib Razak.
Dan semalam, ahli politik yang marah dan kecewa itu meluahkan rasa hatinya: "Orang Sabah tak kenal Najib. Saya bantu dia untuk menjayakan politik dia di Sabah ini."
Shafie ada alasan untuk rasa terluka walaupun batu yang dibalingnya nanti akan menghancurkan rumah kacanya sendiri. Dia dilihat antara menteri yang mencapai prestasi baik apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) membuat penilaian prestasi kementerian-kementerian setiap tahun.
Shafie kesal kerana selama ini tidak ada rungutan semasa dia dalam Kabinet tetapi sekarang ada siasatan dan dakwaan yang seluas-luasnya.
Semua itu menunjukkan satu perkara tentang Umno. Semuanya elok dan baik-baik saja kalau menyokong tetapi semuanya buruk belaka apabila sudah tidak lagi bersama atau tersingkir. Gaya politik "sokong atau tidak sokong" ini sudah ada lama sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dalam Umno dan masih lagi ada sampai sekarang.
Cara ini mesti dihentikan. Shafie patut dedahkan apa yang dia tahu kerana dia sedang diserang dan belum tahu bila masanya tiba kalau dia menunggu untuk mendedahkannya di mahkamah.
Inilah masa yang terbaik untuk mendedahkan segala-galanya, menutup segala lubang yang membocorkan berjuta-juta duit rakyat. – 29 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight.

Read More

Wednesday, 25 October 2017

[Video LGE: Tuduh DAP Komunis, tetapi Umno dijemput Komunis & BN sudah GILA Oooo!] Kalau bagus, kenapa soalan berkaitan 1MDB ditolak di Parlimen?

Rabu, 25 Oktober 2017

Image result for Foto Umno & Parti komunis

Image result for Foto Umno & Parti komunis\

Kalau bagus, kenapa soalan berkaitan 1MDB ditolak di Parlimen?

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB memberi kesenangan kepada rakyat dan bakal menjana keuntungan hanyalah sekadar rekaan bagi mengabui mata rakyat.
Hakikatnya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, 1MDB kini menanggung hutang yang besar malah hampir kesemua kos tajaan haji serta biasiswa yang diberikannya sebenarnya ditanggung pembayar cukai.
“1MDB kini merupakan ‘cangkerang kosong’, tanpa mempunyai apa-apa selain hutang RM40 bilion.
“Justeru itu, bagaimana boleh Najib katakan bahawa 1MDB kononnnya dalam landasan untuk menjana keuntungan?” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tony berkata demikian sebagai mengulas tulisan Najib yang disiarkan di blog miliknya semalam.
Najib antaranya mendakwa bahawa 1MDB kononnya “berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat” selepas pelan rasionalisasi dijalankan.
Mengulas lanjut, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, soalan sensitif berkaitan 1MDB tidak harus ditolak di Parlimen jika benar syarikat pelaburan milik negara itu bakal menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.
“Bagaimanapun, jika Najib memilih untuk tidak bertanggungjawab di Parlimen, maka ia hanya membuktikan bahawa dia hanyalah seorang Perdana Menteri yang paling korup dan pengecut dalam sejarah Malaysia,” ujarnya.
Sekurang-kurangnya 10 soalan berkaitan 1MDB yang ingin diajukan pembangkang ditolak oleh Speaker dalam sidang Dewan Rakyat kali ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Ia mengulangi tindak-tanduk yang sama dalam sesi Dewan Rakyat sebelum ini di mana Speaker menolak 30 soalan berhubung syarikat terbabit. – Roketkini.com
Read More

Friday, 13 October 2017

[Video 1MDB beri ilham anak muda cipta permainan Kleptopoly & Lagi Veteran UMNO harap PAS dapat bekerjasama] TUAN IBRAHIM PUN MAHU PAKATAN HARAPAN MENANG PRU 14?

Jumaat, 13 Oktober 2017


TUAN IBRAHIM PUN MAHU PAKATAN HARAPAN MENANG PRU 14?

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk membolehkan SPRM melaksanakan revolusi bagi menjadikan rasuah sebagai musuh utama negara, BN perlu dibuang terlebih dahulu.

Katanya, keperluan itu timbul kerana semua usaha yang wajar dilakukan oleh SPRM akan menjadi sukar selagi BN berkuasa.

Mengambil satu contoh, Tuan Ibrahim menegaskan, ketika ini masyarakat masih keliru mengenai tafsiran "hadiah" daripada pihak tertentu yang berkepentingan.

"Sumber kekeliruan rakyat terhadap rasuah adalah hasil daripada campurtangan BN dalam SPRM selama ini.

"Tetapi, selagi BN berkuasa, segala-galanya susah untuk SPRM bergerak seperti yang sewajarnya,"  ujar beliau lagi.

Apabila Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu dibuang daripada memerintah negara ini, siapa agak-agak yang ada dalam fikirannya paling layak jadi pengganti untuk mengambil alih Putrajaya?
Adakah Gagasan Sejahtera yang didalamnya ada Pas, Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia yang tidak begitu dikenali dan bertanding pula hanya 100 kerusi Parlimen saja?

Atau Pakatan Harapan yang bukan saja lengkap dianggotai parti-parti yang mewakili kepentingan semua kaum, bertanding hampir semua kerusi serta di dalamnya sedia dibarisi pemimpin-pemimpin ternama dan berpengalaman?

Lagi pun, siapa lagi selain Pakatan Harapan yang mempunyai iltizam tinggi untuk memerangi rasuah di mana dua daripada tujuh tawaran selepas 100 hari mengambil alih Putrajaya - memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh dan memerangi rasuah hingga ke akar umbi - adalah sangat-sangat jelas ke arah seperti yang disebut oleh Tuan Ibrahim itu.

Boleh kita ucapkan terima kasih awal-awal kepada Tuan Ibrahim? (ShahbudinHusin 13/10/2017)
Read More

Tuesday, 10 October 2017

[Video Presiden PAS Tak Faham Tentang 1MDB, DoJ & Good Governance] In Sya Allah. Aku and the gang akan turun bersama rakyat Malaysia...Mereka telah "tawuun" sebab itu mereka perlekeh usaha ini!

Selasa, 10 Oktober 2017

Foto Ulo Sawa.
Ulo Sawa
8 jam
Insyaallahhh.!!
Aku and the gang akan turun bersama rakyat Malaysia..

Kita bersatu untuk menghapuskan kleptokrasi yang menjadi bahana kepada kesempitan hidup rakyat..

Abaikan komen2 negatif kerana mereka ini tidak peduli dengan isu2 yang membelengu rakyat dan tidak bolih diharap untuk membantu rakyat...

Mereka telah "tawuun" sebab itu mereka perlekeh usaha ini..

Hanya Pakatan Harapan bolih merealisasikan impian rakyat...

Foto Parti Amanah Negara.
"Saya bercakap dari perspektif seorang pemerhati. Saya bukan pengkaji dan tidak terlibat secara langsung dengan penggubalan sistem pendidikan.
Dulu saya pernah pergi ke bandar Nagoya di Jepun. Bersama saya ada kawan orang Jepun. Saya puji bandar Nagoya bersih. Kawan Jepun tu bagitau saya orang Jepun memang sangat menitik beratkan soal kebersihan. Anak-anak di Jepun diajar dari awal persekolahan tentang nilai dan amalan kebersihan.
Lepas tu kami sampai di satu tempat, saya tengok tempat tu agak kotor dan puntung rokok bersepah. Saya tanya kawan Jepun tu kenapa tempat ni kotor, kawan Jepun tu kata, di sini ramai orang Islam dan budaya mereka tak sama dengan masyarakat Jepun.
Darah saya menyirap marah. Saya malu. Tapi itulah realitinya. Di London pun sama. London bandar yang bersih, tapi kalau kita pergi ke East London, tempat itu agak kotor. Di situlah tempat ramai orang Islam di London.
Kenapa sistem pendidikan kita tidak berjaya menanamkan nilai-nilai dan budaya kebersihan di dalam masyarakat ini. Ini persoalan yang perlu sama-sama kita fikir."
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah. Wacana Pendidikan Nasional. 7hb Oktober 2017. Auditorium Institut Darul Ehsan, Shah Alam.
Kredit : Jamzuri Ardani
Read More

Friday, 8 September 2017

[Video Sapa punya kerja edit ne..Tak baik buat camni tau & Pandangan Tun Daim Tentang 1MDB] ‘Malaysia perlu hantar Rosmah ke kem pelarian Rohingya’

Jumaat, 8 September 2017


Foto Suara Rakyat.
Nak dibatalkan dgn alasan REMEH ??!.. takut nak masuk kandang mahkamah nnti ka jika ia benar berlaku ??!

ATAU takut akan terbongkar satu persatu yg berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu kah !!!

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah !!!

#SkandalBunuhAltantuya

‘Malaysia perlu hantar Rosmah ke kem pelarian Rohingya’


Global Peace Mission (GPM) Malaysia hari ini mencadangkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya mencontohi wanita pertama Turki Emine Erdorgan yang menjejakkan kakinya ke Myanmar bagi melawat kem pelarian Rohingya.
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata langkah itu perlu bagi kepimpinan negara ini melihat sendiri konflik di wilayah Rakhine, Myanmar itu.
"Tidak cukup sekadar perdana menteri menyuarakan bantahan dan menyebut ucapan beliau dalam beberapa siri bantahan itu sendiri
"Tetapi paling tidak seperti mana yang ditunjukkan oleh Turki sebagai contoh di mana hari ini kita lihat First Lady Turki berada di Bangladesh.
"Maksudnya kita bukan sahaja bercakap tetapi kita buat. Sebab itu Malaysia kalau boleh hantar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah pergi tengok sendiri ke Myanmar, ke kem pelarian itu sendiri," kata Ahmad Fahmi dalam sidang media di ibu pejabat Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Kuala Lumpur, hari ini.
Krisis yang melanda etnik minoriti Islam Rohingya semakin parah apabila setiap hari dilaporkan ribuan mereka dibunuh dengan kejam oleh kerajaan Myanmar di negeri barat Rakhine.
Pemimpinnya, Aung San Suu Kyi terus mengambil pendekatan berdiam diri, terhadap konflik yang semakin memuncak itu sehingga menyaksikan hampir 90,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
Meskipun Bangladesh adalah satu-satunya negara yang berkongsi sempadan dengan Myanmar, namun negara itu juga tidak mampu menerima kemasukan puluhan ribu pelarian Rohingya dan terpaksa mengusir sebahagian daripada mereka.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bagaimanapun mengambil inisiatif dengan menawarkan pembiayaan kewangan kepada kerajaan Bangladesh bagi menampung kemasukan pelarian Rohingya, dengan syarat sempadan negara itu dibuka kepada etnik minoriti berkenaan.
Malah, media antarabangsa melaporkan Emine Erdorgan kini berada di Bangladesh bagi menyampaikan misi bantuan kemanusian.
Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata langkah yang diambi Emine itu sangat baik dan Malaysia perlu mencontohinya.
"Ini memang contoh yang terbaik, maksudnya kita tunjukkan melalui tauladan, kita nyatakan bantahan kita dan kita hantar kepimpinan kita dan salurkan bantuan sepertimana yang Turki buat.
"Hantar juga (Menteri Luar) Datuk Seri Anifah Aman ke sana," kata Ahmad Fahmi.
malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena